Showing posts with label Kayu. Show all posts
Showing posts with label Kayu. Show all posts

Friday, November 11, 2016

Daybed Decoration

Memandangkan hari hujan dan mood dalam rumah pun tak berapa best, saya keluar mencari angin. Tengok-tengok beberapa staff Warisan Baiduri, Kak Zah & Makcik Nah sedang setting Dewan Perdana Indera untuk function esok.
Saya pun menyinggah dan menyibuk konon-konon menyumbang tulang. Entah kan, mungkin sebab suka dengan kerja-kerja kahwin, setting, dan dekorasi.. tak payah suruh pun automatik macam ada magnet je nak buat.

Is sedang pasang kain putih di daybed. Daybed kayu tu memang ayah mertua buat  untuk dijadikan tempat para tetamu berehat-rehat dan bergambar. Memandangkan semalam dah shopping bunga, maka saya pun mengajak Is untuk letak terus bunga di daybed. 

Kerja dengan Is memang senang, boleh bawak bincang dan senang bekerjasama. Disebabkan bunga & peralatan yg ada agak limited ini sajalah yang boleh dibuat. Ala-ala sakura Korea gitu. 

Saya harap nanti boleh ditambah baik dekorasinya supaya nampak lebih debom. Saya membayangkan lebih cantik dari ini. Tapi buat masa ini, kita bersyukur dgn apa yg ada dulu lah. :)

Lagipun, ini sentuhan dekorasi pertama saya untuk daybed. Memang dari dulu rasa nak buat something dgn daybed ni. 

Overall, saya happy lepas tengok hasilnya.




Thursday, November 10, 2016

Sedap bila menulis ketika sedang emosi

Hakikatnya, kita makhluk beremosi. Dan seringkali emosi sedih, marah, kecewa, geram lebih mudah dihambur dengan kata atau tulisan ke pelbagai saluran.


Jujur, waktu ini saya sedang kecewa, marah dan sedih.

Maka saya menulis. Menambah satu lagi post pada bulan emosi ( November = 11 = 2 = air ).

Apabila mendengar berita baik dari orang lain, dan seterusnya menjadi tekanan buat kita kerana kita tidak dapat jadi seperti mereka adalah satu disaster sementara. Jika minda dan sikap tak berubah, maka ia mungkin menjadi disaster besar-besaran yang bakal membentuk trauma pada diri.


Kekecewaan itu mungkin berasal dari kesalahan sendiri. 
Dan diprovoke dengan kekecewaan orang lain. Lalu tercetuslah perbalahan sehingga melantunnya ayat-ayat yang kurang enak didengar.


Dari pagi tadi lagi, ketika dalam perjalanan ke ofis, saya terdengar-dengan ayat ini dalam kepala saya.

" Selagi kita mempunyai minda yg sihat, kita akan memberi reaksi yang baik pada apa sahaja yg berlaku disekeliling kita."

Minda yang sihat termasuklah ;

- tidak iri hati melihat kejayaan orang lain
- tidak membanding-bandingkan ujian diri dan orang lain
- menerima masalah adalah peluang memperbaiki diri.
- menerima secara terbuka teguran dari pihak lain
- hanya menulis ketika waras.
- tidak menghasut orang lain untuk berfikiran seperti kita.

dan banyak lagi.

Saya menulis untuk mengingatkan diri saya sekarang dan suatu hari nanti.

Berita kesenangan orang lain mungkin boleh jadi disaster untuk kita. Dan orang lain tak kan mungkin dapat membaca isi hati kita, kerana kita memilih untuk tidak meluahkan.

Tapi bagaimana mengawal emosi dan meletakkan Tuhan di hadapan semuanya.
Itu yang penting.

Ya, seharusnya .. jika salah itu datang dari diri sendiri - ubah segera. 

Saya mohon Allah kuatkan hati saya, pulihkan kerosakan dan trauma yang ada dalam diri saya sekarang. Dan bersihkan minda yg tak sihat yg mungkin ada pada orang sekeliling saya.


