Showing posts with label Free Gifts from Ima Zahra. Show all posts
Showing posts with label Free Gifts from Ima Zahra. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

5 hari mengidam fresh flower

Hujung tahun yang semakin sibuk dengan tempahan guest book. Asyik menggulung bunga kertas je... tetiba datang perasaan mengidam yang teramat sangat nak pegang bunga hidup. Ouh ! Disebabkan masa 24 jam tu terlalu suntuk dengan kerja yang menimbun, maka hasrat nak fresh flower tu asyik tertangguh je.

Sebelum ni ada jugak pegang-pegang bunga sebab buat hantaran fresh flower. Bila lama tak buat, ini lah jadinya..mengidam. Kekeke. Bunga ada kuasa terapi yang sangat hebat. Bunga pelbagai warna menyimpan frekuensi energi yang berbeza-beza dan mampu menghilangkan stress, menghadirkan senyuman malah merawat diri. Betul ! Sebab tu lah ada rawatan mandi bunga. ! :D

Tempat biasa shopping fresh flower ialah di Jalan Hang Lekir , berdekatan Central Market dan Petaling Street. Ramai betul yang menunggu lori sampai dari Cameron Highland. Ima tunggu dari pukul 8.40mlm, tapi lori sampai lambat ..dekat pukul 10mlm baru sampai. Sementara menunggu, jalan kaki pergi cari buah berangan sedap kat Petaling Street.  350gram RM7, 500gram RM100. ( Eh, jadi tokey berangan plak i . kikiki )

Ada 2 kedai bunga terbesar yang masih dibuka pada waktu malam. Lori yang sama akan berhenti di dua kedai tersebut. Makcik-makcik tokey bunga macam nak terkam apa ntah bila stok sampai. Serious ! Memang ngeri tengok dorang berebut bunga. Hu hu. Semua pakat nak bunga fresh segar dari ladang. 


Ima tak mengidam ros biasa. Tapi mengidam ros yang ada ton warna. So, beli ros yang diimport. Segar dan tahan lama. Air perlu ditukar setiap hari, dan potong sedikit hujung batang ros setiap kali tukar air. Tips dari kakak India kedai bunga. Terima kasih kak :D



Bunga hydrangea sangat comel dan cantik. Tekstur dia sangat lembut, rasa cam nak sapu-sapu bunga tu kat muka. Wohoo...( over ! ) Tapi bunga ni cepat layu. Kalau tak dapat air dan panas.. layu dia memang tak de segan gilu punya.

Ima beli 1 tangkai orkid, not a fan of orchid sangat..tapi tak dinafikan ..orkid memang mempunyai kecantikan tersendiri. Dan beli daun apa ntah tak tau nama. Daun ni memang tahan lama.. Rupa macam daun sup. Kekeekeke..

Seronok bila bangun tido je terus ternampak fresh flower depan mata. Hish, tetibe rasa nak pindah duduk kat Cameron Highland pulak. Hehehe.


Jujurnya, memegang bunga, bau haruman bunga segar ( bila  bunga turun dari lori tu..phewwww semerbak bau bunga macam bau pagi yang sangat super segar..) .. memang sangat natural therapy. Instead of makan ubat kurang stress, lebih baik mandi bunga atau paling tidak pun, pergi kedai bunga/taman bunga dan enjoy pemandangan bunga tu. 

Okay..sekarang i dah jadi sangat minah bunga. hahaha.

Ima selalu berpendapat beli fresh flower tak lah membazir kalau nak buat hantaran kahwin. Sebab kalau beli borong, dapat harga rendah. Besides, yang kita nakkan itu ialah 'terapi bunga dan warna' selain dari rupa yang cantik. Kalau nak pakai reben, bunga plastik etc..boleh tu boleh.. tapi kadang-kadang terasa wasted sangat sebab reben2 tu nanti kita tak pakai pun. Bunga segar tu memang lama-lama jadi layu dan kering, tapi selagi dia masih segar.. selagi itu aura bunga itu akan memberi manfaat kepada mata yang memandangnya.


psst ; 
pesanan kepada semua lelaki. Semua perempuan suka bunga. Kalau dia cakap dia tak suka bunga, jangan percaya. Bunga memang boleh buat hati perempuan cair. Tak ada perempuan dapat bunga kemudian dia buang sebab dia benci bunga melainkan dia benci pemberi bunga tu. kakaka. 




with love,
jadi minah bunga kejap,

Ima Zahra


Sunday, November 27, 2011

Used Paper Bags For FREE ! (1)

Alkisahnya, pada suatu ketika dahulu, Ima Zahra sangat suka membeli-belah. Pantang ada masa free - pergi shopping. Ada masa tak free pun pergi shopping. Pergi bayar bil Digi kat MidValley pun sempat curi-curi pergi shopping. Tempat favourite shopping ialah di pesta-pesta buku, MIHAS, MAHA, Mummy Fair, apa-apa je lah asalkan namanya EXHIBITION. Sebab kat situlah berkumpulnya company-company yang akan menghulur beg kertas sewenang-wenangnya untuk tujuan BRANDING !

