Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Thursday, November 10, 2016

Sedap bila menulis ketika sedang emosi

Hakikatnya, kita makhluk beremosi. Dan seringkali emosi sedih, marah, kecewa, geram lebih mudah dihambur dengan kata atau tulisan ke pelbagai saluran.


Jujur, waktu ini saya sedang kecewa, marah dan sedih.

Maka saya menulis. Menambah satu lagi post pada bulan emosi ( November = 11 = 2 = air ).

Apabila mendengar berita baik dari orang lain, dan seterusnya menjadi tekanan buat kita kerana kita tidak dapat jadi seperti mereka adalah satu disaster sementara. Jika minda dan sikap tak berubah, maka ia mungkin menjadi disaster besar-besaran yang bakal membentuk trauma pada diri.


Kekecewaan itu mungkin berasal dari kesalahan sendiri. 
Dan diprovoke dengan kekecewaan orang lain. Lalu tercetuslah perbalahan sehingga melantunnya ayat-ayat yang kurang enak didengar.


Dari pagi tadi lagi, ketika dalam perjalanan ke ofis, saya terdengar-dengan ayat ini dalam kepala saya.

" Selagi kita mempunyai minda yg sihat, kita akan memberi reaksi yang baik pada apa sahaja yg berlaku disekeliling kita."

Minda yang sihat termasuklah ;

- tidak iri hati melihat kejayaan orang lain
- tidak membanding-bandingkan ujian diri dan orang lain
- menerima masalah adalah peluang memperbaiki diri.
- menerima secara terbuka teguran dari pihak lain
- hanya menulis ketika waras.
- tidak menghasut orang lain untuk berfikiran seperti kita.

dan banyak lagi.

Saya menulis untuk mengingatkan diri saya sekarang dan suatu hari nanti.

Berita kesenangan orang lain mungkin boleh jadi disaster untuk kita. Dan orang lain tak kan mungkin dapat membaca isi hati kita, kerana kita memilih untuk tidak meluahkan.

Tapi bagaimana mengawal emosi dan meletakkan Tuhan di hadapan semuanya.
Itu yang penting.

Ya, seharusnya .. jika salah itu datang dari diri sendiri - ubah segera. 

Saya mohon Allah kuatkan hati saya, pulihkan kerosakan dan trauma yang ada dalam diri saya sekarang. Dan bersihkan minda yg tak sihat yg mungkin ada pada orang sekeliling saya.


* cuba kawal emosi kerana inilah tarikh yg dikaji. redha lah Ima. *
11/11/2016

Wednesday, October 12, 2016

Quiet the mind, and the soul will speak



Macamana kita nak senyapkan kepala otak ? Setiap 2 minit tengok hp. Check notification fb..kejap-kejap wasap group bunyi. Masalah org jadi masalah kita hanya dgn membaca.

Walaupun sekadar lalu,tp sempat menyinggah kat hati. Walaupun tak komen,tp hati ttp berkata-kata.

Sudahnya kepala kita rasa mcm-macam benda masuk . Bising. Kalut dlm otak. Benda yg sepatutnya setel jadi tak setel.

Kita jadi tak fokus. Dugaan zaman sekarang lain sungguh.makin tinggi teknologi komunikasi, makin kita hilang komunikasi dlm diri.

#ciktemahmembebel

Friday, March 4, 2016

Kurungan apakah ini ?

Kurungan apakah ini ?
Yang memijak impi
Yang menepis sepi
Yang menjeruk hati.

Kurungan apakah ini ?
Tinjaunya menjinjit-jinjit
Lagaknya melihat dunia
Jiwanya sebesar semesta

Tapi hakikatnya,
masih terkurung
apit rapat
sesekali melapang dek cahaya hasrat.



4 Mac 2016
Ima yg hidupnya sudah 100% berubah.
Mengejar impian
Yg sering berubah bentuk 

Monday, August 4, 2014

Sukarnya solat !

Ramai juga pesakit-pesakit yang masih menunggu untuk operation, yang boleh berjalan..sihat mengurus diri, tapi tidak bersolat di katil sendiri. Pada awalnya saya fikir barangkali mereka jamak.Tapi zuhur ke asar pun hanya baring terkedip-kedip mata. Maghrib ke Isyak pun sepi juga. 

Tiada kelibat ibadah solat.

Awal-awal lagi nurse sudah cucuk tangan untuk ambil darah. Dan ditinggalkan jarum di situ. Oh ! Jarum mencucuk-cucuk daging menyebabkan pergerakan saya terbatas. Nak solat pun mahu menangis sebab bila takbiratul ihram, tangan yg berjarum itu berlaga dengan telekung ! Inilah akibatnya bila tak ada pengalaman, kalau saya tahu pasti saya lebih bersedia.

