Showing posts with label My lovely friends. Show all posts
Showing posts with label My lovely friends. Show all posts

Monday, February 3, 2014

A review of M Boutique Hotel, Ipoh

Jika anda sedang mencari-cari sebuah percutian singkat yang mahu dijadikan memori kekal seumur hidup, Ima sarankan anda menghabiskan waktu di M Boutique Hotel.

Intro :


Pada asalnya, Ima & the Petites ( Diba, Ummi & Angah ) nak ke Cameron Highlands. Tapi kami terpaksa menukar program last minute sebab tak dapat cuti panjang. Di kesempatan yg jarang-jarang berlaku ini, saya ajak Dr Mariam & sepupunya juga untuk bercuti.

Kali terakhir Ima berfoya dgn Yam ialah semasa kunjungan ke Universal Studio, Singapore 3 tahun lalu.

Kami memulakan pemanduan ke Ipoh hari Sabtu 18 Januari 2014, pukul 3.30 petang. Agak lewat sebab saya kerja half-day. Highway Utara-Selatan agak sibuk sebab hujung minggu bersekali cuti Thaipusam. Jadi tak boleh nak speed sangat, maka terselamatlah saya dari perangkap AES yang bertuah itu ! :p



Gayat :

Setibanya di perkarangan M Boutique Hotel , iaitu bersebelahan Old Town White Coffee.. ( alamat : Hala Datuk 5) saya sudah terpaku dengan dinding luar yang sungguh cantik berbatu-bata itu. Gigihnya orang yg buat bangunan ni. 


Perjalanan di koridor hotel dipenuhi dengan bunga-bunga Tahniah , buatkan saya terfikir .."oh, barangkali Hotel ni baru launch.."

Melangkah masuk ke lobi... kami semua ternganga-nganga, terbeliak, terpaku, terpesona, ter-ntah apa-apa lagi lah bila melihat decoration yang tersangat cantik. Saya sudah pun membelek Fb hotel sebelum ini.. jadi memang sudah expect ID nya yg cantik. Tapi tak sangkalah secantik ini !


Setiap inci dari ruang masuk, lantai, dinding, meja, almari, bucu hingga ke atap .. ahhh..semuanya cantik & sangat details ! 

Saya & Yam menguruskan check in, sementara si petites enjoy dgn ambience yang mempesona itu. Terima kasih Aisyah Sankhari yang memudahkan urusan booking & beri layanan terbaik pada kami. In fact, Ima rasa.. semua pekerja di situ mesra - mesra orangnya. Kami terasa kegayatan kami ini begitu dialu-alukan.. He he he ;)


Gayat lagi :

Masuk dalam lif menghala ke bilik masing-masing.. kami berenam gayat lagi. ( Lantaklah korang nak cakap kami 'peghak' ke apa..but this hotel really drive us crazy in love with the decorations ).


Semua tempat, semua dinding adalah tempat terbaik untuk bergambar. Bagi manusia yang 'hantu-gambar', suka posing, gila glamour, tempat ini adalah highly-recommended. Trust me.


Bila dah masuk dalam bilik, kami menjerit lagi ...'aaaaaaaaa~!! cantiknya !!" snap.snap.snap. tak henti-henti bergambar walaupun masing-masing muka dah serabai sejak dalam kereta ke Ipoh tadi.


The truth is :

Okay. Jom jadi waras sikit. Sebenarnya, jika dibandingkan harga bilik vs saiz, harganya boleh dikira mahal. Tapi, saiz bilik yg kecil itu menjadi besar dengan interior design yg awesome seperti mengalu-alukan kedatangan tetamunya.

Kami bermalam di  Bilik " The Two Twins & The Queen : Deluxe" . 1 katil single + 1 katil queen . Tilam / bantal / selimut / aksesori bilik air / tuala / peti ais / peti duit ( utk simpan duit shopping kami yg ber'juta mimpi' ) adalah 5 stars ! Saiz bilik air kecil. Ngam-ngam sui.



Cukup, cukup, cukup sudaaaaahh :

Ima rasa cukuplah post ini untuk menceritakan betapa kami gembira menginap & mahu lagi datang ke sini lain kali. 

Ada banyak lagi nak cerita tentang hotel ni.. hmm.. tunggu lah kalau M Boutique Hotel bagi i buat review berbayar, mungkin lebih banyak lagi boleh dimuatkan. He he.


