Monday, March 25, 2019

HAMPER RAYA KL 2019

Tak lama je lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Tahun ni, ima buat preparation hamper lebih awal untuk pelanggan yang akan menyambut Aidilfitri.

Alhamdulillah tahun ni masuk tahun ke 4 ima.bloomwood serius dalam bidang pembuatan hamper. Masih banyak yang perlu diperbaiki, insyaAllah ima sentiasa berusaha jadi lebih baik.

Hamper Raya ikut Bajet Customer

Sebelum ni, hamper ramadhan & hamper raya ima buat mengikut order dari customer. Ada yang nak RM 70, RM80, RM 100 hinggalah RM350. Ima customize setiap satu order, jadi design hamper berbeza-beza antara satu customer.

Ada yang nak isi kurma dalam hamper.
Ada yang nak isi kuih raya sahaja.
Ada yang nak macam-macam isi dalam hamper.

Semua ima customize.

Tapi, tahun 2019 ni mungkin berbeza sedikit. Ima sediakan siap-siap pilihan hamper pelbagai bajet & design, anda boleh pilih yang mana berkenan.Ada yang sesuai untuk corporate hamper, ada yang sesuai untuk diberi pada keluarga & sahabat handai.

Hamper Raya KL

Hamper Ramadhan 2019

Hamper Raya 2019

Kenapa perlu bagi Hamper Raya ?


Mungkin ada yang tertanya-tanya, penting ke bagi Hamper Raya pada orang ? Ya ! Sebab hamper raya adalah penghubung silaturrahim antara syarikat kepada client / supplier. Penghubung silaturrahim antara anak murid & guru, pengerat kasih sayang anak kepada ibu bapa & mertua, penguat persahabatan antara sahabat.

Bulan Ramadhan adalah bulan pahala berganda. Jika nak bersedekah & berbuat amal..inilah waktu yang terbaik.

Tahun lepas, ada Klinik yg menghadiahkan hamper pada klinik-klinik panel yang lain. Subhanallah..indahnya..

Ada juga anak murid yang beri hadiah pada guru walaupun sudah lama tak bersua. Paling banyak, company yang beri hamper pada client-client besar mereka. Ingatan setahun sekali ini pasti memberi makna yang mendalam pada yang memberi, lebih-lebih lagi pada yang menerima.

Jika anda mencari hamper raya aidilfitri 2019 & hamper Ramadhan, jemputlah ke Ig -> hamper.ib . Boleh juga direct wasap ima - www.wasap.my/60173971570 atau call 013-6010704.

Ima dah buka order, 
boleh start order sekarang supaya kami boleh siapkan hamper yang cantik dgn pilihan produk yang menarik.

Kalau last-last minute tu boleh lah cuba.. kalau ada lebih insyaAllah kita boleh sediakan hamper. Tapi keutamaan diberi pada yang dah order dulu ya !

Ima juga sediakan penghantaran hamper raya ke sekitar KL & Selangor. Roger-rogerlah ! 


Contoh-contoh hamper raya boleh tengok di Ig : #hamperimabloomwood2018

atau di Ig : hamper.ib atau Ig Ima.Bloomwood

Okay !

Selamat Menambah Ibadah di bulan-bulan mulia Rejab, Syaaban & Ramadhan !