Kebelakangan, saya dihujani dengan situasi ini. Giving out 100% .
Disebut dalam wisdom word :
Hiduplah seperti mati itu esok hari, dan berusahalah seperti mahu hidup seumur hidup.
Ada juga yang memesan :
Bekerjalah seperti hidup selamanya, dan beribadatlah seperti mati esok.
Ada sesetengah antara kita terlalu percaya pada kawan. Memberi 129% kepercayaan kepada sahabat tercinta, percaya apa sahaja dan membantu ketika sahabat sedang susah tanpa curiga. Sedangkan keluarganya makan hati kerana sikap tidak adil tersebut. Bagi mereka, mereka sayang sedalam-dalamnya, kerana kawan mudah dapat, tapi bukan sahabat. Isteri boleh bercerai, tapi sahabat akan kekal selamanya. Persoalannya, berapa peratus kepercayaan boleh diberi ? Jika ia boleh diukur, berapakah amaun yang sepatutnya ?
Kakak saya berpesan untuk jangan percayakan orang lain. Kena letakkan curiga dalam perkenalan. Sedangkan bayang-bayang sendiri tidak boleh dipercaya. Apabila matahari tegak di atas kepala, bayang-payang kita pendek. Bila matahari condong, bayang-bayang kita meninggi. Ya, benar juga. Kita sendiri tidak mungkin tahu apa yang mungkin kita lakukan suatu hari nanti. Kita boleh buat kurang dari apa yang orang lain jangkakan. Kita juga boleh buat melampaui had batasan.
Pembaris mana patut saya gunakan ?
Oh, kita harus menggunakan pembaris yang berbeza-beza untuk mengukur sesuatu perkara. Maksudnya, pembaris untuk rasa makanan yang kita masak tidak sama dengan pembaris yang kita gunakan untuk menerima komen orang lain terhadap sedap atau tidak masakan kita. Setiap orang ada penilaian tersendiri.
Dalam soal memberi yang terbaik dalam kerjaya ataupun hubungan keluarga ataupun hubungan persabahatan, perlukah kita memberi 100% atau peratusannya boleh berubah mengikut keadaan ? Kehendak hati atau kehendak akal yang perlu kita ikuti ?
Buntu lagi.
Saya pernah terbaca bahawa kita perlu buat semua benda bersungguh-sunguh. 20 tahun lagi kita akan menyesal jika TIDAK BUAT apa yang kita mahu berbanding buat kesalahan. Bagaimana begitu ? Ah, Terlalu banyak untuk dipertimbangkan.
Dalam banyak situasi, saya dapati antara membuat keputusan untuk diri dan menghukum tindakan orang lain - garisannya terlalu tipis. Bukan mudah untuk menjadi adil kepada diri sendiri dan orang lain.Dada begitu sesak bila memikirkan soal ini.
Berbaliklah pada panduan Al Quran jika hal ini terjadi. Itu yang mungkin sesetengah dari anda fikirkan. Ya, saya sendiri berfikir begitu. Tapi, dengan kecetekan ilmu dan mahukan jawapan yang segera, bagaimana harus saya mulakan ? Dari mana ? Soalan apa ?
Bagi seorang yang berfikiran logik, tentulah alasan yang kukuh, bukti, kajian kes dan lain-lain menjadi tanda tanya yang mahu dijawab sebelum membuat keputusan. Ia pasti mengambil masa lebih-lebih lagi jika pertimbangan ini dilakukan sendirian.
Orang lain mungkin boleh beri panduan, tapi hanya kita sahaja yang boleh menemukan cahaya kebenaran dengan pilihan yang dibuat.
Memberi 100% kepada sahabat - mungkin dikecewakan bila dikhianati
Memberi 100% kepada kekasih - mungkin dikecewakan bila berlaku kesilapan yang sukar dimaafi,
Memberi 100% kepada keluarga - saya fikir masih ada peluang untuk kecewa.
Life is about taking risk. Risk makes your mind function - I guess !
Walau apa pun pilihan yang dibuat, kita akan berhadapan dengan risiko. Jadi bersederhanalah supaya tidak jatuh berdebuk ke dalam tanah bila sudah memberi harapan setinggi langit kepada sesiapa.
Sometimes we learn, after we fall.
No comments:
Post a Comment