Showing posts with label Hamper Ekslusif. Show all posts
Showing posts with label Hamper Ekslusif. Show all posts

Saturday, August 4, 2018

Nak tempah Hamper KL, ingatlah Ima Bloomwood

Assalamualaikum, 
apa khabar semua ?

Raya lepas, ima sambut raya secara sederhana sahaja. Tak bersakan-sakan.  Sebab nyai ( nenek ) Ima baru sahaja meninggal pada 10 Ramadhan lalu. Masih sayu sebab Ima sangat rapat dengan nyai, ke mana-mana selalu bawa nyai berjalan.

Apa pun, semoga Allah tempatkan Nyai ditempat para solihin, amin.


BUAT HAMPER SEPANJANG TAHUN

Ya ! Untuk followers baru yang belum mengenali Ima, Ima buat hamper sepanjang tahun. Order lah bila-bila masa untuk sebarang majlis. Jika anda sedang mencari hamper yang lagi best dari pasaraya ( almaklumlah hamper pasaraya sadis sadis selalunya ), jgn lupa contact Ima ya !

InsyaAllah Ima akan sediakan hamper ikut bajet & berdasarkan event anda.

Contohnya :
Jika nak tempah hamper untuk Team Building & Bajet 1 hamper ialah RM300.
Ima akan tanya details, hamper ni utk group ke individual ?

Jika utk group ( 6 orang ), biasanya, ima akan pilih makanan yg sesuai & mudah dibahagi-bahagi kepada 6 orang tu. Best kan ? Tak de lah macam sorang dapat brg best,, yg lain dapat yg biasa-biasa. Kita bahagi sama rata.


MINIMUM HARGA HAMPER 
Customer Ima sedia maklum, hamper Ima memang sarat dengan pilihan barang/ makanan yg best-best. Pilihan coklat dari brand-brand seperti Kit Kat, Ferrero Rocher, Cadburry, Hersheys dll. Dan Ima pilih makanan yg halal sahaja utk dimasukkan dalam hamper.

Ya ! Ima memang memilih.

80% dari isi hamper adalah dari brand-brand yg dikenali. Bukan main taram saja.
Jadi, harga minimum untuk Hamper (berbakul) ialah RM 80. 

Yang pasti,
Ima akan berusaha seboleh mungkin untuk hasilkan hamper itu nampak lebih mahal dari harganya.
Itu memang kepakaran kami . Wah giituuuww ~ :)




Okay ! Jangan segan-segan whatsapp Ima tau untuk tempah hamper. 

Klik kat link ni --> www.wasap.my/60173971570

Boleh tgk design-design hamper Ima di sini --> #hamperimabloomwood

Website : www.imabloomwood.com


Jumpa lagi !



Wednesday, April 4, 2018

HAMPER RAYA 2018

Hi ! Assalamualaikum.. Salam Rejab untuk semua followers Kertas & Cinta.

Teringat lagi masa pertama kali Ima memasang tekad untuk buat projek hamper pada tahun 2015. Disebabkan abah yang makin tak sihat & keadaan ekonomi keluarga yang semakin tak stabil sebab sebelum ni, mak abah lah yg bisnes untuk menyara kami sekeluarga. Sekarang abah dah tak nampak & perlu jagaan sepenuhnya & 3 jari kakinya dah dipotong. It wasnt easy for him ...

Tapi itulah life kan ? :)

Tahun demi tahun berlalu dengan keperitan & kebahagiaan yang silih berganti. Pengalaman benar-benar mematangkan cara kita berfikir & menangani cabaran. Alhamdulillah, sejak dari itu pelanggan terus mempercayai Ima.Bloomwood untuk buat hamper & pelbagai servis lain.

Soal kepercayaan adalah sesuatu yg miracle bagi Ima. Kerana kepercayaan adalah gerak hati yang Allah beri pada pelanggan-pelanggan setelah Ima berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam bisnes. Jadi bila ada je yg order hamper, Ima rasa syukur sangat-sangat sangat sangat. haaa gituwww :D


PELUANG UNTUK BUAT LEBIH BAIK

InsyaAllah, raya tahun 2018 ni akan ada banyak design-design baru & promosi dari Ima Bloomwood. Kalau anda nak tempah hamper, dah boleh tempah sekarang dah...

Wah! Dah macam tempah baju raya kan ? Awalnya ! Tak..sebenarnya tak lah awal sangat pun.. Bila anda buat booking awal, beritahu bajet & agak-agak berapa unit yang nak tempah, Ima akan buat keutamaan untuk yg dah order. Jadi kalau ada yg last minute order... Ima akan pastikan semua yg pre-order ni akan dapat on time pada hari yang dijanjikan.

Malah, Ima boleh setkan awal-awal jika ada yang nak minta Ima arrangekan delivery untuk customer-customer.

DESIGN BARU ! PROMO PRICE !

