Showing posts with label Quilling. Show all posts
Showing posts with label Quilling. Show all posts

Friday, August 26, 2016

Nak jual barang-barang art, quilling, dan hantaran.

Assalamualaikum semua.

Yeah, berhenti sekejap di blog ni.

Hakikatnya, Ima sudah hampir setahun tak ambil tempahan Quilling Guest Book dan seumpama dengannya. Memang rasa nak meroyan sebab tak dapat nak express jiwa seni. Hahaha. Jiwa sangat !
Tapi apakan daya, kekangan waktu dan kebetulan sebelum ni pun permintaan tak berapa memberangsangkan utk buat guestbook. Mungkin bajet terlalu tight kan? Maklumlah, kos belanja di Malaysia sekarang ni boleh menggugat betul.

Makanya, banyak lah stok-stok kertas, bunga, dan macam-macam cekadak cekenek yang menjadi tukun dalam bilik KC Gift Shop Ima. Serius.. mahu beribu ringgit stok jadi tukun. Kalau lah ada kuasa Raja Midas...sekali sentuh semua kertas jadi emas. Alangkah indahnya lah hidupkan.

Itu kalau.

Kalau.

Bayangan namo eh ! Usahlah kau berangan Ima.

So, tunggulah .. nak mengemas barang cenoit2 dan melepaskan benda-benda kesayangan tu macam nak berpisah dgn anak rasanya ( wekkk macam lah anak kan ! )

Well.. nama blog pun Kertas Dan Cinta.. so haruslah i emo kan. haha.

Sebenarnya, lebih bagus kalau buat garage sale...letak je semua barang atas lantai / atas meja. Nah ! Korang pilihla mana yang nak. Kalau hati Ima baik..Ima bagi diskaun lebih sikit. Kalau nak ambil gambar satu persatu kat online ni mmg leceh lah. Masa sgt mencemburui iols sejak dah kahwin ni. Hahaha.

Ok tak kalau Ima sewa tapak...yg hujung minggu, then jual kat situ ?
Haruslah tapak yg murah-murah je kan.
Kalau 3 4 ratus 1 hari, baik Ima tukunkan terus je barang ni. Kita meniaga mesti mau untung ma.. hihihi..

Sekianlah celoteh aneh di hujung Jumaat.
Esok nak pergi Cherating. Yeeehaaaa..


Tuesday, October 20, 2015

Quilling : I LOVE YOU Typography by Ima Zahra


Alhamdulillah, seronoknya bila dapat siapkan order Wicky utk buat I LOVE YOU quilling. Peluang yg baik untuk cabar diri buat sesuatu yang berbeza. 

Amacam ? Ok tak design kali ni ? ;)


Saiz : A3
By Ima Zahra, 
Malaysia



(#feelingloved)


Friday, August 14, 2015

Tempahan Wedding Signage : Quilling







Boleh customize design mengikut warna & tema.
Urgent order diterima ( 1 minggu sebelum )
Whatsapp 013-6010704 
Ima Zahra

Tuesday, May 5, 2015

Quilling Typography LOVE with Miyyah

Bulan Februari yang lalu, Kak Miyyah buat Quilling class.

Seronok dapat belajar teknik baru dan bermain dengan kertas -kertas warna. Terima kasih atas tunjuk ajar K.Miyyah.








Yang ni pula quilling yang Ima buat sempena MIHAS 2014 yang lalu. 



Thursday, February 26, 2015

Tempah Wedding Guestbook 2015

Alhamdulillah, awal tahun 2015 dimulakan dengan order guestbook yang bertalu-talu. Seronok bila ramai juga yang menghargai keunikan seni kertas ni. 

Guestbook adalah trend terkini yang hampir wajib ada di setiap pintu masuk majlis perkahwinan. Bila tetamu tak sempat bertemu dengan pengantin, mungkin kerana pengantin sibuk dikerumuni 'peminat', atau mungkin kerana terpaksa bergegas ke kenduri yang lain..maka mencoretkan ucapan istimewa di guestbook adalah tindakan paling tepat pada waktu itu.