Okay, maka dengan itu, Ima Zahra ada banyak sangat paper bags yang masih elok tapi hanya tersimpan dalam stor. Saya terfikir, kalau nak jual kat recycle centre pun boleh juga, tapi sayanglah kan...sebab begnya masih boleh dipakai lagi. Kan bagus kalau kasi kat orang je ??

Emmm..jadi, kalau sesapa nak paper bags sila tinggalkan komen ya. Macam biasa , semua paper bags adalah percuma. Yang perlu bayar ialah uang posnya sahaja. Okey gitu ?

Semua beg kertas ni lain-lain saiz. ada yang kecik, ada yang sederhana, ada yang besar. Saya akan update saiznya kemudiannya. Pembaris tak jumpa ! Hihi.

P10

P1

P3

P2

P4

P5

P6

P7

P8

P9

SMS Ima kalau nak 0173971570 
Cth : Hi Ima Zahra ! Saya Minnie Mouse nak P2, P3, P7.

Wednesday, November 9, 2011

FREE GIFT : Selepas semua iclay sudah berjaya bertukar tuan, Alhamdulillah...


Sesiapa yang nak, boleh SMS Ima Zahra ke 0173971570. Barangnya percuma, tapi mohon uang utk caj pos sahaja ya... 

InsyaAllah, akan ada banyak lagi yang nak diberi percuma. Later, PAPER BAGS !!!!

Anyone LOVES PAPER BAGS ?? 




Yang tutup hitam - no more available :)



keep updated,baby !

dah musykil sangat sebenarnya, mana satu ejaan betul ?
a) free give
b) free gives
c) free gift
d) free gifts

tolonnn..toloonnn. he he. 

Tuesday, November 8, 2011

Peng-i-clay, a lil tips.

Kakak-kakak kesayanganku...


  • jgn biar mereka terkena udara, nanti keras.
  • bila keras, cuma tambah air dan gaul sehingga lembut :)
  • jika mahu beli lain-lain warna, boleh ke sini http://www.clay4fun.com/funzone/ atau cari saja di google. sekarang ni dah senang dapat dah. 
Sorrylah tak dapat nak bagi dgn sempurna, tak cukup warna, tak cukup banyak etc. Hope u gonna like them.

Keep in touch !

I-Clay ,arts tool untuk diberi percuma ;)

Okay, inilah iclay yang sungguh istimewa yang menjadi teras utama kepada pembentukan benda-benda cute. Fullamak, ayat ima zahra sungguh gempaq entah apa-apa. He he he.

Boleh pilih mana-mana yang mahu. Kak Dayu yang pertama SMS. Jadi, kalau KDayu masih berminat,boleh inform ima nak yang mana ya ! Tapi, kalau Kak Dayu nak borong semua, tak dapatlah nak kasi 'can' kat Namizam n K.Lin. Emm.. barangnya ciput..susoh jugak yerr. he he. Ini projek ima yang dah terabai, jadi ada juga yang dah diguna sedikit. Info kat gambar.

1) iclay putih baru-TAKEN by K.Lin


2) iclay merah baru
- 1 K.Lin
-1 K.Dayu

3)iclay hijau baru - K.Dayu
4a) iclay biru sudah guna sedikit   4b) iclay baru
K.Dayu

5) iclay hitam dalam bekas kecil
K.Dayu

6)iclay kuning (banyak)
K.Dayu



7)step by step animal land - K.lin

8)step by step rabbit K.Dayu


******************
Okay ! Sekarang benda-benda lain pula...

9)glitter maroon

10) iclay spring holder, petals wood, bekas plastik utk display barang arts
 K.Dayu / K.Lin


11)lidi

12) ikan, kereta, bintang

13) tapak kayu bulat - K.Dayu

14) pisau iclay - K.Dayu / K.Lin

K.Lin

Penutup hitam - K.Dayu