Showing posts with label Hamper Cabutan Bertuah. Show all posts
Showing posts with label Hamper Cabutan Bertuah. Show all posts

Saturday, August 4, 2018

Nak tempah Hamper KL, ingatlah Ima Bloomwood

Assalamualaikum, 
apa khabar semua ?

Raya lepas, ima sambut raya secara sederhana sahaja. Tak bersakan-sakan.  Sebab nyai ( nenek ) Ima baru sahaja meninggal pada 10 Ramadhan lalu. Masih sayu sebab Ima sangat rapat dengan nyai, ke mana-mana selalu bawa nyai berjalan.

Apa pun, semoga Allah tempatkan Nyai ditempat para solihin, amin.


BUAT HAMPER SEPANJANG TAHUN

Ya ! Untuk followers baru yang belum mengenali Ima, Ima buat hamper sepanjang tahun. Order lah bila-bila masa untuk sebarang majlis. Jika anda sedang mencari hamper yang lagi best dari pasaraya ( almaklumlah hamper pasaraya sadis sadis selalunya ), jgn lupa contact Ima ya !

InsyaAllah Ima akan sediakan hamper ikut bajet & berdasarkan event anda.

Contohnya :
Jika nak tempah hamper untuk Team Building & Bajet 1 hamper ialah RM300.
Ima akan tanya details, hamper ni utk group ke individual ?

Jika utk group ( 6 orang ), biasanya, ima akan pilih makanan yg sesuai & mudah dibahagi-bahagi kepada 6 orang tu. Best kan ? Tak de lah macam sorang dapat brg best,, yg lain dapat yg biasa-biasa. Kita bahagi sama rata.


MINIMUM HARGA HAMPER 
Customer Ima sedia maklum, hamper Ima memang sarat dengan pilihan barang/ makanan yg best-best. Pilihan coklat dari brand-brand seperti Kit Kat, Ferrero Rocher, Cadburry, Hersheys dll. Dan Ima pilih makanan yg halal sahaja utk dimasukkan dalam hamper.

Ya ! Ima memang memilih.

80% dari isi hamper adalah dari brand-brand yg dikenali. Bukan main taram saja.
Jadi, harga minimum untuk Hamper (berbakul) ialah RM 80. 

Yang pasti,
Ima akan berusaha seboleh mungkin untuk hasilkan hamper itu nampak lebih mahal dari harganya.
Itu memang kepakaran kami . Wah giituuuww ~ :)




Okay ! Jangan segan-segan whatsapp Ima tau untuk tempah hamper. 

Klik kat link ni --> www.wasap.my/60173971570

Boleh tgk design-design hamper Ima di sini --> #hamperimabloomwood

Website : www.imabloomwood.com


Jumpa lagi !



Monday, February 12, 2018

Tempah Hamper KL 2018 - Ima Bloomwood

Anda sedang mencari tempahan hamper untuk Family Day, meeting, annual dinner, malam gala, atau corporate events ?
Ima Bloomwood - Hamper, Candy Buffet & Party Planner

InsyaAllah, Ima akan cuba buat yg terbaik. Hamper dari Ima Bloomwood semestinya cantik & ekslusif, design tak ada kat mana-mana tempat. Sebab original dari idea sendiri & selalu tercetus masa tengah susun hamper dalam bakul.

Hamper Queen -Ima Bloomwood

Biasanya Ima akan pesan kat customer, jgn lupa beritahu tema event, nak yg jenis macam mana & siapa yg bakal terima hamper. Jadi Ima pilih barang-barang yg sesuai je isi kat dalam tu. Best kan ? :)

Tak lama lagi nak raya, siapa yg nak tempah hamper raya untuk 2018, boleh save nombor ima..nanti mudah nak roger-roger bila sampai masanya.

Baru-baru ini, Kak Muna whatsapp ima, nak tempah hamper untuk Gala Night. Teruja betul ima dengar..yang paling bestnya, tema dinner sangat best - iaitu Malam Kesuma Jiwa. Wow ! Apa lagi, hamper pun design ala-ala tradisional lah.. baru masuk dengan tema kan...Terima kasih Kak Muna ! Semoga nanti kita jumpa lagi kalau akak nak tempah hamper ya ... <3


Hamper Tradisional - Besar ! 10 kg. Abg Sado je boleh angkat nih. hehe

PILIHAN PACKAGING

Ada 2 pilihan yang boleh anda pilih..
Nak yang jenis plastik wrapping yg see thru nampak isi dalam pun boleh..
nak yang netting pun boleh.. boleh roger nak jenis yg macam mana..

