Showing posts with label Kosmetik. Show all posts
Showing posts with label Kosmetik. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Update barang mekap

Hanya ini yg tinggal..

Sudah semakin tua lah konon, 
malas nak mekap sangat.
Semalam ada masa terluang
maka digunakan utk membuang.
Hampir separuh eyeshadow, eyeline, brush dan blusher 
telah dibuang ke dalam tong sampah

Yang best,
kali ini buang dengan TANPA NIAT
untuk mengganti yang baru.

Misi mencantikkan kulit dengan wudhuk
dan minum collagen.
Haha.

Natural beauty lah konon !
Poraaahh.

 

Sunday, December 11, 2011

I told you, this is the best lipglass !

Dahulu kala, memang Ima Zahra suka buang duit beli kosmetik. Geram dengan warna dan packaging. Memang melampaulah syarikat kosmetik besar-besar di luar sana, berjaya dia menggeramkan ima dengan packaging dan kedai mewah mereka !

Sekarang tidak lagi, saya sudah bijak membeli bila perlu. Errr...atau bila 'lama terpendam'. Haha. Ya ! Sebenarnya termasuk dalam wish list December 2011 adalah Cleanser B.liv @ Sasa. Tapi, bila tengok harganya yang .....oooh...Ima Zahra mahu yang lebih murah ! Maka... setelah pusing Watson beberapa kali, Ima Zahra mencemar duli membeli Cleanser Simply Siti. Tak tahu lah macamana, harap-harap tak lah seindah promo saja. ;)

Dan packaging eyeliner In2it itu sungguh menggoda juga untuk saya mencuba. Emm..bolehlah pakai bila nak 'simple make up' saja.



Ya ! inilah lipglass yang menjadi teman baik saya sudah bertahun-tahun. Semalam, saya cuba untuk cari warna yang lain, tapi tak ada satu pun yang memuaskan mata saya. Akhirnya, beli saja lipglass ini. Oh, kasih kami bertaut sungguh erat. Hehe. Poyo lah ima ! Untuk sesiapa yang tak suka bibirnya 'over the ocean' boleh pakai lipglass ini selepas mencalit lipliner pelbagai warna. Hasilnya sungguh debom.

Eh, saya bukan pakar kejelitaan seperti blogger hebat lain. Cukup Ima Zahra !

Ima zahra : Dik, okay tak warna ni ?Diba : Tak,macam tak (teeet ).

M tetap menjadi pilihan. Okay, bukan MAC , tetapi bedak Miyami. Best sangat sangat !

Oh, masing masing  !!!!