Showing posts with label Reiki. Show all posts
Showing posts with label Reiki. Show all posts

Saturday, July 26, 2014

Distant Healing dalam wad

Saya tak tahan dengar makcik tu menangis teresak-esak.

Serius dia menangis macam ada orang pukul dia kuat-kuat. Sedih betul dengar.

Nurse datang berkali-kali check tekanan darah saya. Saya tanya " Kak, kenapa macik tu nangis beriya sangat ? Sedihnya "

" Aah, baru hari ni je dia jadi macam tu. Terlebih sensitif lepas operation. Nangis je rasa macam tak ada orang layan dia. Lagipun,memang sejak kecik dia memang macam terencat sikit. " terang nurse.

Oh ! Fahamlah saya.

Diam-diam saya panjat katil dan cari mana katil makcik meraung itu . Ok ! Checked ! Saya reiki dan reiki dan reiki Heart Chakranya supaya dia lebih tenang. Setiap kali lepas solat, saya doakan sekali semua pesakit di wad ini. 

Lega. Untuk beberapa jam.... makcik itu senyap. Diam. Sesekali saja dia merengek tapi tak kuat. Bolehlah saya tidur lena sikit. 

Lena ? Ahaha. Tidaklah. Panas sungguh wad itu. Saya terjaga banyak kali sebab berpeluh-peluh rimas.

Fuuhhhh

Pengajaran 3 : Sabar lah Timah Oiiiiii.....

Wednesday, February 26, 2014

Cinta dalam diam

Ada waktunya saya cinta diam-diam. Ada waktunya saya cinta terang-terang. Mendoakan sahabat walaupun tak bertemu setelah sekian lama, tetapi tak pernah putus mendoakannya.. itu cinta diam-diam namanya :)



Saya terasa sungguh kehilangan cinta diam-diam oleh arwah Pakcik Alwi, kawan abah yang tinggal di Seremban. Ketika beliau masih ada, saya suka membaca status facebook yang macam-macam cerita masyarakat dan penuh nasihat. Kadang-kadang saya tahu, status yang ditulis umum itu sebenarnya dituju kepada saya. Saya juga rasa bila waktunya dia mendoakan kesejahteraan saya. Dan saya turut merasai bila dia 'memanggil' saya ketika dia sakit dan mohon healing dari saya. Ia sebuah 'cinta' yang tak terungkap dalam satu kondisi yang tersendiri. 

Sudah banyak bulan dia pergi meninggalkan kami. Saya terasa-rasa dia masih ada. Al-fatihah. Sungguh ! Saya terasa kehilangan cinta diam-diam itu !

#1 Pakcik sakit di kedai makan
Ketika berjalan pulang ke hotel, terjumpa satu kumpulan pakcik makcik berkerumun di tepi restoran. Rupanya ada pakcik sekitar 50an sedang disapu dengan minyak angin terduduk dalam keadaan yang sungguh lemah. Saya tanya " kenapa ? " Jawab seorang abang ( barangkali satu kumpulan dengan pakcik tu ) " terlalu letih, sampai pitam. Perjalanan jauh dari Semporna."

Kaki saya sudah tergerak untuk berhenti dan merawat pakcik itu. On second thought, saya membatalkan niat. Saya hanya lakukan distant healing, dan 'siram tenaga' supaya pakcik itu cepat sembuh berserta mendoakan kesihatannya sesegera mungkin.

#2 Nyai jatuh
Terkejut sungguh bila nyai terjatuh segedebuk ( wujud tak perkataan tu ? he he ) ketika melintas jalan. Divider itu sungguh tinggi dan kereta juga laju-laju. Waktu malam itu pula gelap dan tiada lampu. Aduh, tak tahu lah hati nyai dah sampai mana, sepatutnya dia perasan jalan tu tak rata.. tapi dia sangka rata dan jalan penuh selamba. Nah ! Tersungkur. 

Saya dan mak pimpin nyai bangun semula dan biar sehingga nyai reda sikit dupdap jantung sebelum meneruskan jalan. Dekat 1 jam jugak reiki 'heart chakra' nyai.. baru dia reda sikit. Ambil minyak S7 sapu pada lutut yang luka tu.


