Showing posts with label Tempahan Hamper KL. Show all posts
Showing posts with label Tempahan Hamper KL. Show all posts

Friday, October 5, 2018

Hamper Delivery KL by Ima Bloomwood

Hi ! Terima kasih sudi lawat blog Ima. 

Mungkin anda sedang mencari hamper di KL di waktu bukan perayaan. Bila tengok di pasaraya macam jual kotak aje kan ? Alahai...tak bestnya nak bagi orang kan..

HAMPER DELIVERY KL

Ima.Bloomwood buat hamper sepanjang tahun & menyediakan penghantaran sekitar KL pada kadar berpatutan bermula dari RM20. 

Seperti yang Ima selalu beritahu customer, Ima buat hamper ikut bajet, jenis event & kepada siapa penerima hamper tu. Maknanya, kalau bajet RM 100 hamper utk bos-bos, isi dalamnya tak samalah dengan hamper RM 100 untuk kanak-kanak.

Macam tu lah lebih kurang :)
So, setiap customer mmg akan dapat design yg berbeza-beza isi dalamnya. Yang pasti, isi dalam hamper, kita pilih yang sedap-sedap, halal & ada brand sahaja.. Ima tak letak keropok ( jajan ) dalam hamper yang harga RM70 ke atas, kecuali customer yang request.


2 JENIS PACKAGING
Anda boleh pilih 2 jenis packaging untuk hamper iaitu netting / shrink wrap ( transparent ).

Hamper Delivery KL - Hamper Jenis Netting

Hamper Delivery KL - Hamper Jenis Shrink Wrap ( Transparent )


Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh terus whatsapp Ima --> www.wasap.my/60173971570 .
InsyaAllah Ima reply segera :)

Just beritahu Info : bajet, kuantiti & tarikh nak hamper.

Latest Update :

Saturday, August 4, 2018

Nak tempah Hamper KL, ingatlah Ima Bloomwood

Assalamualaikum, 
apa khabar semua ?

Raya lepas, ima sambut raya secara sederhana sahaja. Tak bersakan-sakan.  Sebab nyai ( nenek ) Ima baru sahaja meninggal pada 10 Ramadhan lalu. Masih sayu sebab Ima sangat rapat dengan nyai, ke mana-mana selalu bawa nyai berjalan.

Apa pun, semoga Allah tempatkan Nyai ditempat para solihin, amin.


BUAT HAMPER SEPANJANG TAHUN

Ya ! Untuk followers baru yang belum mengenali Ima, Ima buat hamper sepanjang tahun. Order lah bila-bila masa untuk sebarang majlis. Jika anda sedang mencari hamper yang lagi best dari pasaraya ( almaklumlah hamper pasaraya sadis sadis selalunya ), jgn lupa contact Ima ya !

InsyaAllah Ima akan sediakan hamper ikut bajet & berdasarkan event anda.

Contohnya :
Jika nak tempah hamper untuk Team Building & Bajet 1 hamper ialah RM300.
Ima akan tanya details, hamper ni utk group ke individual ?

Jika utk group ( 6 orang ), biasanya, ima akan pilih makanan yg sesuai & mudah dibahagi-bahagi kepada 6 orang tu. Best kan ? Tak de lah macam sorang dapat brg best,, yg lain dapat yg biasa-biasa. Kita bahagi sama rata.


MINIMUM HARGA HAMPER 
Customer Ima sedia maklum, hamper Ima memang sarat dengan pilihan barang/ makanan yg best-best. Pilihan coklat dari brand-brand seperti Kit Kat, Ferrero Rocher, Cadburry, Hersheys dll. Dan Ima pilih makanan yg halal sahaja utk dimasukkan dalam hamper.

Ya ! Ima memang memilih.

80% dari isi hamper adalah dari brand-brand yg dikenali. Bukan main taram saja.
Jadi, harga minimum untuk Hamper (berbakul) ialah RM 80. 

Yang pasti,
Ima akan berusaha seboleh mungkin untuk hasilkan hamper itu nampak lebih mahal dari harganya.
Itu memang kepakaran kami . Wah giituuuww ~ :)




Okay ! Jangan segan-segan whatsapp Ima tau untuk tempah hamper. 

Klik kat link ni --> www.wasap.my/60173971570

Boleh tgk design-design hamper Ima di sini --> #hamperimabloomwood

Website : www.imabloomwood.com


Jumpa lagi !



Saturday, June 2, 2018

Hamper Raya Simple Ready Made Kuala Lumpur 2018

Hi Assalamualaikum,

Selamat Berpuasa semua !
Ima singgah sekejap blog ni sambil-sambil buat tempahan hamper. Nak take five kejap, tarik nafas dari bergelumang dengan beratus hamper.

