Showing posts with label Cards. Show all posts
Showing posts with label Cards. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Quilling card for Best Friend , Quilling (Life)


Effy my dear friend... ;)

Sempena final exam.. dan keserabutan yang melanda..( oh..hanya kita yang tahu... haha )
 i dedicate this card for you. 

It has a lot of meaning... about us.. about life that we've been thru..

Wish you very good luck , Dr Effy !.

Ignore all the negative marking..hehe... just be sweet & positive.. as you always do.




The people. Its always about choosing the right one, right path, right destination. 



Lots of love.
Ima.

Tuesday, April 3, 2012

Kak Miyyah menginspirasi...Celebrate You

Kak Miyyah punye :)



ima sungguh teruja melihat kad yg kak miyyah buat. cantik sangat.

bunga ros itu sungguh comel..tapi ima tak tahu buat. rasanya sebelum ni ada tengok tutorial..tapi dah tak jumpa dan tak beri perhatian betul2.

jadi,ima buat je lah apa yg termampu. :) dengan berinspirasikan kad ciptaan kak miyyah. hope u dont mind,sis?

at first..i just adore the card ..sebab ima memang tak ada hati nak quilling beberapa bulan ni.

tapi tiba-tiba kawan ima dapat berita baik. a promotion! start training pada 20 april ni.

ima sgt teruja dan happy bagi pihak dia.sebab mmg ima target nak ada benda best jadi pd 21 april.walaupun berita itu tak ada kena mengena dengan ima..tapi ima tumpang gembira.

okay. ima berlebih-lebih.

tak kisahlah. yg penting membawa kebaikan

iaitu ..ima berjaya buat 1kad berinspirasikan kisah dia dan kad yg cantik ciptaan kak miyyah.

luar
a good starts for this April...semoga lebih banyak kebaikan akan muncul. i want more lucks !

dalam


bebel with love,

ima.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, July 22, 2011

Ikhlas


Berguni mana pun buku agama yang dibaca,
ikhlas mungkin masih belum dapat terbit.
Tapi,ia mampu mendorong.

Segalanya tergantung niat.
Jika mahu itu dari hati dan untuk Allah..
itu pastinya ikhlas.

Keajaiban tawakal menuntut ikhlas sebagai syarat
begitu juga percaya, bahawa
Dia pasti akan menunaikan janjiNya.

Tinggal kita yang harus tekun,
memperbetul diri untuk lebih ikhlas dari hari ke hari

Moga cinta yang lahir
Moga rindu yang terbit
Moga kasih yang terjalin
Moga impian yang dibina
Moga harapan yang diukir
Moga kerja yang diurus
Moga langkah yang diatur
Moga setiap detik
ada ikhlas kerana Allah swt.




Thursday, July 14, 2011

Purple Fairies for my lovely Effy

Pari-pari ungu ini dibuat khas untuk best friend saya, Effy. 

I love u so much,dear !!!!


 True friends are very difficult to find, hard to leave, and impossible to forget.

Everyone hears what you say. Friends listen to what you say. Best friends listen to what you don’t say.

A best friend shares the good times and help you out by listening during the bad times.



nothing lasts forever
so live it up
drink it down
laugh it off
avoid the bullshit
take chances
& never have regrets
because at one point
everything you did
was exactly what you
wanted
.

 p/s :    you know what i mean. :P 



coming soon ! full version of this card. 

Friday, May 27, 2011

Mata Hati berkata-kata bila perlu..




