Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Bagaimana untuk diingati jika bercuti di luar negara ?

Jika anda pergi bercuti mengikut travel agency dan mempunyai ahli rombongan yang ramai, bagaimanakah cara untuk diingati ?

Inilah caranya yang mungkin boleh bantu anda mudah diingati oleh pemandu pelancong sekiranya anda tiba-tiba hilang dari rombongan. Ha ha.

Contohnya : Okay, siapa yang masih belum ada dalam bas ? 
( semua orang tercari-cari, oh ya ! ada "budak pink" tu belum ada lagi )

Nampak tak ? Jika anda seorang yang berat mulut untuk memperkenalkan nama, dengan memakai pakaian bertema boleh membantu anda diingati rakan-rakan yang lain.

Pada percutian saya ke China yang lepas, saya memilih untuk memakai warna pink selama beberapa hari. Ya, sebenarnya memakai satu warna juga dapat memudahkan proses memilih baju dan tak perlu nak gosok tudung setiap hari. ( saya tak suka pakai tudung ekspress - tidak sesuai dengan muka saya )



Lihat gambar di atas, hari pertama hingga hari ke empat, saya hanya pakai baju pink / ala pink.  Eh, saya bukan pink girl ya ! Selalunya saya pilih warna hitam untuk dipakai sebab ia mudah dipadan, tak nampak kotor, dan nampak kurus bila dipakai. Ha ha.

Jika keluar bercuti berhari-hari, eloklah jika anda meminimakan tudung. Waktu bercuti - anda perlu bercuti, dan kebebasan minda tersangat penting. Jangan serabutkan kepala dan habiskan masa yang lama untuk memilih dan menggosok baju.



Shawl juga antara pilihan yang baik berbanding tudung bawal. Bawalah shawl yang tidak perlu digosok, supaya ia senang di'ponyok-ponyok' di dalam bagasi anda. He he. Akhir-akhir ini, saya jatuh cinta dengan inner neck oleh Mia Stuffz.

Pic A - Cara 1 pakai shawl. Hari pertama tiba di Hong Kong.
Pic B dan Pic C - Hari yang sama.Pic B- waktu pagi. Pic C - selepas solat zuhur & asar, dan tak jumpa cermin, jadi saya cuma meletakkan shawl di atas bahu dan ikat di depan.

Ya ! pakai shawl ni kan, 10 kali bukak- 10 kali lah lain pesyennya. Ha ha.

Ini tips membawa baju dan tudung jika anda keluar bercuti :-
  • bawa baju yang tidak perlu digosok / tidak nampak renyuk
  • bawa baju yang ringan
  • lihat aktiviti yang ditetapkan oleh travel agency - dan bawalah baju yang sesuai mengikut aktiviti.
  • pilih tema supaya mudah diingati. contohnya tema warna - pink, kuning, hitam atau apa saja. Atau tema memakai shawl gaya maria elena. Atau tema memakai mekap tebal 5 inci. Anything unique will do.
  • Bawa pakaian dalam yang terbaik dan selesa. Jangan bawa 'adik2' yang dah nak lunyai, kerana kita tak tahu apa akan terjadi pada kita bila di luar negara. Mungkin kemalangan / mungkin sakit ? yang menyebabkan orang terpaksa menguruskan kita. Oh ! Tidak.
  • Jika anda ingin bawa baju/tudung yang perlu digosok - bawalah seterika 2 pin bersama.

Hargai masa - kurangkan stress - bergembiralah ketika bercuti.
Oh ya, sila bawa Magicryst bersama-sama dan pakailah selepas mandi. Aktiviti luar yang banyak mungkin membuatkan anda berbau tengik. ha ha. Saya sukakan Magicryst yang sungguh berkesan membuang bau badan.

Tuesday, August 9, 2011

Strategi beg dalam beg ...


Macam biasalah, kalau ke negara yang matawangnya rendah, seperti Indonesia dan China, bolehlah kita berbangga diri menjadi kaya untuk beberapa hari. Duit Malaysia tak laku langsung di China,ya. Harap maklum. Tidak seperti di Jakarta, ada sesetengah tempat terima duit Malaysia.Jadi, perancangan untuk membawa wang secukupnya adalah sangat penting.

Jangan terlalu banyak takut tak sempat shopping ( memang itu yang berlaku ), dan jangan pula terlalu sedikit tukarannya, takut tak cukup- agak sukar menukar wang kerana jadual yang ditetapkan travel agency belum tentu flexible dengan karenah kita.

Walaupun Air Asia cuma membolehkan kita untuk check-in 15kg bagasi sahaja, ia tidak mematahkan semangat kami untuk membeli belah. Jadi, waktu pergi bawa 1 beg saja. Tapi didalamnya ada satu beg lain untuk hand carry ( isi ole-ole ). Hand carry boleh bawa sampai 7kg. Kalau beg hand carry berat, anda haruslah berlakon melenggang kangkungkan tangan anda bila mahu melepasi imegresen supaya kelihatan ringan. :) Kalau tidak, silap haribulan kena tahan dan beg perlu dirombak. Naya.

Kami bercuti-cuti di China selama 5hari 4malam, bunyi macam lama. Ya, kalau 5 hari bershopping tanpa henti, 6 jam sehari - saya yakin, strategi beg dalam beg memang diperlukan. Atau mungkin perlu membeli beg lagi.