Ramai pasangan pengantin yang enjoy baca guestbook selepas habis majlis perkahwinan. Macam-macam ucapan dan cuit cuit yang ditulis. Sebuah guestbook akan disimpan baik sampai ke anak cucu dan sesekali masa anniversary bolehlah baca semula guestbook dengan pasangan anda. Sweet sangat ! :D

Siapa cakap guestbook tak penting ? Ia berfungsi sebagai alat komunikasi antara pengantin dan tetamu yang hadir. Tetamu berasa kehadirannya dialu-alukan oleh tuan rumah. Ima berharap, tuan rumah berilah tugas kepada saudara-mara / anak buah yang ringan mulut untuk jaga meja guestbook. Ajak tetamu untuk tulis di buku tersebut. Bukan apa, orang Malaysia ni pemalu orangnya. Kena berjemput baru nak buat. Hehe. Jadi, tak lah buku tu terbiar kosong tanpa diisi sehingga habis majlis.


Ima nak kongsikan beberapa gambar guestbook / buku tetamu baru tahun 2015. Selamat cuci mata !


Quilling Guestbook Pink Pastel

Quilling Guestbook Pastel Color

Quilling Guestbook Blue / Biru



Yang ini pula, produk baru KC Gift Shop by Ima Zahra . Wedding frame untuk meja Guestbook.

Quilling Frame by Ima Zahra





Friday, January 9, 2015

Quilling Wedding Guest Book - Tempahan 2015 dibuka.

Syukur alhamdulillah. Tahun 2015 dimulakan dengan kisah tersendiri. Semoga kita bersemangat untuk mencapai impian di tahun baru ini. 

Ada yang merancang untuk berkahwin di waktu terdekat ? Bagaimana preparation ? Ima doakan semuanya lancar. 

Untuk yang nak order guest book / urgent order guestbook bolehlah hubungi Ima terus 013-6010704. Sebelum order bertimbun-timbun, lebih baik cop awal-awal ..tangan Ima ada dua je utk quilling. Belum pandai gulung kertas pakai kaki lagi. Hehehe..

Kalau dah pandai nanti Ima bagitau yea. ;)


Design-design guestbook boleh tengok kat album Fb KC Gift Shop 

Boleh request nak Quilling Guest Book atau Non Quilling Guest Book. 


Kalau dah berpinau mata tengok design cantik2 kat album tu, nak senang request je kat Ima design yang baru. Bagitau tema, warna & nak design yang lebih kurang macam mana ... upsss yang pentinggg nak yang bajet berapa RM.. haaa.. InsyaAllah..kita roger-roger lah eh :D

Yang non quilling tu maksudnya tak ada bunga yang diperbuat dari kertas yang digulung.. Kalau tak sure jugak, kita wasap wasap lah ya..


Follow Instagram Ima Zahra --> http://instagram.com/imazahra_kc

contoh non quilling wedding guest book


Tempahan hantaran fresh flower / unik design - area KL / Selangor . Ima boleh buat. Sure cantik..

Wednesday, June 25, 2014

Tempah Wedding Guest Book yang simple

Sesetengah pengantin mahukan tema yang simple dan elegan menjadi penghias hari perkahwinan. Masing-masing punya citarasa tersendiri. Ima cuba seboleh mungkin merealisasikan impian anda.

Nak tahu tak, sebenarnya kan.. tema simple tak semestinya mudah untuk dibuat. Walaupun bunganya sedikit, atau hiasannya kurang, tetapi masa untuk membuat / men'design' lebih kurang sama dengan tema yang sedikit sarat.

Less is more , katanya :) Ima bersetuju sangat dengan pendapat ni. Kadang2 hiasan tak banyak, tapi material yang ima gunakan, yang berkualiti dan nampak lebih mahal dari harganya. Haaa.. tu yang best dengar tu kan ? ;)

Ni Ima tunjukkan beberapa contoh design wedding guest book yang simple .. selamat mencuci mata ! 

