Showing posts with label Hamper Merisik. Show all posts
Showing posts with label Hamper Merisik. Show all posts

Sunday, December 23, 2018

Tempahan Fruit Box & Fruit Basket Kuala Lumpur

Tak sangka pulak Fruit Box ima ni banyak sambutan..! Nak tau cerita sebenar tak ?
Sebenarnya dulu ima tak berani ambil order fruit basket. Sebab ima mmg tak reti gubah buah & fresh flowers mcm otai2 selalu buat. Dah cuba byk kali asyik tak lawa je😌.

So selalu ckp tak ambil order fruit basket. Lepas tu,tak suka kena pergi beli buah kat chow kit.. parking susah, kena beli banyak.. mcm2 lah alasan kalau hati tak suka tu kan ?! 

Hingga satu hari, ima ckp kat diri sendiri.. sampai bila nak duduk dalam comfort zone ?

Gunakan kelemahan sebagai kekuatan. Ima cabar diri sendiri & ambil cabaran untuk buat design yang ima pakar & suka buat.

Belajar... byk buat survey.. kadang2 sampai 2-3 pagi tengok youtube tengok teknik orang gubah.. & buat dgn cara sendiri.

Law Of Attraction
————————

Bila kita dah mula pasang niat,Allah akan hantar ujian. Maka ima pun terima order pertama dari seorang customer lelaki, yg sgt tak banyak songeh. Bagitau bajet & dia serahkan pada ima nak buat camana pun.

Subhanallah..alhamdulillah.. 
Allah betul2 menjawab impian ima. Seronok sgt bila dapat test skill.☺️



Lepas tu, Satu demi satu order masuk, ima dah jumpa formula kira kos, formula design & tak ada lagi takut-takut nak ambil order.

Ima masih belajar & sentiasa nak cipta design-design baru.. mcm ketagih tau buat design ni.. 🙈

Kalau kawan2 nak order utk birthday, lawat org sakit, cenderahati vip, boleh lah order Fruit Box dari ima yer.. ☺️☺️

Fresh flowers - kena order at least 3 hari awal.
Ima cari buah fresh2 je.. kalau tak fresh, mcm tak sampai hati nak beli utk customer.

Okays ! 
Sekian mem’buah’ di hari Ahad ! 
🥝🍋🍊🍓🍇🍇🍏🍌🥝🍓🥥

Saturday, August 4, 2018

Nak tempah Hamper KL, ingatlah Ima Bloomwood

Assalamualaikum, 
apa khabar semua ?

Raya lepas, ima sambut raya secara sederhana sahaja. Tak bersakan-sakan.  Sebab nyai ( nenek ) Ima baru sahaja meninggal pada 10 Ramadhan lalu. Masih sayu sebab Ima sangat rapat dengan nyai, ke mana-mana selalu bawa nyai berjalan.

Apa pun, semoga Allah tempatkan Nyai ditempat para solihin, amin.


BUAT HAMPER SEPANJANG TAHUN

Ya ! Untuk followers baru yang belum mengenali Ima, Ima buat hamper sepanjang tahun. Order lah bila-bila masa untuk sebarang majlis. Jika anda sedang mencari hamper yang lagi best dari pasaraya ( almaklumlah hamper pasaraya sadis sadis selalunya ), jgn lupa contact Ima ya !

InsyaAllah Ima akan sediakan hamper ikut bajet & berdasarkan event anda.

Contohnya :
Jika nak tempah hamper untuk Team Building & Bajet 1 hamper ialah RM300.
Ima akan tanya details, hamper ni utk group ke individual ?

Jika utk group ( 6 orang ), biasanya, ima akan pilih makanan yg sesuai & mudah dibahagi-bahagi kepada 6 orang tu. Best kan ? Tak de lah macam sorang dapat brg best,, yg lain dapat yg biasa-biasa. Kita bahagi sama rata.


MINIMUM HARGA HAMPER 
Customer Ima sedia maklum, hamper Ima memang sarat dengan pilihan barang/ makanan yg best-best. Pilihan coklat dari brand-brand seperti Kit Kat, Ferrero Rocher, Cadburry, Hersheys dll. Dan Ima pilih makanan yg halal sahaja utk dimasukkan dalam hamper.

Ya ! Ima memang memilih.

80% dari isi hamper adalah dari brand-brand yg dikenali. Bukan main taram saja.
Jadi, harga minimum untuk Hamper (berbakul) ialah RM 80. 

Yang pasti,
Ima akan berusaha seboleh mungkin untuk hasilkan hamper itu nampak lebih mahal dari harganya.
Itu memang kepakaran kami . Wah giituuuww ~ :)




Okay ! Jangan segan-segan whatsapp Ima tau untuk tempah hamper. 

Klik kat link ni --> www.wasap.my/60173971570

Boleh tgk design-design hamper Ima di sini --> #hamperimabloomwood

Website : www.imabloomwood.com


Jumpa lagi !



Wednesday, April 4, 2018

HAMPER RAYA 2018

Hi ! Assalamualaikum.. Salam Rejab untuk semua followers Kertas & Cinta.

