Showing posts with label Tips Mengemas. Show all posts
Showing posts with label Tips Mengemas. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Interesting & Creative Designs - Cair tengok ni weeehhh ~


1. Dekor unik katil dan meja studi. Kononnya bangun tidur terus boleh buat kerja kat sebelah. Kalau ima ada design begini, memang TIDUR pun tak, Study pun tak. ! Ha ha. Sudahnya nanti, ambik toto bentang kat lantai. Tak kuasa nak bersusah payah naik tangga . :p



2.Unik juga buat ruang tamu macam ni. Cuba imagine sikit.... Ima sedang main badminton di keliling sofa tu... dan orang2 yang duduk kat sofa tu jadi 'monyet' kutip shuttle. Muahaha.




3. Cantik buat tempat posing je kot !!? Ha ha. Macam tak selesa je baca buku atas kayu keras tu.. Atas tilam kan best.... baca 1 muka surat,,,boleh terus hanyut dengan buku-buku tu sekali.. :p



4. Buku yang letak paling atas tu confirm takkan baca dah. Buat tadah habuk . Hikhikhik..


 5. Sangat comel boot-boot itu. Colourful. :) Kalau ima tanam pokok dalam boot, 2 hari pertama je ada pokok. Hari ketiga cuma tinggal boot je. Pokok semua dah mati. Ke ke ke.




6. Ini sofa tandas KHAS buat peminat-peminat drama Korea utk menghabiskan DVD. Kalau sayang sangat nak tinggalkan hero berkulit licin halus mulus berlipglos pink ( apesal detail sgt niiih ?? ) , tapi tak tahan nak mem'buang' sila lah pakai sofa ni. Ha ha ha !



Semua gambar-gambar ini berpusat sumberkan FB Intresting & Creative Designs

Sunday, September 11, 2011

How to organize your dressing table ?

Hari ini saya peruntukkan waktu untuk mengemas almari solek saya yang penuh dengan skin care, make up, kerongsang, gelang, cincin, perfume, bedak dll. Cekadaknya jadi perempuan !

Saya sempat google " how to organize dressing table", dan hasil cariannya tidak memuaskan. Sedikit kecewa, jadi terpaksalah saya hentam saja asalkan aktiviti mengemas ini diteruskan juga.

ada sesetengah kerongsang memang saya takkan pakai lagi, tapi simpan buat kenangan. Hakhakhak.. punca !

Inilah yang saya lakukan selama 2 jam ! Sebenarnya almari saya tak lah kronik sangat, mungkin anda punya lagi dahsyat. hahaha.. Tapi sambil kemas sambil belek-belek sambil terkenangkan ' aku beli ni bila ?' atau ' siapa kasi gelang ni eh ?' atau ' eh, sape punye kerongsang aku curik nih ?'. Ha ha ha. Biasa. biasa. biasa. ! Memanglah meleret sehingga berjam-jam.

9 STEPS : 

Pertama : Buang barang yang tidak diperlukan. Jangan simpan kotak-kotak perfume/losyen/makeup walaupun ia berjenama terkenal. ( Ok, kalau nak simpan jugak, asingkan dan pastikan anda letak kotak-kotak tersebut di tempat lain, bukan di almari solek ! )


Kedua : Pastikan barang apa yang paling kronik perlu dikemaskan. Saya ada banyak gelang tangan, jadi saya kemaskan itu dahulu. Saya gulung kain yang tidak digunakan sebagai tempat meletak gelang. Anda boleh menyusun gelang/ rantai tangan mengikut prioriti, seperti - gelang mana yang selalu di pakai ? gelang ala Bollywood , rantai tangan, gelang kristal dan lain-lain. Terpulanglah pada keperluan sendiri ya !


Ketiga : Rantai leher diletakkan di dalam satu bekas. Sebaiknya rantai digantung.Tapi saya tidak punya cukup ruang untuk menggantung rantai, tambahan saya tidak punya banyak rantai, jadi saya simpan dalam bekas sahaja.

( Nota : Jangan campurkan barang EMAS dengan barang kemas sepuluh ringgit sekali. Anda mesti menyimpan rantai,cincin,anting-anting,atau gelang emas di dalam satu bekas lain, dan simpan di tempat yang selamat )




Keempat : Simpan semua kerongsang di satu tempat yang sama. Buang kerongsang yang dah tak ada batu berlian tu. Tak yah simpan lagi sebab anda memang tak akan guna lagi sebab buruk ! Kerongsang yang sering dipakai bolehlah diasingkan di satu tempat yang mudah dicapai untuk menjimatkan masa.