* cuba kawal emosi kerana inilah tarikh yg dikaji. redha lah Ima. *
11/11/2016

Tuesday, November 1, 2016

Coffee Addict

Saya adalah kaki kopi. Kalau tak dapat kopi rasa otak tak boleh jalan. Tak de idea. Blurr. Ngantuk.

Bila minum dua tiga teguk..terussss sluuuurrrppp ...kebahagiaan menerjah ke ruang otak.

Tiba-tiba rasa segar. Aroma kopi mempesona jiwa. Haha.

Saya suka white coffee dan seumpamanya. Tapi sesekali dapat Kopi Hitam pun boleyyyy... Tak kisah lah asalkan kopi yang rasanya mampu ditelan.

Siapa sini geng kopi ? Dan kaki kek sedap-sedap design menggiurkan. Elok lah ke satu tempat ni.

My Own Bakes Cafe, Level GF Subang Parade. Buka hari-hari 10 pagi-10 malam sampai ko minumlah kopi sampai lebam . Kek Red Velvet & roti croissant adalah tersangat best. Phewww~~~

Facebook : My Own Bakes Cafe
Ig : Sinfood Cake



Okaylah...Saya nak buat kopi 3 in 1 jap. Pagi ni belum dapat kopi, rasa sengsara jiwa.
Btw, sekarang ni dalam misi mengurangkan gula dalam hidup. Maka buat saya separuh peket saja.

Kemanisan harus ditambah pada senyuman dan wajah nan ayu.

Kah Kah.

Anda wajib datang My Own Bakes tu, promise kay !

Tuesday, December 15, 2015

Tempat menarik : Gaya Street / Pasar Gaya di Kota Kinabalu

Saya ke Sabah awal tahun lalu, banyak cerita nak dikongsi hanya tersimpan dlm memori. Ada yg sempat saya cerita di sini -> Cerita Sabah.

Tapi , saya rasa ada memori lain yg dah terkena virus...lalu hilang dalam ingatan, dibawa angin bayu Sabah. Hikhiks.

Alhamdulillah, sebelum tamat 2015 kembali lagi ke Kota Kinabalu dgn suami & mak pak mertua untuk ke kenduri kahwin keluarga. Selain ke Pasar Filipina, antara tempat menarik yg perlu dilawati ialah Pasar Gaya / Gaya Street. Hanya ada pada hari Ahad dari 6pagi - 1.00 thari.

Sebelum ini tak sempat ke sana, sebab tak kena pada hari Ahad. Kali ni, Mama beriya-iya ajak kami berfoya-foya di Pasar Gaya. Bab Shopping, Ima Bloomwood mana mungkin menolak ! :-p

Awal pagi masa sarapan Ima google dulu, apa yg ada di pasar gaya, mana tahu kot-kot ada yg menarik tapi terlepas pandang ke.. Sayangnya, tak berapa banyak gambar dan info di blog2. Maka dengan itu, Ima bertekad utk hanya fokus mengambil gambar utk masukkan dalam blog Kertas dan Cinta ini. Dan, bertekad juga untuk tidak bershopping over-overan di sana. Hakhaks.


Nah, ini gambar barang-barang yg dijual di sana.
Sila tengok sampai lebam.










































Apa yg saya suka ialah, Pasar ni ada 'soul Sabah'. Tak macam Petaling Street / Central Market.. lebih banyak soul Thailand & Indonesia berbanding Malaysia. Ima tak pasti apa pelancong rasa, tapi macam bosan kot tengok barang yg sama ada di Thailand, ada di Malaysia. Mood Malaysia, tradisi Malaysia macam tak banyak sangat, betul tak ?

Harga yg ada di sana perlulah ada proses tawar menawar. Adatlah tu. Kalau ikutkan hati bila tengok semua yg dijual, memang rasa semuanya nak beli. Tapi, bukankah sudah bertekad utk tak bershopping ?

Apa jadi dgn tekadku bila dihujung jalan ?

Lalalaa...apakan daya, mak mertua pun sama naik rajin meng'hasut' menantu. Maka ku terjebak juga. Kahkah.


( post ini akan diedit lagi , jadi jemput baca lagi sehari dua ni yea. ;) )


Tuesday, November 3, 2015

Impian kerja company hamper tak kesampaian

Alkisahnya, saya meng-google company besar yang selalu buat delivery hamper & bunga segar kepada individu / korporat / pasaraya.'