#3 Batuk
Sewaktu menaiki flight pulang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, ada seorang perempuan duduk didepan saya. Lama saya dengar dia terbatuk-batuk sampai sakit dada . Makin lama makin kuat dan panjang. Akhirnya dalam diam, saya reiki dengan 'teknik klon' beserta bacaan AlFatihah 3X. Alhamdulillah, tak sampai 5 minit, saya tak dengar dia batuk sampai landing di Kuala Lumpur.


p/s : Bagi yang tertanya-tanya atau masih baru dengan apa yang saya cerita ini, ia adalah teknik penyembuhan yang disebut Reiki. Kalau suka ilmu aura / penyembuhan diri tanpa kos yang tinggi, Ima saran anda dengar-dengar ambil info dulu dari Dr Mir Hazil Azran Ramli


Ima doakan semua pembaca blog Ima dalam keadaan sihat, ceria dan positif sentiasa. Take Care !

Tuesday, November 13, 2012

Maal Hijrah 1434.Apa aktiviti best ?

Maal Hijrah = Awal Muharram = 1 Muharram = Happy New Year untuk Kalendar Islam.

Kenapa sambut Awal Muharram ?
Kenapa 1 Muharram dianggap permulaan Kalendar Hijrah ?
Apa yang berlaku ketika Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad ?
Berapa ramai yang berhijrah dari Mekah ke Madinah ?
Apakah halangan Nabi ketika mahu melaksanakan misi ini ?
Siapakah Sahabat Nabi yang memperkenalkan Takwim Hijrah ?
Apa lagu yang menyambut kedatangan Nabi di Madinah ?
Berapa lama / berapa jauh perjalanan Mekah ke Madinah ?
Sekarang ini Tahun 2012/2013 ... apa cara nak raikan Maal Hijrah ?


Wow ! Jika anda berjaya jawab soalan2 diatas dengan lancar tanpa tersekat-sekat... TAHNIAH ! Kerana ambil tahu dan faham perjalanan Hijrah Nabi.

TAPI jika cuma ada 1 atau 2 soalan saja yg boleh jawab... Ima cadang untuk anda DATANG ke PROGRAM MALAM MENCARI HIJRAH di UiTM Shah Alam pada 16 November ini. Sila hubungi 017-3971570 kalau nak datang.

Serius ! Jika benar-benar Muslim -bukankah kita sepatutnya lebih TAHU tentang Kalendar Islam ? Jika bukan kita yang tahu, siapa lagi akan tahu kan ?


Program Jom Hijrah ini memang best. Jika anda baca post ini pada tahun 2013, 2014 atau lebih lewat... ( erk, sebab Ima yakin anda TAK MUNGKIN baca post ini pada tahun 2002 kan ? Huuu Ngeri ! ).. Jangan Risau.. Masih belum terlewat untuk anda Hijrah Diri.

Ima & Geng Self Transformation Centre @ IQTC akan sentiasa membantu. Datang saja ke Centre kami di Shah Alam Seksyen 9 , 03-5880 4349 . Kami sentiasa ada untuk membantu anda HIJRAH menjadi Insan yang lebih baik. InsyaAllah.

Perkara pertama jika Mahu Hijrah ialah - Buat 5 RUBBISH LIST : Sifat buruk yang ingin anda buang dari hidup. Dan buat  5 WISH LIST : Sifat baik/ Impian yang ingin anda capai. Tampal depan cermin dan ingatkan diri hari-hari. Atau, bawa List anda ke tempat kami.. Kami akan tunjuk cara terbaik Satu PER Satu.

Memang Best.

Ima & Team STC Sangat Suka Dengan Orang yg mahu TRANSFORMASI HIJRAH DIRI.


Salam Hijrah 1434.
Reiki Master Ima Zahra.


Friday, August 10, 2012

Tonsilitis di bulan Ramadhan


Ramadhan bulan yang bertemakan " menahan ". Tapi tekak ima tak boleh tahan bila badan tak cukup air. Dan akhirnya menjerit " oooooi timah ! minumlah air banyak-banyaaakkk !!" ... Kah kah kah.

Saya pula sungguh pekak tak reti bahasa. Masih minum air sekadar membasahkan tekak.

Tonsil sudah tak boleh ber"tahan" = ber"puasa".. sebab kalau tonsil itu berpuasa, tak ada faedahnya pada tubuh saya. Malah dia pasti berdosa kerana tak menjalankan amanah yg diberi Allah. Errr...

Hah ! Sampai macam tu sekali !

Ni ape kes cerita tonsilitis nih... nasib lah. Ini je yang buat saya semangat untuk menulis. Wakaka.

Pertama sekali, tonsil bukanlah benda comel yang tergantung-gantung kat dalam gua mulut itu. Ia sebenarnya berada di tepi kiri dan kanan dalam mulut. Eh, jap. Faham tak ni ?

Cuba tengok gambar tu...

Ha, sekarang dah nampak kan ! Yang tergantung tu nama canggihnya uvula. Rasanya doktor ape pun kat Malaysia ni tak penah sebut Uvula. Hikhikhik.