Hamper Raya Ekslusif 2018

Hamper Raya Exclusive 2018

Hamper Raya | Chocolate Box 2018

Hamper Raya Exclusive 2018

Apa lagi yang best kalau pre-order hamper raya ?

- Untuk 5 hamper ke atas*, anda akan dapat 2 Free Slot untuk Surprise Birthday Box/ Bouquet untuk dihadiahkan kepada orang yang tersayang.

Best kan ?

So, apa lagi...cepat-cepat whatsapp Ima untuk tempahan hamper ramadhan / hamper raya sebelum 30 April 2018 ini.  Whatsapp 017-3971570

Sementara anda pilih-pilih siapakah calon yang nak diberi hamper, Ima kat sini akan terus mencari idea untuk isi hamper & design yg cantik-cantik pulak. 

Oh ! Ni Ima belanja gambar-gambar hamper yang pasti buat anda tak tidur malam memikirkannya :)


Hamper Kuala Lumpur

Hamper Unik Ekslusif RM 350

Hamper Saiz Besar Cantik

Hamper Cantik Menarik

Hamper Raya Saiz Besar - RM 400


Monday, February 12, 2018

Tempah Hamper KL 2018 - Ima Bloomwood

Anda sedang mencari tempahan hamper untuk Family Day, meeting, annual dinner, malam gala, atau corporate events ?
Ima Bloomwood - Hamper, Candy Buffet & Party Planner

InsyaAllah, Ima akan cuba buat yg terbaik. Hamper dari Ima Bloomwood semestinya cantik & ekslusif, design tak ada kat mana-mana tempat. Sebab original dari idea sendiri & selalu tercetus masa tengah susun hamper dalam bakul.

Hamper Queen -Ima Bloomwood

Biasanya Ima akan pesan kat customer, jgn lupa beritahu tema event, nak yg jenis macam mana & siapa yg bakal terima hamper. Jadi Ima pilih barang-barang yg sesuai je isi kat dalam tu. Best kan ? :)

Tak lama lagi nak raya, siapa yg nak tempah hamper raya untuk 2018, boleh save nombor ima..nanti mudah nak roger-roger bila sampai masanya.

Baru-baru ini, Kak Muna whatsapp ima, nak tempah hamper untuk Gala Night. Teruja betul ima dengar..yang paling bestnya, tema dinner sangat best - iaitu Malam Kesuma Jiwa. Wow ! Apa lagi, hamper pun design ala-ala tradisional lah.. baru masuk dengan tema kan...Terima kasih Kak Muna ! Semoga nanti kita jumpa lagi kalau akak nak tempah hamper ya ... <3


Hamper Tradisional - Besar ! 10 kg. Abg Sado je boleh angkat nih. hehe

PILIHAN PACKAGING

Ada 2 pilihan yang boleh anda pilih..
Nak yang jenis plastik wrapping yg see thru nampak isi dalam pun boleh..
nak yang netting pun boleh.. boleh roger nak jenis yg macam mana..

Bagi yang first time datang ke blog ima ni, bolehlah follow Ig kami --> @ima.bloomwood
atau Facebook --> @ima.bloomwood

Personal Fb ima kat sini ** IMA ZAHRA **,.. jomlah kita kawan-kawan..  -->


PELUANG KERJAYA

Btw, ima tengah mencari remaja-remaja yang kurang bernasib baik, yang tak ada rezeki habis SPM tapi rajin kerja, nak majukan diri & suka dengan bidang ni... boleh whatsapp ima. Student Universiti yang nak cari part time pun boleh... InsyaAllah..


Friday, November 3, 2017

Tempahan Hamper Ekslusif KL

Sedang mencari mana nak tempah hamper ekslusif yang cantik, unik & barang berkualiti ?
Serahkan pada kami, tak perlu pusing merata cari barang dan perah otak macamana nak susun hamper.

Kami bersedia untuk bantu, hamper untuk sebarang event / occasion. Cuma berikan bajet & butiran event, kami uruskan semuanya ! Mudah kan !?

Kalau nak request hamper Mark & Spencer pun boleh, hamper tradisional pun boleh, hamper makanan untuk cabutan bertuah pun boleh :)

Semua boleh lah :D Hehe. Kita discuss kat whatsapp yer www.wasap.my/6013-6010704

Hamper Pertunangan 

Tempahan Hamper Mark & Spencer

Tempahan Hamper Mark & Spencer

Tempahan Unique Gift Basket - Ima.Bloomwood

Gift Box - Ima.Bloomwood


Hamper Ekslusif Besar - Ima.Bloomwood

Hamper Ekslusif Besar - Ima.Bloomwood

Penghantaran Hamper Kuala Lumpur

KL Area Only.Yg jauh2 boleh..tapi ada caj penghantaran yg patut2 lah..Kalau bulk order, insyaAllah.. free delivery. :)