WGBA35

WGBA29

WGB A19


WGBA26

WGBA32

WGBA28

WGB A10 

WGBA21

Kalau ada yang nak tempah, Ima masih buka tempahan. Boleh beritahu warna tema / tema guest book table anda serta design yg dipilih. InsyaAllah, Ima akan buat yang terbaik khas untuk anda. Tak sabar nak gulung kertas <3 <3 <3

Oh ya ! Bagi yang pertama kali melihat design ini, Teknik membuat bunga ini disebut Quilling. Jadi Ima selalu sebut... Quilling Guest Book. :)


Jumpa lagi ...
with love
Ima Zahra

Friday, June 6, 2014

Wedding Guest Book Mint Green and Peach

Ni Ima himpunkan beberapa design quilling yang Ima buat untuk tema mint green & peach. Ada yang wedding guest book, ada yang frame & ada juga stand card. 

Tahun 2014 memang diwarnai dengan warna pastel ini. KC Gift Shop sangat berbesar hati menerima semua order dari pelanggan. Terima Kasih banyak-banyak kerana mempercayai hasil kerja Ima.

Kalau suka, boleh order. Kalau suka, boleh rekomen kawan-kawan. Hehe..

Orait...sekarang ..Selamat mencuci mata ! :)

Frame hadiah kepada pengantin baru. Quilling gambar pengantin lelaki & perempuan beserta ucapan.

Quilling Wedding Guest Book. Kombinasi mint green, orange & yellow.

Quilling Stand Card. Hadiah untuk kekasih barangkali, sweet je ayat dari lagu John Legend

Frame Sambutan Hari Guru

Quilling Wedding Guest Book. Ima suka design ni simple tapi nampak meriah :)


Boleh follow di Instagram --> ImaZahra_KC
Facebook Page ---> KC Gift Shop 

Order : 013-6010704

Take care semua !

Wednesday, February 26, 2014

Cinta dalam diam

Ada waktunya saya cinta diam-diam. Ada waktunya saya cinta terang-terang. Mendoakan sahabat walaupun tak bertemu setelah sekian lama, tetapi tak pernah putus mendoakannya.. itu cinta diam-diam namanya :)



Saya terasa sungguh kehilangan cinta diam-diam oleh arwah Pakcik Alwi, kawan abah yang tinggal di Seremban. Ketika beliau masih ada, saya suka membaca status facebook yang macam-macam cerita masyarakat dan penuh nasihat. Kadang-kadang saya tahu, status yang ditulis umum itu sebenarnya dituju kepada saya. Saya juga rasa bila waktunya dia mendoakan kesejahteraan saya. Dan saya turut merasai bila dia 'memanggil' saya ketika dia sakit dan mohon healing dari saya. Ia sebuah 'cinta' yang tak terungkap dalam satu kondisi yang tersendiri. 

Sudah banyak bulan dia pergi meninggalkan kami. Saya terasa-rasa dia masih ada. Al-fatihah. Sungguh ! Saya terasa kehilangan cinta diam-diam itu !

#1 Pakcik sakit di kedai makan
Ketika berjalan pulang ke hotel, terjumpa satu kumpulan pakcik makcik berkerumun di tepi restoran. Rupanya ada pakcik sekitar 50an sedang disapu dengan minyak angin terduduk dalam keadaan yang sungguh lemah. Saya tanya " kenapa ? " Jawab seorang abang ( barangkali satu kumpulan dengan pakcik tu ) " terlalu letih, sampai pitam. Perjalanan jauh dari Semporna."

Kaki saya sudah tergerak untuk berhenti dan merawat pakcik itu. On second thought, saya membatalkan niat. Saya hanya lakukan distant healing, dan 'siram tenaga' supaya pakcik itu cepat sembuh berserta mendoakan kesihatannya sesegera mungkin.

#2 Nyai jatuh
Terkejut sungguh bila nyai terjatuh segedebuk ( wujud tak perkataan tu ? he he ) ketika melintas jalan. Divider itu sungguh tinggi dan kereta juga laju-laju. Waktu malam itu pula gelap dan tiada lampu. Aduh, tak tahu lah hati nyai dah sampai mana, sepatutnya dia perasan jalan tu tak rata.. tapi dia sangka rata dan jalan penuh selamba. Nah ! Tersungkur. 

Saya dan mak pimpin nyai bangun semula dan biar sehingga nyai reda sikit dupdap jantung sebelum meneruskan jalan. Dekat 1 jam jugak reiki 'heart chakra' nyai.. baru dia reda sikit. Ambil minyak S7 sapu pada lutut yang luka tu.