Bengkak tonsil ( swollen tonsils ) itu lah yang buat saya menghadapi kesukaran untuk menelan air liur. Sakit kepala, berkahak tapi tak leh kuar. Kalau keluar pun sakit laaaaa. Part paling tak boleh tahan ialah, air liur berkumpul dengan sangat banyak dan cepat ( massive and rapid. Ecceeehh !! ) , kejap-kejap nak pergi meludah. Rasa macam geli pulak nak telan kan.. Hish. sudah ima. Sudah !

Antara simptom lain bengkak tonsil ialah leher terasa kejung, sakit leher dan sakit kepala. Hey ! Tak lupa juga...bila nak telan air, kena tekap kedua-dua telinga sebab sudah melarat jadi sakit telinga. Terasa kebas-kebas dek menahan sakit. Padan muka aku. Siapa suruh lambat jumpa doktor.

Doktor Effy & Doktor Mariam pasti terasa mahu belasah saya. Haha.

Oh, lupa nak cerita. Tonsil berada di kawasan Throat Chakra ( Chakra Biru ). Perkaitannya ialah , apabila kekurangan air ( aura biru ), tubuh akan mengalami 'pemanasan global'.( Haha). Bila badan menjadi terlalu panas, kawasan biru akan menjadi sasaran utk berlakunya 'peperangan' dan penyerangan antibodi.

Lalu, bila sistem imun melemah - batuk, selsema, kelesuan badan dan demam akan mula menunjukkan kelibat.

Ada faham ka ni? hai yaaaa...

Penyelesaian termudah ialah - terus ke klinik, dan mengadulah pada doktor.

" Doktor, semua dah tak kena. Puncanya sakit tekak. Lepas tu baru jadi yang lain-lain "

Maka si doktor akan menyuluh mulut kita yang sungguh misteri itu ( tolonglah kumur-kumur sebelum jumpa doktor, malu kot kalau ada sisa udang cili api celah gigi. haha! ). Dan.....

walaaaaaa....~

" Tonsil bengkak. Nanti saya akan bagi ubat bla bla bla bla bla... ...... " doktor itu sungguh kurang asam. Sudahlah saya sedang mengalami kecelaruan minda, dia pulak boleh cakap laju-laju. Memang tak masuk otak lah.

Yang penting, antibiotik !

Bila dah tak boleh telan air liur jangan gedik lah nak layan homeopati ke ape. Memang lambat lah baik ! Selamba je makan 'dadah'.

Esok-esok boleh makan ubat no 10 ( homeopati) untuk buang 'dadah' dalam badan.

okay !

moral of the story ?
Pertama - Sila minum air sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan.

kedua - tonsilitis tidak begitu menggembirakan.




Babai.
bebel with love.
Ima


Tuesday, May 1, 2012

Masih ada dalam hati... !


Ketika saya mencari gambar ini, jiwa saya diruntun kesedihan. Sepertinya dia masih ada. Sepertinya saya baru sahaja bergurau senda dengannya semalam ! Sejak pemergian abadi MakNdak, tiada setitis pun air mata jatuh di pipi saya. Bila melihat mak asyik terkenang-kenang kakaknya...saya tidak rasa apa-apa. Ketika tubuhnya yang kaku itu dicium ahli keluarga untuk terakhir kali, saya hanya melihat mereka menangis. Tiada setitis air mata dipipi saya. Tiada. Fikir saya - saya telah Redha sepenuhnya. Jiwa saya tenang. Redha kah itu namanya ? Atau mungkinkah saya degil untuk percaya bahawa makndak sudah tiada ?

Semenjak hari pertama bertemu MakNdak selepas berita menghidap kanser itu, saya membuka hati saya luas-luas untuk sentiasa bersamanya. Sentiasa memberi healing untuknya. Inilah cabaran saya sekali lagi...sebagai Reiki Healer. Saya masih terkenang rupa payudara arwah MakLong yang membuak-buak kansernya. Tapi tika itu saya masih kecil ! Saya tiada ilmu. Saya tidak tahu apa-apa.

Jadi, saya mahu sedaya upaya membantu makndak menghadapi kesakitan ini. Saya mahu makndak sembuh. Semua orang fikir dia akan sihat.. tapi hari ini...dia sudah tiada..Kata mak, Kanser ni seperti sudah ada tempoh dan tahu tarikh kematiannya. Saya setuju, tapi saya juga mahu melawan. Kerana banyak bacaan saya ketika membuat tesis dahulu- kanser boleh pulih. Ramai yang pulih, ada banyak rawatan alternatif. Boleh dengar muzik hipnosis, boleh buat reiki, boleh akupuntur, boleh mindpower..macam-macam rawatan ada. Jangan mengalah.

