Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Monday, May 4, 2015

Aksesori Tudung / Shawl 2015 untuk nikah / tunang / hari raya


Perhatian untuk semua hijabista, stailista, wanita wanita, remaja-remajanita.. hehe ..

Mahukan kelainan ? 

Dapatkan Bling Bling Tudung / Shawl ini segera. 








Terbaru !

Dapatkan aksesori tudung/shawl ini segera. Boleh pakai anytime anywhere. Lebih bergaya bila dipakai masa majlis2 tertentu dgn pelbagai cara. Pasti memukau!!!

SMS & Whatsapp 0136010704 Ima Zahra.

Limited stock. Cop cepat. 

Thursday, March 28, 2013

Step by step guests book



1. Draf. keluarkan apa yang terlintas di kepala. its just a guideline, terpulang nanti nak jadi macamana, yg penting kita tahu kita nak 'menuju' ke mana. :)


2. Mulakan proses menggulung. Rasa nak tergelak bila ima buat segiempat ni dengan kaki frame. He he. It doesnt matter untuk gunakan apa sahaja barang di keliling. Kreatif . Dan inovatif ? Erk, u tell me :p


3. Try n error. Sampai jumpa design yang digemari. Jgn tampal terus. Pada ima, ini adalah stage yg paling memakan masa yang lama, selain dari pemilihan kertas dan warna. Phewww~ Imaginasi yg tinggi sangat dibutuhkan. Wah ! Speaking indonesia i tauu ..



4. Tampal dan berdoa agar hasilnya serupa seperti yang dibayangkan. Ha ha. Kadang-kadang, hasilnya tak sama seperti yang ada di kepala. Ia boleh jadi satu pengalaman yang mengerikan juga. Kekeke.


5. Jika masih ada kekurangan pada design, sila kembangkan bakat dan tambahkan aksesori lain. Asalnya, ima nak letakkan swirl ni untuk menutupi seluruh buku. Tapi, bila dah cuba letak, errk... idea ditolak sementah-mentahnya. Pandangan dari orang lain (seperti emak - my assistant. hehe ) adalah sangat berguna waktu ini. He he. Maka, 

Fikir lagi.




6. Jika sudah kehabisan idea, sila berhenti dan buat kerja lain. Sambung semula bila idea sudah turun dari langit. Ima (yg amatur ini ) buat buku ni selama 5 hari, err..idoklah sepanjang hari menghadap. Kan ada bisnes juga yang harus ditekun ;). Oh, cepat-cepatlah tamatkan pengembaraan bersama kertas, gunting dan gam dengan menampal kertas yang telah digulung sesegera mungkin. 

Sebab ...diri sendiri pun dah tak sabar nak tengok hasilnya. He he he... 


Tadaaaaa.. ~ ! 



7. Guestbook yang sudah siap pasti akan buat ima tak boleh tidur. Sekejap-sekejap nak tengok dan lihat mana lagi kelemahan yang ada. Tampalkan nama pengantin pada cover. Dan...

Masa untuk senyum melihat hasilnya. It is normal. normal. normal - untuk terdetik di hati " asalnya nak buat lain, tapi lain pulak jadinya... anda memang tak akan tahu ke mana "kreativiti" akan bawa anda. Yang penting ... EXPLORE !

Bak kata NIKE - Just do it !



Selamat mencuba :)

with love
Ima Zahra

Tuesday, February 12, 2013

Buku DIY Quilling

Yeah.. i know. i know. lately no personal post on my blog. he he. waktu terlalu cepat berlalu dan kadang-kadang tak sempat nak digest semua perkara. apatah lagi nak tulis ke blog. 

Sampaikan kat dalam laptop ni, Ima dah buat 1 file khas " to blog ". Dalam tu ada gambar-gambar untuk diblogkan. Ya Allah, apa punya perkataan da.. nampak kat pakcik Ali ni, mampus kene bahan. hikhik..

Okay, Ima baru lepas minum kopi mahkota dewa. Perghhh..sedap dan kaw-kaw. Kepada sesiapa peminat kopi, boleh lah try. Idea menyala-nyala lepas 'mengewa' . Err.. have u ever heard 'mengeteh' to describe minum teh petang-petang ? So, bila minum kopi mahkota dewa...boleh lah sebut 'mengewa' kan. Haha. :p

Ima sangat suka dengan MPH. Kalau nampak MPH mesti masuk sebab suka buku. Bila masuk biasanya mesti ada hasil sebuku dua yang dibeli. Selain rak Self Help , Stationary, dan Health... Ima akan menyinggah ke ruangan Art. Kat situ ada buku-buku DIY kraftangan yang biasanya dalam Bahasa Inggeris. Buku-bukunya tebal mak nenek, gambar dalamnya cantik-cantik...dan Harganya pun mahal mak datok. Hu hu. 

Sebelum meriahnya  PTS, Karangkraf, dan beberapa syarikat penerbitan buku yang lain, buku-buku DIY dalam Bahasa Melayu sangatlah sedikit. Biasanya kita akan terselak DIY Kraf ni dalam majalah-majalah sahaja. Jarang dibukukan. Namun sekarang, perkembangan dunia penerbitan buku semakin meriah. Implikasi kepada masyarakat semakin baik. ( Kejap, kenapa ayat Ima ni dah macam tulis karangan..? Aiyooo )..


Apa yang susah sangat ni... ? Sebenarnya Ima nak bagitau sekarang ni dah makin banyak buku-buku kraf quilling, quilting, sulaman, buat kad, origami dan macam-macam lagi dalam Bahasa Melayu. So, pada sesiapa yang suka dengan kerja seni, boleh rajin-rajin ke kedai buku untuk dapatkan idea yea !

Tak dinafikan, kalau kita Google... hasil carian image dan website lebih menyeronokkan berbanding buku. Cumanya, kalau korang beli buku.. ia boleh menggalakkan syarikat penerbitan buku untuk berusaha lebih menghasilkan buku-buku seni yang lebih elegan dan informatif. :)

Kalau Ima ke toko buku di Indonesia , ada ratusan buku-buku art dalam Bahasa Indonesia. Persembahannya menarik dan buat kita rasa nak beli buku tu. InsyaAllah, satu hari nanti Malaysia akan jadi begitu juga. Hmm.. sekarang ni baru bertatih, sebab rakyat Malaysia terlalu seciput... he he he..


Yang rajin menulis hari ini,
Ima Zahra

Sunday, July 8, 2012

Repost - Quilling Typography

Ima selalunya suka menghentam & berani mencuba kalau bab-bab seni ni. Tapi tak tahu lah, hanya satu teknik yang disebut ala trofi iaitu Typography ini buat Ima sedikit ngeri untuk mencuba.

Dah berbulan asyik tanya kak Miyyah, macamana nak buat... tapi tetap tak buat jugak. Nasib baik Kak Miyyah memang cikgu yang baik.. lalu membuat satu post baek punya berkenaan seni ini. :)

Oh... saya sudah berkurun tak quilling. Jangan tanya kenapa.

Saya cuma quilling dalam mimpi saja. Muahaha.

Post ini dibuat untuk nota kepada diri sendiri. Esok-esok kalau dah ada keberanian, boleh lah cuba buat teknik ni. :)

Camni lah rupa Typography yang menggiurkan ....


Cantik kan ? Maha Suci Allah ! Hebatnya Allah mencipta akal fikiran. Seni teragung !


Ini nota dari blog Kak Miyyah.... 



Sekarang boleh tidur lena, sebab nota dah ada di dalam blog. ;) Tak perlu terkedek-kedek google. 
He he he..