Wednesday, April 4, 2018

HAMPER RAYA 2018

Hi ! Assalamualaikum.. Salam Rejab untuk semua followers Kertas & Cinta.

Teringat lagi masa pertama kali Ima memasang tekad untuk buat projek hamper pada tahun 2015. Disebabkan abah yang makin tak sihat & keadaan ekonomi keluarga yang semakin tak stabil sebab sebelum ni, mak abah lah yg bisnes untuk menyara kami sekeluarga. Sekarang abah dah tak nampak & perlu jagaan sepenuhnya & 3 jari kakinya dah dipotong. It wasnt easy for him ...

Tapi itulah life kan ? :)

Tahun demi tahun berlalu dengan keperitan & kebahagiaan yang silih berganti. Pengalaman benar-benar mematangkan cara kita berfikir & menangani cabaran. Alhamdulillah, sejak dari itu pelanggan terus mempercayai Ima.Bloomwood untuk buat hamper & pelbagai servis lain.

Soal kepercayaan adalah sesuatu yg miracle bagi Ima. Kerana kepercayaan adalah gerak hati yang Allah beri pada pelanggan-pelanggan setelah Ima berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam bisnes. Jadi bila ada je yg order hamper, Ima rasa syukur sangat-sangat sangat sangat. haaa gituwww :D


PELUANG UNTUK BUAT LEBIH BAIK

InsyaAllah, raya tahun 2018 ni akan ada banyak design-design baru & promosi dari Ima Bloomwood. Kalau anda nak tempah hamper, dah boleh tempah sekarang dah...

Wah! Dah macam tempah baju raya kan ? Awalnya ! Tak..sebenarnya tak lah awal sangat pun.. Bila anda buat booking awal, beritahu bajet & agak-agak berapa unit yang nak tempah, Ima akan buat keutamaan untuk yg dah order. Jadi kalau ada yg last minute order... Ima akan pastikan semua yg pre-order ni akan dapat on time pada hari yang dijanjikan.

Malah, Ima boleh setkan awal-awal jika ada yang nak minta Ima arrangekan delivery untuk customer-customer.

DESIGN BARU ! PROMO PRICE !

Hamper Raya Ekslusif 2018

Hamper Raya Exclusive 2018

Hamper Raya | Chocolate Box 2018

Hamper Raya Exclusive 2018

Apa lagi yang best kalau pre-order hamper raya ?

- Untuk 5 hamper ke atas*, anda akan dapat 2 Free Slot untuk Surprise Birthday Box/ Bouquet untuk dihadiahkan kepada orang yang tersayang.

Best kan ?

So, apa lagi...cepat-cepat whatsapp Ima untuk tempahan hamper ramadhan / hamper raya sebelum 30 April 2018 ini.  Whatsapp 017-3971570

Sementara anda pilih-pilih siapakah calon yang nak diberi hamper, Ima kat sini akan terus mencari idea untuk isi hamper & design yg cantik-cantik pulak. 

Oh ! Ni Ima belanja gambar-gambar hamper yang pasti buat anda tak tidur malam memikirkannya :)


Hamper Kuala Lumpur

Hamper Unik Ekslusif RM 350

Hamper Saiz Besar Cantik

Hamper Cantik Menarik

Hamper Raya Saiz Besar - RM 400