Saturday, July 26, 2014

Institut Ramadhan memberi ilham untuk saya buat keputusan besar

Sebenarnya dari tahun lepas, saya teragak-agak dengan apa yang terbonjol di kepala. Setelah di sound beberapa kali, tentang muka yang makin senget, bonjol kepala yang makin jelas, penglihatan semakin kabur, kaki yang semakin melemah.. akhirnya saya singgah ke Klinik untuk membuat XRay.

Doktor risau kerana ada benda luar biasa di tengkorak. Lalu diberi surat untuk buat pemeriksaan selanjutnya. Saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk buat appointment berjumpa doktor neurologi. Perasaan saya ? Kosong.

Berkali-kali sesi temujanji doktor dibuat dari satu tarikh ke satu tarikh. Selepas membuat CT Scan, doktor tanya nak buat operation tak ? Wow ! Saya belum bersedia untuk buat operation. Saya menunda beberapa kali operation sebelum ini. Entahlah, terasa macam...terlalu sibuk mengurus bisnes ..tak ada masa nak bersakit-sakit dalam tempoh yg lama.

Alasan, tak nak bagi orang potong kepala sebenarnya! Kawan saya, Dr Effy & Dr Mariam tak jemu-jemu melayan karenah saya yg bertanya itu ini meloya sana sini. Hehe.

Beberapa kali berjumpa Master Hazil untuk bertanya tentang apa yg patut saya buat ? Sambil buat beberapa Reiki dengan beliau, saya sesekali buat sedikit study tentang Tumor ini, mencuba tengok apa-apa alternative healing. Negative.

Masa berlalu bulan demi bulan. 

Sesekali saya tengok prosedur operation di Youtube.
.
.
.

Akhirnya tiba di satu sesi menentukan tarikh operation seterusnya. Saya hanya ingat 18 Ramadhan. ( Kerana sehari selepas Nuzul QUran ). Cantiknya tarikh ! Tapi....." Apa ? Biar benar nak operate time puasa ni bang ? " Tanya saya pada pegawai di HKL itu. " Tak apa dik,nanti kalau nak tunda ke apa ke..datang awal bagitau. "katanya. 

Saya balik dengan tanpa perasaan apa-apa dengan tarikh itu. Tak apa lah. Nanti dah sampai dekat-dekat tarikh baru fikir. Haha.

Saya fikir, saya Takut untuk membuat keputusan besar ini. Ia sesuatu yang bakal memberi impak kepada kesihatan saya pada masa akan datang. Disebabkan takut, saya melengah-lengah dan malas untuk fikir banyak. Dengan harapan, ada 'petunjuk' lain yang boleh menguatkan apa-apa keputusan yang bakal saya buat nanti.

Ramadhan dilalui dengan gembira dan sederhana. Setelah beberapa hari puasa, terawih dan memperbanyak amalan lain.. tiba-tiba saya teringat .

" Mak, bulan ni lah timah punya operate tu !". Sudah hampir terlupa !

" Berapa hb ? " mak tanya.

" Entah lah..nuzul quran tu masuk wad. Berapa hb tu ?"

----------------------------------------------------------------------------------

Masih tiada keputusan. Sehingga 4 hari sebelumnya, saya bertanya kepada Abg Ae, " okay tak kalau I operate ?" Dia pula macam okay dan tenang saja..tak risau..boleh terima.. Saya fikir, mungkin dia tak boleh imagine lagi apa yg saya sedang lalui. Huhu.

Prem pula banyak kali suruh saya buang. Katanya, tumor tu satu benda aneh yang tak patut duduk di situ. ! Hamek kau.!
.
.
.


SUBUH itu, selepas saya mengambil wuduk ..saya berjalan memasuki bilik untuk solat Subuh. Tiba-tiba, hati saya terdetik . Laju. Tajam. Aman. Jelas perasaannya. 

Ya ! Subhanallah ! AllahuAkbar.
Allah beri jawapan, untuk saya teruskan operation ini.

Saya diam beberapa hari selepas mendapat petunjuk kerana saya risau kot-kot itu perasaan saya saja yg berbolak balik. Rupanya tidak. Saya bersedia sepenuhnya.


Saya akan masuk wad dan bersedia untuk membuang Tumor dgn menjalani sesi Craniatomy 18 Ramadhan ini.


Pengajaran 1 : Saya akhirnya berjaya buat keputusan besar terhadap diri saya.


Dot.

No comments:

Post a Comment