Overall :
iols,weols,uols sure puas hati dgn ambience hotel ni. lebih-lebih lagi photographer.



yg jujur melapor,
Ima Zahra.


Sunday, May 26, 2013

Hantaran Fresh Flowers for Farah Diba

Ini adalah kali pertama ima buat hantaran pakai fresh flower. Tak, sebenarnya kali pertama buat hantaran. Rasa sangat terharu bila Farah bagi kepercayaan untuk selesaikan 9 dulang hantaran ni. Terima kasih Eni sebab kekal di sisi meneman Ima memotong bunga dan menyiapkan span basah sampai 3 pagi. 

Macam siapkan assignment nak kena hantar pagi-pagi kat lecturer pulak rasanya. Apa pun, ia adalah pengalaman yang sangat berharga untuk kami bertiga. To be apart of the wedding, I feel so honoured. Alhamdulillah.





Sayangnya gambar-gambar ni Ima snap dari handphone je.Kualiti tak berapa bagus sangat. Ima harap boleh gantikan gambar-gambar ni dengan gambar dari photographer Farah. Photographer dia memang sangat happening. I would love to hire him one day. Very energetic and cheerful person.












Bila semua hantaran ni dah siap.. Farah cakap.." Ima...cantik sangattt !! Nanti masuk gambar hantaran dalam blog Ima..orang boleh order .." Oh, tingginya bayangan best friend ku ! 

Kalau within area KL boleh la kot. Jenuh nak bersengkang mata siapkan malam akad nikah. Fresh flower kan tak panjang umur. But, seriously.. Ima sangat enjoy menggubah semua dulang. So much loves to put on them. 

Oh, Ima buatkan hand bouquet untuk Farah jugak.



Semoga berbahagia selalu Farah & Bad !

Love u both .

Ima Zahra. 

U're the KLIA Birthday Girl

Bila ada adik-adik tersayang, yang memang kita selalu kasi hadiah bila birthday.. memang ada sedikit payah nak memikir " nak kasi hadiah apa birthday dia kali ni ?". Ha ha. Lagi pulak dah lama tak keluar shopping, memanglah lagi tak de idea dan masa pun sgt terhad.

At last, Ima order something dari Krisshop Singapore Airlines.1 Untuk hadiah birthday Diba dan 1 hadiah Ummi sempena birthday & result SPM yang sangat maveless tu. 

Beli barang-barang inflight ni okay jugak, sebab ada yang tak de kat market atas tanah. Err, i mean kat shopping mall. So, ima fikir this is one kind of special experience jugak for my lovely sisters. Bangga tak dapat hadiah dari atas awan ? Ha ha .. 

( Sapa yang over-excited sekarang ? Kahkah )

Kesian Ummi dapat hadiah togel je.. sebab tak sempat nak wrap. Diba dapat hadiah berbalut cantik siap ada ladybird lagi. Auwww..  ~  


Masa bagi hadiah Diba kat KLIA ( hantar bebudak kecik ni gi Umrah) , memang LUPA habis that last year birthday present pun hang dapat kat KLIA jugak. Memang kau lah gadis KLIA. Bulan Mei memang bulan airport kot? So, next May hantar akak gi London pulak eh ? :p

Hope u love the gift. See the world thru ur beautiful eyes.  Fewwwiiittt... 

And yeaah, macam best tengok muka Muadz blurr dengan sisterly bond tu kan. " Yang...mmmmm... u know what i mean " ha h a..


Love u dik !
Kak Timot.

Saturday, April 6, 2013

Kisah benar doktor,pesakit dan antibiotik. Bila patient lagi pandai....


Ni nak share my best friend punya status. Kadang2 Doktor pun boleh 'angau' bila dapat patient yang lagi terror dari dia, walaupun die tak blaja medic 6-7 tahun.. Memang doktor boleh naik jelesss dengan patient gini. Genius betul.Haha.


Ct Mariam :

pt: saya sakit tekak. baru nak kene selesema
me: ok. (tanya itu ini, check begitu begini)
Pt: (sebaik saje abis check) saya mau antibiotic yang biasa
me: (huh?) knp nak a/biotic?
pt: saya makan tu baik
me: (started boiling) uncle, u tau a/biotic untuk apa?
Pt: kuman lah
me: kuman ada bnyk u tau tak uncle? virus pun kuman. bakteria pun kuman.
pt: (staring at me)
me: a/biotic u rasa utk bunuh bakteria ke virus?
pt: tp sy mau juga a/biotic yg dulu tu. sy makan baik.'
me: (boiling lagi)suka hati u lah uncle. u lagi pandai. apa nama a/biotic tu?
pt: yg dulu punya, u tgk record ada
me: suka hati u lah uncle. u lagi pandai.