Alhamdulillah,
terima kasih kepada semua yang beri kepercayaan pada Ima untuk tempahan hamper raya 2018 ni.

Adakah anda sedang mencari hamper yang simple, ready made & modern look ?
Wah, dah macam iklan baju pulak kan ? Hehehe.

Well, hamper pun ada fashion tau..!

Ni antara beberapa design baru hamper raya tahun 2018. Boleh cuci-cuci mata tengok ya.
Dah hujung-hujung Ramadhan ni, tak payah survey jauh-jauh sangat, nanti tak jumpa hamper. Hehe.
Whatsapp je ima - www.wasap.my/60173971570 untuk order ya.

Boleh Self Pickup di Jalan Pahang, Kuala Lumpur
atau boleh roger ima untuk delivery KL Area.

Jauh-jauh Ima tak dapat nak tolong, unless bulk order ( lebih 10 hamper ), insyaAllah Ima boleh cuba arrangekan.












Cepat-cepat..sempat lagi nak order hamper Aidilfitri untuk client, bisnes partner, parent, mertua, cikgu dan orang tersayang.

Boleh tengok di Instagram --> https://www.instagram.com/ima.bloomwood/
Whatsapp Ima ya.. www,wasap.my/60173971570

.
Thank You ! <3

Wednesday, April 4, 2018

HAMPER RAYA 2018

Hi ! Assalamualaikum.. Salam Rejab untuk semua followers Kertas & Cinta.

Teringat lagi masa pertama kali Ima memasang tekad untuk buat projek hamper pada tahun 2015. Disebabkan abah yang makin tak sihat & keadaan ekonomi keluarga yang semakin tak stabil sebab sebelum ni, mak abah lah yg bisnes untuk menyara kami sekeluarga. Sekarang abah dah tak nampak & perlu jagaan sepenuhnya & 3 jari kakinya dah dipotong. It wasnt easy for him ...

Tapi itulah life kan ? :)

Tahun demi tahun berlalu dengan keperitan & kebahagiaan yang silih berganti. Pengalaman benar-benar mematangkan cara kita berfikir & menangani cabaran. Alhamdulillah, sejak dari itu pelanggan terus mempercayai Ima.Bloomwood untuk buat hamper & pelbagai servis lain.

Soal kepercayaan adalah sesuatu yg miracle bagi Ima. Kerana kepercayaan adalah gerak hati yang Allah beri pada pelanggan-pelanggan setelah Ima berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam bisnes. Jadi bila ada je yg order hamper, Ima rasa syukur sangat-sangat sangat sangat. haaa gituwww :D


PELUANG UNTUK BUAT LEBIH BAIK

InsyaAllah, raya tahun 2018 ni akan ada banyak design-design baru & promosi dari Ima Bloomwood. Kalau anda nak tempah hamper, dah boleh tempah sekarang dah...

Wah! Dah macam tempah baju raya kan ? Awalnya ! Tak..sebenarnya tak lah awal sangat pun.. Bila anda buat booking awal, beritahu bajet & agak-agak berapa unit yang nak tempah, Ima akan buat keutamaan untuk yg dah order. Jadi kalau ada yg last minute order... Ima akan pastikan semua yg pre-order ni akan dapat on time pada hari yang dijanjikan.

Malah, Ima boleh setkan awal-awal jika ada yang nak minta Ima arrangekan delivery untuk customer-customer.

DESIGN BARU ! PROMO PRICE !

Hamper Raya Ekslusif 2018

Hamper Raya Exclusive 2018

Hamper Raya | Chocolate Box 2018

Hamper Raya Exclusive 2018

Apa lagi yang best kalau pre-order hamper raya ?

- Untuk 5 hamper ke atas*, anda akan dapat 2 Free Slot untuk Surprise Birthday Box/ Bouquet untuk dihadiahkan kepada orang yang tersayang.

Best kan ?

So, apa lagi...cepat-cepat whatsapp Ima untuk tempahan hamper ramadhan / hamper raya sebelum 30 April 2018 ini.  Whatsapp 017-3971570

Sementara anda pilih-pilih siapakah calon yang nak diberi hamper, Ima kat sini akan terus mencari idea untuk isi hamper & design yg cantik-cantik pulak. 