Ada beberapa list no telefon untuk dihubungi.

Yang satu tu, alamatnya di Cheras. Oh tidak ! Saya tak sanggup untuk menghadap jem. Terlalu jauh dan pastinya tak berpadanan dengan gaji tak besar mana.

Ada satu lagi, saya boleh gagahkan diri. Maka, saya telefon tanya bagaimana nak apply ?

Tanya amoi tu " u mau bahagian hamper ke florist ?"

Saya " hamper " laju saja saya menjawab.

Amoi " tapi aaa, kita punya company ada balut itu barang tak halal macam arak tau ...u ok ka ?"

Saya errr.. diam sekejap.

" oh macam tu ka, tak apa lah, terima kasih  saja. "



Okbai.
#harapankumusnah

Friday, August 28, 2015

Masa cepat berlalu sejak adanya GST

AllahuAkbar
AllahuAkbar
AllahuAkbar.


Terlalu banyak nak diupdate tapi tak tertulis selama ini. Kadang-kadang rasa menyesal bila tak tulis, sebab tak dapat nak track back cerita-cerita lepas. Zaman sekarang ni..makin tahun makin cepat masa berlalu. Rasanya baru je tulis wishlist 2015, dah nak hujung dah. Rasanya macam baru je kahwin... ( ok..ni tipu..tak rasa macam baru..rasa dah lama kahwin . hahaha ) 

Tapi kan, yang paling cepat terasa masa berlalu macam ribut ni... sejak bulan 4. Bulan bermulanya penderitaan rakyat Malaysia. GST.

Oh. I hate GST. 
Ulang lagi, I hate GST.

Mak cakap " lembab ekonomi sekarang ni, semua jadi kurang duit sebab terpaksa bayar GST."

Saya diam, sambil melayan jem di Lebuhraya Mahameru ( apa nama baru dia ? tak pernah lekat kat kepala. Ape benda ntah, nama jalan pun nak tukar... orang suruh tukar kerajaan bukan tukar nama jalan. sengal. Eh.. apa merepek ni ...)

Ok sambung

Mak tanya lagi.." siapa yang tak ada effect dgn GST kat Malaysia ni ? semua orang terkesan "

Cepat saya jawab " Rosmah . Dia tak de hal ..hidup bahagia shopping sentiasa "

Hahahha.


Mak : Senangnya hidup dia kan. Kita ni sudah lah nak kumpul duit lebih tu susah, duit tu lah yang kerajaan nak ambil. Duit tak cukup nak hidup, pun kena tanggung kerajaan juga. Orang susah makin susah. Orang senang makin senang.


Ima : Hmm.. dunia ni sementara. Susah orang susah lain, Susah orang senang lain. Mana tahu, orang kaya senang lenang duit tak habis-habis tu... susah dia kat benda yg kecik-kecik. Susah kentut ke, sembelit teruk ke, tidur sambil berjalan yg mengigau-ngigau sampai ke shopping mall ke.. 

Kan ?

Kita ni susah-susah pun, Allah bagi rezeki tidur nyenyak.
Bangun Subuh senang.


Everyone has their own struggles.

Semuanya sementara, dunia ni cuma ujian dan senda tawa. 
Walaupun sementara, tolonglah ... saya tak mahu GST. 


Kasihan pada rakyat Malaysia.



I am Malaysian,
#SalamMerdekaMalaysia

Thursday, April 23, 2015

Masalahnya...

Hobi Ima ialah meronda-ronda sambil memandu di mana-mana saja tempat baru terutamanya di kawasan perniagaan atau perumahan. Apabila melalui kawasan perumahan, samada besar-besar banglo atau pun sepadat-padan setinggan atau flat.


Dari luar, kelihatan cantik dan tersendiri setiap rumah tersebut. Terfikir jua, " bahagiakah mereka ? apakah masalah mereka ? bagaimana cara mereka mengendali hidup ?"  Lantas memandang semula kepada diri... " ah ! hidupku juga tak keruan. Ada kala di atas, ada kala di bawah ".