Terasa malu dengan Allah, bila sambil solat sambil menangis bukan kerana kusyuk dan takut, tapi kerana tak tahan menahan sakit dicucuk jarum. Ah ! gedik sungguh !

Saya diberitahu esok belum tentu saya operate lagi. Cuma standby. Jadi mesti mula puasa pukul 4pagi. 

Saya mandi pukul 6.15 pagi . Awal sungguh ! Pertama kali mandi pagi rasa tak mahu keluar bilik air. Nikmat sungguh badan kena air paip selepas tidur bermandi peluh. Usai solat Subuh, nurse drip air. 

============================================================

RABU, 16 July 2014

Setiap kali berulang alik dari katil ke bilik air, saya akan melihat-lihat pesakit yang terlantar di katil mereka. Kebanyakannya tak berdaya, tak boleh bergerak, kepala botak , muka pelik-pelik herot berot. Sekilas lalu, hati saya berdoa semoga saya tidak seteruk itu selepas operation dan mendoakan mereka cepat sembuh.


Di sini.. 
Aku lebih dahulu mendoakan mereka
Lebih bersyukur dgn nikmat yg ada

Di sini..
Aku lebih lama mendoakan setiap satunya
Lebih dekat dgn jiwa mereka.

Betapa antara mereka hampir kecewa dgn ujianNya..
Betapa antara mereka mahu gembira spt selalunya

Di sini..
Ku melihat mereka mahu sembuh
Tapi tak patuh pada Pemberi kesembuhan utknya.

Di sini..
Air mataku mudah sekali tergugur tika solat
Mudah2an ada kesembuhan dan kebahagian untuk semua.

Sungguh..ujian utk ku tak seberapa.
Berbanding mereka.

Moga lebih jauh ku melihat segalanya.


Abah cakap, kena duduk di hospital baru dapat idea karang ayat puitis. Ha ha ! Bunyi macam duduk penjara boleh karang novel.



Wednesday, May 7, 2014

Apungan


Seperti mahu, tapi selayaknya tak perlu
Yang dihidang layak dipandang

Yang diungkap layak dipendam
Yang dipendam patut diungkap

Antara kabur dan terang
Antara mata atau cahaya

Aku pohon petunjukMu.



07/05/2014

Tuesday, March 18, 2014

Kita punya pilihan



Kita punya pilihan sebenarnya ; 
Untuk melihat mana yg baik mana yg buruk.
Untuk memikir dgn akal atau melulu.
Untuk merasa yang basi atau yg baru.
Untuk menyimpan atau membuang.
Untuk mengikut atau memimpin.

Kita punya pilihan sebenarnya ;
Untuk ke syurga atau ke neraka.
Untuk menang atau bagi syaitan menang. 
Aduhai dunia, disinilah tempat hidup dan mati bukan pilihan.

Tapi tempat membuat pelbagai pilihan.

19/3/2014 /  17 JamadilAwal 1435H



p/s : pilihan yang lalu mungkin tersasar, tapi ia telah menjadi pengajaran bererti untuk diri. kesallah seketika dan kemudian binalah pilihan yang lebih matang. Yang lebih penting ialah siapa kita hari ini.

Friday, June 21, 2013

Ada kisah dibaliknya

Seakan tercari-cari
walaupun ada
jasadnya tak kutemui

Wujud rasa
akibatnya terzahir
tapi tak ku pasti

Makin jauh umurku pergi
langkahku berlari disini

takutkah?
barangkali rasa belum cukup
jasad belum terbentuk
ingin belum mekar terpupuk

aku khali
rasa ini halus, pendam dan dalam.


13 Syaaban 1434
/ 22 Jun 2013

Monday, March 11, 2013

School of thoughts



# puitisnya gundah


  • betapa pengalaman hidup yang tersemai mampu membikin jiwa rusuh. tatkala umur menjadi asbab kelunturan tenaga, usaha menjadi gundah bila harta menjadi kritikal penting pada kelangsungan hidup.

  • benar bagai dikata, kesukaran hidup menjadikan aku bijak berpuitis.

  • semakin sulit masalah, semakin halus puitis nya, hingga orang memandang seperti debu ditiup angin.

  • angin begitu dekat hingga tak mampu ku tepis. dan mereka juga cuma memandang bajuku yang beralun.

  • aduhai .