Tapi makndak sudah tiada..


Mak selalu ingat-ingatkan saya...MakNdak dulu jaga saya ketika saya masih bayi. Saya cukup nakal kerana hanya mahu tidur atas kaki makndak yang melunjur. Sampai kebas kakinya...makndak beri saya makan...

MakNdak cuma bersekolah hingga darjah 6. Berkorban demi adik beradik yang lain - kerana keluarga kami miskin. Bila mak dan adik beradik balik dari sekolah, makndak sudah siap masak untuk semua. Kain baju sudah habis di basuh. 

Teringat saya makndak juga punya rambut yang cantik ketika muda-muda. Dia suka warna merah. Ketika saya umur 12 tahun, saya suka buka almari di kampung dan cuba-cuba pakai kebaya merah makndak. Tapi bila saya pakai..tak cantik. Sebab belum ada body. ;). Sekarang, tak payah cuba lagi, confirm tak muat sebab body dah berlebih-lebih. 

Saya sempat menghabiskan waktu hampir dua minggu untuk merawat makndak. Saya urut badan makndak... banyak cerita yang sempat kami sembang dalam bilik terapi.. Saya cuma mahu makndak ketawa dan lupakan kesakitannya. Kerana ketawa akan memecah energi negatif pada aura tubuh, akan membuang semua kesakitan. Saya mandikan makndak dengan Ultrasonic Bubble Bath... Saya Reiki makndak. Saya buang trauma makndak... Saya buat apa yang saya tahu..dan saya mampu. Segala penyembuhan saya serahkan pada Allah yang Maha Pengasih.

Subhanallah. Terima kasih MakNdak..kerana memberi Timah peluang untuk menimba pengalaman berharga. Detik bahagia bersama...akan Timah ingat sampai bila-bila.

Setiap kali saya terasa MakNdak kesakitan dan mengharapkan saya disisinya..saya akan segera lakukan Reiki Jarak Jauh. Mudah-mudahan, berkuranganlah sakitnya.. Saya hanya mampu berdoa agar Allah mengurangkan kesakitannya. 

Beruntunglah MakNdak kerana bertegas untuk menjadikan anaknya al-hafidz. Hafiz anak tunggal sama seperti saya. Kehilangan ummi adalah kehilangan terbesar dalam hidup. Tapi Hafiz tabah. Hafiz cekal. Saya tak pernah jumpa anak lelaki yang menyayangi dan menunjukkan sayang pada ibu seperti Hafiz buat. Teruskan berdoa untuk ummi, ya... Hafiz.!

Hari ini sudah cukup 16 hari kami sekeluarga kehilangan bidadari syurga. MakNdak mengajar anak-anak jirannya mengaji Quran sama seperti atuk Husin ajar. Sayangnya pada anak-anak kecil mengatasi segalanya. Bila budak-budak sudah berada di luar pintu rumah, tetapi dia masih belum solat Zuhur...katanya dia tak dapat solat dengan kusyuk kerana risau anak-anak itu diculik. Hebatnya MakNdak !


Tangan saya sudah tidak mampu untuk menaip lagi.
Hati saya semakin tebal sebaknya.

Sebenarnya saya mahu bercerita tentang hikmah dan pengajaran besar yang saya dapat dari kehilangan MakNdak. Tapi, untuk bercerita kisah ketika hidupnya saja sudah begitu panjang...Dan saya tidak mampu untuk teruskan lagi. 

Alfatihah & Yassin .


* Sejak berita MakNdak menghembuskan nafas terakhir hingga sekarang...saya masih enggan mengalirkan air mata.... Ketika kucupan terakhir itu, saya bisik di telinganya..." Mak Ndak, terima kasih jaga Timah.. Timah sayang Mak Ndak ".



 
 

Sunday, April 1, 2012

Effy..here's the solution from the secret post...

Ima memang berniat untuk  menulis dengan panjang lebar tentang kisah perempuan tua dengan exam. Sudah merangka berhari-hari untuk share. Tapi ditangguhkan dulu sebab teruja mahu menjawab post dari Dr Effy.

Effy...nama kau sungguh glamour dalam hidup Ima sejak akhir-akhir ini.....

paediatric, patient & paediatrician :

*
Masih terngiang-ngiang betapa Dr Mariam sungguh teruji kesabarannya kerja di dalam wad paediatric itu. Sesak tak boleh bernafas, non-stop punya kerja & follow up...perangai parent yang over concern... perangai mak yang buat dono anak meraung-raung.. Hoi, boleh gila kalau ima 3 hari duk situ. Hari pertama - ok.... ...hhmmm.... Hari kedua - jantung nak gugur....pengsan... Hari keempat - Dr Ima masuk ER. Muahaha.

