Thursday, November 22, 2018

Tips Ima Bloomwood : Cara Pegang Hamper

Tatanglah hamper seperti menatang minyak yang penuh.

Wah gituuu ! Hehe..

Betul. Ima nak pesan bawalah hamper dengan penuh kasih sayang & bukan main hentam keromo je. Ada teknik-teknik yang betul untuk bawa hamper. Tak kiralah hamper tu harga RM10 ke RM1000 ke..benda yang kita nak bagi dekat orang, kenalah bawa elok-elok kan ?

Ima nak kongsikan Cara Pegang Hamper dengan Selamat, especially untuk hamper jenis netting.

Cara Pegang Hamper Ima Bloomwood

Hamper ni jenis netting perlu dibawa dengan berhati-hati. Kadang-kadang gam / selotape barang2 dalam hamper tak dilekat dgn kuat, jadi ia mudah tercabut.

  1. Pegang pada tapak bakul hamper dengan kedua belah tangan.
  2. Jangan angkat dengan memegang produk yg ada dalam hamper. Ia boleh menyebabkan isi hamper tercabut dari bakul.
  3. Untuk hamper yg besar & berat, elakkan dari menjinjing (memegang( bonjot hamper dari atas. Ini boleh menyebabkan netting terkoyak & merosakkan rupa hamper
  4. Letakkan hamper di tempat yg selamat
  5. Apabila meletak hamper di dalam kereta, letakkan di atas permukaan stabil untuk elakkan dari hamper tergolek ketika dalam perjalanan. 
Semoga tips ini boleh membantu anda.

Jangan biarkan hamper anda runtuh sebelum atau semasa event. Hehe.
Menangis tak berlagu nanti.

Okay! 
Till next post..

Ima.Bloomwood