28 Rabiulakhir 1434 / 11 Mac 2013
Fatimah Az Zahra 





Friday, March 8, 2013

Cabaran menjadi anak tunggal





Cabaran menjadi anak tunggal...ialah survival ;


  • maka, saya mempersiapkan diri untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan bertekad belajar Reiki dan lain-lain ilmu self healing. saya suka baca dan ke kursus membina diri supaya sbg bekalan di hari 'jatuh' saya.
  • dan berusaha untuk menghafal peta, jalan,dan membaca seberapa banyak signage yg ada diatas jalan raya supaya mudah untuk saya ke sana sini untuk berurusan tanpa mengharap bantuan org lain.
  • belajar dan terus belajar photoshop utk memudahkan bisnes saya. dulu sampai menangis sbb geram belajar pshop xdapat2. hehe. hingga hari ini, saya cuba dan terus cuba, dan sy tahu layer2 dlm pshop sy sungguh mengarut. tapi yg penting hasilnya ok. hehehe
  • disebabkan minat sgt pada kertas, saya google dan akhirnya bertemu quilling. sejak hari itu, saya belajar sendiri melalui tutorial di dalam blog, google dan terus google untuk menambah ilmu seni ;) dan hasil quilling saya masih jauh ketinggalan hasilnya berbanding otai yg lain ..
  • pesan atuk, utk ada kemahiran dalam hidup. samada menjahit, mengurut, memasak atau apa saja. orang begini, jika dicampak ke dunia mana sekali pun.. boleh hidup, insyaAllah.
  • dan, jangan sesekali berhasad dengki dengan kejayaan orang. atuk pesan, mesti terus belajar dan pelbagaikan skill dalam banyak bidang. walaupun perempuan, mesti pandai bertukang, mesti pandai buat kerja lelaki. 
  • kemahiran untuk hidup harus diperbaiki dari hari ke hari.



* sekian bebelan hari ini *

Sunday, August 5, 2012

Erti bahagia



Bahagia itu dari dalam hati. Kesannya zahir rupanya maknawi. Terpendam bagai permata dalam hati. Terbenam bagai mutiara di salut nurani.

Bahagia itu pada hati, bertakhta di kerajaan diri. Bahagia itu pada jiwa. Mahkota di singgahsana rasa.


Bahagia itu kesabaran. Bila susah tidak gelisah, bila miskin tidak pemarah. Bila gagal tidak resah.





 

Sunday, July 29, 2012

Kalau tak de semangat nak hidup....

The worst bankrupt in the World is the person who has lost his Enthusiasm.
 
Saya semakin tak mengerti kenapa seseorang itu kelihatan kukuh diluar, tapi sebenarnya dia tak ada semangat nak hidup pun. Tak ada objektif hidup. Baginya, kehidupan seharian dari pagi sampai malam itu sama saja. Makanan dihidang, baju digosok, tempat tidur dikemas. Semuanya dilayan bagai raja. 
Tenaga yang diperoleh dari makan makanan berkhasiat terbazir begitu sahaja kerana tak ada kerja fizikal pun yang dibuat. Kalau ada pun, hanya sekitar kepentingan diri. Kenapa agaknya hilang rasa tanggungjawab untuk membantu orang terdekat. Tetapi orang jauh-jauh itu sibuk nak dibantu. 

Kalau tak ada objektif besar dalam hidup, memang kehidupan jadi mendatar sahaja. Bosan. Spiritual jika terlalu tinggi dan tak seimbang dengan fizikal pun teruk juga.  Asyik nak condemn orang. Selalu baca buku dan cari info, tetapi info itu tak disalurkan ke arah positif. Cuma jadi 'peluru' untuk perleceh orang. Sikap pesimistik yang semakin merajai jiwa akhirnya membunuh kekuatan diri. Sayang sekali.
Seperti sudah tidak ada ruang untuk memperbaiki kelemahan diri. Jika orang lain boleh berubah untuk kebaikan, kenapa tidak anda? Kenapa masih mahu berdendam kerana kesalahan orang lain. Bergunung buku yang dibaca, beribu kursus pun yang dihadiri, jika hati sudah keras.. sudah kematu.. satu hari pasti badan sudah tidak mahu berbicara lagi.
Harus sedar, manusia itu terdiri dari 3 komponen. Fizikal ,mental dan emosi harus seimbang. Kalau emosi & mental dah tersumbat, bagaimana fizikal mampu berfungsi baik?
Banyak trauma kerana kesilapan lalu tidak harus dibiar berkepuk dalam diri. Ia perlu dibuang. Kena buat cleansing. Self Cleansing. Cuba korek apa yang menggerutu dlm diri dan buang jauh-jauh. Bukan rumah sahaja yang perlu buat operasi pembersihan. Tubuh juga 'rumah'. Tolonglah buang semak samun yang merajai diri yang akhirnya menyebabkan sistem tersumbat.
Kalau sistem tersumbat, macamana NUR nak masuk. macamana rezeki yang betul nak masuk. 
 Hidup perlu ada objektif jangka panjang. Dan jangka pendek juga. Kadang2 bukan tak tahu. Tapi cuma tahu cakap kat orang lain saja. 
Sedangkan diri sendiri sibuk dengan objektif jangka pendek. Bangun tidur, orang saji makanan. Macamana makanan boleh ada atas meja ? bergolek sendiri ? Sampai masa, solat zuhur. Kemudian tunggu asar pula.. dan seterusnya. Tiba-tiba, tanpa sedar...dah berpuluh tahun hidup dalam circle yang sama.
Tak ada pembangunan diri. Tak ada tanggungjawab pada rohani. Tak ada tanggungjawab pada fizikal. 
Mungkin Allah pun tak tahu apa sebab nak bagi kita sihat, ... sebab kalau kita sihat pun...tak ada faedah pada masyarakat. 