Ima wrote : hahahahaha. u shud TEACH him . bukak kelas ANTIBIOTIK satu jam.




sharing with love
:p Ima Zahra

Friday, January 25, 2013

Royal Purple & Pink Beauty Quilling Wedding Guest Book

Terima kasih Dr Mariam kerana sudi mempercayai sahabatmu untuk buat WGB ni. Lupa pulak nak tanya , ni kau bagi buat hadiah ke pengantin yg bayar ? Hik hik.


Ima pun bergegas mencari ready made guess book untuk dihias. Dan seperti biasa, Mid Valley adalah tempat pilihan. Ditemani sepupu paling cool dalam donia, Diba - misi mencari cover buku, aksesori dan kertas pun bermula dengan hebatnya. 


Butik Kertas ni di MidValley. Tingkat 2 rasanya. Berhampiran Wing Jusco. Siapa yang suka kertas pasti akan pengsan dengan variasi kertas, fabrik, reben, bunga, dan tali yang unik dan..... err..boleh pengsan juga dengan harganya. ! He he. Mana lah ada barang arts ni murah.. Yang free mungkin ada la. Tapi tu dah disebut bahan terpakai. Kekeke.

Ada satu lagi butik kertas dan stationary di Jalan Ipoh. Namanya Paper Gallery. Dulu Paper Gallery ni bertempat di Central Market. Rupanya dah pindah ke sini. 


Sebenarnya pergi MidValley sebab nak cari reben untuk acara perasmian Susu Biomil Xcel. Pusing punya pusing, barulah tahu yang sekarang ni diorang dah tak jual reben yang dah siap buat tu.. Semuanya ready made punya. Kita beli dan cantum sendiri bunga reben tu. Memang tak santek & tak berseni langsung. Tapi nak buat macamana, kalau nak beli reben + upah buat, lagi bertambah mahal. Untuk acara potong reben yang tak sampai seminit ...lepas tu reben tu dibuang.. oooh rasa sangat tak berbaloi kalau beli  sampai RM20-RM30.. !


Kerja-kerja menggulung dibuat di hari minggu nan indah. Mesti siapkan sebelum ke Terengganu  untuk RoadShow Biomil Xcel. Harus ada masa beberapa hari untuk kerja-kerja pengeposan.

Alhamdulillah, bila siap je buku ni.. cepat-cepat share picture dengan Yam kat whatsapp. Yahooo...~ Bila Yam suka... rasa berbaloi hilang penat lenguh sakit pinggang menggulung seharian. He he he. Puas bila dapat menyampaikan rasa cinta Ima melalui gulungan kertas berwarna.

Rasa seronok bila orang suka apa yang kita buat. Ia menambah semangat untuk Ima terus menggulung kertas lagi :) dan lagi. dan lagi. lagi. lagi. dan......Sudah ima ! Stop ! :p

Baiklah.


Selamat Pengantin Baru Nur Syuhada & Suria Affendy. Semoga perkahwinan diberkati Allah.


Your Quiller,
Ima Zahra 





Monday, December 31, 2012

Blooming with love

Syukur alhamdulillah...

After all struggle that i've been through... November - December 2012 create a lot of smiles on my face all the way....

Bermula dari mini gathering ke beberapa gathering yang tak dirancang buat saya jadi tak duduk diam. Penuh dengan aktiviti dan gelak tawa. Cabarannya ialah membahagikan masa kerja.. nasiblah kerja sendiri. Boleh cilok cilok untuk keluar dengan Effy, Farah, Yam, Eni & Hasnah. 


Paling tak menyangka ialah saya akan ke wedding Eha. Jumpa semula dengan Bad, Ain & Azhar. Hari itu kepala saya jadi sedikit fening, sebab bila dah tua - tua ni.. terlalu banyak mutual over mutual. Kawan  matrix bercampur roommate bercampur kawan kolej. Akhirnya kami jadi saling mengenali dan lebih rapat.

Subhanallah. Indahnya aturan Allah.