ADA MASA MASA
BUKAN DENGAN MATA
NAK MENILAI RUPA
MANA CANTIK, MOLEK DAN MANIS
TETAPI ITU KERJA HATI
MELIHAT DARI PEKERTI


ADA MASA MASA
DARI SISI SAMA
MASIH TETAP JUA
PANDANGAN BOLEH BERBEZA
ASALKAN SAJA DI HATI
SUDI CUBA MEMAHAMI

ADA MASA MATA
ADA SAHAJA
ADA YANG TIDAKLAH KENA
CEREWET MENCARI SEMPURNA
TERLUPA APA BERHARGA

ADA MASA MATA
ADA KETIKA
TAK TERLIHAT CELA
KERANA HATI SUDAH SUKA
SEPERTI JUGA AKU
BILA MENGENALI DIRIMU

JANGAN KUNCI
PINTU HATI
LEPAS PANDANG
SEBALIK DIRI
BILA INDAH TELAH PUDAR
ATAS APA KITA BERDIRI

Siti Nurhaliza

Monday, May 23, 2011

if only i can just fly away....


bila langit tak lagi indah untuk dipandang
tapi aku hanya kaku di sini.
orang melihat - dan tersenyum.
aku memandang - dan hambar.


************************
aku mahu begini
selalu.

Monday, April 11, 2011

Tutorial Quilling

Saya tabik spring dengan sifu-sifu tak rasmi saya menulis tutorial Quilling. Memang sangat baik hati mereka memberi tunjuk ajar kepada beginners. Terima Kasih ya...  Oh, siapa sifu saya ? Kak Lin Handmade Greeting Card dan 2 gadis Quilling Soul :), ada beberapa lagi yang lain yang saya follow mereka di facebook. Aduh..sangat kagum dengan hasil kerja mereka.

Saya mungkin tidak akan dapat jadi semeriah mereka kerana mak cakap, buat kad ni buang masa. Mak suruh fikir benda yang besar-besar sikit. Bagi tumpuan pada bisnes. Em... sebenarnya agak sedih sebab tak dapat nak buat apa yang kita suka. Tapi come on lah kan... kita hidup di bumi yang nyata. Tak boleh la lalai dalam soal mencari nafkah hidup , sapa nak tolong bayar bil letrik, bil internet, duit rumah, kereta semua kan ???

Jadi lalai tu sebab saya tak pandai membahagi masa antara kerja dan quilling. Ye lah, memang menekun berjam-jam kalau buat quilling ni.. tapi sangaaaattt beeessssttt okkkk !!!!!~~~

Hoi ima, berpijaklah dibumi yang nyata !

Ok, back to the topic. Ini antara tutorial yang sifu sifu saya buat. Jika anda berminat, boleh la selalu jenguk-jenguk blog mereka. Kalau malas, beli saja dari mereka ya !!!



Chow !~

Monday, April 4, 2011

Quilling Fairy : Menyahut permintaan Diba

Setelah kami bersoseh-soseh cari idea nak buat quilling, Diba pun 'minta' saya buat fairy macam dalam buku quilling tu sebab dia nak bagi kawan baik dia. wwwooaaahhhh !~ Sebenarnya, disebabkan saya ni sangatlah beginner dalam quilling jadi saya bercadang untuk buat bentuk-bentuk lain dulu. Yang senang-senang. Alamak ! Fairy itu sangatlah ...errrmmm... mengerikan untuk dibuat. Jadi ke aku buat nanti ??

ala-ala gini laaa... gambar ini milik
http://increations.blogspot.com/

Sambil-sambil layan cerita Tamil kat TV2, saya pun mulakan kerja membelasah kertas. Hentam sajalah teknik apa pun, asalkan ada rupa fairy sudah lah. He he.

Akhirnya, 4 jam berlalu dengan sangat pantas. Tahu tahu kaki dah kebas, dah lenguh. He he. Fairy Biru saya pun siap akhirnya. Nasib baik menjadi.Alhamdulillah. Sukanya saya. Sukar sungguh melepaskan 'anak' saya itu kepada Diba...

pesan saya kepada Diba :

" dik, pesan kat Fifie , kalau ada kebakaran,,,benda pertama yg perlu diselamatkan adalah menatang ni,tau !"

ha ha.