Saja nak tayang facial wipe Simple - sangat berguna jika travelling.

Kelima : Asingkan set penjagaan muka ( toner, moisturiser,sunblock, serum,losyen,dll skin care) yang digunakan hari-hari dan letakkan di tempat yang lebih mudah dicapai tangan. Sila asingkan barang penjagaan muka/rambut dll yang dipakai seminggu / 2minggu atau 2bulan sekali di tempat yang lain,tapi JANGAN SIMPAN di bawah almari !!! kalau tak, sampai 2 tahun pun memang takkan pakai sebab tak de depan mata ).

Keenam : Ruang utama meja solek mestilah diisi dengan barang yang diguna setiap hari sahaja. Jika anda tidak sempat mengemas barang yang baru dibeli setiap hari, sila buat setiap hujung minggu atau ketika hari anda bercuti. Elakkan sebarang penundaan.

Everyday use. Melampau ! S7 Magical Oil adalah wajib untuk mencantikkan aura dan menstabilkan diri ya !


Ketujuh : Asingkan perfume ! Jangan campurkan perfume dengan barang makeup atau skin care yang lain. Jika perfume tertumpah ke atas bekas eyeshadow/bekas plastik make up akan cair dan langsung tak boleh pakai lagi !!! ( pengalaman niiihh ). 



Kelapan : Sambil mengemas, sila lap almari yang berhabuk dengan kain basah. Pastikan kain lap diperah kuat-kuat supaya tidak berlebih air di atas almari. Ia boleh melembabkan almari kayu kembang. Oh no no !


Kesembilan : Kemas sampai puas hati. Lepas tu baru berhenti.

Kalau anda ada blackheads yang degil, sila gunakan produk b.liv ini, kerana ia ssuuungguuuh berkesan. I LOIKE! Boleh beli di Sasa. RECOMMENDED !


Okay !! Almari solek sudah kemas dan cantik. Sedapnya mata memandang. Weee weee !~

Sunday, August 14, 2011

Bagaimana untuk diingati jika bercuti di luar negara ?

Jika anda pergi bercuti mengikut travel agency dan mempunyai ahli rombongan yang ramai, bagaimanakah cara untuk diingati ?

Inilah caranya yang mungkin boleh bantu anda mudah diingati oleh pemandu pelancong sekiranya anda tiba-tiba hilang dari rombongan. Ha ha.

Contohnya : Okay, siapa yang masih belum ada dalam bas ? 
( semua orang tercari-cari, oh ya ! ada "budak pink" tu belum ada lagi )

Nampak tak ? Jika anda seorang yang berat mulut untuk memperkenalkan nama, dengan memakai pakaian bertema boleh membantu anda diingati rakan-rakan yang lain.

Pada percutian saya ke China yang lepas, saya memilih untuk memakai warna pink selama beberapa hari. Ya, sebenarnya memakai satu warna juga dapat memudahkan proses memilih baju dan tak perlu nak gosok tudung setiap hari. ( saya tak suka pakai tudung ekspress - tidak sesuai dengan muka saya )



Lihat gambar di atas, hari pertama hingga hari ke empat, saya hanya pakai baju pink / ala pink.  Eh, saya bukan pink girl ya ! Selalunya saya pilih warna hitam untuk dipakai sebab ia mudah dipadan, tak nampak kotor, dan nampak kurus bila dipakai. Ha ha.

Jika keluar bercuti berhari-hari, eloklah jika anda meminimakan tudung. Waktu bercuti - anda perlu bercuti, dan kebebasan minda tersangat penting. Jangan serabutkan kepala dan habiskan masa yang lama untuk memilih dan menggosok baju.



Shawl juga antara pilihan yang baik berbanding tudung bawal. Bawalah shawl yang tidak perlu digosok, supaya ia senang di'ponyok-ponyok' di dalam bagasi anda. He he. Akhir-akhir ini, saya jatuh cinta dengan inner neck oleh Mia Stuffz.

Pic A - Cara 1 pakai shawl. Hari pertama tiba di Hong Kong.
Pic B dan Pic C - Hari yang sama.Pic B- waktu pagi. Pic C - selepas solat zuhur & asar, dan tak jumpa cermin, jadi saya cuma meletakkan shawl di atas bahu dan ikat di depan.

