Showing posts with label Fairies. Show all posts
Showing posts with label Fairies. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Wedding Guest Book Garden Theme

Ima suka sangat finally dapat buat guest book tema lain dari yang lain berbanding sebelum ni. A bit challenging to finish this order. Ima memang suka buat fairies, kali ni.. buat Quilling Boy & Girl pulak. Senang je, just tak payah letak kepak dia kat belakang badan budak tu & buatkan baju yg sesuai. 

Kak Lin cakap skirt budak pempuan tu sexy..transparent. Ha ha. Maybe lepas ni Ima akan cuba buat skirt yang lebih menutup aurat. ;)

Setiap satu budak ni ambil masa 4 jam untuk siap. Lama ..tapi seronok buat.



Lepas dah quill bebudak comel ni, baru lah Ima proceed dengan design & pemilihan warna. Sepanjang proses mendesign, Ima banyak bertanya pendapat orang samada sesuai atau tidak, nak letak rama-rama warna apa, nak tambah atau kurangkan yang mana etc. Sehinggalah Amran pun OK dengan design, barulah Ima tampal kesemuanya di atas buku.



Ima sendiri jatuh hati dengan design ni, sebab ceria & melahirkan energi kebahagiaan. Macam 2 orang bercinta di taman bunga gitew.. Ecceehh .. He he he..

Apa-apapun, jika ada mana-mana yang tercabut, bolehlah tampal semula dengan gam PVA. Atau hantarkan pada Ima untuk servis apa yang patut for Free ( utk customer Ima ). Kalau korang ada nak adjust ..insyaAllah Ima boleh tolong apa yang patut dengan caj yg minimum :)

Okay ! 

Jumpa lagi.. Selamat Berpuasa semua!


Ima Zahra @ KC Gift Shop


Sunday, April 21, 2013

Fairy di kampung halaman

Syukur ada pilihanraya, dapatlah saya mengambil cuti drastik dari kerja. Terasa seperti sangat lama tak bercuti dan saya sedar tahap stress sudah semakin meningkat. ( fuii mencabar jugak nak menulis blog di kampung ni, nyai non stop bercakap tanpa tajuk, lepas satu..satu disambungnya.. oh nyai ku sayang ! :p)


" Mak, timah ikut abah balik kampung lah, berkempen baik punya " inilah gaya bos-bos apply cuti. Kekekeke..

" Baliklah jadi driver abah " mak approve.

Yeay !! Padahal tadi gosok baju untuk pergi kerja, dah jadi balik kampung pulak. Semangat betul ima balik berkempen padahal nanti mengundi kat Parlimen Batu. Tian Chua of course !! :D ( Dalam hati, rasa syiok gila sebab niat dah berbulan-bulan nak cuti sakan merehatkan diri tapi disebabkan kerja yang terlalu banyak, niat tu terpaksa ditangguhkan ).


Aha, nak tau tak.. nak balik kampung,  bukan packing baju dulu. Barang-barang terchenta quilling spt kertas, gunting, gam, stok kertas, shredder.. dan laptop yang ima kemas pertama sekali. Sebab tau dah, kalau kat kampung tu panas macam sauna, kerja otak memang tak leh jalan. Yang boleh buat cuma lah gulung kertas sebab tak payah perah otak sangat ;) He he he.

Strategi berjaya ! Setelah menghilangkan lelah menjadi driver, baru ima larat nak quilling. Misi kali ni nak buat fairies. Kononnya nak buat banyak-banyak. Tapi biasalah ima....memang cakap tak serupa bikin punya worang. Cuma mampu buat 3 fairies je selama berhari-hari duk kampung ni. 

Fairy merah. 


Fairy purple. Ni sebab mak uda request. Syiok betul bila mak uda nak tidur kampung sebab nak melayan Ima quilling. Alilah pun semangat je meneman kakak dia yg senget ni sampai 2 pagi asyik tak puas hati dengan design. Nasib kau lah dik non !





( oh...finally nyai kusyuk tengok tv. patut lah rancak je aku ketuk keyboard ni )


Fairy pink-purple
Alang-alang dah duduk dekat dengan nature, maka set shooting pun special sikit lah. Dekat batang pokok kelapa ! Ha ha ha. Hentam saja la ima... :P



Oh, dulu ima buat fairy ni berjam-jam sebab tak mahir.. dari 4-5 jam...sekarang dah boleh buat 1jam setengah sebiji. Harap-harap lepas ni boleh cepat lagi lah. :)

Wehoooo.. bestnya rehat otak. Terasa lapang dada. Misi lain duduk kampung ialah nak kurangkan aircond dan banyakkan berjalan. Terasa badan sangat tak fit sebab jarang bersenam.

Moral of the story, balance your life. Gulung kertas tak pun menghaluskan jari, tapi boleh membesarkan punggung dan mengurangkan kekuatan jantung mengepam darah. Ouh, tunaikan kewajipan pada diri sendiri.

Tunaikan kewajipan kepada negara. Mari mengundi. Jangan pilih BN. Negara demokrasi perlu bertukar-tukar pemerintah untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan wang negara.

La la la la..

Peace ! 

Jumpa lagi semua ! :)

yang tenang,
Ima Zahra