Thursday, May 3, 2012

Perlindungan dan kasih sayang Allah...

Dua hari lepas - sungguh menguji kesabaran. Rasanya dah habis positif dah..tapi datang jugak ujian2 yg macam ' sudah jatuh ditimpa tangga'. macam mana boleh tertarik negatif energi tak tau laa...haaaiiihh...

Semalam,saya bermimpi saya accident di satu selekoh sempit. Kereta tergolek masuk gaung.. Anehnya...saya bukan risau saya akan meletup dengan kereta, tapi risau mak marah kereta bercalar sebab accident. Muahaha..

Siri ujian menahan kesabaran datang bertimpa-timpa. Ada saja yg tak kena.. setiap kali rasa nak marah..saya cuba sabar.. dan sabar.. Fuuuhhh..betul kata Saidina Ali, org yg menahan marah itulah yang kuat.. :) Sebab bukan lah senannnnnggg...

Akhirnya saya terus memutuskan utk berbaik sangka. " Aku selalu berdoa mohon perlindungan, mungkin sebenarnya aku boleh kena accident..tapi Allah kesiankan aku..jadi Dia beri ujian yang menimpa-nimpa sebagai pengganti.."

Alhamdulillah, syukur. :)

Tuesday, May 1, 2012

Masih ada dalam hati... !


Ketika saya mencari gambar ini, jiwa saya diruntun kesedihan. Sepertinya dia masih ada. Sepertinya saya baru sahaja bergurau senda dengannya semalam ! Sejak pemergian abadi MakNdak, tiada setitis pun air mata jatuh di pipi saya. Bila melihat mak asyik terkenang-kenang kakaknya...saya tidak rasa apa-apa. Ketika tubuhnya yang kaku itu dicium ahli keluarga untuk terakhir kali, saya hanya melihat mereka menangis. Tiada setitis air mata dipipi saya. Tiada. Fikir saya - saya telah Redha sepenuhnya. Jiwa saya tenang. Redha kah itu namanya ? Atau mungkinkah saya degil untuk percaya bahawa makndak sudah tiada ?

Semenjak hari pertama bertemu MakNdak selepas berita menghidap kanser itu, saya membuka hati saya luas-luas untuk sentiasa bersamanya. Sentiasa memberi healing untuknya. Inilah cabaran saya sekali lagi...sebagai Reiki Healer. Saya masih terkenang rupa payudara arwah MakLong yang membuak-buak kansernya. Tapi tika itu saya masih kecil ! Saya tiada ilmu. Saya tidak tahu apa-apa.

Jadi, saya mahu sedaya upaya membantu makndak menghadapi kesakitan ini. Saya mahu makndak sembuh. Semua orang fikir dia akan sihat.. tapi hari ini...dia sudah tiada..Kata mak, Kanser ni seperti sudah ada tempoh dan tahu tarikh kematiannya. Saya setuju, tapi saya juga mahu melawan. Kerana banyak bacaan saya ketika membuat tesis dahulu- kanser boleh pulih. Ramai yang pulih, ada banyak rawatan alternatif. Boleh dengar muzik hipnosis, boleh buat reiki, boleh akupuntur, boleh mindpower..macam-macam rawatan ada. Jangan mengalah.

Tapi makndak sudah tiada..