Sebab itulah Ima lebih rela jadi Doktor Reiki je... tenang...aman...boleh dengar musik... hhmmmm....damai.


**
Ima cerita sikit apa yang Effy share tu ye..

Kids: They're honest, they dont lie.

Contoh:

Suraj, 5 years. Demam. But with signs of multivitamin deficiency.

"U dont eat vegetables and fruit much, do u suraj?"

"No. I dont like veg. its yucky. But I like strawberries. and watermelon. i dont like banana.."

And the list goes on and on about what he likes and doesnt. And that includes pizza kfc mcD on the like list. ha!


Hah,apa nak di kata? Dari rumah sampai ke hospital..cerita makan. Macamana lah bumi ni tak berat. Ramai lah orang obesiti. ( Kecuali kita berdua. Ha ha. -- Ummi , Angah & Diba bukan penduduk bumi, jadi tidak dikira. Harap Maklum ).


***
Yang mencabar ialah part 'examination'. Kejap, kenapa Dr Mariam tak pernah cerita ada budak takut stetoscope? Budak Bangalore je kot macam tu? :)

Rileks dik... jom jumpa Dr Ima.. Lagi seronok sebab Dr Ima ada apa yg Dr Effy & Dr Mariam tak ada. Heh heh...


Stethoscope i lagi cute.....Tada~




Kalau budak-budak itu tak mahu makan ubat..kita sumbat 10 biji pil dalam kek-kek ini. Nah, makan lah. Klinik Dr Ima je ada ubat versi cupcake ni, sebab Ima ada kedai kek kat Midvalley. Cake tak laku boleh kita hantar klinik. Eh, macamana boleh berangan sampai ke situ ? Sorry. :p


Apa pun, Ima pun menghadapi kesulitan meReiki budak. Patient ima yang umur 6 tahun tu lasak betul atas katil. Ima suruh dia baring dan jangan bergerak sebab Ima nak letak tangan atas chakra dia untuk 2 minit pun susah. Asyik meniarap, pusing sana pusing sini. Pening.



All we need is skill. Jangan jadi buta hati. Treat patient as human. Not disease. ;)



with love,
Ima.

Wednesday, January 4, 2012

3 foto..pandangan berbeza...

Ketika pulang ke kampung baru-baru ini, saya sempat merakam beberapa gambar di keliling rumah nyai.


Foto 1 : Jarak jauh - cuma pemandangan biasa..rumput dan pokok yang kelihatan tak terbela.
Foto 2 : Jarak dekat. Sekadar foto tumbuhan renek yang tiada keistimewaan.
Foto 3 : Close Up. Subhanallah..cantiknya jika kita menghalusi dan mengenali.



Penilaian kita terhadap sesuatu mungkin berubah apabila kita melihat dengan lebih dekat serta mengamati perkara / objek tersebut. 

Yang dilihat biasa-biasa - sebenarnya ada terselindung yang luar biasa.

Nilailah dengan mata, jarak, akal dan mata hati - pasti ada sesuatu yang akan dipelajari.

Hebatnya kuasa Allah.

Terokai alam diri. Kenal dalam diri.

Join Kursus Quantum Sukses untuk Hijrah Diri anda.
Dari buruk kepada cantik. Dari jahat kepada baik. :)
Klik gambar untuk info lanjut.



Tuesday, November 29, 2011

Retreat&Recharge Maal Hijrah 1433 : Upload Wishlist & Rubbish List


Tarikh : 26/11/2011
@ 1 Muharram 1433

Tempat : "Sekolah Reiki Malaysia " ( IQBC,Shah Alam )

Kami berkumpul menghayati & mensyukuri - semua anggota tubuh yang masih ada, masih dipinjamkan Allah. Mengimbau detik Hijrah Rasulullah s.a.w, mengambil iktibar dan 
sama-sama MENGAMBIL LANGKAH untuk HIJRAH DIRI
Mudah-mudahan menjadi Muslim yang lebih baik
Wish list disenarai - sebagai landasan Perancangan untuk Tahun Baru
Rubbish List disenarai- sebagai pengingat jangan lalai !
Mudah-mudahan impian kami dengan usaha,doa dan tawakal - semuanya menjadi kenyataan.