#3 Batuk
Sewaktu menaiki flight pulang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, ada seorang perempuan duduk didepan saya. Lama saya dengar dia terbatuk-batuk sampai sakit dada . Makin lama makin kuat dan panjang. Akhirnya dalam diam, saya reiki dengan 'teknik klon' beserta bacaan AlFatihah 3X. Alhamdulillah, tak sampai 5 minit, saya tak dengar dia batuk sampai landing di Kuala Lumpur.


p/s : Bagi yang tertanya-tanya atau masih baru dengan apa yang saya cerita ini, ia adalah teknik penyembuhan yang disebut Reiki. Kalau suka ilmu aura / penyembuhan diri tanpa kos yang tinggi, Ima saran anda dengar-dengar ambil info dulu dari Dr Mir Hazil Azran Ramli


Ima doakan semua pembaca blog Ima dalam keadaan sihat, ceria dan positif sentiasa. Take Care !

Wednesday, January 15, 2014

Quilling : Muhammad sempena Maulidur Rasul

Quilling Typography adalah satu 'subtopic' quilling yang Ima seram nak buat. Nak melekat satu persatu sisi kertas mengikut garisan sesuatu huruf adalah sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Nak kepak-kepakkan kertas bila sampai kat corner huruf ..haisshh..kalau tak biasa memang susah lah.

Tapi yg susah tu takkan selamanya susah kalau kita ada effort untuk berlatih.

Sempena Hari Lahir Guru Agung Nabi Muhammad saw, Ima buat keputusan pukul 10.30 malam untuk cuba Typoghraphy Muhammad. Bentuk kaligrafi tu Ima ambil dari google image sahaja.

Alhamdulillah, mungkin kerana 'energi' Nabi Muhammad itu sendiri, rasa mudah je nak buat.. Sesi latihan berjalan lancar sekali.

Ini hasilnya.
Quilling Typography : Muhammad 

You came to me in that hour of need,
Need you more than ever Ya Rasulallah
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you

Sami Yusof

Salam Maulidur Rasul 1435 H




Semoga lebih ramai yang buat Quilling Nama Muhammad ni . :)

Monday, December 23, 2013

5 Quilling Guest Book yang cantik & diminati :)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur tak terhingga atas permintaan yang baik dari pengantin-pengantin yang tempah guest book quilling dengan Ima.

Ni nak bagitau nih.. ( konon-konon bisik kat telinga hangpa ;) .. Rahsia macam mana nak buat guest book yang cantik ? 

Mudah ja ! Ima akan pastikan Ima berada dalam 'happy mode' setiap kali nak start buat tempahan. :)) Betul ! Rasa happy dan enjoy adalah sangat penting untuk buat kraf. Ia memudahkan inspirasi dan meringankan kerja.

Syukurlah semua pelanggan-pelanggan Ima baik-baik belaka. Tak bagi stress. Lepas order , beritahu design dan confirm, terusss senyaaaappp sampai Ima contact semula di Whatsapp untuk next progress. He he. 

Okay, okay.. ni Ima nak share  5 design quilling guest book yang paling di minati di KC Gift Shop. 


Selamat Menjamu Mata  :)

WGB A18

WGB A05

WGB A23

WGB A22

WGB A21

Nak tempah ?

Check semua design di Fb KC Gift Shop.

Whatsapp 013-6010704 " Saya nak tempah guestbook <nyatakan kod design>"


Selamat Tahun Baru 2014 !

with love,
Ima Zahra

Friday, July 12, 2013

Wedding Guest Book Garden Theme

Ima suka sangat finally dapat buat guest book tema lain dari yang lain berbanding sebelum ni. A bit challenging to finish this order. Ima memang suka buat fairies, kali ni.. buat Quilling Boy & Girl pulak. Senang je, just tak payah letak kepak dia kat belakang badan budak tu & buatkan baju yg sesuai. 

Kak Lin cakap skirt budak pempuan tu sexy..transparent. Ha ha. Maybe lepas ni Ima akan cuba buat skirt yang lebih menutup aurat. ;)

Setiap satu budak ni ambil masa 4 jam untuk siap. Lama ..tapi seronok buat.