Oh ! Ni Ima belanja gambar-gambar hamper yang pasti buat anda tak tidur malam memikirkannya :)


Hamper Kuala Lumpur

Hamper Unik Ekslusif RM 350

Hamper Saiz Besar Cantik

Hamper Cantik Menarik

Hamper Raya Saiz Besar - RM 400


Friday, November 3, 2017

Tempahan Hamper Ekslusif KL

Sedang mencari mana nak tempah hamper ekslusif yang cantik, unik & barang berkualiti ?
Serahkan pada kami, tak perlu pusing merata cari barang dan perah otak macamana nak susun hamper.

Kami bersedia untuk bantu, hamper untuk sebarang event / occasion. Cuma berikan bajet & butiran event, kami uruskan semuanya ! Mudah kan !?

Kalau nak request hamper Mark & Spencer pun boleh, hamper tradisional pun boleh, hamper makanan untuk cabutan bertuah pun boleh :)

Semua boleh lah :D Hehe. Kita discuss kat whatsapp yer www.wasap.my/6013-6010704

Hamper Pertunangan 

Tempahan Hamper Mark & Spencer

Tempahan Hamper Mark & Spencer

Tempahan Unique Gift Basket - Ima.Bloomwood

Gift Box - Ima.Bloomwood


Hamper Ekslusif Besar - Ima.Bloomwood

Hamper Ekslusif Besar - Ima.Bloomwood

Penghantaran Hamper Kuala Lumpur

KL Area Only.Yg jauh2 boleh..tapi ada caj penghantaran yg patut2 lah..Kalau bulk order, insyaAllah.. free delivery. :)


Thursday, July 13, 2017

It's good to be back !

Alhamdulillah.. Ramadhan 2017 berlalu dengan tersangat pantas. Ima betul-betul busy dengan Hamper & bisnes lain.


Syukur alhamdulillah ramai yang membantu. Terima kasih pada customer2 yang sudi memberi kepercayaan untuk Ima siapkan hamper syarikat mereka.

Hamper Raya / Hamper Ramadhan / Hamper Cabutan Bertuah

Hamper Ekslusif Untuk Event / Corporate



Setiap order, Ima akan sentiasa memperbaiki kualiti packaging & barang2 dalam hamper. Ima sentiasa terbuka menerima idea-idea dari customer & seronok nak cuba idea baru. Mana yang mampu, ima akan cuba buat.

Abah masih dalam tempoh rawatan. Jari kaki yang dipotong hujung bulan 4 yang lalu perlu diberi perhatian sepenuhnya. Mak dah sibuk jaga abah. Mata abah semakin tak nampak. Jadi semuanya perlu ditolong. Kadang-kadang rasa frust juga bila tak dapat nak bantu banyak jaga mereka.

Apa nak buat, kerja perlu dibahagi-bahagi, kan ? Mesti ada yang berusaha mencari rezeki sebab perbelanjaan perubatan tidaklah murah. Redha dengan ujian dari Nya. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa dan ringanlah beban di akhirat nanti.

Sesungguhnya dunia ni tempat ujian. Kita mencari redhaNya , kita berusaha menjadi orang yang bermanfaat untuk orang sekeliling.

Selepas Raya, Ima akan lebih fokus pada bisnes-bisnes kesihatan & buat kerja-kerja admin. Kalau nak order hamper untuk event-event, boleh lah buat order seminggu awal supaya Ima boleh buat preparation.

Tapi untuk surprise delivery, chocolate & flower bouquet, tempah gubahan hantaran fresh flowers untuk sekitar KL Area, insyaAllah ima buka bila-bila masa.

Terima Kasih Follow Ig Ima.Bloomwood.

Kalau nak follow kat Ig personal Ima pun boleh.. Ima Zahra_kc
Facebook - Ima Zahra . Sini paling selalu update !

Saturday, May 20, 2017

Tempah Hamper Cabutan Bertuah


Hamper ini ditempah oleh student Uitm dari Fakulti Pengurusan Perniagaan untuk Program Tautan Kasih di Rumah Perlindungan Al Masuha Batu Caves, hari ini.

Mereka minta setiap isi dalam hamper berbeza2 tetapi pada bajet yg sama. Saya isikan barang2 yg sesuai dgn umur bakal penerima hamper yg masih bersekolah rendah.


Barang dalam tu super meriah. Budak-budak kalau dapat mmg lompat-lompat kegembiraan lah. Hahaa. Ima cuba sedaya upaya utk buat rupa hamper tu lebih dari bajet yg diberi.

Biar sama-sama puas hati :)


InsyaAllah, Ima masih belajar mempelbagaikan rupa hamper & upgrade decoration biar nampak unik & cantik. Ada beberapa idea sedang difikirkan. Kalau ada order lagi akan datang, mungkin andalah yg bertuah merasmikan idea unik tu :) Weee,.. best kan kan kan.....