Saya sedang menunggu Diba bagi gambar budak biru itu sebab saya tak sempat nak ambil gambar pakai kamera saya. alo lo lo.. sadis betul.

update on 8/4/11
tadaaa..ini lah dia Fairy Biru :) kalau lah kualiti gambar ni lebih baik..eeemm..
tak pe..nanti saya buat lagi satu warna pink yeaaa :)



*** MAHU ITU KEPUTUSANNYA DARI HATI ***

Friday, April 1, 2011

Kad untuk Effy



2009

Kad yang dibuat untuk Effy sebelum die pergi merantau
ke Bangalore. Konon2 sadis laaa gi belaja medic tak balik-balik Malaysia.
Budak itu sungguh bertuah, kejap-kejap balik.
Ni pun sekarang ada kat Malaysia, agaknya balik untuk pilihanraya kot !
Lucky ada ym & blog, sejak Effy pegi jauh, hubungan kami makin akrab berbanding
masa di kolej MSU dulu.

Oh, kat situ ada tertulis Prinsip Asas Reiki

Untuk hari ini, ku padamkan api kemarahanku,
Untuk hari ini, ku padamkan resah dan gelisahku
Untuk hari ini, ku bersyukur atas segala nikmat
Untuk hari ini, ku berlaku jujur
Untuk hari ini, ku berbuat baik kepada semua makhluk.

Hari-hari, mesti baca ayat ni...lama-lama akan dapat mendidik hati.

Monday, March 21, 2011

Saya seperti belon.


Saya seperti belon. Saya bisa gembirakan anda. Tapi jika anda tidak jaga tali, saya bisa terlepas. Saya juga mudah pecah, peganglah saya dengan berhati-hati. Saya akan 'layu' jika dibiarkan lama tanpa perhatian .

Saya bisa dibawa angin jika tidak bertali. Saya bisa jatuh ke rumput dan kemudian pecah. Saya bisa beralih kepada sesiapa yang berminat dengan saya.

Kerana saya belon.
Saya faham tugas saya. Menggembirakan anak kecil, atau sesiapa sahaja hanya untuk suatu ketika. Kelak saya pasti dilupakan juga.

Wednesday, March 9, 2011

Day 09 - Something you’re proud of in the past few days.

yeezzaa..!~~ ini diaa...6 jam buat aktiviti gulung menggulung. terasa puas hati saya sebab setelah berbulan-bulan tak menggulung, akhirnya dapat juga saya meluangkan masa untuk kecintaan saya ini :)



Keesokan hari dari membuat semua di atas, jari saya jadi lenguh-lenguh, kaki jadi krem, semua terasa sakit. sebab duduk tak gerak-gerak. Ima.bloomwood sangat ekstrim !

Tuesday, March 8, 2011

Day 08 - Short term goals for this month and why.

Wallaaa...~ short term goals for this month :

  • More quilling :)
  • Sales yang lebih memberangsangkan di kaunter Realelite World
  • Jadi manusia yang lebih tersusun dan terurus
  • Tak emosi. Menyampah dengan diri sendiri kalau emosi lelebih.

Tak semena-semena, 30 Days Challenge saya sudah selari antara entri dan tarikh ! Yezzzaaa !!! tengok-tengok ! Day 8 = 8 March.

Tak sabar nak jawab Day 09 Challenge !!

Monday, March 7, 2011

Day 06 - Favorite super hero and why?

Tak pernah wujud soalan ini dalam kotak minda saya.

Challenge hari ini betul-betul buat saya terpaksa flashback semua movie super hero yang pernah saya tengok seumur hidup.

Memandangkan soalan ni tak ada markah, jadi tak kisah lah saya pilih siapa pun kan ?

Eha, Doraemon boleh dikategorikan sebagai superhero ke ? Tak. Tak. saya tak pilih doraemon.Oh, tidak !~! Saya terpaksa menggoogle Superhero List untuk entri ini. Ha Ha. Nampak sangat pengetahuan am saya terlalu cetek. Ha ha.


Ok. Saya suka Iron Man !


Sebab dia poyo. Dan saya suka jalan cerita Iron Man 2. Dia juga handsome. Hikhik.. :)

Kalau saya jadikan ini (gambar di bawah ) sebagai superhero ciptaan saya boleh tak ??? He he..