Tayar kereta terus bergerak..membawa persoalan pergi ..dan mata pun melihat-lihat lagi...

_________________________________________________________________________



Masalah 1001 Solusi.


" Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan " ( QS Asy-Syarh ( 94 :56 )


Tak ada seorang pun yang hidup di dunia ini tanpa masalah. Setiap manusia pasti punya masalah. Pada hakikatnya, tidak penting berapa besar dan beratnya masalah yang kita hadapi, yang penting ialah sikap kita dalam menghadapi masalah tersebut.


Setiap masalah pasti ada solusina. Setiap persoalan pasti ada jalan keluarnya. Al Quran dalam sejumlah ayatnya menegaskan pernyataan di atas " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan...."


Ketika menafsirkan ayat ini, Ibnu Katsir menjelaskan bahawa makna kata al-'usr pada ayat ke 4 dan ke 6 dari surah tersebut adalah sebuah kesulitan atau satu kesulitan yang sama. Hal ini kerana redaksi yang digunakan adalah kata 'usr dengan didahului kata sandang al ( ma'rifat/difinite), yang menunjukkan kepada sesuatu yg jelas. Sedangkan makna kata yusran dalam bentuk nakirah ( indifinite, tak tertentu ) pada ayat ke 5 dan ke 6 tanpa di dahului kata sandang al, mengandung erti banyak kemudahan.


Ibu Jarir meriwayat dari al Hasan, dia berkata " Nabi saw pernah keluar rumah satu hari dalam keadaan senang dan gembira, dan beliau juga dalam keadaan tertawa seraya bersabda " Satu kesulitan itu tidak akan pernah mengalahkan dua kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu terdapat kemudahan ".


Dari keterangan di atas, jelaslah bahawa setiap kali hadir kesulitan menimpa seseorang, maka saat itu Allah juga menyiapkan beragam solusi. Setiap kali muncul persoalan, saat itu pula terbuka lebar peluang jalan keluarnya.


Kenyataan yang terjadi kepada kita sering sebaliknya. Kita sering larut dalam suatu persoalan. Kita menganggap bahawa kesulitan yang menimpa kita begitu berat, seolah-olah tidak ada lagi jalan keluar. Semua jalan terasa buntu. Kita hanya fokus pada persoalan, pada masalah serta kesulitan yang menimpa kita. Sehingga kita lupa bahawa setiap persoalan pasti ada jalan keluarnya.


Ayat di atas mengingatkan untuk kita berfikir positif dan bersikap optimis ketika menghadapi suatu persoalan, Ketika kesulitan datang menghadang, membuat kita resah gelisah, ketika persoalan muncul buat kita tak bisa tidur, yakinlah ada banyak jalan untuk keluar dari masalah, ada pelbagai solusi yang hadir untuk mengatasi. 


Ada berbagai cara untuk terlepas dari kondisi yang menyesakkan nafas. 


Singkatnya, ketika datang satu masalah, sebesar dan seberat mana pun, akan hadir beribu jalan keluar.





Buku : Quranic Inspiration by Didi Junaedi.

Thursday, February 26, 2015

Kenapa anak lelaki dimanjakan ?

Wau !

Tajuk blog ini sungguh berat sebelah kan ? Sungguh ! Ima benar-benar nak tahu..kenapa anak lelaki zaman sekarang selalu dimanjakan ?

Umumnya, kenapa anak-anak zaman sekarang terlalu menjadi " tuan " dalam rumah ?

Arwah atok dulu seorang yang garang, tegas dan boleh jadi mengerikan. Ha ha. Tapi anak-anak atok menjadi. Faham tak maksud menjadi ? Bukan menjadi-jadi .

Ia menjadi manusia. Ia menjadi seorang anak yang tahu berdikari. Yang tahu berfikir. Walaupun tak sekolah tinggi, tapi boleh survive.

Kadang-kadang rasa nak balun je mak-mak yang sibuk memanjakan anak lelaki ( umur 4 tahun - 30 tahun ) berlebih-lebihan . Bukan apa, anak lelaki yg terover dose manja ni bakal menyusahkan bini sebab tak reti buat kerja / gagal merancang keluarga  dan gedik mengalahkan perempuan.