Malangnya, sepanjang 5 hari tersebut - secara purata jumlah masa membeli belah cumalah 4 jam sahaja. Bayangkan !!! Bayangkan lagi ! 5hari - 4 jam ????

Arrrrggghhh !!

Inilah tips nya :
  • anda perlu perhatikan, adakah travel agency anda boleh mengambil kira kehendak anda untuk re-schedule jadual atau tidak ? 
  • jika tidak - jangan berkira-kira terlalu lama untuk membeli barang. Cepat-cepat pilih barang, dan tawar secukupnya. Terus bayar. Tak payah nak window-window shopping dulu, kemudian nak pilih kedai. Alamat tak ada hasil lah nanti.
  • sila berjalan dengan cepat dan pantas dan tepati masa.
  • Cara menawar - tawar tiga suku harga dahulu. Kemudian jika penjual cakap tak boleh, anda cuba tawar lagi jadi setengah. Jika harga masih tak relevan, anda boleh buat-buat keluar tak nak beli dari kedai dia. Nanti penjual akan panggil dan penawaran berlaku lagi.
Pengalaman saya memborong di Jakarta banyak membantu sepanjang saya di China. Jadi, Alhamdulillah, beg yang asal-asalnya kosong pada waktu pergi, penuh padat juga akhirnya ketika balik. Yahooo !~

4 jam pun jadi jugak ! Siapa nak belajar shopping dengan saya ? Haha.

Papan tanda & Perkataan di sekitar GuangZhou-Shenzhen-Hongkong

* terbalik lah tajuk tu, sepatutnya Hong Kong - Shenzhen - GuangZhou

** ini cerita bergambar tentang papan tanda dan apa saja gambar yang mengandung perkataan untuk dibaca dan dihuraikan.


*** sila tengok gambar dengan bersungguh-sungguh. terima kasih. :)

KL-HongKong --> 3jam penerbangan

Beriya-iya mahu cari 'bukti' " Saya kini di Airport Hong Kong!"

Yes, this is so much better...

Ini perancangan rupabentuk HongKong Airport menjelang 2013.

Perlu kekuatan kaki dan tenaga untuk berjalan dengan laju di Airport HongKong dan ketika memasuki Pintu Shenzhen.Kerja-kerja mengecop pasport untuk foreigner tersangat lambat macam siput sedut.



Ya, sila merokok jika tidak tahu nak buat apa dengan duit lagi.

Klinik gigi - papantanda sungguh mesra pelanggan. Mampukah menggamit penduduk Shenzhen untuk cabut gigi ?  Apapun ia lebih menarik dari di Malaysia,kan ? Mungkinkah kerana iklan ubat gigi tidak sehebat Colgate di Malaysia ?

Sekitar DongMen, tempat membeli belah yang best, tapi cuma diberi masa 1 jam untuk shopping. Otak penganjur sungguh tidak waras. Saya bengang.

Perjalanan dari pukul 4pagi di Malaysia sehingga pukul 9malam di Shenzhen tanpa henti membuat kami kepenatan. Sampai hotel terus kedebuuumm....aduuuh..masamnya kaki !!!

Kedai-kedai urut, masakan halal ala Malaysia, kedai baju, kedai handbag : berhadapan Hotel kami menginap. Siapa yang tak puas shopping di Dong Men, melepaskan geram di kedai sini.

McDonald ? - ya, tiada penyembelihan. harap maklum. Non halal.

Gambar ni sepatutnya kat atas tadi.

Friday, August 5, 2011

Bawa botol mineral kosong jika anda ke China

Saya pernah ke Beijing pada tahun 2005 bersama geng Aura Seri. Memang seronok dapat jejak Great Wall Of China, dan bershopping dengan hebatnya di sana. Barangan di sana memang murah, jika anda betul-betul bijak menawar.

Disebabkan ketika itu musim sejuk, jadi kurang minum air. Tapi bila banyak minum air, jadi masalah pula kerana asyik nak cari tandas.

Bersama geng BSY, pada akhir Julai 2011 yang lalu, saya ke Guang Zhou pula, melalui tanah Hong Kong dan tinggal 2 malam di Shenzhen. Kali ini merupakan musim panas di Shenzhen dan GuangZhou. Suhu mencecah 38-39C,kering tanpa setitis hujan, bahang, malahan pukul 9pagi sudah boleh mulai berpeluh.

Bila musim panas, perlu minum banyak air untuk mengurangkan dehidrasi tubuh. Ya, selepas itu akan keraplah melawat tandas.


 Kami bersama botol air :) Teman setia sepanjang hari. 







Pesanan saya, sila sediakan botol mineral kosong ke mana-mana sahaja jika anda berada di negara China, kerana tiada langsung sumber air di dalam tandas, kecuali di sinki. Takkan mungkin anda mahu membuang hajat berkali-kali dan hanya menyelesaikannya dengan kertas tisu sahaja.

Malaysia mewah air. Kita tidak mungkin betah dengan suasana ini. Jadi, silalah isi air di sinki, dan kemudian tunaikan hajat anda.

Ini mungkin isu kelakar-kelakar, tapi ia sebenarnya isu besar bila anda berada di sana berlama-lama. :) Bagi yang tidak biasa, mungkin hajat besarnya terpaksa ditangguh sehingga pulang ke Malaysia.

Tandas awam di sana memang busuk sebatu. Maklumlah, kurang air. Faham-faham sajalah.

Okay !
Ingat pesan saya, bawa botol mineral kosong ke tandas negara China ya !