Thursday, February 9, 2012

Musim Sejuk Paling Panas...

Dashboard ini menjadi saksi

Haiih...apa nak tulis ni ? A little update here and there?
Ada yang kisah? Sebenarnya nak tulis macam-macam sebab ada banyak untuk dikongsi tapi kenapa jari ini merapu-rapu menulis ?


Pengumuman tak berapa penting !
Ima Zahra sudah kekurangan masa untuk quilling. Oh... sekadar melihat dari jauh hasil-hasil quilling rakan yang lain.. dan cemburu. Itu saja yang mampu dibuat. Konon-konon Januari lepas, ada niat nak buat quilling bertulisan REIKI & Ima Zahra. Hah ! Lupakan saja. Macamana Januari berlalu begitu laju dan tiba-tiba dah masuk Februari ?

Adakah kita semakin cepat tua ? Walaupun tidak selalu marah ? Oh,,.bumi berputar semakin lajukah ? Saya mosykil teramat.



Pengumuman sedikit penting !
Dunia di ambang maut. Fullamak.Iya, terutama bila Ima Zahra menonton AWANI beberapa hari lalu. Maka terbaca lah satu berita " Di US, musim sejuk paling panas, tiada snow". Wahhhh !

Sila lah renung sebentar. Jom baca Quran banyak-banyak.
Oh ya, siapa kat sini memandu kereta? Dan merasakan tunggu enjin kereta panas adalah membuang masa ? Dan anda juga pemalas baca Quran.?
Apa kata, ikut cara Ima :) Pagi-pagi, sementara tunggu enjin panas - Ima ambil Quran dan baca 1 muka surat. Cukup 1 muka surat, enjin kereta pun dah panas. Jiwa kita juga dapat makanan pagi.

Wahhh...mudah sekali kan ? :) Sekarang ni zaman 2in1, 3in1...hehehe... jika bawa kebaikan, apa salahnya kan ?



Pengumuman Penting !
Sesiapa yang belajar atau bekerja di UiTM Seri Iskandar, diharap dapat meluangkan masa pada 18 & 19 Februari 2012 untuk ke Karnival Jom Hijrah. Ada Dr Mir Hazil Ramli untuk berkongsi tips bagaimana nak hijrah diri dan ada Kartunis Tembakau... alaa...korang ingat tak kat  Kartun Kartini tu ?? Haaa.. Cute kan ? Oh, ada jugak Ali XPDC untuk berkongsi cerita Hijrahnya.

Kalau nak jadi baik, harus pergi ke program yang baik-baik dan berkawan dengan orang yang baik-baik.

Okay ! Datang tau..sebab Ima & The Geng bertungkus lumus untuk menjadikan program ini berjaya.


Jumpa lagi !!

No comments:

Post a Comment