Menyiapkan budak bereben ni masa tengok Merlin. 1 Jam baru siap !!!


Ok. Chowww~

Friday, March 4, 2011

Day 02 - The meaning behind your Blog name.

Senang je. Recap- recap je dari entri yang sebelum ni. He he he.


Kertas dan Cinta

Kertas
Saya terlalu cintakan kertas. Jika digulung,ia bulat. Seperti hidup. Bila kita picit dan cantum ia jadi bunga. Dan senyuman terukir. Hidup seperti gulungan kertas yang tertulis rahsia yang terbuka. 

Wahai kertas,

saya ingat awak setiap pagi
saya mimpikan awak setiap malam
saya mencitai awak atas alasan sentimental
harap2 awak percayakan saya
saya telah serahkan jiwa saya

Kerana kertas,kawan dan family adalah kecintaan saya. Blog ini sebagai tanda sayang saya.
Cinta
Ada sesiapa tak faham makna Cinta ? memang nak kena tempeleng. He he. :)


Saya berkongsi kecintaan saya terhadap Kertas dan Kayu di sini. Saya bebas menulis apa sahaja berkaitan dengan kertas dan juga Kayu. Kenapa Kayu ? Kerana dari Kayu baru dapat Kertas.

Untuk kisah Kayu - sila lah baca di sini atau disini.


Masih tak faham apa maksud blog saya ? Aduuuh !

Thursday, March 3, 2011

Day 1 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Ok, mari cuba lagi sekali. Hati masih panas setelah post sebelum ini tidak berjaya.. Aiyoyo...


A recent picture of me  - Di Kolam Ikan Arowana, Bukit Merah


Ya Allah, berilah kekuatan untuk aku menulis ni...fuuuh..buang sakit hati. Fuuuuh..buang rasa bengang..Fuuuuuuhhhh buang negatif..

 15 interesting facts about yourself.
  • menulis dan bekerja menggunakan tangan kanan & kiri
  • mengimpikan sebuah rumah & kedai di Mont Kiara
  • sangat suka bau shopping complex - esp kat area perfume & make up
  • love arts & craft - sebab banyak kayu dan idea yang diluar batasan minda
  • sangat suka makan biskut Luxury cecah White Coffee di Toyota Service Centre
  • massage + facial + hair spa + pedicure  : perkara harus buat setiap bulan. Bakal suami, please Alert,yeah !
  • love travelling and exploring new places
  • kerja yang dibuat setiap hari adalah berpandukan List To Do yang telah dibuat.
  • otak saya seperti ada peta Malaysia, saya jarang risau untuk pergi ke tempat baru dan akan balik ke rumah dengan selamatnya ( asalkan minyak kereta penuh ,ok )
  • selalu SS dan membayangkan saya ialah penulis terkenal. Ha ha.
  • saya cuma bertahan tinggal di Malaysia kerana makanannya yang sedap sahaja.
  • hari-hari menanam azam untuk lebih rajin & bangun Awal Pagi. ( hampir 10 tahun,tak pernah menjadi ! )
  • tak boleh tahan tengok buku-buku di MPH. Rasa nak beli semua. Rak Self Help & New Age selalu menjadi tempat saya melepak berjam-jam
  • hanya membeli perfume di Airport / Duty Free sahaja

Ternyata, apa yang saya tulis di entri ini, tak sama dengan entri yang dah hilang sebelum ini. Entri ini kurang merapu, kurang emosional, dan kurang poyo.

Macam makan nasi + sayur kobis masak lemak , tapi tak ada sambal belacan.

Sila imagine sekarang,ya !

Ha ha ha..

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.


Sebenarnya saya telah menulis tersangatlah panjang untuk entri ini, bila dah post, jadi KOSONG. saya sungguh bijak kerana tak save dulu.

uwwwaaaa !!!!~~ blogger sungguh kurang asaaaaammmmm !~

perah otak nak tulis, camni pulak jadi.. memang terChallenge sungguh kesabaranku..

