Showing posts with label Fresh Flowers. Show all posts
Showing posts with label Fresh Flowers. Show all posts

Thursday, July 13, 2017

It's good to be back !

Alhamdulillah.. Ramadhan 2017 berlalu dengan tersangat pantas. Ima betul-betul busy dengan Hamper & bisnes lain.


Syukur alhamdulillah ramai yang membantu. Terima kasih pada customer2 yang sudi memberi kepercayaan untuk Ima siapkan hamper syarikat mereka.

Hamper Raya / Hamper Ramadhan / Hamper Cabutan Bertuah

Hamper Ekslusif Untuk Event / Corporate



Setiap order, Ima akan sentiasa memperbaiki kualiti packaging & barang2 dalam hamper. Ima sentiasa terbuka menerima idea-idea dari customer & seronok nak cuba idea baru. Mana yang mampu, ima akan cuba buat.

Abah masih dalam tempoh rawatan. Jari kaki yang dipotong hujung bulan 4 yang lalu perlu diberi perhatian sepenuhnya. Mak dah sibuk jaga abah. Mata abah semakin tak nampak. Jadi semuanya perlu ditolong. Kadang-kadang rasa frust juga bila tak dapat nak bantu banyak jaga mereka.

Apa nak buat, kerja perlu dibahagi-bahagi, kan ? Mesti ada yang berusaha mencari rezeki sebab perbelanjaan perubatan tidaklah murah. Redha dengan ujian dari Nya. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa dan ringanlah beban di akhirat nanti.

Sesungguhnya dunia ni tempat ujian. Kita mencari redhaNya , kita berusaha menjadi orang yang bermanfaat untuk orang sekeliling.

Selepas Raya, Ima akan lebih fokus pada bisnes-bisnes kesihatan & buat kerja-kerja admin. Kalau nak order hamper untuk event-event, boleh lah buat order seminggu awal supaya Ima boleh buat preparation.

Tapi untuk surprise delivery, chocolate & flower bouquet, tempah gubahan hantaran fresh flowers untuk sekitar KL Area, insyaAllah ima buka bila-bila masa.

Terima Kasih Follow Ig Ima.Bloomwood.

Kalau nak follow kat Ig personal Ima pun boleh.. Ima Zahra_kc
Facebook - Ima Zahra . Sini paling selalu update !

Tuesday, November 19, 2013

5 hari mengidam fresh flower

Hujung tahun yang semakin sibuk dengan tempahan guest book. Asyik menggulung bunga kertas je... tetiba datang perasaan mengidam yang teramat sangat nak pegang bunga hidup. Ouh ! Disebabkan masa 24 jam tu terlalu suntuk dengan kerja yang menimbun, maka hasrat nak fresh flower tu asyik tertangguh je.

Sebelum ni ada jugak pegang-pegang bunga sebab buat hantaran fresh flower. Bila lama tak buat, ini lah jadinya..mengidam. Kekeke. Bunga ada kuasa terapi yang sangat hebat. Bunga pelbagai warna menyimpan frekuensi energi yang berbeza-beza dan mampu menghilangkan stress, menghadirkan senyuman malah merawat diri. Betul ! Sebab tu lah ada rawatan mandi bunga. ! :D

Tempat biasa shopping fresh flower ialah di Jalan Hang Lekir , berdekatan Central Market dan Petaling Street. Ramai betul yang menunggu lori sampai dari Cameron Highland. Ima tunggu dari pukul 8.40mlm, tapi lori sampai lambat ..dekat pukul 10mlm baru sampai. Sementara menunggu, jalan kaki pergi cari buah berangan sedap kat Petaling Street.  350gram RM7, 500gram RM100. ( Eh, jadi tokey berangan plak i . kikiki )

Ada 2 kedai bunga terbesar yang masih dibuka pada waktu malam. Lori yang sama akan berhenti di dua kedai tersebut. Makcik-makcik tokey bunga macam nak terkam apa ntah bila stok sampai. Serious ! Memang ngeri tengok dorang berebut bunga. Hu hu. Semua pakat nak bunga fresh segar dari ladang. 


Ima tak mengidam ros biasa. Tapi mengidam ros yang ada ton warna. So, beli ros yang diimport. Segar dan tahan lama. Air perlu ditukar setiap hari, dan potong sedikit hujung batang ros setiap kali tukar air. Tips dari kakak India kedai bunga. Terima kasih kak :D



Bunga hydrangea sangat comel dan cantik. Tekstur dia sangat lembut, rasa cam nak sapu-sapu bunga tu kat muka. Wohoo...( over ! ) Tapi bunga ni cepat layu. Kalau tak dapat air dan panas.. layu dia memang tak de segan gilu punya.

