Wednesday, January 14, 2015

Krabi Trip : Nak tukar duit di mana ?

Malas nak intro. lets get straight to the point.


Duit Malaysia jatuh merudum redam. Berita kurang baik untuk kaki shopping macam Ima. Even pergi Thailand, tapi tak dapat enjoy duit Thailand murah. 


Perkara pertama yang difikir bila nak keluar negara ialah :-

1. Pasport - adakah masih valid lebih 6 bulan ?
2. Tiket flight dan details check in baggage ke tak etc.
3. Duit untuk ditukar.
4. Pack baju


Kedua fikir :- nak tukar duit kat Malaysia ke kat sana lagi untung ? Ada sesetengah tempat yang tak jauh beza ratenya. Tapi setakat yang Ima pergi awal bulan Jan baru-baru ini, rate jika tukar di Malaysia & di Krabi banyak juga bezanya.


Sedikit menyesal sebab tak tukar di Malaysia banyak-banyak. Sebab kalau nak tukar riban-riban, ima nasihatkan tukarlah di sini. Akan ada beza ratus-ratus jugak. Tukar kat Krabi lebih mahal dan harganya berbeza-beza antara 1 money changer ke money changer yg lain.


Tapi kalau setakat memang niat nak tidur kat hotel 3 hari 3 malam tak mau keluar-keluar... Ima rasa tak payah lah tukar duit banyak-banyak. Cumanya, rugilah tak dapat makan pancake nuttela yang super menggiurkan kat sana tu puas-puas. Hehehe.


Kalau memang nak beraktiviti puas-puas & makan sedap, ima rasa allocate lah duit belanja RM150 sehari. So kalau uols nak duduk sana 5 hari, sila lah kali dengan  RM150-RM200. Itu cuma duit untuk aktiviti kot-kot korang nak pergi island tour ke... jungle tracking ke..naik atv ke..naik gajah ke.. apa-apa lah.


Cop! Tu belum masuk duit shopping souvenir ya!


Tawar menawar adalah sangat penting di sana. Apa pun, Ima rasa selesa berjual beli di Krabi sebab peniaga dorang tak begging kita untuk beli. Macam dekat Indonesia / India...mampuusssss sampai ke liang lahad dia pujuk rayu ko sampai beli. Hamek. Daya kegigihan mereka tersangat tinggi. Tapi kat Krabi ni boleh relaks-relaks. Agaknya dorang nampak orang Malaysia ni bukan kaki perabis duit sangat berbanding mat saleh yang kaya raya tu. Kira OK lah kan, silakan lah kikis duit mereka yang sepatutnya. Ha ha.


Oh ya !


Selalunya Ima enjoy shopping even tak ada cash in hand. Tapi janganlah berangan di Krabi. Cash sangat penting di sana. Tak banyak kedai yg boleh kita swipe-swipe card. Unless korang dah set siap-siap dari Malaysia untuk pengeluaran cash antarabangsa.. senanglah hidup. ATM merata-rata. Money changer pun berlambak.


Tak dapat kat town, kat airport pun boleh sambung shopping sebelum balik. Huhu. Dasar shopaholic ! Kedai ala kadar, tapi boleh la nak last minute shopping souvenir ke apa. :p


Macam biasa, Ima wajib beli buku di mana-mana airport luar negara. Ima beli sebijik. Flight balik cuma sejam suku dah sampai Malaysia, Buku tak sempat habis , dah landing. Sadis.


Sekian dulu. Ok baaaaiiii

No comments:

Post a Comment