Monday, February 28, 2011

Ku rakam cinta pada Pohon Kayu

Teruja dengan kayu. Teruja dengan pokok. Kerana dengan melihatnya terlalu banyak ilham tercipta. Dengan melihatnya keseronokan seperti tidak bersyarat. Bibir terus mengukir senyuman.. Barangkali ada cerita istimewa yang terakam oleh setiap pokok di dunia ini. 


Sekali saya, abah dan mak terpandang pada pokok yang berdahan mengunjur ke tasik ini, kami terus jadi Excited dalam kereta. " Berapa lah umur pokok ni sampai dahan dan ranting dan jadi pintu gerbang jalan ? "

Abah berhenti kereta di tepi, dan untuk 10 minit kami berposing-posing dengan pokok ini. Ha ha. Memang kelakar rasanya. Tunggu jalan raya clear, cepat-cepat snap gambar - takut kena langgar pulak. Buat hal posing tengah jalan raya. He he..

Dan pohon ini merakam cerita kami bertiga. Di hari jadi abah. Tak perlu buat parti besar-besar berhabis duit beribu ringgit untuk merakam kebahagiaan. Jika kita hargai apa yang ada sekeliling, semuanya akan terasa indah dan cukup.

" Jika kau inginkan nikmat, cukuplah Islam sebagai nikmat untukmu "


Dari kayu -- kertas terhasil. Jika tulisan yang kita tulis di atas kertas kosong itu ialah kata-kata yang indah, maka indahlah ia. Jika kertas yang sekeping itu digulung kreatif dan ada inspirasi, maka kad inilah yang terhasil. :) Tiga bunga rose itu adalah lambang kami sekeluarga.


Setiap kad yang terhasil, pasti ada cerita. Tanyalah pada semua pembuat kad.. mereka ada jawapan yang panjang untuk setiap kad yang direkanya. :)


Tuesday, February 8, 2011

Kisah keretaku dan Huwa Sticker

Quilling Huwa Logo

Semua yang berada di keliling kita adalah ENERGI. Kita sendiri adalah energi, dan bisa terhubung dan bersifat magnet dengan energi yang lain. Jika positif energi yang kita bawa, maka energi positif yang kita tarik.

Memandu kereta terutama di Kuala Lumpur bagi saya perkara yang mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi. Kemalangan bisa berlaku bila-bila masa. Kalaupun kita tak langgar orang, boleh jadi orang yang langgar kita. Atau, boleh jadi tersesat di jalan yang sama berkali-kali. Atau, kereta rosak di tepi highway atau di tengah kesesakan jalan raya.

Sticker Huwa saya tampal di kedua-dua kereta saya. Mengkarung dan Kebas namanya. Ha ha. Mengkarung tu kereta kesayangan saya, yang saya bawa bertahun-tahun sehingga energinya sudah sebati dengan diri.

Tujuan Sticker Huwa itu ditampal antaranya ialah sebagai "protection". Saya bukan sekadar tampal bodoh di kereta, seharusnya ada ILMU disebalik setiap perbuatan. Kalau nak baca dan faham tentang Sticker ini, bolehlah BACA DI SINI. Harus diingat, bukan BERLINDUNG dengan sticker ini. Ia cuma alat yang memberi isyarat dan faham kepada minda tentang perlindungan. Semestinya Hanya Allah tempat kita BERLINDUNG dan memohon PERTOLONGAN.

Syukur, kerana apa yg saya perhatikan , banyak 'pertolongan' yang Dia beri sepanjang saya bawa kereta.
  • Perjalanan di permudahkan
  • Jarang tersesat jalan
  • Selalu 'nampak' jalan yang sesak, dan diberi instinct utk elak jalan yang sesak
  • Kalau kereta accident, orang yang langgar selalu JUJUR dan bayar dengan mudah.
  • Terelak dari banjir besar (kalau tidak, kereta tu pasti terendam separuh dalam banjir)
  • Kereta rosak di tempat yang betul, berhampiran dgn workshop atau di tepi jalan, atau bila dah sampai rumah.
  • Mudah dapat parking di shopping complex ( penting nih ! )
Dan macam-macam lagi yang Allah permudahkan. Semuanya atas izinNya.