Ima beli 1 tangkai orkid, not a fan of orchid sangat..tapi tak dinafikan ..orkid memang mempunyai kecantikan tersendiri. Dan beli daun apa ntah tak tau nama. Daun ni memang tahan lama.. Rupa macam daun sup. Kekeekeke..

Seronok bila bangun tido je terus ternampak fresh flower depan mata. Hish, tetibe rasa nak pindah duduk kat Cameron Highland pulak. Hehehe.


Jujurnya, memegang bunga, bau haruman bunga segar ( bila  bunga turun dari lori tu..phewwww semerbak bau bunga macam bau pagi yang sangat super segar..) .. memang sangat natural therapy. Instead of makan ubat kurang stress, lebih baik mandi bunga atau paling tidak pun, pergi kedai bunga/taman bunga dan enjoy pemandangan bunga tu. 

Okay..sekarang i dah jadi sangat minah bunga. hahaha.

Ima selalu berpendapat beli fresh flower tak lah membazir kalau nak buat hantaran kahwin. Sebab kalau beli borong, dapat harga rendah. Besides, yang kita nakkan itu ialah 'terapi bunga dan warna' selain dari rupa yang cantik. Kalau nak pakai reben, bunga plastik etc..boleh tu boleh.. tapi kadang-kadang terasa wasted sangat sebab reben2 tu nanti kita tak pakai pun. Bunga segar tu memang lama-lama jadi layu dan kering, tapi selagi dia masih segar.. selagi itu aura bunga itu akan memberi manfaat kepada mata yang memandangnya.


psst ; 
pesanan kepada semua lelaki. Semua perempuan suka bunga. Kalau dia cakap dia tak suka bunga, jangan percaya. Bunga memang boleh buat hati perempuan cair. Tak ada perempuan dapat bunga kemudian dia buang sebab dia benci bunga melainkan dia benci pemberi bunga tu. kakaka. 




with love,
jadi minah bunga kejap,

Ima Zahra


Tuesday, June 4, 2013

Hantaran Fresh Flower Tema Pink untuk Ninie

Last minute call,  Ninie memberi kepercayaan kepada Ima untuk buatkan dua dulang hantaran, gubahan bunga ringkas untuk meja guest book dan bunga tangan dari fresh flower ( bunga segar ) untuk majlis akad nikahnya di Bora Ombak, Ampang.


Ninie sangat cantik di hari bahagia :) 

Inilah buah tangan dari Ima sebahai peneman di hari istimewamu. Semoga bahagia berkekalan dan rumahtangga segar dengan keberkatan.






 




with love,
Ima Zahra 

Sunday, May 26, 2013

Hantaran Fresh Flowers for Farah Diba

Ini adalah kali pertama ima buat hantaran pakai fresh flower. Tak, sebenarnya kali pertama buat hantaran. Rasa sangat terharu bila Farah bagi kepercayaan untuk selesaikan 9 dulang hantaran ni. Terima kasih Eni sebab kekal di sisi meneman Ima memotong bunga dan menyiapkan span basah sampai 3 pagi. 

Macam siapkan assignment nak kena hantar pagi-pagi kat lecturer pulak rasanya. Apa pun, ia adalah pengalaman yang sangat berharga untuk kami bertiga. To be apart of the wedding, I feel so honoured. Alhamdulillah.





Sayangnya gambar-gambar ni Ima snap dari handphone je.Kualiti tak berapa bagus sangat. Ima harap boleh gantikan gambar-gambar ni dengan gambar dari photographer Farah. Photographer dia memang sangat happening. I would love to hire him one day. Very energetic and cheerful person.












Bila semua hantaran ni dah siap.. Farah cakap.." Ima...cantik sangattt !! Nanti masuk gambar hantaran dalam blog Ima..orang boleh order .." Oh, tingginya bayangan best friend ku ! 

Kalau within area KL boleh la kot. Jenuh nak bersengkang mata siapkan malam akad nikah. Fresh flower kan tak panjang umur. But, seriously.. Ima sangat enjoy menggubah semua dulang. So much loves to put on them. 

Oh, Ima buatkan hand bouquet untuk Farah jugak.



Semoga berbahagia selalu Farah & Bad !

Love u both .

Ima Zahra.