Mak selalu ingat-ingatkan saya...MakNdak dulu jaga saya ketika saya masih bayi. Saya cukup nakal kerana hanya mahu tidur atas kaki makndak yang melunjur. Sampai kebas kakinya...makndak beri saya makan...

MakNdak cuma bersekolah hingga darjah 6. Berkorban demi adik beradik yang lain - kerana keluarga kami miskin. Bila mak dan adik beradik balik dari sekolah, makndak sudah siap masak untuk semua. Kain baju sudah habis di basuh. 

Teringat saya makndak juga punya rambut yang cantik ketika muda-muda. Dia suka warna merah. Ketika saya umur 12 tahun, saya suka buka almari di kampung dan cuba-cuba pakai kebaya merah makndak. Tapi bila saya pakai..tak cantik. Sebab belum ada body. ;). Sekarang, tak payah cuba lagi, confirm tak muat sebab body dah berlebih-lebih. 

Saya sempat menghabiskan waktu hampir dua minggu untuk merawat makndak. Saya urut badan makndak... banyak cerita yang sempat kami sembang dalam bilik terapi.. Saya cuma mahu makndak ketawa dan lupakan kesakitannya. Kerana ketawa akan memecah energi negatif pada aura tubuh, akan membuang semua kesakitan. Saya mandikan makndak dengan Ultrasonic Bubble Bath... Saya Reiki makndak. Saya buang trauma makndak... Saya buat apa yang saya tahu..dan saya mampu. Segala penyembuhan saya serahkan pada Allah yang Maha Pengasih.

Subhanallah. Terima kasih MakNdak..kerana memberi Timah peluang untuk menimba pengalaman berharga. Detik bahagia bersama...akan Timah ingat sampai bila-bila.

Setiap kali saya terasa MakNdak kesakitan dan mengharapkan saya disisinya..saya akan segera lakukan Reiki Jarak Jauh. Mudah-mudahan, berkuranganlah sakitnya.. Saya hanya mampu berdoa agar Allah mengurangkan kesakitannya. 

Beruntunglah MakNdak kerana bertegas untuk menjadikan anaknya al-hafidz. Hafiz anak tunggal sama seperti saya. Kehilangan ummi adalah kehilangan terbesar dalam hidup. Tapi Hafiz tabah. Hafiz cekal. Saya tak pernah jumpa anak lelaki yang menyayangi dan menunjukkan sayang pada ibu seperti Hafiz buat. Teruskan berdoa untuk ummi, ya... Hafiz.!

Hari ini sudah cukup 16 hari kami sekeluarga kehilangan bidadari syurga. MakNdak mengajar anak-anak jirannya mengaji Quran sama seperti atuk Husin ajar. Sayangnya pada anak-anak kecil mengatasi segalanya. Bila budak-budak sudah berada di luar pintu rumah, tetapi dia masih belum solat Zuhur...katanya dia tak dapat solat dengan kusyuk kerana risau anak-anak itu diculik. Hebatnya MakNdak !


Tangan saya sudah tidak mampu untuk menaip lagi.
Hati saya semakin tebal sebaknya.

Sebenarnya saya mahu bercerita tentang hikmah dan pengajaran besar yang saya dapat dari kehilangan MakNdak. Tapi, untuk bercerita kisah ketika hidupnya saja sudah begitu panjang...Dan saya tidak mampu untuk teruskan lagi. 

Alfatihah & Yassin .


* Sejak berita MakNdak menghembuskan nafas terakhir hingga sekarang...saya masih enggan mengalirkan air mata.... Ketika kucupan terakhir itu, saya bisik di telinganya..." Mak Ndak, terima kasih jaga Timah.. Timah sayang Mak Ndak ".



 
 

Jika mahu bercakap dengan Allah, berdoalah...


Di dlm ruang gelap..
Ku menutup mata dan memanggil beberapa kali..
Allah...
Ya Allah..

Tiada jawapan..

Air mata menitis.Tuhanku tidak mahu mnjawab panggilanku..

Ya Allah..Yang maha mendengar...
.
.

Mata dipejam jiwa meruntun.

Ya. Tuhanku rindukan suaraku memanggilNya
Maafkan hambaMu kerana terlalu asyik dgn mainan-mainan yg telah dipinjam..
hingga terlupa untuk bermanja dgnMu 
wahai Allah yg Maha Pemberi..



* Bila mahu Allah bercakap dengan mu... bacalah Al-Quran...
 

Monday, April 16, 2012

4 Penghormatan..


1. Buat makndak yang kembali ke rahmatullah pada 15 April. Terima kasih meriba saya ketika bayi sehingga kebas kakimu..dan memberi nasihat tidak henti setiap kali berhari raya.