Lelaki dicipta untuk jadi pemimpin. Sifatnya imam, strong, berdikari, akal tinggi, kawal emosi, rasional, bijak , berusaha cari ilmu & rezeki.

Tak ada maknanya manusia tu tiba-tiba nak jadi pandai bila dah tua. Semuanya hasil didikan dari rumah. Dari kecil.


Tak faham kenapa anak perempuan dididik untuk bijak semua perkara. Dari belajar di sekolah hingga ke pandai mengurus rumah .

Anak lelaki ? Dibiar tak payah basuh pinggan lepas makan atau tak perlu kemas halaman rumah yang dah berlalang ? Dibiar sibuk main game tanpa beri penekanan untuk hafal doa dan surah ?


Berat sebelah parent zaman sekarang.


Ah. muak lah.


Wednesday, January 14, 2015

Emerald Pool Krabi dan dugong asing

Tajuk post sangat kureng hajau .


Sebelum bertolak Krabi, ima blogwalking dulu . Baca-baca apa yang menarik di sana. Memandangkan waktu Ima di sana, bulan tengah penuh..jadi nak ambil kesempatan untuk tap energi-energi yang unik especial untuk love & communication.


Antara yang paling ima terjatuh hati ialah Emerald Pool.


Pasang niat siap-siap ke sana. Ima ambil pakej yang pergi temple ( bosan kat sini ) tapi, tempat ni Ima ada dejavu. Lepas pergi temple naik gajah, lepas tu pergi hot spring, dah habis selesai baru kita debush ke dalam Emerald pool.


Lunch dulu di restoran. Disediakan oleh agensi yang bawak kitorang. Makanya makanlah semeja dengan mat-mat saleh. Depa nampak sungguh terseksa makan green curry chicken yang sungguh pedas. Meja kami-kami yang Melayu ni sekejap je licin licau. Huhu.



Lepas isi perut, bermulalah kaki ini menapak lebih kurang 1km yang sediikit berbukit ke Emerald Pool. Hongeh. Dah lama tak exercise. Haha. Tapi hasilnya memang puas hati. Terpesona tengok airnya yang biru kehijauan. Subhanallah. Jernihnya air.



Kolam untuk mandi-mandi ada bahagian yang dalam, ada bahagian cetek. Bagi Ima yang tak reti berenang dan katik, maka tak berapa nak enjoy sangatlah. Kahkah. Airnya sejuk tapi tak berapa sejuk. Dasar batu di sekitar kolam tersangat licin. Nak berdiri pun seram. Anytime boleh gedebuk.





Sakit sungguh mata melihat tourist yang berdugong-dugong pakai bikini sependa. Harap orang melayu je lah yang tutup body kat sana. Huhuhu.. 


Air dari limpahan Emerald Pool.. jernih. Kitorang tak berapa dugong sgt la :p
Cukup cukuplah...


Selesai mandi kat Emerald Pool, kitorang berkaki ayam jalan lebih kurang 650m mendaki ke Blue Pool. Menyesal. Pastikan korang jalan pakai selipar ya. Kitorang terpaksa berjalan tanah-tanah liat celah pokok dalam hutan sementara nak sampai Blue Pool tu. Padan muka. haha.




Warna biru di dasar tasik sangat memukau dan luar biasa. Airnya panas menggelegak. Dasar kolamnya berselut. Kalau nak bunuh diri bergaya, silalah cuba-cuba berenang di sini. Sekali pluuup masuk kolam, selamat jalan ditelan kolam. No swimming.


Mat Salleh yang kitorang jumpa di sana tu cakap " we came here for nothing ". Hampa betul dia berjalan sikit punya jauh, rupanya tak boleh mandi. Hihihi.


Sabarlah pakcik.


Ima tetap berpuas hati sebab dapat tengok kejadian muka bumi yang membuktikan kehebatan Allah swt. Lukisan alam yang tak terbayang di fikiran berada di depan mata. Agaknya, entah macammanalah cantiknya Syurga nanti kan ?


Subhanallah.