Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Di bawah payung asmara Universal Studio

Melampau sekali tajuk blog ini.

Thanks Dr Mariam yang mengajak Ima bersuka ria di Universal Studio,Singapura
di kala kerja sedang menimbun-nimbun...



Bagaimanapun, ia merupakan percutian pendek yang menggumbirakan hati,
dan memasamkan kaki...

oh,,,tak lupa juga...

menghabiskan duit poket ku bulan ini...

Ha ha.....

Breakfast seperti Raja...pengsan mengenangkan harga sarapan di hari yang mulia itu. Apa pun...croissant itu adalah super sedap...................

Moral of the story? Tak payah lah hari-hari nak jadi Raja..mengabihkan boreh ( bak kata org n9)...
( Raja-raja memang suka membazir wang negara....aiih..kalau zaman kesultanan melayu melaka,,,ima pasti telah dibuang negeri )


Perjalanan sungguh panjang ..dah lama tak naik pengangkutan awam...pheewww..

Wednesday, September 28, 2011

Rak Produk Penghias Kaunter :)

Lokasi : Lapangan Terbang Singapura
Peristiwa : Kena check in lah
Sejarah : Tiada ole-ole yang dibeli di Singapura, jadi Ima Zahra dan emak tergoda untuk membawa pulang rak ini seorang satu tangan . Cadangnya hand carry saja, tak perlu check in. Sebab nampak comel dan tidak membahayakan.Apa salahnya, kan ?


Ketika di balai pelepasan , mahu masuk kapal terbang :

Pekerja Airport : Eh,rak ni tak boleh bawa naik kapal. Mesti check in. Kenapa pakai plastik ja ni . Lain kali bungkus elok elok dalam kotak

( Perkiraan saya , alahai, rak ini bernilai $7 sahaja+ringan+ tak bahaya + muat masuk kapal terbang , jadi tak perlulah check in segala bagai )


Pekerja Airport : Tak apa lah kak, saya masukkan saja , tak perlu bayar.

Yahooooo !!!! Walaupun hati saya risau sebab bungkus dengan plastik oren pasar je... Check in ? Tak pernah dibuat orang !

Apapun, ia selamat tiba seperti kami juga. Alhamdulillah..



Tempat letaknya produk-produk di kedai saya RealShoppe.Com

Syampu BSY Noni Blackhairmagic - 10 minit rambut uban jadi hitam
Sabun Taharah - dari tanah liat.
Magicryst - berkesan hilangkan bau badan
Sabun Susu Beras Citra 
Mandian Rempah Herba Tradisional
Minyak Telon Felisa
Pure Oil Series Secret Leaf
Minyak Zaitun ( utk rambut & kulit )

Berseri-seri kan ? He he :)

Friday, September 23, 2011

Makan-makan at Singapore

Bulan September bulan Singapore. Ewah, macamlah tiap-tiap bulan pergi oversea !!! Oh yeaah.. ada laaa dalam mimpi jek !!

Walaupun Singapura ini kecil dan ramai yang kata 3 hari dah cukuplah kat Singapore ! Saya MENAFIKAN sekeras-kerasnya. Ini kerana terlalu banyak tempat makan-makan yang best di sini, tempat pelancongan, tempat cantik etc yang boleh kita lawat. Sesampainya saya di Budget Terminal Singapore, saya ambil booklet "places to go in Singapore'. Memang memberi info yang berguna untuk pelancong. I like !

Ok, entri kali ini, cerita sikit pasal makan-makan lah. Kitorang ( me & parent ) tak lah pergi makan kat tempat-tempat canggih, cuma sekadar makan mengisi perut yang lapar bila cukup time.

So, let the pictures do the talking !Hooray !~ ( excited tak pasal-pasal )


Kedai mamak memang banyak kat Singapore. Cari je mana-mana corner lot, insyaAllah jumpa ( fuuhh hiperbola betul ). Tempat paling mudah nak dapat makanan halal - kedai mamak lah kan !! Makanan dia pun sedap-sedap, kari-kari pun tak macam kari Malaysia yang 3-4 hari carry forward !!!

Chillis @ Sentosa Resort. Errmm... di atas meja terdapat menu makan & minuman( yang tidak halal itu !! ). Sungguh kurang selesa.

Sedap sangatkah popcorn ini ? 1 gallon ? Mak aiii memang besar dan banyak. Oh,lihatlah harganya $36 .. kira-kira RM 86 ( harga sekarang ).. adududuuuuu.... inilah namanya 'makanan taik gigi'

Bagi penggemar ceklat-ceklat, lollipops, gegula dan sekeluarga dengannya, bolehlah membeli belah di Candylicious, Sentosa Resort.. siap ada trolley comel lagi !!! Meriahlah.

Agar-agar la kot?? Entah. Ternampak kat Food Republic,Ion Shopping Mall.

Cantik signboard Food Republic tu. Saya terpesona. ! Di sini, ada banyak pilihan makanan, pertama kali masuk food court di Singapore, jadi ngeri juga mengenangkan halal / tidak ?? Tukang makannya ramai Cina, tapi kebanyakan gerai di dalam tertulis ' no pork '. Kena buka mata besar-besar dan tengok betul-betul siapa tukang masaknya. Oh, susahlah !

Geylang Road ialah wilayah Melayu. Ya, tempat yang agak mundur. Hello, asalkan sebut Melayu tak kisahlah negara apa pun, memang mundur jek ! haha. Yang penting, kedai makan Labu-labi ni tukang masaknya Melayu. Jadi, senanghatilah nak makan. Saya makan nasi goreng pattaya - sedap & banyak. Makan di kedai-kedai Singapore ni seronok juga sebab tak kedekut bahan macam kat Malaysia.

Little-India ialah wilayah India. Phewwww...meriah. ! I like ! Semua bisnes ada, dari kedai makan, ke masjid, ke kuil, ke jual kereta, ke pasaraya Mustafa, ke jual gadget.. semua ada. Saya singgah makan di ABM Restaurant. Abah cakap " restoran nama abah " = Ali Bin Maidin. He he... Kedainya ada aircond dan bersih. Saya suka konsep yang simple begini.

Kedai coklat dalam Ion Mall.

Ini Nescafe Cino. Tengok yang bawah sekali tu susu. Tak berani saya nak kacau habis.. MANISSS !!~