15 APRIL 2012
"Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat PEREDARAN BINTANG, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi."
(Al-Furqaan 25:61) 
HARI INI AHAD 15 APRIL 2012 - ADA ISTIQBAL..
ISTIQBAL -adalah satu istilah yang merujuk kepada satu kombinasi kedudukan matahari, bumi dan planet-planet di ‘belakang’ orbit Bumi (seperti Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune) dimana ketiga-tiga objek tersebut akan berada di dalam kedudukan garis lurus dan Bumi berada di tengah-tengah.
HARI INI - PLANET ZUHAL ISTIQBAL!!
MATAHARI - BUMI - ZUHAL >>> DUDUK SEBARIS!!
Laksana "JALAN YANG LURUS"!!
ALAM BERULANG-ULANG KALI menunjukkan "JALAN"!!


"Demi langit yang mempunyai tempat-tempat PEREDARAN BINTANG-BINTANG;"
(Al-Buruuj 85:1)



HARI INI ZUHAL ISTIQBAL.. sesudah 378 HARI, Zuhal KEMBALI ke TITIK ISTIQBAL dengan BUMI. Zuhal JAUH LEBIH BESAR.. Ia PLANET ke 6 dari kedudukan MATAHARI dan KEDUA TERBESAR SELEPAS MUSYTARI (planet ke 5 dari kedudukan matahari).
ZUHAL Planet GAS yang SATU-SATUNYA kelihatan MEMILIKI GEGELUNG BESAR DISEKELILINGNYA. Laksana TALI-PINGGANG BESAR yang UNIK & CANTIK, menjadikan ZUHAL planet yang TERKENAL. Tidak seperti BUMI yang ada 1 BULAN, Zuhal memiliki 56 BULAN.

ISTIQBAL atau OPOSISIi Zuhal adalah "AYAT-AYAT ALAM" - mereka yang MELIHAT akan 'NAMPAK'. Ia BERULANG-ULANG demi beri sebuah PERJALANAN ALAM.
Semasa istiqbal @ oposisi, Zuhal akan kelihatan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan seharusnya boleh dilihat dengan lebih jelas berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Lalu, SAAT 15 APRIL 2012 dinanti oleh AHLI FALAQ untuk MENGINTAI INDAHNYA ZUHAL YANG CERAH DI LANGIT BUMI.

Hari ini, Zuhal terbit semasa Matahari terbenam dan ia akan terbenam semasa Matahari terbit. Zuhal akan jelas kelihatan sepanjang malam berhampiran dengan buruj SUMBULAH atau lebih terkjenal dengan nama VIRGO. (VIRGO @ 'Kanyā' yang bermaksud "GADIS DARA".)
Planet Zuhal yang mempunyai GEGELANG CANTIK ini akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 378 hari. Miskipun Planet ini JAUH BESAR dan JAUH dari MATAHARI.. namun, KITARANNYA HAMPIR SAMA DENGAN KELAJUAN BUMI untuk MENGELILINGI MATAHARI (bumi ambil masa 365 hari).

HARI INI BUMI & ZUHAL - ISTIQBAL lagi..
Setiap kalinya - ALAM AKAN MEMBERI PESAN agar PENGHUNI BUMI BELAJAR DARI ALAM. Beberapa HARI LALU - AMARAN TSUNAMI - cukup meresahkan. ADA "GEGERAN" PADA ALAM.. memberi PESAN - ada 'ACARA' di LANGIT yang kekadang memberi KESAN KEPADA 'CUACA BUMI'.
Lihat sahaja, tahun 2010 lalu - di INDONESIA - Peristiwa LEDAKAN GUNUNG MERAPI telah berlaku pada OCT hingga NOV tahun tersebut. Peristiwa yang menggorbankan banyak nyawa dan harta benda itu begitu menggemparkan dunia. Dikatakan gegarannya mula dikesan sedari 20 SEPTEMBER 2010.
20 September 2010 ITU pada ALAM telah berlaku FENOMENA ISTIQBAL MUSYTARI (planet terbesar). Tak berapa LAMA sesudahnya.. GUNUNG MERAPI yang lama DIAM itu MELEDAK!!
Mungkn kebetulan...
Namun, AHLI ASTRONOMI menyifatkannya tidak. Pasti ada KISAH - yang PASTI - Hanya ALLAH TAHU!!
Malam ini ISTIQBAL lagi..
JOM..
LURUSKAN 'JALAN'!!
LURUSKAN "SIRAT"..

