Wednesday, May 16, 2012

Kisah Paku & Kayu



Kayu berkata kepada paku, "Kamu telah melukai aku"

Paku membalas ,
"Andai saja kamu melihat pukulan di atas kepalaku, kamu pasti memaafkan aku"



--------- 
 Sungguh indah bila kita saling memaafkan satu sama lain.. Semoga Allah membahagiakan harimu dgn segala kebaikan..


** credit to Ummu Solehah....

Wednesday, May 9, 2012

6 fesyen hijab yang kononnya cool..tapi...

Pertama, Ima bukanlah Fashionista vavavooom macam artis.. Tapi Ima sangat memerhati trend fesyen gadis berhijab yang semakin kreatif, berani dan cantik --- Ups, cantik di Magazine saja lah.

Kedua, Ima perhatikan majalah sekarang sangat mempengaruhi trend fesyen remaja, errrr... dan Mak-mak Dara juga.

Nak dijadikan cerita, suatu hari Ima berjalan-jalan di Pavilion ternampak seorang makcik..emm..tak lah makcik sangat, tapi ...... hmmm.. Sedih sangat. Sob sob sob.. Baju yang dia pakai tu..macam balut nangka. Baju tu memang labuh & sepatutnya menutup aurat...Tapi, disebabkan badannya bulat, baju tu dah macam Inner Panjang yg sepatutnya pakai di dalam. Habis tersembul-sembul. Sedih lagi, dia pakai tudung..

Korang jangan buat camtu eh... ( Ingatan utk diri sendiri juga )

Baju yang makcik tu pakai, sangat sesuai utk Yuna pakai. Kalau jenis kurus keding, tak ada isi, tak ada spotlight, tak ada bumper...Ima rasa tiada salahnya fesyen yang dia pakai tu. 

Jadi pesan Ima , tolonglah beli Cermin Panjang. Yang boleh kita suluh baju yang dipakai tu dari atas hingga ke bawah. Sebelum keluar, cuba lah test-test baju tu sendat ke...sesuai dan mengikut syariat ke tidak.


Ketiga, bukan semua fesyen ala-muslimah vogue di Majalah sekarang ini boleh dipakai oleh kita. Cuba tengok model busana tu, semuanya stok makan sayur asparagus 10 pinggan sehari. Kurus keding. Pereka fesyen memanipulasi fikiran kita dengan menunjukkan itulah fesyen terkini, yang cantik, yang kononnya menutup aurat. 

" Dalam Quran ada sebut, sebaik-baik pakaian ialah Taqwa..." 

Kalau setakat nak berdiri terpegun sebelah tiang, baju terbang-terbang ikut angin ( so that baju tu nampak longgar la...korang tahu tak berapa besar kipas yang ada masa shooting tu ? ), untuk sekeping dua gambar memang lah nampak Okay.

Cecuba kita pakai baju yang sama, dan berdiri tegak posing macam tu. Mesti nampak cun jugak. Masalahnya, kita ni sungguh fashinista...dress up berlapis-lapis pergi Times Square. Sambil jalan, tak perasan pun baju tu melekat-lekat kat punggung.. orang lain tengok dengan sungguh canggung ? ? Errrkkk..


  Okaylah. Cukup Intro di atas. Jom tengok gambar :-

Ada 6 contoh fesyen yang anda fikir mungkin OK, tapi sebenarnya tak cukup syarat pun. 
( Diingatkan sekali lagi, kalau nak pakai & sekadar berdiri tercegat depan cermin - bolehlah pakai. Tak ada backview. Tapi, kalau nak pakai utk aktiviti basuh pinggan, isi angin tayar kereta, atau melepak kat kopitiam, Ima rasa...fikirlah dua kali sebelum teruskan . Yok beli baju ikut saiz ;)  )


Apa masalah Jumpsuit ? Dari depan longgar..tapi kalau orang ada punggung pakai..cuba tengok  belakang dia? Hm...biasanya fabrik Jumpsuit nipis kan ? So???  --> No.
Idea yg baik utk menutup dada.. tapi pakai Jeans...Baju tu pulak tak tutup punggung. So ?? --> No jugak. Mungkin kalau dilabuhkan sikit..Okay laaa..
Macam dah Okay kan ? Besar, longgar, labuh... Tapi kenapa pula kainnya terlalu lembut hingga nampak 'bayang' spotlight? So ?? --> No jugak. Labuhkan sikit tudung... labuhkan sikit baju tu..this design is acceptable.