Persahabatan yang ikhlas adalah perkara yang paling manis dalam hidup. Bila kita mengenali kekurangan dan kelebihan kawan, kita akan lebih menghormati dan cuba sehabis baik untuk menjadikan sesuatu program lancar dan menyeronokkan. 


Jom Hijrah bersama Dr Mir Hazil , Ust Akhil Hayy @ Uia Gombak.
Pic : Beloved K.Su, Me, Angah


Belum lagi cerita anak-anak di Sg Buloh - Ummi & Angah yang merengek-rengek tunggu Kak Timah dia ajak berjalan. Haha. Apa nak buat dik non, makin tua makin bz. Ahaks ! Sebenarnya, lagi seronok sibuk macam-macam hal dari duduk melengu kebosanan tak de passion untuk hidup. 





Kemunculan si sepupu - Alilah untuk datang bersama menjayakan Biomil dengan syarikat saya umpama bulan jatuh ke riba. Begitu juga Diba yang sedang kebosanan menghabiskan sisa cuti sementara menunggu praktikal, datang untuk team-up bersama RealShoppe. Tiba-tiba hidup saya terasa penuh dengan adik-adik. :D 


Entah bagaimana, bilik saya di rumah tiba-tiba jadi terlalu kecil. Sebab tak muat nak tidur berjemaah atas tilam. Sejak bila korang membesar ????  Oh..! Terasa macam masih baru lagi tidur dengan ummi & angah atas tilam yang beralas plastik. Sebab takut dorang kencing malam masa umur 3-4 tahun. Ha ha ha ! ( Jgn marah dek... kisah berpuloh tahun lepas. Keke ) 

Oh, beza saya dan Ummi ialah 10 tahun. Dengan Angah 11 tahun. Tapi saya selalu layan mereka dengan cerita-cerita 'sosial' sebab ingatkan sebaya dengan saya. Erk, adakah Ima yang terasa muda, atau dorang yang cepat tua ? Ha ha.

Apa pun 2013 ialah tahun akhir untuk Ima jadi baby sitter untuk aktiviti Cousins Day Out. Huuu.. gua udah capek !! Malas nak drive dah weeii.. Korang plak bawak akak k... i follow je :D


Klimaks untuk keseronokan berganda ialah bila ada kehadiran Mak Tam & Ude Purple masa kita pergi Bukit Tinggi tu. Kan ? Kan ? Part naik tangga berhongeh-hongeh kat Japanese Garden adalah sangat tak boleh lupa. Ha... ! Satu lagi part bila angah halau pak guard tu sebab die nak posing ambil gambar. 

" tepi..tepi...tepi.. " sambil buat tangan menghalau.

Angah ! Kau memang the rock !

Sekarang ni rasanya memang tak mampu lah nak tulis semua peristiwa kat dalam blog. Nak letak gambar dlm blog ni pun rasa malas. Kekeke. Kerja banyak lah. Ada 1 lagi tempahan Wedding Guest Book untuk disiapkan sebelum 20 Januari 2013. 

Dengan kesibukan kerja yang sangat tahap kopi mahkota dewa, tak tahu lah sempat ke idok buat. Hu hu.


Syukur Alhamdulillah, penutup 2012 adalah sangat baik. Yang pahit-pahit itu memanglah ada. Tapi kita abaikan je lah. Yang berlalu biarkan berlalu. Eceeh..

Semoga silaturrahim bersama kawan-kawan / keluarga akan terus berkekalan dan dijauhkan hasad dengki antara kita.





Love you all - so much.

May this 1434/2013 bring more joys & love to us.


Ima Zahra

3.10 ptg / 1 Januari 2013.


Thursday, November 22, 2012

Wedding Guest Book - Purple & Pink Malaysia Flower


Ramai yang vote suka Guest Book Purple ni. Mungkin kombinasi warnanya yang kuat, ceria dan nampak 'elegance' kot. 

Selamat Pengantin Baru Eha & Jay. Majlis Perkahwinan pada 25 / 11 /2012
Semoga Perkahwinan diberkati Allah.

**************

Untuk adik Eha , Ima buatkan yang warna pink lembut ni. Tukar plan dari yang asal. 
Iji, congrats dik ! Jaga Yasmin baik-baik.


Selamat Pengantin Baru Izwan & Yasmin


p/s: Hati-hati handle buku ni ya..sebab kertas silver & pink tu sangat nipis.. 


Quilling with Love,
Ima Zahra

Monday, October 29, 2012

Quilling Wedding Guest Book for Friend



Ini belum siap lagi. Belum letak nama dan tarikh majlis kahwin.