Sebenarnya, topik ini sepatutnya ditulis LEBIH TERTUTUP kerana bukan semua faham. Bagi yang faham,fahamlah. Bagi yang tak mahu ambil tahu, terus begitu.

Untuk mudah di jalan raya, SATUKAN ENERGI antara DIRI, KERETA DAN JALAN RAYA. InsyaAllah, perjalanan akan lebih mudah dan lancar. Jika ada ujian di tengah jalan, pasti anda akan lebih sabar dan yakin dengan pertolongan Allah.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas semua pertolonganMu selama ini. Lindungilah daku dari kecelakaan. Bukan niatku ingin riak, sekadar berkongsi setitik dari ilmuMu. Maafkan daku jika tulisan ini digayakan dengan salah.

Sunday, January 30, 2011

Mimpi yang men'jaga'kan

Dua hari ini, saya alami mimpi buruk. Barangkali ianya adalah natijah dari ketakutan dalam diri saya. Mimpi yang membuatkan saya terjaga dari layanan indah perasaan.

Ia hadir mungkin sebagai amaran.
Ia hadir mungkin sebagai cerminan diri.
Ia hadir sebagai natijah.

Saya harap mimpi yang buruk itu tidak muncul di alam realiti.

Jika ia benar-benar akan berlaku, saya harap ada perlindungan dari kerosakan yang mungkin terjadi.


Inspirasi Quilling

Pada mulanya, saya adalah pengikut senyap Blog Handmade Card Kak Lin. Saya kagum melihat hasil-hasil halus tangannya. Ideanya segar. Sejak hari itu, saya mula mengenali perkataan 'quilling'. Terima kasih Kak Lin.

Saya terus meng'google' hasil-hasil quilling. Wow !! Memang cantik. Saya selalu tanya pada diri saya ' kenapa saya tak kreatif macam mereka ?' atau ' kenapa saya tak pernah terfikir design ni ?'. Itulah yang dikatakan anugerah. Ianya dari Allah, Maha Pencipta. Dialah yang mencetuskan inspirasi ciptaanNya kepada hamba yang dikehendaki.

Sepertimana blog ini. Ia diinspirasikan oleh seseorang yang semakin istimewa dihati saya. Begitu juga dengan Diba. Dia selalu cakap 'diba suka tengok akak buat kad'. Kak Seri juga selalu cakap ' Timah buat lah benda-benda kreatif dan arts tu..teruskan..'. Effy selalu cakap ' aduhh..berapa lama nak siap buat 1 kad tu...'..Meskipun beberapa orang keliling saya beri galakan, tapi saya tetap rasa idea saya tak hebat pun. Segan lah nak buat.

Tapi minat tak pernah terpadam. Setiap kali singgah kedai kertas, reben, art, dan yang seumpama dengannya...saya pasti naik gila ! Berhabis duit untuk kertas dan aksesori yang akhirnya akan tinggal dalam beg kertas selama berbulan-bulan.

Mujurlah mak tak pernah nak komplen sangat hal ni. Terima Kasih, Mak !

Sesekali, saya buat kad kepada mereka yang terpilih. Dulu tak ada kamera, jadi tak ada simpanan untuk koleksi saya. :(  Hanya mereka yang benar-benar istimewa akan dapat kad saya. Walaupun ia tak cantik, tapi saya hadirkan ikhlas dari hati saya dalam kad tersebut. Bagi saya, disitulah kecantikannya ! Oh, ima perasantan lagi.

Akhirnya, kerana dia juga. Pada malam birthday saya, saya buat kad quilling pertama untuk diri saya. Inilah hadiah untuk diri saya. Kerana saya sayangkan bakat kecil saya. Dan saya hanya mahu duduk diam di rumah malam itu, menanti dia pulang dari kerja.

1 for me

1 for you

18 Januari 2011, ianya bermula. Dan saya harap kertas dan cinta ini akan sama-sama subur.

Terima Kasih semua.