Bagi yang first time datang ke blog ima ni, bolehlah follow Ig kami --> @ima.bloomwood
atau Facebook --> @ima.bloomwood

Personal Fb ima kat sini ** IMA ZAHRA **,.. jomlah kita kawan-kawan..  -->


PELUANG KERJAYA

Btw, ima tengah mencari remaja-remaja yang kurang bernasib baik, yang tak ada rezeki habis SPM tapi rajin kerja, nak majukan diri & suka dengan bidang ni... boleh whatsapp ima. Student Universiti yang nak cari part time pun boleh... InsyaAllah..


Friday, November 3, 2017

Tempahan Hamper Ekslusif KL

Sedang mencari mana nak tempah hamper ekslusif yang cantik, unik & barang berkualiti ?
Serahkan pada kami, tak perlu pusing merata cari barang dan perah otak macamana nak susun hamper.

Kami bersedia untuk bantu, hamper untuk sebarang event / occasion. Cuma berikan bajet & butiran event, kami uruskan semuanya ! Mudah kan !?

Kalau nak request hamper Mark & Spencer pun boleh, hamper tradisional pun boleh, hamper makanan untuk cabutan bertuah pun boleh :)

Semua boleh lah :D Hehe. Kita discuss kat whatsapp yer www.wasap.my/6013-6010704

Hamper Pertunangan 

Tempahan Hamper Mark & Spencer

Tempahan Hamper Mark & Spencer

Tempahan Unique Gift Basket - Ima.Bloomwood

Gift Box - Ima.Bloomwood


Hamper Ekslusif Besar - Ima.Bloomwood

Hamper Ekslusif Besar - Ima.Bloomwood

Penghantaran Hamper Kuala Lumpur

KL Area Only.Yg jauh2 boleh..tapi ada caj penghantaran yg patut2 lah..Kalau bulk order, insyaAllah.. free delivery. :)


Saturday, May 20, 2017

Tempah Hamper Cabutan Bertuah


Hamper ini ditempah oleh student Uitm dari Fakulti Pengurusan Perniagaan untuk Program Tautan Kasih di Rumah Perlindungan Al Masuha Batu Caves, hari ini.

Mereka minta setiap isi dalam hamper berbeza2 tetapi pada bajet yg sama. Saya isikan barang2 yg sesuai dgn umur bakal penerima hamper yg masih bersekolah rendah.


Barang dalam tu super meriah. Budak-budak kalau dapat mmg lompat-lompat kegembiraan lah. Hahaa. Ima cuba sedaya upaya utk buat rupa hamper tu lebih dari bajet yg diberi.

Biar sama-sama puas hati :)


InsyaAllah, Ima masih belajar mempelbagaikan rupa hamper & upgrade decoration biar nampak unik & cantik. Ada beberapa idea sedang difikirkan. Kalau ada order lagi akan datang, mungkin andalah yg bertuah merasmikan idea unik tu :) Weee,.. best kan kan kan.....

Wednesday, May 17, 2017

Hamper Ramadhan & Raya 2017

Alhamdulillah, tak putus-putus terima tempahan hamper dari syarikat, individu, mahupun pelajar kolej. Terima kasih banyak-banyak. 

Kadang-kadang rasa berpeluh juga bila terima order last minute. Hari ni order, nak ambil lusa. Kalau item macam-macam lagi terasa mencabar, maklumlah, saya bukan ready stok makanan 24 jam. Kadang-kadang setiap order nak berlainan isi hampernya. Terpaksa round 1 KL untuk dapatkan stok yang bagus-bagus.

Saya memang tak sampai hati nak bagi makanan lebih kurang atau pun yg tak pernah dengar nama brandnya. Kualiti mesti ada, hamper pun nak cantik juga. Untung tak banyak pun tak apa, yg penting client puas hati.

So far, alhamdulillah.. semua pakat puas hati.

Ni nak bagi tips kalau nak order hamper dgn Ima, cepat-cepat whatsapp supaya Ima ready nak beli barang. Tak kiralah kalau pukul 2 pagi place order pun no hal. Time subuh nanti boleh ima reply. 

Tulis siap-siap.. nak order hamper berapa biji, nak ambil bila, dan bajet berapa.

Lagi senang kalau beritahu terus untuk event apa & siapa yg bakal terima hamper. Bukan apa, Ima nak cari barang yg sesuai dgn org yang bakal terima hamper tu. Macam, kalau kita nak beri pada client corporat, isi barangnya lain. Kalau kita nak beri pada student, of course stok makanan yg macam-macam lebih bermakna dari 2 3 barang tapi mahal. Kan ?


Hamper Merisik

Hamper Cabutan Bertuah

Hamper Ramadhan 2017


So depends. Biar semua happy .. yang memberi rasa gembira, yang menerima bertambah gembira.

Gituuuww :)

Boleh tengok update hamper-hamper terbaru Ima di Instagram Ima.Bloomwood atau follow insta story di imazahra_kc  ;)


Untuk tempahan hamper, whatsapp terus Ima - 013-6010704


Selamat Berpuasa semua !