Showing posts with label I-Clay Arts. Show all posts
Showing posts with label I-Clay Arts. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Eh, Jusco pun ada jual buku nota cantik-cantik laaa...


Sabtu lepas sempena Maulidul Rasul yang lepas, Ima Zahra dan kanak-kanak riang menyempatkan diri menjejak One Utama. Parking penuh !!!! Berpusing-pusing dengan penuh kesabaran cari parking. Si Diba pulak dah sedang menahan perutnya yang berkeroncong. Ummi & Angah tak taulah ape yang dorang fikir. Asal nak enjoy je kot??

Patut kita berjalan-jalan sambil selawat hari tu,kan ? Huhu. Tema baju kurung berjubah tu... Tak tahan !

Tiba-tiba ternampak fail-fail dan buku nota yang sangat cute dan mesra alam di Jusco. Waaa...tak payah pergi MPH lagi ! Setakat excited & take note je lah Jusco ada jual buku nota yang unik. Tak beli pun..sebab baru je beli buku nota kat Gramedia Jogjakarta hari tu.


Oh, bagi sesiapa yang mencari kedai kraf/kertas quilling/kertas untuk scrap book, clay dan semua mak nenek kraf, boleh lah ke Craft Haven di One Utama. Errr..tak ingatlah alamatnya..tapi sama area dengan McDonalds laaa.. Okay ! Jangan lupa bawa duit lebih..sebab anda akan pengsan di sana kerana teruja mahu membeli kedai itu. ha ha ha..

Itu saja perkongsian untuk hari ini.. Waaah.. dah macam host tv pulak.

Babai.

Tuesday, November 8, 2011

Peng-i-clay, a lil tips.

Kakak-kakak kesayanganku...


  • jgn biar mereka terkena udara, nanti keras.
  • bila keras, cuma tambah air dan gaul sehingga lembut :)
  • jika mahu beli lain-lain warna, boleh ke sini http://www.clay4fun.com/funzone/ atau cari saja di google. sekarang ni dah senang dapat dah. 
Sorrylah tak dapat nak bagi dgn sempurna, tak cukup warna, tak cukup banyak etc. Hope u gonna like them.

Keep in touch !

I-Clay ,arts tool untuk diberi percuma ;)

Okay, inilah iclay yang sungguh istimewa yang menjadi teras utama kepada pembentukan benda-benda cute. Fullamak, ayat ima zahra sungguh gempaq entah apa-apa. He he he.

Boleh pilih mana-mana yang mahu. Kak Dayu yang pertama SMS. Jadi, kalau KDayu masih berminat,boleh inform ima nak yang mana ya ! Tapi, kalau Kak Dayu nak borong semua, tak dapatlah nak kasi 'can' kat Namizam n K.Lin. Emm.. barangnya ciput..susoh jugak yerr. he he. Ini projek ima yang dah terabai, jadi ada juga yang dah diguna sedikit. Info kat gambar.

1) iclay putih baru-TAKEN by K.Lin


2) iclay merah baru
- 1 K.Lin
-1 K.Dayu

3)iclay hijau baru - K.Dayu
4a) iclay biru sudah guna sedikit   4b) iclay baru
K.Dayu

5) iclay hitam dalam bekas kecil
K.Dayu

6)iclay kuning (banyak)
K.Dayu



7)step by step animal land - K.lin

8)step by step rabbit K.Dayu


******************
Okay ! Sekarang benda-benda lain pula...

9)glitter maroon

10) iclay spring holder, petals wood, bekas plastik utk display barang arts
 K.Dayu / K.Lin


11)lidi

12) ikan, kereta, bintang

13) tapak kayu bulat - K.Dayu

14) pisau iclay - K.Dayu / K.Lin

K.Lin

Penutup hitam - K.Dayu