Teringat lagi masa pertama kali Ima memasang tekad untuk buat projek hamper pada tahun 2015. Disebabkan abah yang makin tak sihat & keadaan ekonomi keluarga yang semakin tak stabil sebab sebelum ni, mak abah lah yg bisnes untuk menyara kami sekeluarga. Sekarang abah dah tak nampak & perlu jagaan sepenuhnya & 3 jari kakinya dah dipotong. It wasnt easy for him ...

Tapi itulah life kan ? :)

Tahun demi tahun berlalu dengan keperitan & kebahagiaan yang silih berganti. Pengalaman benar-benar mematangkan cara kita berfikir & menangani cabaran. Alhamdulillah, sejak dari itu pelanggan terus mempercayai Ima.Bloomwood untuk buat hamper & pelbagai servis lain.

Soal kepercayaan adalah sesuatu yg miracle bagi Ima. Kerana kepercayaan adalah gerak hati yang Allah beri pada pelanggan-pelanggan setelah Ima berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam bisnes. Jadi bila ada je yg order hamper, Ima rasa syukur sangat-sangat sangat sangat. haaa gituwww :D


PELUANG UNTUK BUAT LEBIH BAIK

InsyaAllah, raya tahun 2018 ni akan ada banyak design-design baru & promosi dari Ima Bloomwood. Kalau anda nak tempah hamper, dah boleh tempah sekarang dah...

Wah! Dah macam tempah baju raya kan ? Awalnya ! Tak..sebenarnya tak lah awal sangat pun.. Bila anda buat booking awal, beritahu bajet & agak-agak berapa unit yang nak tempah, Ima akan buat keutamaan untuk yg dah order. Jadi kalau ada yg last minute order... Ima akan pastikan semua yg pre-order ni akan dapat on time pada hari yang dijanjikan.

Malah, Ima boleh setkan awal-awal jika ada yang nak minta Ima arrangekan delivery untuk customer-customer.

DESIGN BARU ! PROMO PRICE !

Hamper Raya Ekslusif 2018

Hamper Raya Exclusive 2018

Hamper Raya | Chocolate Box 2018

Hamper Raya Exclusive 2018

Apa lagi yang best kalau pre-order hamper raya ?

- Untuk 5 hamper ke atas*, anda akan dapat 2 Free Slot untuk Surprise Birthday Box/ Bouquet untuk dihadiahkan kepada orang yang tersayang.

Best kan ?

So, apa lagi...cepat-cepat whatsapp Ima untuk tempahan hamper ramadhan / hamper raya sebelum 30 April 2018 ini.  Whatsapp 017-3971570

Sementara anda pilih-pilih siapakah calon yang nak diberi hamper, Ima kat sini akan terus mencari idea untuk isi hamper & design yg cantik-cantik pulak. 

Oh ! Ni Ima belanja gambar-gambar hamper yang pasti buat anda tak tidur malam memikirkannya :)


Hamper Kuala Lumpur

Hamper Unik Ekslusif RM 350

Hamper Saiz Besar Cantik

Hamper Cantik Menarik

Hamper Raya Saiz Besar - RM 400


Wednesday, May 17, 2017

Hamper Ramadhan & Raya 2017

Alhamdulillah, tak putus-putus terima tempahan hamper dari syarikat, individu, mahupun pelajar kolej. Terima kasih banyak-banyak. 

Kadang-kadang rasa berpeluh juga bila terima order last minute. Hari ni order, nak ambil lusa. Kalau item macam-macam lagi terasa mencabar, maklumlah, saya bukan ready stok makanan 24 jam. Kadang-kadang setiap order nak berlainan isi hampernya. Terpaksa round 1 KL untuk dapatkan stok yang bagus-bagus.

Saya memang tak sampai hati nak bagi makanan lebih kurang atau pun yg tak pernah dengar nama brandnya. Kualiti mesti ada, hamper pun nak cantik juga. Untung tak banyak pun tak apa, yg penting client puas hati.

So far, alhamdulillah.. semua pakat puas hati.

Ni nak bagi tips kalau nak order hamper dgn Ima, cepat-cepat whatsapp supaya Ima ready nak beli barang. Tak kiralah kalau pukul 2 pagi place order pun no hal. Time subuh nanti boleh ima reply. 

Tulis siap-siap.. nak order hamper berapa biji, nak ambil bila, dan bajet berapa.

Lagi senang kalau beritahu terus untuk event apa & siapa yg bakal terima hamper. Bukan apa, Ima nak cari barang yg sesuai dgn org yang bakal terima hamper tu. Macam, kalau kita nak beri pada client corporat, isi barangnya lain. Kalau kita nak beri pada student, of course stok makanan yg macam-macam lebih bermakna dari 2 3 barang tapi mahal. Kan ?


Hamper Merisik

Hamper Cabutan Bertuah

Hamper Ramadhan 2017


So depends. Biar semua happy .. yang memberi rasa gembira, yang menerima bertambah gembira.

Gituuuww :)

Boleh tengok update hamper-hamper terbaru Ima di Instagram Ima.Bloomwood atau follow insta story di imazahra_kc  ;)


Untuk tempahan hamper, whatsapp terus Ima - 013-6010704


Selamat Berpuasa semua !