Lepas dah quill bebudak comel ni, baru lah Ima proceed dengan design & pemilihan warna. Sepanjang proses mendesign, Ima banyak bertanya pendapat orang samada sesuai atau tidak, nak letak rama-rama warna apa, nak tambah atau kurangkan yang mana etc. Sehinggalah Amran pun OK dengan design, barulah Ima tampal kesemuanya di atas buku.



Ima sendiri jatuh hati dengan design ni, sebab ceria & melahirkan energi kebahagiaan. Macam 2 orang bercinta di taman bunga gitew.. Ecceehh .. He he he..

Apa-apapun, jika ada mana-mana yang tercabut, bolehlah tampal semula dengan gam PVA. Atau hantarkan pada Ima untuk servis apa yang patut for Free ( utk customer Ima ). Kalau korang ada nak adjust ..insyaAllah Ima boleh tolong apa yang patut dengan caj yg minimum :)

Okay ! 

Jumpa lagi.. Selamat Berpuasa semua!


Ima Zahra @ KC Gift Shop


Tuesday, July 9, 2013

Mini Hand Paper Shredder untuk dijual


Mini Paper Shredder 
NOW OPEN FOR PRE-ORDER !


Ramai yang tercari-cari mini paper shredder untuk buat quilling. Kat stationary memang berlambak jual yang jenis besar-besar dan kena pakai letrik. No. No ! 

Kami peng'quiller' Malaysia mahu yang boleh pusing-pusing pakai tangan ala-ala buat ABC tu. Just because we LOVE Handmade so much. Besides, the price is much cheaper than the big machine. Rasa macam gedabak sangat kat dalam studio art kan :) Yang kecik macam kat bawah ni senang nak di bawa ke mana-mana.

Mini Paper Shredder : Saiz 17 x 5cm



Ada sesiapa yang mahu shredder begini ?Order dari Ima.

Tinggalkan nama & no telefon pada komen di bawah post ini

atau SMS/Whatsapp Ima < jumlah shredder> < NAMA> ke 013-6010704.

atau tinggalkan komen di Fb KC GIFT SHOP. 

I'll get u back as soon as possible !!

Tq !


Friday, May 31, 2013

Wedding Guest Book Ninie, soft pink is so lovely !

Ninie ialah kawan baik ima sejak Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sek Men Puteri Wilayah. Alhamdulillah, dapat berita gembira dari Ninie tentang majlis nya sejak awal Januari lagi. Ninie si cekmek molek Kelate yang sangat lemah lembut dan sopan orangnya. Sangat senang berkawan dengan Ninie, pernah jadi teman yg setia dan tak banyak songeh. :)

Disebabkan Ima kenal karakter Ninie, mudah sekali membuat buku tamu perkahwinannya. Gabungan warna pink lembut menghiasi hampir 90% design dan sedikit orange sebagai penyegar. Suka tengok Ninie yang sangat happy bila terima guest book. 

Thanks Ninie sebab percaya dengan kerja tangan Ima. Ni adalah antara guest book favourite di Facebook Ima. :)




Selamat Pengantin Baru Ninie !
Majlis Resepsi di Bora Ombak, Ampang


Love You Sooo Much !
Nanti datang kedai Ima kita lepak-lepak minum ya. Boleh Ima belanja pengantin baru :)



Untuk lebih banyak design wedding guest book yang cantik, jemput ke album ini :-



Whatsapp 013-6010704 utk order.

Quilling Wedding Guest Book for Ayed & Nurul

Tema pink / purple. Rasanya, memang semua guest book ima ada warna pink. :)

Ini adalah design yang kerap Ima buat untuk pengantin. Practise make perfect. Oh ya.. basic design sama, cuma tak dapat lah nak buat sama sebijik macam yang sedia ada sebab kerja tangan berbeza, kertas kadang-kadang out of stock sebab ada yg very limited. Tapi Ima akan cuba buat sehabis baik untuk jadikan design guest book yang anda tempah cuma milik anda seorang. Tak ada duanya di dunia. He he. 