Ada satu lagi buku untuk adik Eha.
Masih cari ilham dan mengacu warna kertas.

Harap-harap buku ni tak hancur ketika sesi menandatangani di hari bahagia tersebut.


Errr..atau perlu ke sediakan servis repair guest book jika berlaku sebarang kerosakan ?
Another charge ! 

:p



Thursday, September 27, 2012

Quilling : Interpretation Of Life



Salam, sekarang pukul 4.55 pagi - saya mula menulis tentang kad berwarna merah yang tak seberapa hasilnya. Siang semalam saya melakukan Terapi Yang & Reiki di Maple Care,Bangsar Utama. Terapi itu bertujuan untuk mengharmonikan aura dan tenaga, di samping melegakan stress dan menambah keseronokan ;) Sangat mahu recommend semua pembaca blog ini untuk cuba terapi yang ada di sana . Best sangat ! Tak ada kat mana-mana spa canggih di Malaysia ni.

Kembali kepada tujuan asal menulis - Semasa mendapat konsultasi dari Kak Maizun, saya dapat satu idea untuk Quilling. Katanya, saya perlu 'luahkan' apa yang terlalu penuh dalam diri saya, sesuatu yang boleh bermanfaat, meletakkan energi ke dalam sesuatu yg saya buat, dan fokus pada seseorang / perkara untuk chanel out the overloaded thing in myself. 

Wah ~ Kemain lagi alkisah kad ni kan . Itulah perkara penting yang saya amalkan ketika buat kad sejak di bangku sekolah dulu. Saya melihat perkara yang berlaku di sekeliling saya -dan luahkan ke dalam kad. Ia sedikit sebanyak membantu saya 'connect' dengan  innerself dan sangat menjadi salah satu cara terapi diri. Saya fikir semua quillers akan faham apa yg saya cuba sampaikan ;)

Ketika buat kad ini, saya hanya teringat Effy. Mula-mula nak buat kad sesuatu yang berkaitan dengan Best Friend. (1) Jadi 2 bunga itu kononnya saya dan Effy lah ^____^ . Pemilihan warna krim dan hitam adalah sebagai tanda peristiwa-peristiwa yang pernah kami lalui. Phewwww ~ Dan juga menunjukkan dalam diri seseorang , ada sifat positif & ada negatif. Bunga putih (berlatar belakang corak berwarna warni ) itu adalah impian - bahawa mahukan sesuatu yang terbaik, suci , bersih dan cantik di dalam diri dan juga pada pandangan manusia / Allah.


(2) Walaubagaimanapun, orang di sekeliling tampil dalam hidup kita dengan membawa perangai yang tersendiri yang belum tentu baik, ada yang bermuka-muka, ada yang kelihatan baik di luar tapi busuk hati. Ada yang nampak jahat tapi rupanya berhati murni. (3) Ada yang memang betul-betul syaitan perangainya. We have all these people in our life,right ? Lalu saya terjemahkan perangai manusia / ( dugaan hidup ) dengan kombinasi bunga hitam & putih itu. Mereka hadir dalam satu pakej yang "nampak cantik dan real "--> Bunga Hitam.. Tapi ..nampak saja cantik, but poisonous Jika kita tak guna akal dan membenteng dengan iman , pasti mudah terjebak dengan kesilapan.


Ada sesiapa yang masih mengikuti tulisan saya ? Its okay kalau tak baca. Saya menulis untuk diri saya - supaya tak lupa kenapa saya buat kad ini suatu hari nanti.


Kertas merah terang dan bertekstur kasar (4) itu menunjukkan kehidupan secara keseluruhan. Ia memerlukan tenaga ( merah )  untuk kita teruskan. Kehidupan ini seolahnya menjanjikan keseronokan, kemegahan, kekuatan. Tanpa stamina yang Allah pinjamkan, hidup ini pasti hambar dan tak bermakna.  

Akhir sekali, kertas berkedut pink (5) itu melambangkan rahsia-rahsia yang tersembunyi yang wujud pada manusia dan alam. Ada sesetengah perkara kita simpan sebagai rahsia diri sahaja. Ada sesetengah rahsia yang tersimpan antara kawan baik. Ada sesetengah rahsia Allah simpan untuk hambaNya cari dan bongkar.

Coraknya seperti layar di panggung. Begitulah kita di pentas dunia. We are the people. And it's always about choosing the right one, right path & right destination.

