Showing posts with label Cerita Nombor. Show all posts
Showing posts with label Cerita Nombor. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Kisah keretaku dan Huwa Sticker

Quilling Huwa Logo

Semua yang berada di keliling kita adalah ENERGI. Kita sendiri adalah energi, dan bisa terhubung dan bersifat magnet dengan energi yang lain. Jika positif energi yang kita bawa, maka energi positif yang kita tarik.

Memandu kereta terutama di Kuala Lumpur bagi saya perkara yang mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi. Kemalangan bisa berlaku bila-bila masa. Kalaupun kita tak langgar orang, boleh jadi orang yang langgar kita. Atau, boleh jadi tersesat di jalan yang sama berkali-kali. Atau, kereta rosak di tepi highway atau di tengah kesesakan jalan raya.

Sticker Huwa saya tampal di kedua-dua kereta saya. Mengkarung dan Kebas namanya. Ha ha. Mengkarung tu kereta kesayangan saya, yang saya bawa bertahun-tahun sehingga energinya sudah sebati dengan diri.

Tujuan Sticker Huwa itu ditampal antaranya ialah sebagai "protection". Saya bukan sekadar tampal bodoh di kereta, seharusnya ada ILMU disebalik setiap perbuatan. Kalau nak baca dan faham tentang Sticker ini, bolehlah BACA DI SINI. Harus diingat, bukan BERLINDUNG dengan sticker ini. Ia cuma alat yang memberi isyarat dan faham kepada minda tentang perlindungan. Semestinya Hanya Allah tempat kita BERLINDUNG dan memohon PERTOLONGAN.

Syukur, kerana apa yg saya perhatikan , banyak 'pertolongan' yang Dia beri sepanjang saya bawa kereta.
  • Perjalanan di permudahkan
  • Jarang tersesat jalan
  • Selalu 'nampak' jalan yang sesak, dan diberi instinct utk elak jalan yang sesak
  • Kalau kereta accident, orang yang langgar selalu JUJUR dan bayar dengan mudah.
  • Terelak dari banjir besar (kalau tidak, kereta tu pasti terendam separuh dalam banjir)
  • Kereta rosak di tempat yang betul, berhampiran dgn workshop atau di tepi jalan, atau bila dah sampai rumah.
  • Mudah dapat parking di shopping complex ( penting nih ! )
Dan macam-macam lagi yang Allah permudahkan. Semuanya atas izinNya.

Sebenarnya, topik ini sepatutnya ditulis LEBIH TERTUTUP kerana bukan semua faham. Bagi yang faham,fahamlah. Bagi yang tak mahu ambil tahu, terus begitu.

Untuk mudah di jalan raya, SATUKAN ENERGI antara DIRI, KERETA DAN JALAN RAYA. InsyaAllah, perjalanan akan lebih mudah dan lancar. Jika ada ujian di tengah jalan, pasti anda akan lebih sabar dan yakin dengan pertolongan Allah.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas semua pertolonganMu selama ini. Lindungilah daku dari kecelakaan. Bukan niatku ingin riak, sekadar berkongsi setitik dari ilmuMu. Maafkan daku jika tulisan ini digayakan dengan salah.

Wednesday, February 2, 2011

Tema Majlis Perkahwinan : Bunga Kertas

Konon-konon, Tahun Arnab Emas ialah tahun yang baik untuk berkahwin. Masa Tahun Tikus pun saya dengar begitu juga. Saya rasa, tiap-tiap tahun pun baik untuk kahwin. :) Sebab, kalau dah sampai masa..kahwin je lah.Tak payah tunggu tahun. Kan . Kan. Kan.

Saya nak kahwin ! Tahun ni mahu ada progress. Pertama,'send' energi dulu. Seperti di bawah.


Kemudian, cari calon. Ha ha. Teruk betul ima tak de orang nak. Ha ha.