Obviosly tak menutup dada. 

Boleh pakai,,,kalau anda tiada punggung. Kain jenis bergetah & mengikut badan memang tak sesuai  utk fesyen begini. Nampak tak macamana jurufoto ambil angle yang selamat & nampak meyakinkan ? Agak2 kalau kita pakai, skirt tu boleh kembang camtu tak sepanjang waktu ? Efek kipas tu beb....

Aneh lah. Hmmm.....Ada yg tak kena..tapi di mana ya ?




 Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 6, 2012

hattrick of dejavu

Venue : bukit cerakah

Date : 6/5/2012

Mode of energy : received n quiet.

Event : supermoon

R&R @iqbc

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 3, 2012

Perlindungan dan kasih sayang Allah...

Dua hari lepas - sungguh menguji kesabaran. Rasanya dah habis positif dah..tapi datang jugak ujian2 yg macam ' sudah jatuh ditimpa tangga'. macam mana boleh tertarik negatif energi tak tau laa...haaaiiihh...

Semalam,saya bermimpi saya accident di satu selekoh sempit. Kereta tergolek masuk gaung.. Anehnya...saya bukan risau saya akan meletup dengan kereta, tapi risau mak marah kereta bercalar sebab accident. Muahaha..

Siri ujian menahan kesabaran datang bertimpa-timpa. Ada saja yg tak kena.. setiap kali rasa nak marah..saya cuba sabar.. dan sabar.. Fuuuhhh..betul kata Saidina Ali, org yg menahan marah itulah yang kuat.. :) Sebab bukan lah senannnnnggg...

Akhirnya saya terus memutuskan utk berbaik sangka. " Aku selalu berdoa mohon perlindungan, mungkin sebenarnya aku boleh kena accident..tapi Allah kesiankan aku..jadi Dia beri ujian yang menimpa-nimpa sebagai pengganti.."

Alhamdulillah, syukur. :)

Tuesday, May 1, 2012

Masih ada dalam hati... !


Ketika saya mencari gambar ini, jiwa saya diruntun kesedihan. Sepertinya dia masih ada. Sepertinya saya baru sahaja bergurau senda dengannya semalam ! Sejak pemergian abadi MakNdak, tiada setitis pun air mata jatuh di pipi saya. Bila melihat mak asyik terkenang-kenang kakaknya...saya tidak rasa apa-apa. Ketika tubuhnya yang kaku itu dicium ahli keluarga untuk terakhir kali, saya hanya melihat mereka menangis. Tiada setitis air mata dipipi saya. Tiada. Fikir saya - saya telah Redha sepenuhnya. Jiwa saya tenang. Redha kah itu namanya ? Atau mungkinkah saya degil untuk percaya bahawa makndak sudah tiada ?

Semenjak hari pertama bertemu MakNdak selepas berita menghidap kanser itu, saya membuka hati saya luas-luas untuk sentiasa bersamanya. Sentiasa memberi healing untuknya. Inilah cabaran saya sekali lagi...sebagai Reiki Healer. Saya masih terkenang rupa payudara arwah MakLong yang membuak-buak kansernya. Tapi tika itu saya masih kecil ! Saya tiada ilmu. Saya tidak tahu apa-apa.

Jadi, saya mahu sedaya upaya membantu makndak menghadapi kesakitan ini. Saya mahu makndak sembuh. Semua orang fikir dia akan sihat.. tapi hari ini...dia sudah tiada..Kata mak, Kanser ni seperti sudah ada tempoh dan tahu tarikh kematiannya. Saya setuju, tapi saya juga mahu melawan. Kerana banyak bacaan saya ketika membuat tesis dahulu- kanser boleh pulih. Ramai yang pulih, ada banyak rawatan alternatif. Boleh dengar muzik hipnosis, boleh buat reiki, boleh akupuntur, boleh mindpower..macam-macam rawatan ada. Jangan mengalah.

Tapi makndak sudah tiada..


Mak selalu ingat-ingatkan saya...MakNdak dulu jaga saya ketika saya masih bayi. Saya cukup nakal kerana hanya mahu tidur atas kaki makndak yang melunjur. Sampai kebas kakinya...makndak beri saya makan...