Kepada yang nak tempah, Ima cadang hantarkan gambar pengantin sebelum Ima start buat. Bila nampak rupa pengantin, Ima akan dapat instinct dan lenggok untuk menggayakan guestbook dengan mudah. Hee..I'm a Reiki Healer,having great instinct is my speciality. :)


Guest Book pertama untuk Izwan ( Adik Eha )




Kedua untuk Ninie,



Ketiga untuk Ayed, tapi Ima sendiri pun tak berapa puas hati dengan hasilnya...so i'll just keep for myself :)



Keempat untuk Ayed. Alhamdulillah, he liked it ! And i loved it soo much :)


Selamat Pengantin Baru, Ayed & Nurul. 

Datang pickup dekat area kedai ima @ Jalan Pahang.

Terima Kasih banyak-banyak. Senang bekerja dengan Ayed. Keep posted !


Join Us!
Fb : KC Gift Shop

Sunday, May 26, 2013

I have to stop shop

Obses.

Baca betul-betul. Obses. Not obes. Errgh, harap-harap kegemukan ima sekarang tidak sampai ke tahap obes. Ha ha.

Back to Obses ( korang mesti dah fenin .. ), ya.. fasa pertama 2013 memang Ima sangat pulun menggulung kertas. Bila selalu menggulung, maka otak akan meliar dan meliar meneroka ke alam fantasi. Maka dengan itu, setiap kali ima keluar ke kedai , tak kiralah ke kedai art atau kedai stationary..ima akan rasa nak terkam semua kertas yang ada. Dan membeli tali, riben, ladybird,bunga,manik, pin, pembalut dan entah apa-apa yang kononnya akan digunakan in future. Even mold buat kek pun ima beli ! Ya Allah..nazak sangat dah perangai tak terkawal ima ni.

Akibatnya, meja ima dah semak samun dengan macam-macam barang yang Ima tak tahu bila nak pakai. Semuanya KIV project. Kedai Daiso, DIY, Kedai 5 ringgit, semua pun mengundang ima membuang duit. Sekarang baru ima perasan, patutlah Ima tak ada kasut baru, or even purse & handbag yang kena curi tu pun tak berganti lagi. Redha je dengan apa yang ada. Tapi kalau beli barang2 kraf ni, laju je membayarnye.

Dua hari lepas, ima rasa meja kerja ima dah terlalu sarat. Oh, takkan nak beli meja semata nak letak barang yang bakal dishopping kan ? Nehi. Nehi. Mak Ima akan membebel panjang sambil bersyarah tentang " modal perniagaan dan untung hasil dari jualan.." Dan Ima menjawab dengan rasa kurang bersalah ( which is so not good )..."tak pe...barang2 ni mesti akan pakai punya. Selagi timah hidup, selagi tu lah barang ni tak membazir".

Err.. what if i die tomorrow ?

( Krriik..kriikk..krriiikk...)

So, moral of the story... I have to stop shop. No more. Sampai 30% dari barang-barang yang sedia ada ni dipakai, baru kita boleh shopping lagi. La la la la... :p

Apapun, Ima sangat happy bila dapat beli cutting mat dekat kedai stationary Low Yat. Haaa ! Hamek kau. Beli cutting mat kat low yat ... ha ha... Sebenarnya datang untuk beli handphone baru..tapi si Wai penjual handphone masuk kerja lambat, maka...babai laaaah hp baru.



Cutting mat dah menyejukkan hati. Hp baru nanti-nanti boleh beli. :D
I know m kind of gayat a bit, sebenarnya cutting mat ni diperbuat dari apa? apesal kita toreh pakai pisau dia rilex je tak de kesan pun ? hu hu hu...


Yang insaf,
Ima Zahra

Quilling : Positive Quotes on Believe in your decision


I made this quilling egg just to kill my boredom on Sunday. Err...sebenarnya ada lebih-lebih kertas yang dah digulung, terasa sungguh semak di mata dan sedikit menyesakkan storage space. Maka Ima ambil masa yang tak sampai 30 minit untuk menampal di atas telur bertuah ini. He he. Oh ya ! Telur ini dibuat dari polysterin. Ima beli berkurun yang lalu di Art Friend, The Garden.

Masa mula-mula tampal tak berapa yakin camana hasilnya cantik ke tak. Tapi Ima buat keputusan untuk ada satu telur quilling.

So, here we go... " Once you make a decision, you've gotta Believe in it with all your Heart".

:)


* iman adalah penentu jalan mana yang kita pilih dalam hidup.


with love,
Ima Zahra