[JALAN @ 'SIRAT" adalah 'NADI' SURAH AL-FATIHAH. Diulang 2 posisi iaitu pada ayat 6 & 7. Kini kata 'SIRAT' dieja tanpa ALIFF, sedangkan dahulunya SIRAT terbina dengan huruf : SOD - RAA - ALIFF - THO. Dengan ALIFF ini keseluruhan HURUF dalam AL FATIHAH menjadi 141 huruf!!
Hari ini hari ke 141 di tahun HIJRAH! Hari ini ISTIQBAL!!
sekadar kebetulan... ]



2. Buat diriku agar menerima diri sepenuhnya dan bukan mengharap orang lain mmbuat kita gembira.


3. Buat insan aneh..ku cuba memahami persahabatan yg unik beserta menyuntik rasa hormat yg tinggi kerana pengalamanmu melalui beberapa fasa hidup bebeza. Agar dapat ku belajar ilmu2 yang telah hilang itu darimu.



4. Buat makhlukNya yang tak henti-henti berzikir dan memberi keseimbangan pada alam. Moga setiap daun yg diicip mmudahkan perjalananku melalui titian sirat.



Tersalah langkah boleh mengundang ke jurang yang dalam. Boleh terpesong dari peta hidup yang betul. Namun tidak pernah ada kata 'terlewat' untuk memperbaiki diri selagi nyawa masih di body ;)



Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, January 30, 2012

Saya seperti Bunga Api...?


Pernah sesekali saya rasa saya ini seperti Fireworks...Bunga Api.. ( hu hu..mode malam ni semua Cina kaya bakar bunga api ...)

Ya..
Bunga api HADIR memberi cahaya dan kegembiraan untuk SEKETIKA. Selepas beberapa minit selepas bunga api itu hilang dari langit, kegembiraan mereka yg melihat akan mula menghilang...dan kemudiannya lupa.

Hanya sesekali, bila ada acara, bila ada peristiwa, barulah mencari bunga api lagi.

Sesekali pernah saya rasa diri saya seperti itu. Hadir sebentar dalam hidup seseorang. Mewarnai, memberi cahaya, memberi keriuhan alam,...dan kemudiannya saya hilang dari pandangan mereka kerana adatnya. Mungkin lupa, mungkin ingat bila hanya ada peristiwa.


Entahlah..

Sunday, October 16, 2011

Giving 100% ?

Kebelakangan, saya dihujani dengan situasi ini. Giving out 100% .
Disebut dalam wisdom word :
Hiduplah seperti mati itu esok hari, dan berusahalah seperti mahu hidup seumur hidup. 

Ada juga yang memesan :
Bekerjalah seperti hidup selamanya, dan beribadatlah seperti mati esok.

Ada sesetengah antara kita terlalu percaya pada kawan. Memberi 129% kepercayaan kepada sahabat tercinta, percaya apa sahaja dan membantu ketika sahabat sedang susah tanpa curiga. Sedangkan keluarganya makan hati kerana sikap tidak adil tersebut. Bagi mereka, mereka sayang sedalam-dalamnya, kerana kawan mudah dapat, tapi bukan sahabat. Isteri boleh bercerai, tapi sahabat akan kekal selamanya. Persoalannya, berapa peratus kepercayaan boleh diberi ? Jika ia boleh diukur, berapakah amaun yang sepatutnya ?

Kakak saya berpesan untuk jangan percayakan orang lain. Kena letakkan curiga dalam perkenalan. Sedangkan bayang-bayang sendiri tidak boleh dipercaya. Apabila matahari tegak di atas kepala, bayang-payang kita pendek. Bila matahari condong, bayang-bayang kita meninggi. Ya, benar juga. Kita sendiri tidak mungkin tahu apa yang mungkin kita lakukan suatu hari nanti. Kita boleh buat kurang dari apa yang orang lain jangkakan. Kita juga boleh buat melampaui had batasan.

Pembaris mana patut saya gunakan ?

Oh, kita harus menggunakan pembaris yang berbeza-beza untuk mengukur sesuatu perkara. Maksudnya, pembaris  untuk rasa makanan yang kita masak tidak sama dengan pembaris yang kita gunakan untuk menerima komen orang lain terhadap sedap atau tidak masakan kita. Setiap orang ada penilaian tersendiri.

Dalam soal memberi yang terbaik dalam kerjaya ataupun hubungan keluarga ataupun hubungan persabahatan, perlukah kita memberi 100% atau peratusannya boleh berubah mengikut keadaan ? Kehendak hati atau kehendak akal yang perlu kita ikuti ?

Buntu lagi.

