Saturday, July 26, 2014

Honestly, do nothing is way too difficult...

Saya masuk wad di Institut Kaji Saraf, Tingkat 2 dengan kondisi sihat,puasa, vavavogue pakai eyeliner, lipstik, blusher lengkap ! Penampilan perlu dijaga katanya.  Hehe :p

Cuma ada sedikit batuk-batuk kecil yang semakin sembuh berbanding minggu lepas.

Disebabkan saya tiada pengalaman masuk hospital, saya pun selamba saja masuk dan cari nurse untuk saya tanyakan..apa yang patut saya buat sambil menunjukkan surat perintah masuk wad.

Nurse tanya " siapa nak masuk wad ni ? "

" Saya lah "

Nurse sambung  " dik, ni wad laki. wad perempuan sebelah sana."


Muahahaha.. Ok fine ! Nak tegelak salah masuk wad. Kahkahkah ! Wad 6B lah woi.



*****************************************************


Nurse suruh tukar baju hijau pesakit. Saya duduk di katil, dan mak memasuk-masukkan baju ke almari sebelah katil. Selepas mak balik, saya terus rasa .

Rasa.

Rasa makin kuat. Tengok lantai, tengok tilam, tengok katil sebelah. Pergi jamban. Solat. 

Rasa lagi.

Main handphone. Baca Quran pun sudah. 

Tapi...

YA RABBI ! SAYA RASA BOSAN ! DAN PANAS.
Kalau tak, waktu ni...saya di ofis sedang urus bisnes. Sekarang tak ada laptop. Tak ada kerja. Ohoiiii.....


Text Abg Ae belikan majalah banyak-banyak. Dia bawa dan teman saya di hospital. Okay jugak berdua. Tak bosan sangat. Tapi dua-dua puasa. Mana lah larat nak bersembang 29 Episod !

Malam itu,sebelum saya tidur sambil kira kambing. Sambil dengar suara seorang makcik yang menangis meraung tak henti-henti. Waduh !

Pengajaran 2 : Do nothing ? Sumpah susah !

No comments:

Post a Comment