MakNdak cuma bersekolah hingga darjah 6. Berkorban demi adik beradik yang lain - kerana keluarga kami miskin. Bila mak dan adik beradik balik dari sekolah, makndak sudah siap masak untuk semua. Kain baju sudah habis di basuh. 

Teringat saya makndak juga punya rambut yang cantik ketika muda-muda. Dia suka warna merah. Ketika saya umur 12 tahun, saya suka buka almari di kampung dan cuba-cuba pakai kebaya merah makndak. Tapi bila saya pakai..tak cantik. Sebab belum ada body. ;). Sekarang, tak payah cuba lagi, confirm tak muat sebab body dah berlebih-lebih. 

Saya sempat menghabiskan waktu hampir dua minggu untuk merawat makndak. Saya urut badan makndak... banyak cerita yang sempat kami sembang dalam bilik terapi.. Saya cuma mahu makndak ketawa dan lupakan kesakitannya. Kerana ketawa akan memecah energi negatif pada aura tubuh, akan membuang semua kesakitan. Saya mandikan makndak dengan Ultrasonic Bubble Bath... Saya Reiki makndak. Saya buang trauma makndak... Saya buat apa yang saya tahu..dan saya mampu. Segala penyembuhan saya serahkan pada Allah yang Maha Pengasih.

Subhanallah. Terima kasih MakNdak..kerana memberi Timah peluang untuk menimba pengalaman berharga. Detik bahagia bersama...akan Timah ingat sampai bila-bila.

Setiap kali saya terasa MakNdak kesakitan dan mengharapkan saya disisinya..saya akan segera lakukan Reiki Jarak Jauh. Mudah-mudahan, berkuranganlah sakitnya.. Saya hanya mampu berdoa agar Allah mengurangkan kesakitannya. 

Beruntunglah MakNdak kerana bertegas untuk menjadikan anaknya al-hafidz. Hafiz anak tunggal sama seperti saya. Kehilangan ummi adalah kehilangan terbesar dalam hidup. Tapi Hafiz tabah. Hafiz cekal. Saya tak pernah jumpa anak lelaki yang menyayangi dan menunjukkan sayang pada ibu seperti Hafiz buat. Teruskan berdoa untuk ummi, ya... Hafiz.!

Hari ini sudah cukup 16 hari kami sekeluarga kehilangan bidadari syurga. MakNdak mengajar anak-anak jirannya mengaji Quran sama seperti atuk Husin ajar. Sayangnya pada anak-anak kecil mengatasi segalanya. Bila budak-budak sudah berada di luar pintu rumah, tetapi dia masih belum solat Zuhur...katanya dia tak dapat solat dengan kusyuk kerana risau anak-anak itu diculik. Hebatnya MakNdak !


Tangan saya sudah tidak mampu untuk menaip lagi.
Hati saya semakin tebal sebaknya.

Sebenarnya saya mahu bercerita tentang hikmah dan pengajaran besar yang saya dapat dari kehilangan MakNdak. Tapi, untuk bercerita kisah ketika hidupnya saja sudah begitu panjang...Dan saya tidak mampu untuk teruskan lagi. 

Alfatihah & Yassin .


* Sejak berita MakNdak menghembuskan nafas terakhir hingga sekarang...saya masih enggan mengalirkan air mata.... Ketika kucupan terakhir itu, saya bisik di telinganya..." Mak Ndak, terima kasih jaga Timah.. Timah sayang Mak Ndak ".



 
 

Jika mahu bercakap dengan Allah, berdoalah...


Di dlm ruang gelap..
Ku menutup mata dan memanggil beberapa kali..
Allah...
Ya Allah..

Tiada jawapan..

Air mata menitis.Tuhanku tidak mahu mnjawab panggilanku..

Ya Allah..Yang maha mendengar...
.
.

Mata dipejam jiwa meruntun.

Ya. Tuhanku rindukan suaraku memanggilNya
Maafkan hambaMu kerana terlalu asyik dgn mainan-mainan yg telah dipinjam..
hingga terlupa untuk bermanja dgnMu 
wahai Allah yg Maha Pemberi..



* Bila mahu Allah bercakap dengan mu... bacalah Al-Quran...