Terima Kasih Dr Mir Hazilyang sentiasa mengingat-ingat bahawa kami adalah mutiara bernilai yang perlu digilap dengan TEKUN dan SABAR ! Semoga rezeki IQBC melimpah ruah !

Friday, November 18, 2011

Penting ke Wish List Awal Muharram ?

Dari FB Wardina Saffiyyah

Adik2 tersayang... baru dapat inbox lagi "Kak Dina saya dah banyak buat dosa" Kata Kak DIna "buka Quran dan lihat Maidah ayat 39". Kita semua buat dosa... persoalannya adakah kita mahu tinggalkan kehidupan kita yg berdosa itu? FItrahnya dosa meresahkan jiwa... Badan kita mahu sangat untuk kita bersolat , tapi kenapa kita TAK beri tubuh kita ketenangan dan haknya itu? Tell yourself "I will try, cuba sedaya upaya saya untuk berubah menjadi Muslim yang lebih baik" Percayalah Allah akan memudahkan dan membuka pintu dan jalan anda... Salam Sayang untuk semua... sedikit demi sedikit.... -yang masih mencuba -Wardina-

Ketenangan hati datang dari Allah, Cinta datang dari Allah, Kebahagiaan datang dari Allah tapi kenapa mencari ini semua di tempat-tempat lain ? - Wardina

Tinggal 8 hari lagi kita akan menyambut Awal Muharam 1433. 


Dari FB Mir Hazil 

sungguh, masa kian suntuk. tatkala 'mengimbas' kembali 'Hard-Disc' diri, melihat prestasi sepanjang 1432H ini - terlalu banyak 'VIRUS' yang masih AKTIF. Miski berulang kali cuba di 'delete' tapi masih gagal..

sungguh, masa kian suntuk. tatkala merenung kembali kembara 'Hijrah-Diri' sepanjang tahun 1432H ini - terlalu banyak kekurangan dan kealpaan yang masih perlu dikemaskinikan.

MASA KIAN SUNTUK..

diri harus KENAL kelemahannya..
diri harus KENAL kemahuannya..
diri harus KENAL halatujunya..

masa untuk RE-FORMAT!!




Ima Zahra

# wish list 1433 / rubbish list 1433 --> termenung panjang nak tulis. buku wish pun tak pilih lagi. buku yang dulu dah lunyai. camno nih.

# Sudah siapkan 3 wishlist & rubbish list utk 1433H. 8 hari lagi Awal Muharram..tahun baru tuuu... jangan lepas pandang ya ! :) Penting sangat ke buat list tu ?- Mestilah penting sebab.....'kita takkan rasa gundah kalau kita tahu apa yang kita cari' ...



Sejak saya tahu amalan wish list ini, saya tidak pernah miss untuk tulis senarai apa yang saya mahu dalam hidup setiap awal tahun. Ia sangat bermakna bila kita tulis, kerana kita boleh rujuk bila-bila masa. Dan sentiasa keep in track.

Ada masa lagi, apa kata anda pun siapkan wish list anda untuk Maal Hijrah ini. Nabi Muhammad saw HIJRAH ke Madinah, dan berjuta hikmah didapati dari penghijrahan baginda. Ayuh !

Ambil masa, fikirkan sejenak, renung jauh ke dalam diri dan tanya ' apa yang saya nak di tahun 1433 ini ?'

Thursday, November 3, 2011

November 2011 : A journey to my own mini spa @ Real Shoppe


Dari dulu lagi berangan nak ada spa yang ada rupa spa. Bermula dari tahun 2008, mak dan abah menyediakan perniagaan Home Spa untuk saya. Sebagai platform untuk saya biasa-biasakan diri dalan perniagaan dan menyalurkan Rawatan Reiki dengan baik. Nasib spa saya memang kadang-kadang untung, kadang-kadang malang. Ikut mood tuan dia lah. Ha ha .

1) Ultrasonic Bubble Bath ( Home Spa )
- Bagus tau ada Home Spa di rumah. Boleh bakar kalori suka-suka hati. Betul ! 15 minit mandi sama dengan bakar 300kalori ! Nak bakar 300 kalori secara tabiat biasa, anda mestilah berjogging sejauh 3km . Soalannya, RAJIN ke ?? Ha ha. Nah, disinilah waktu sangat bergunanya Mandi Bubble di rumah atau di spa saya... Lepak je dalam bath tub, rasa macam mandi air terjun, bubble urut badan...pheewww...besst !~~

Boleh cuba di spa saya - 15 minit RM 40. Saya letak aromaterapi & garam paling berkualiti di dunia. Amboi. :)

2) Reiki - Sebagai Master Reiki , saya juga menawarkan rawatan Reiki di kedai saya. Pernah saya tulis di Facebook - " jika sakit kepala - urut kepala, sakit badan - urut badan, sakit otak ???-urut otak kah ? " Haaaa...inilah fungsi Reiki. Rawatan selama 40 minit akan merehatkan otak, mengurangkan stress dan melegakan semua beban-beban ditubuh fizikal, emosi dan minda. Okay kan ?