Diba, faham tak apa akak tulis ni ? Ha ha. Terima kasih kerana 'ada' untuk akak di setiap waktu susah dan senang. This card is dedicated to you too. Suatu hari nanti Ummi & Angah pun akan lebih faham tentang Kehidupan .

We're still struggling ,indeed.

Dah habis sekolah nanti, kita akan masuk ke sekolah yang lebih besar - iaitu Sekolah Kehidupan. Waktu itu takkan ada lagi cikgu yang beri markah. Tapi kita sendirilah yang menilai dan memberi markah terhadap apa saja yang kita buat dan akan sentiasa ada tips-tips dari Allah bila kita rapat & ikhlas denganNya.

Sekian .


5.35am 
memerah otak di waktu pagi
Ima.



p/s :macam stress pulak tulis skema-skema nih . he he..

Quilling card for Best Friend , Quilling (Life)


Effy my dear friend... ;)

Sempena final exam.. dan keserabutan yang melanda..( oh..hanya kita yang tahu... haha )
 i dedicate this card for you. 

It has a lot of meaning... about us.. about life that we've been thru..

Wish you very good luck , Dr Effy !.

Ignore all the negative marking..hehe... just be sweet & positive.. as you always do.




The people. Its always about choosing the right one, right path, right destination. 



Lots of love.
Ima.

Friday, July 27, 2012

Julai 2012 penuh warna warni...


Di penghujung Jun hingga Julai tahun ini , banyak yang berlaku dengan cepat. Mood swing yang menggila. Emosi yang tak terkawal. Kesihatan yang up & down.

Hingga menjejaskan status2 di facebook ..saya seperti tak dapat mengawal diri. Ada ketika saya kalah mengharunginya, ada ketika saya seperti lalang.. Tapi insyaAllah,,kebanyakan waktu saya pasti seperti buluh ;)

Ape cerita pokok ni? adeh.

Panjang wish list saya pada Julai ini. Pencapaian yang diperoleh? Saya cuma mampu beri C+ ! Hah ! Memang tak senonoh. Periksa tengah tahun cam tu punya markah. Bermakna masih perlu mangayuh lebih kuat dan pantas untuk sukses di hujung tahun.

Bulan ini bertemu Ramadhan. Saya miss hari-hari awal Ramadhan. Terasa begitu ketinggalan.

Ya. Saya perlu teman. Saya perlu sahabat.

Terima kasih Eni, Effy, Farah, K.Sri, Diba..sentiasa saja menyokong dan memberi kekuatan bila saya mula jadi 'meroyan'.

Ahh..

Tiba tiba saya jadi tauke perfume. Tiba-tiba saya jadi rapat dgn Dina & Marina. Ya, kawan akan bersilih ganti.... kadang-kadang sebab masa & perubahan hidup menyebabkan kita selalu / jarang bertemu. Harus terima hal begitu.

Sebab itu, bila mereka ada... hargailah dengan usaha ! Saya sayang teman-teman rapat saya. Saya sayang kakak-kakak saya. Kerana tanpa mereka, saya anak tunggal yang keseorangan terpuntang panting melayari bahtera hidup.

Aduhai.

Kan saya dah cakap, bulan 6 dan 7 ni, saya terlebih emosi.

Shoooh..

Sunday, May 6, 2012

hattrick of dejavu

Venue : bukit cerakah

Date : 6/5/2012

Mode of energy : received n quiet.

Event : supermoon

R&R @iqbc

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 30, 2012

Bila doa termakbul, dunia terasa begitu indah sekali

Syukur Alhamdulillah,
Ima terasa sungguh terisi April ini. Meskipun banyak ujian yang menduga, tapi Ima dapat laluinya dengan baik. Kalau ianya boleh dianalisa dan ditulis dalam report card, Ima pasti tersenyum dan tak sabar-sabar nak tunjuk kat mak abah untuk sign. He he.