Saya pernah terbaca bahawa kita perlu buat semua benda bersungguh-sunguh. 20 tahun lagi kita akan menyesal jika TIDAK BUAT apa yang kita mahu berbanding buat kesalahan. Bagaimana begitu ? Ah, Terlalu banyak untuk dipertimbangkan.

Dalam banyak situasi, saya dapati antara membuat keputusan untuk diri dan menghukum tindakan orang lain - garisannya terlalu tipis. Bukan mudah untuk menjadi adil kepada diri sendiri dan orang lain.Dada begitu sesak bila memikirkan soal ini.

Berbaliklah pada panduan Al Quran jika hal ini terjadi. Itu yang mungkin sesetengah dari anda fikirkan. Ya, saya sendiri berfikir begitu. Tapi, dengan kecetekan ilmu dan mahukan jawapan yang segera, bagaimana harus saya mulakan ? Dari mana ? Soalan apa ?

Bagi seorang yang berfikiran logik, tentulah alasan yang kukuh, bukti, kajian kes dan lain-lain menjadi tanda tanya yang mahu dijawab sebelum membuat keputusan. Ia pasti mengambil masa lebih-lebih lagi jika pertimbangan ini dilakukan sendirian.

Orang lain mungkin boleh beri panduan, tapi hanya kita sahaja yang boleh menemukan cahaya kebenaran dengan pilihan yang dibuat.


Memberi 100% kepada sahabat - mungkin dikecewakan bila dikhianati
Memberi 100% kepada kekasih - mungkin dikecewakan bila berlaku kesilapan yang sukar dimaafi,
Memberi 100% kepada keluarga - saya fikir masih ada peluang untuk kecewa.

Life is about taking risk. Risk makes your mind function - I guess !
Walau apa pun pilihan yang dibuat, kita akan berhadapan dengan risiko. Jadi bersederhanalah supaya tidak jatuh berdebuk ke dalam tanah bila sudah memberi harapan setinggi langit kepada sesiapa.

Sometimes we learn, after we fall.

Monday, June 6, 2011

Mata hanya mampu memerhati, Hati hanya mampu menanti...

Kebelakangan ini....tak termampu untuk saya menulis segalanya disini. Masa berlalu terlalu pantas sehinggakan nafas tidak sempat dihela sempurna. Pejam celik tiada hadirnya jiwa. Astaghfirullah. Ampunkan aku Wahai Tuhan Pencipta Nafas, kerana aku tidak menghayati sebaiknya nafas yang Kau pinjamkan.


http://clairespapercraft.blogspot.com/

Di saat ujian satu persatu menerka, dan impian jauh beribu batu mahu ditempa, saya antara kaget, tercegat dan tersedak dek kesedaran bahawa langkah kaki harus dipercepat untuk menang pada waktu dan tempat yang tepat.


Tiba-tiba sudah tiba di pertengahan tahun 2011, satu impian sudah berkecai dek lalai dan terhegeh-hegehnya usaha saya. ( Agh, sebenarnya tidak berusaha pun ! Alasan demi alasan dicipta ! )

Impian-impian yang lainnya masih banyak dalam deretan menunggu untuk terlaksana. Eh, saya MESTI laksanakan secepatnya. Saya mesti abaikan suara-suara gedik syaitan untuk terus tidur,.dan harus berjaga untuk menyiapkan semua kerja yang telah dirancang. Jika tidak, saya pasti akan menangis di hujung 2011, tatkala orang lain re-cap 2011 dengan beribu kejayaan yang dikecap, saya cuma membawa kertas harapan untuk tahun 2012 !

Astaghfirullah. Demi Masa, Manusia itu benar-benar dalam kerugian.



Mengorak langkah keluar dari Zon Selesa sekali lagi perlukan SEBUAH TAMPARAN hebat dari Allah hingga mampu buat saya tersungkur ke Zon Berusaha Gigih. Saya memang naik lemak dengan kesenangan yang diberi pinjam hingga hilang berkat, hilang rezeki, hilang aura, hilang tenaga.

Perlu buang,koyak dan cabut Plastik Kepura-puraan yang menyelaputi wajah sendiri. Orang lain nampak bagus, tapi hakikatnya di dalam tidak lagi segar.



Kebelakangan ini, mata saya hanya memerhati - keadaan saya, kedaan mereka. keadaan dia. Dan hati saya hanya mampu menanti akan adanya berita baik dari Dia, dan dia.

Sebenarnya, mengharap sesuatu dari orang lain MAMPU merosakkan perjalanan diri mengejar cita-cita. Berhati-hatilah, Ima.