Bermula dari bulan Oktober, saya semakin giat meluaskan skop perkhidmatan di spa saya dengan menawarkan rawatan yang lebih cool dan mempesona. Eceh, dramatis sekali ayat saya,kan ? He he he.

Katil urutan telah ditambah 2 biji. Satu untuk bilik rawatan lelaki, Satu untuk bilik rawatan perempuan. Bermakna ??? Saya sudah ada terapis yang bekerja di spa saya lah ! Hooray !!! 


3) Therapeutic Hot Stone Massage - Sehebat nama, urut pakai hot stone jauh lebih nyaman dan cepat menyembuhkan berbanding urut pakai minyak sahaja. Ia akan memecahkan lemak, membuang angin dengan cepat dan menyahtoksin terus ke lymphatic drainage.. Memang best ! Saya tidak mahu urut sedap-sedap badan saja, esok lusa penyakit datang balik. Saya mahu pulih. Saya mahu pelanggan saya sihat selepas menjalani rawatan di spa saya. Apa lagi ? Jom cuba ! Cuma RM 80/jam.

4) Refleksologi - untuk lelaki dan perempuan. So, sesiapa yang lalu lalang di sekitar Jalan Pahang, bolehlah singgah di spa saya ya. Murah saja RM30 / 30 minit. Kalau tak puas, boleh sambung jadi 1 jam. :)

Ada banyak lagi servis di spa saya......

Tak lama lagi Raya Haji. Saya kira, bisnes spa saya ini boleh dijadikan sebagai titik mula untuk saya mengorbankan rasa malas, sikap tidak berdisiplin, serta perangai yang buruk. Doakan saya ya ! Inilah tanda Raya Korban 2011 saya. Bisnes Spa. Saya sudah TANDA. Anda bagaimana ?

Jom lakukan sesuatu - supaya hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Sama-sama jadi Muslim yang lebih baik, lebih baik, dan lebih baik setiap hari. Amin :)

Eh, cepat-cepat angkat telefon, dail 03-4024 4859 dan buat temujanji untuk ke spa saya ya.

Alamatnya :
Real Shoppe, No1A Jalan Sarikei
Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur
(berdekatan Hospital Tawakkal )


Terima Kasih kerana mendoakan saya. Sayang semua !

Sunday, October 23, 2011

Monday, October 3, 2011

Annual Dinner IQBC ( Reiki ) 2011 : Bollywood Theme

1 Oktober 2011 yang sudah , berlangsunglah majlis makan malam IQBC. Malam berkumpulnya pelajar-pelajar Reiki di bawah sekolah Malaysia Institut Of Reiki ( MIR ). Dengan ini genaplah 6 tahun saya mengenali Reiki. Setiap hari ada saja benda baru yang dipelajari dalam Reiki.

Ilmu aura, chakra, pengalaman, rasa, energi, kesihatan fizikal, mental dan emosi, perkembangan diri ( ya, badan saya pun dah kembang jugak ),adalah topik-topik biasa yang menjadi tutur bicara setiap kali pertemuan dengan geng-geng reiki yang lain.

Bertempat di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam, dengan rasa cinta kami bertemu.
( apesal lain macam je cara menulis hari ni ? )
Tema Bollywood -  Cinta @ Pyar @ Mohabbat @ Ishq
Jangan dilupa juga - air mata, warna, dan kecing-kecing ( gelang ) sebagai pelengkap.
Ahh...hidup ini umpama drama yang panjang !
Saya adalah heroin untuk drama saya. Begitu juga anda.


Bagi saya, memadailah kehadiran saya jika ia boleh menggembirakan guru, kakak dan rakan-rakan yang lain. Sudah lama saya menyepi dari ke IQBC kerana hambatan masa. Tapi, tiada satu hari pun saya sepi dari self healing dan reiki apa yang patut. InsyaAllah, setelah bergelar Master Reiki - saya sedar bahawa sudah tiba masanya untuk saya contribute sesuatu untuk Reiki di Malaysia. Sebagai tanda sayang dan hadiah buat Dr Hazil, saya kini berdikit-dikit menghasilkan buku yang didalamnya ada ilmu Reiki.
Doakan saya :)


Persembahan berlatar belakangkan lagu-lagu Hindustan. Saya teringat bapa saya yang suatu masa dahulu tengok hindustan ber cd-cd. Macam ada peperiksaan pula !
 Ya , lagu-lagu Hindustan penuh emosi - riang dan sedih disampaikan dengan mudah. 
( Effy, - zoom )


Saya pun berperasan-perasan lah menjadi Kajol untuk seketika.