Bukanlah cemerlang sangat dalam setiap subjek. Tapi Ima menilai diri sendiri ..banyak usaha telah dibuat..dan result April lebih memberangsangkan berbanding Mac.  Oh, teringat lagi betapa peritnya membuat analisa pada Mac lalu. Rasa macam nak belasah diri sendiri je...Hu hu

( April ialah bulan 4. 4 dalam Numerologi ialah elemen Kayu. Kayu itu bermaksud penunjuk dan pengukur kehidupan. Dari kayu terhasilnya Kertas.. dari kertas terhasilnya Kertas Dan Cinta. He he he.. ;p. Di sinilah Ima menulis pengalaman hidup, jatuh bangun, tergolek terlentang, seronok dan sedih..semuanya ima coret di atas blog ( kertas) ini..supaya ia menjadi pengajaran kepada diri sendiri. Kalian mungkin faham, mungkin tidak. Anggaplah saja ini adalah topik di bawah " Otak Pelik ". Sila tengok di bahagian label Otak Pelik jika anda memang pelik. Ha ha ha.. )

Berbalik kepada Otak tak pelik.. ( Which is tiada label khas utk itu )...,Ima ada menulis wish di bawah ini sebab geram sangat dengan bulan Mac yang menikam kalbu menyakitkan jiwa. ha ha. Hey Ima jangan nak salahkan bulan...Mmg salah sendiri sebab tak excellent dalam merancang hidup. Poorah.

Jadi, jom buat review sikit...
( Ima tak rasa korang patut baca apa yg akan ditulis ni,tapi...korang memang stalker...n suka baca diari orang kan...hehehe..so suka hati lah..segala kerugian masa kerana membaca post ini adalah dibawah tanggungan sendiri )



APRIL WISH LIST :

i need a husband
Part ni belum dapat lagi. Selagi belum dapat, selagi itulah ia akan berada di atas top wish list. Barangkali ada banyak benda dalam diri yang perlu Ima ubah sebagai prasyarat utk harapan ini terlaksana kot... Hmmm... Apa pun, pada 21 April lalu ,,,,memang ada sesuatu telah hadir. InsyaAllah..Ima akan menanti dengan penuh sabar...Ya Allah, mencari pasangan hidup ialah teka-teki paling besar dan susah dalam hidup Ima. Enough feeling struggle .

i need a lot lot lots of loves
Subhanallah..Alhamdulillah.. Ima terasa kasih sayang dari keluarga dan kawan-kawan sepanjang April lalu. Banyak komunikasi yang baik berlaku antara keluarga dekat dan jauh. Pemergian MakNdak terlalu banyak memberi anugerah kepada ahli keluarga. Meskipun ianya pahit untuk kami telan..tapi tak boleh dinafikan ...bahawa hubungan keluarga Wak Husin & Sumi menjadi lebih akrab. Banyak cinta yang terjalin antara kami. Betul tak Diba?


Ima dan Effy banyak chatting pada bulan ni.. Banyak benda yang kami share..sedangkan bulan-bulan yang lalu masing-masing menyepi buat hal sendiri. Inilah persahabatan. Walaupun kami berjauh-jauh untuk sekian waktu, tetapi tetap ingat antara satu sama lain. Dan bila masanya tiba, kami akan dating secara online. ;) Atau menangis di dalam telefon..walaupun Effy terpaksa cari bilik "mayat"(kah ??) semata-mata mahu melayan tangisan Ima. He he he...

Begitu juga bergayut-gayutan dengan Farah...
Bermesra-mesra dengan Kakak-kakakku yang ramai....
Alhamdulillah..Love is in the air ! :)


i need a lot lot lots of happiness
Kegembiraan itu terlahir bila apa yang dirancang menjadi kenyataan.. Apa yang tidak dirancang, hadir memberi senyuman. Berita-berita di Facebook banyak yang membahagiakan Ima. Oh, walaupun Herba Prima membuat onar dengan kehabisan Stok Jusmate ,DrII ,,,uuhh..boleh kata hampir semua produknya tak ada...Haaihhh..Tak ada stok maknanya tak ada sales lah kan ?? 

Alhamdulillah, ia tidak berlaku begitu. Sales masih seperti biasa, barang sampai dan terus jual macam goreng pisang panas. Masih juga berpeluang mendapat bonus seperti bulan-bulan sebelumnya. Allah permudahkan dengan pelbagai cara.. Terpulang pada kita macamana nak lihat pertolongan Allah itu.

Yang paling seronok ialah bila dapat Shopping buku di MPH. Itu memang Syurga ! :) Dari pembacaan buku itu, Ima terasa ada satu energi luar biasa memenuhi aura. Ia benar-benar melegakan. Kalau nak happy, kena happy dari dalam diri. Kemudian baru ia akan memancar dan memberi kebahagiaan pada orang lain. Samalah macam pakai perfume, kena pakai dulu.. baru orang lain boleh bau wangi. He he. Itu pun nasib lah kalau perfume kita tu tak bau merepek-repek. 