Ya ! pakai shawl ni kan, 10 kali bukak- 10 kali lah lain pesyennya. Ha ha.

Ini tips membawa baju dan tudung jika anda keluar bercuti :-
  • bawa baju yang tidak perlu digosok / tidak nampak renyuk
  • bawa baju yang ringan
  • lihat aktiviti yang ditetapkan oleh travel agency - dan bawalah baju yang sesuai mengikut aktiviti.
  • pilih tema supaya mudah diingati. contohnya tema warna - pink, kuning, hitam atau apa saja. Atau tema memakai shawl gaya maria elena. Atau tema memakai mekap tebal 5 inci. Anything unique will do.
  • Bawa pakaian dalam yang terbaik dan selesa. Jangan bawa 'adik2' yang dah nak lunyai, kerana kita tak tahu apa akan terjadi pada kita bila di luar negara. Mungkin kemalangan / mungkin sakit ? yang menyebabkan orang terpaksa menguruskan kita. Oh ! Tidak.
  • Jika anda ingin bawa baju/tudung yang perlu digosok - bawalah seterika 2 pin bersama.

Hargai masa - kurangkan stress - bergembiralah ketika bercuti.
Oh ya, sila bawa Magicryst bersama-sama dan pakailah selepas mandi. Aktiviti luar yang banyak mungkin membuatkan anda berbau tengik. ha ha. Saya sukakan Magicryst yang sungguh berkesan membuang bau badan.

Tuesday, August 9, 2011

Strategi beg dalam beg ...


Macam biasalah, kalau ke negara yang matawangnya rendah, seperti Indonesia dan China, bolehlah kita berbangga diri menjadi kaya untuk beberapa hari. Duit Malaysia tak laku langsung di China,ya. Harap maklum. Tidak seperti di Jakarta, ada sesetengah tempat terima duit Malaysia.Jadi, perancangan untuk membawa wang secukupnya adalah sangat penting.

Jangan terlalu banyak takut tak sempat shopping ( memang itu yang berlaku ), dan jangan pula terlalu sedikit tukarannya, takut tak cukup- agak sukar menukar wang kerana jadual yang ditetapkan travel agency belum tentu flexible dengan karenah kita.

Walaupun Air Asia cuma membolehkan kita untuk check-in 15kg bagasi sahaja, ia tidak mematahkan semangat kami untuk membeli belah. Jadi, waktu pergi bawa 1 beg saja. Tapi didalamnya ada satu beg lain untuk hand carry ( isi ole-ole ). Hand carry boleh bawa sampai 7kg. Kalau beg hand carry berat, anda haruslah berlakon melenggang kangkungkan tangan anda bila mahu melepasi imegresen supaya kelihatan ringan. :) Kalau tidak, silap haribulan kena tahan dan beg perlu dirombak. Naya.

Kami bercuti-cuti di China selama 5hari 4malam, bunyi macam lama. Ya, kalau 5 hari bershopping tanpa henti, 6 jam sehari - saya yakin, strategi beg dalam beg memang diperlukan. Atau mungkin perlu membeli beg lagi.

Malangnya, sepanjang 5 hari tersebut - secara purata jumlah masa membeli belah cumalah 4 jam sahaja. Bayangkan !!! Bayangkan lagi ! 5hari - 4 jam ????

Arrrrggghhh !!

Inilah tips nya :
  • anda perlu perhatikan, adakah travel agency anda boleh mengambil kira kehendak anda untuk re-schedule jadual atau tidak ? 
  • jika tidak - jangan berkira-kira terlalu lama untuk membeli barang. Cepat-cepat pilih barang, dan tawar secukupnya. Terus bayar. Tak payah nak window-window shopping dulu, kemudian nak pilih kedai. Alamat tak ada hasil lah nanti.
  • sila berjalan dengan cepat dan pantas dan tepati masa.
  • Cara menawar - tawar tiga suku harga dahulu. Kemudian jika penjual cakap tak boleh, anda cuba tawar lagi jadi setengah. Jika harga masih tak relevan, anda boleh buat-buat keluar tak nak beli dari kedai dia. Nanti penjual akan panggil dan penawaran berlaku lagi.
Pengalaman saya memborong di Jakarta banyak membantu sepanjang saya di China. Jadi, Alhamdulillah, beg yang asal-asalnya kosong pada waktu pergi, penuh padat juga akhirnya ketika balik. Yahooo !~

4 jam pun jadi jugak ! Siapa nak belajar shopping dengan saya ? Haha.