Ini antara orang lama menjadi student Reiki. Master Nani power dengan 3rd Eye nya. Master Nurul ada pusat terapi Reiki di Bangsar, Master Hasilah punya banyak pengalaman dalam Reiki, Dr Zamruda ( betul ke eja ni ) sangat cool dan baik orangnya.

Sayang sekali, disebabkan terlalu rindu dengan kawan-kawan Reiki - saya banyak menghabiskan masa beramah mesra berbanding makan beriya-iya. Sedangkan ianya adalah acara makan malam ! Perisian majlis juga agak padat menyebabkan punggung terlekat di meja makan ,tidak pula bangun ambil makanan di belakang. 

Barangkali chakra kuning sudah ter'penuh' dengan kegembiraan, sehingga makanan tidak diendahkan.

Apapun, terima kasih IQBC. Saya harap lepas ini kita buat majlis yang lebih bertemakan Kemelayuan atau KeIslaman kerana ada sedikit percanggahan energi ucapan dan energi sambutan dalam majlis. 

Energi cinta membara pada malam tersebut. Biarlah ianya membawa kebaikan. Saya tidak mahu bermain api cinta dan saya tahu betapa ia merbahaya.

Sekian tinta rasa.

Friday, April 1, 2011

Kad untuk Effy



2009

Kad yang dibuat untuk Effy sebelum die pergi merantau
ke Bangalore. Konon2 sadis laaa gi belaja medic tak balik-balik Malaysia.
Budak itu sungguh bertuah, kejap-kejap balik.
Ni pun sekarang ada kat Malaysia, agaknya balik untuk pilihanraya kot !
Lucky ada ym & blog, sejak Effy pegi jauh, hubungan kami makin akrab berbanding
masa di kolej MSU dulu.

Oh, kat situ ada tertulis Prinsip Asas Reiki

Untuk hari ini, ku padamkan api kemarahanku,
Untuk hari ini, ku padamkan resah dan gelisahku
Untuk hari ini, ku bersyukur atas segala nikmat
Untuk hari ini, ku berlaku jujur
Untuk hari ini, ku berbuat baik kepada semua makhluk.

Hari-hari, mesti baca ayat ni...lama-lama akan dapat mendidik hati.

Tuesday, March 29, 2011

Day 29 - In this past month, what have you learned

Kekuatan tidak akan hadir tanpa pengalaman. Pengalaman yang pahit atau manis keduanya akan menzahirkan kekuatan dalaman yang sangat halus jika kita ambil dari sudut positif. Bagaimana 'jahiliyah'nya kita , selagi kita mengEsakan Allah, pasti Dia akan memberi kekuatan untuk mengharung hidup.

Usah sesekali berputus asa jika sendirian.

Segala trauma yang menghantui suatu hari akan terlerai dengan izinNya. Sentiasalah berdoa dan meletakkan setinggi harapan kepada Allah swt.

Barangkali kita tak sedar bahawa kita sedang dilanda tekanan jiwa yang teramat sangat. Percaya atau tidak, 1 daripada 5 rakyat Malaysia hari ini , mengalami masalah jiwa.

Doa, zikir dan Ayat Al-Quran adalah 'tools' paling hebat dalam merawat masalah ini. Sedikit teknikal dari Reiki pasti dapat membantu mempercepatkan penyembuhan.

Semalam, setelah mengalami sesuatu yang 'miracle', kini saya sedari bahawa setiap sel tubuh menyimpan setiap moment baik dan buruk, dosa dan pahala yang pernah kita lakukan. Yang negatif akan tersimpan sehingga menjadi 'blockage', yang positif akan tersimpan menjadi kekuatan.

Di dalamnya, berlaku 'wars between good and evil'..segala penyakit seperti demam, sakit pinggang, sakit kepala, sakit bahu dan sebagainya hanyalah 'petunjuk' bahawa kita perlu BUAT SESUATU dengan segera.

Jika tersimpan terlalu lama, keseimbangan akan hilang. Kita tidak akan mampu lagi melakukan kerja harian dengan baik dan tenang.

Inilah pelajaran paling berharga. Alhamdulillah, terima kasih Allah.


'secebis pengalaman'
- Master Fatimah  Az Zahra -