Mak selalu tensen bila Ima pakai perfume yang baunya menyakitkan hidung. He he he..




i need a whole new brand of life
Sebuah kehidupan yang lebih baik. Hanya saya dan saya dan Allah tahu betapa saya mahu beberapa perkara dalam hidup ketika ini mahu di 360 kan. Hah ! Faham tak? He he he..


Maksudnya, saya mahu tukar. 
Seperti tukar kerajaan.. He he he. 360 bermaksud..saya tidak mahu kerajaan sekarang memerintah. 


Seperti rasa sempit di dada setiap kali bangun dari tidur..
Akhirnya saya dapat merasai indahnya berlapang dada untuk hampir 3 minggu. Kesempitan dada biasanya disebabkan rasa takut dan kemarahan yang tersimpan. Kita menyimpan masalah di dalam dada, apabila tidak dikeluarkan , ia akan semakin menebal dan akhirnya tiada ruang untuk bernafas. Ima mengambil masa untuk menyenarai kemarahan dan ketakutan saya. Dan kemudian Ima Reiki dan lepaskan kemarahan itu ke udara sambil berkata pada diri " Keluarlah dari dada ini, dan biarlah aku bernafas dengan lega..." Cubalah lakukannya sesekali...ia boleh buat anda rasa gembira dengan hidup anda sekarang.


i need a lot lot lots of LUCK...


Oh,Ima bertuah sungguh kerana dapat jumpa dengan Siti Nurhaliza secara live. 
Pernah berangan dari dulu agar dapat spend time dengan Siti..ajak Siti datang rumah..Mak masak Ikan bilis madu tangkur...fuuiiih...mesti Siti tak nak balik ke pangkuan Datuk K dah. Ha ha. Over !

dan selamat ketika peristiwa bersejarah BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka. Alhamdulillah.



Kiranya, macam bertuah juga sebab dapat merasa Gas Pemedih Mata. Kalau dengar orang cakap..memang tak rasa apa-apa...Bila dah kena, bukan sekadar pedih mata..tapi pedih hati jugak dengan ketidakadilan mereka.


i need a package of positive people surround me
Ya. Hidup Ima hanya dipenuhi dengan kata-kata yang positif dan dikelilingi oleh orang yang positif di keliling Ima. Jika ada yang negatif sebelum ini pun..tiba-tiba dah jadi macam positif juga. 

Jadi maksudnya apa ? Memang kita tak boleh kawal perangai orang yang negatif itu. Tapi, dengan bersikap positif, dan hanya mahu benda yang positif,...automatik orang lain akan melayan kita dengan baik sekali.

Ima ada menulis di Fb :
Cuba..untuk seketika..anda ubah fikiran anda...sebut kpd diri sendiri..saya mahu lihat,dengar dan baca hnya perkara positif dlm hidup ini. U will surprise yourself...resultnya instant dan luar biasa.





i need to let go all the anger,pain and trauma inside me
InsyaAllah..part ini sudah beransur-ansur kurang. Masih ada yang terbuku..but i am working on it... Ima mahu sibuk membaiki diri sendiri..Until I feel CONTENT with myself..insyaAllah.. 

i need a better life.   
and... enough time and space to do all the task given.
- Ima fikir, bulan April ni ima layak dibayar gaji penuh. Sebab Ima buat kerja dengan baik sekali. Ha ha ha..puji lah diri sendiri ima ooooi.. Hahaha... Ada la beberapa benda yang masih liat, tapi kira Okay laaa.

Cecuba korang hari-hari muhasabah diri bila habis kerja di pejabat " Layakkah aku dibayar gaji sebanyak ini..dengan kerja-kerja yang aku dah buat hari ini ?". Banyak pekerja yang minta gaji naik, minta gaji tinggi...tapi kerja yang dibuat tak berbaloi pun untuk company nak bayar.  Kalau rasa macam tak setimpal, hari esok pasanglah niat untuk cover balik hutang-hutang tu yer.. ;)


Sekianlah entri yang cukup panjang ini.....
Hampir sebulan Ima karang dalam kepala...
Hari ni baru muntahkan semua.


'Muntah' with love
Ima Zahra.



* tolonglah percaya...entri ini Ima tulis hampir 1 jam... ;p