Lepas tu, pegi kenduri kahwin Kak Teh , esok. Ambil berkat orang kahwin. La la la.. excited tengok barang hantaran dan kemas bilik pengantin. Wee !!~

Oh ya ! Kena belajar buat cekodok & madu tangkur ( ikan bilis kicap sangat sedap ) sampai LULUS dek Puspakom Makcik Robbaniah.(mak saya ).

Dalam masa yang sama, berdoa, pujuk, merayu dengan Allah supaya dekatkan jodoh. ( ima ! desperate ke? ngok ! ) Saya terima SIAPA sahaja yang Allah tentukan untuk saya.

Ha ha. Good Luck ima !

Kad kahwin handmade ??? Lebam kot ! Diba,janganlah kau gatal-gatal lagi mencadangkan hal ni. Kalau tak, ekau jugak lah yang jadi mangsa gulung kertas. Ha ha....

Atau, mungkin kita boleh buat decoration majlis kahwin dengan KERTAS ? Bunga kertas, quilling, ape-ape je lah yang daripada kertas. Harap-harap Lin Handmade Greeting Cards & the gang boleh terima tempahan dari saya. :)

Hoi ima, berhenti berangan !

Sunday, January 30, 2011

Gosip dan Kedai Kayu

Saya selalu perasantan bahawa saya selalu ada pandangan yang berbeza bila melihat sesuatu.
  • Gosip antara budak perempuan.
  • Pakwe makwe berdating.
  • Promote bisnes baru kat prospek
  • Gosip antara budak lelaki
  • Layan facebook dengan laptop ramai-ramai.

Semua di atas menceritakan tentang BERCAKAP (2) mengenai ilmu dan pengalaman. Kisah baik, menarik,hangat, sedih, pahit, masin,masam. Ia sangat KAYU (4).


Maka, tak hairanlah, manusia2 yang saya tulis di atas memilih KOPITIAM sebagai tempat melepak. Sebab kopitiam punya konsep kedai pun berkayu-kayu jugak. Serasi lah kan ? Tambah pulak kita memang order air kat Kopitiam tu.


Cuba tengok Old Town White Coffee ? PapaRich ? Bangi Kopitiam ? Dan macam-macam lagi kafe ala-ala kayu yang menjadi tempat lepak berjam-jam. Energinya sesuai sangat. Kedai kopi yang begitu dah menjadi trend orang sekarang.. ia menjadi lebih eksklusif dan terkini.

Bussinessman menggubah kesukaan manusia menjadi BUDAYA yang lebih segar sesuai mengikut zaman. Inovasi dilakukan untuk meraih market. Saya berharap suatu hari saya akan jadi seperti itu.

Saya rasa, apa yang saya faham dan maksudkan dalam kepala otak ni, tak dapat terluah dengan baik di entri ini. Oh.sedihnya. Tak apa lah, saya akan asah lagi tulisan saya, supaya apa yang saya nak tulis ni, anda faham.

Numerologi itu menarik. Tapi saya baca dengan cara begini. Bukan dengan cara membaca perangai manusia. Sorry eh..!

Gulungan Kertas


Adakah sebab saya berelemen Metal (6) dalam numerologi, maka saya terlalu mencintai kertas (9) ? Tekstur kertas mampu meluahkan isi hati dengan tepat. Warna mampu menjelaskan ketenangan, kegelisahan, kekacauan, kebahagiaan. Gam sebagai pengikat suasana dan rasa.Gunting sebagai pengalun mimpi dan menjadikannya realiti. Perfect !

Saya terlalu cintakan kertas. Jika digulung,ia bulat. Seperti hidup. Bila kita picit dan cantum ia jadi bunga. Dan senyuman terukir. Hidup seperti gulungan kertas yang tertulis rahsia yang terbuka. 

Wahai kertas,

saya ingat awak setiap pagi
saya mimpikan awak setiap malam
saya mencitai awak atas alasan sentimental
harap2 awak percayakan saya
saya telah serahkan jiwa saya

Kerana kertas,kawan dan family adalah kecintaan saya. Blog ini sebagai tanda sayang saya.


 Saya sayang mereka semua...my friends and family (F2)