Friday, July 26, 2013

Perfume Review Guerlain Samsara, Idylle & Dunhill Desire

Petang tadi ada dating dengan Akma kat Sogo. Dia nak beli Salindah untuk dibawa balik ke Sarawak. Sementara menunggu, Ima sempat cuci mata di Ground Floor, dengan harapan jumpa Handbag yang memikat hati. Tapi sayangnya, ada lebih 5000 handbags kat sana, tapi satu pun tak berkenan di mata. (apatah lagi di hati ? ;) )

Lepas tu menyinggah kaunter-kaunter perfume untuk mengecam bau. Almaklumlah, i kan tauke perfume berjenama. Kenalah mahirkan hidung. Haha. Ima singgah kaunter Guerlain dan disapa oleh lelaki berwajah wanita. Oh, i know what i mean !~~

Beriya dia siap cerita sejarah fragrance Guerlain ni , asalnya dari France, dibuat untuk kerabat diraja.Amboi amboii..  Ada yg jenama Samsara tu Queen Elizabeth selalu pakai sampai hari ni.. ( Ima terfikir, Queen Elizabeth yg mana satu eh...aduhh..dah tua kot dia kan ? Perlu ke aku pakai perfume org tua . Hikhik ).

" Mana satu yg Elizabeth pakai ?' tanya Ima .
" Yang ni " dia pun tunjuk Samsara. 


Ima pun try lah bau.. hmmmmm..... try lagi.....dot dot dot.

" Tak lah wangi mana bau Ratu ni kan,.. biasa je.. " lancar aje mulutku tak de insurans. Haha. Entah yo ntah tidak si lelaki ***dan ni cerita.

------------------------------------------------------------------------------------------

Semangat lagi dia nak tunjuk botol yang lain pulak. Guerlain Idylle namanya. Bila spray kat kertas, wangi. Sekejap je lepas tu bau kat kertas tu dah hilang. So, Ima suruh dia spray kat tangan Ima. Oh, baru naik. Sedap juga bau dia. Strong floral and a bit spicy. 

Dah dekat 2jam, ima bau semula tangan ima. Laaa.. tahu tak, bau dia dah jadi Sangat SAMA dengan Dunhill Desire Red. 

Harga Guerlain Idylle 50ml - RM 340+
Dunhill Desire 50ml - sekitar RM 200 je rasanya.

Tak berbaloi kan ? Konon nak beli jenama di raja + mahal, tapi end up..baunya jadi ala Dunhill je. Dari bau perempuan terus jump into bau laki. Haiyoyo...~

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Okaylah sekian review berdasarkan tahap kepekaan hidung Ima hari ini. 

Btw, kalau tertanya-tanya.. apehal si minah ni gelabah bagi review pasal minyak wangi ? Sebab kepakaran deria ima ialah deria Bau. I am a clairsentience person. 

Okay ! Kalau nak beli perfume branded 18ml , EDP pada harga terlalu berbaloi, boleh tengok kat Fb Realelite World. 


Take care semua ! 

Si kaki bau ( bukan kakiku berbau )
Ima Zahra.

Thursday, July 25, 2013

Random Topics : Ramadhan bulan Sale di dunia & di akhirat


Alhamdulillah ! Bulan yg dipenuhi dengan Offer-offer terbaik dari Allah. Manusia memang gila offer...kalau ada warehouse sale, mega sale, anniversary sale, hari raya sale.. memang confirm shopping complex penuh. Yang penting, SOGO tutup pukul 11mlm pun orang duk sibuk dalam fitting room lagi pukul 11.30. 10 hari terakhir Ramadhan mereka memang dengan harapan penuh Sogo bukak 24 jam ! Dahsyat sungguh manusia obses dengan sale. Ini bukan kerja syaitan tau. Syaitoon dah takde kena mengena lagi sebab dah kena ikat. Ha ha. 

Allah bagi offer lagi TERBAIK. Merangkumi dunia & akhirat. Kalau kita betul2 berkejar baca Quran, berlumba solat taubat, terawih, sedekah , solat sunat yg lain..Allah kasi Lailatul Qadar. Semua dosa kita terampun. SEMUA. Amazing kan. Cuba bayangkan ada handbaq Louis Vuitton ( kenapa mesti handbag Ima ?? Haha), yang berharga RM30 ribu. Pastu ada offer, bukan 30% off, bukan 70%, tapi KASI FREE JE ! Tak nak lagi ?

Kita ni memang kalau tak de depan mata, kita tak paham-paham kan ? Hu hu. Moga Allah bagi hidayah untuk memahamkan kita bahawa kalau kita kejar akhirat, kita juga dapat isi dunia.

Contohnya macam ni, Nabi Muhammad dah remind kita :

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tapi kita ni aneh sikit, tunggu ada duit lebih baru nak sedekah. Money management katanya. Sesunguhnya Matematik Allah tak sama dengan Maths kita belajar kat sekolah.


credit to webbyarts.com for the pic.

Saturday, July 13, 2013

Adab berniaga online.

Duhai peniaga-peniaga Online, sila ambil perhatian :

Kalau ternampak iklan sponsored sstu barang cthnya "Kipas Elektrik Jenama Samsung".Harga yg mereka jual ialah RM 300. Anda juga jual kipas yg sebijik sama tp dgn harga RM250. Tolonglahhhhh jangan letak komen " saya jual lagi murah.250 je." Dgn harapan org yg terlihat iklan itu akan hubungi anda utk beli kipas dgn hrg lebih murah.

TOLONGLAH Jgn buat begini.Tidak beradab,malah xberkat sbb anda potong line org.

Org tu dah keluar kos utk iklan di fb ..tak adil lah kalau anda free2 je ambil customer org.Kalau desperate nak jual,sila buat iklan sendiri.

Kecewa bila ramai org kita berperangai begini.tolong beri persaingan sihat sesama peniaga. Terima kasih. 

Friday, July 12, 2013

Wedding Guest Book Garden Theme

Ima suka sangat finally dapat buat guest book tema lain dari yang lain berbanding sebelum ni. A bit challenging to finish this order. Ima memang suka buat fairies, kali ni.. buat Quilling Boy & Girl pulak. Senang je, just tak payah letak kepak dia kat belakang badan budak tu & buatkan baju yg sesuai. 

Kak Lin cakap skirt budak pempuan tu sexy..transparent. Ha ha. Maybe lepas ni Ima akan cuba buat skirt yang lebih menutup aurat. ;)

Setiap satu budak ni ambil masa 4 jam untuk siap. Lama ..tapi seronok buat.



Lepas dah quill bebudak comel ni, baru lah Ima proceed dengan design & pemilihan warna. Sepanjang proses mendesign, Ima banyak bertanya pendapat orang samada sesuai atau tidak, nak letak rama-rama warna apa, nak tambah atau kurangkan yang mana etc. Sehinggalah Amran pun OK dengan design, barulah Ima tampal kesemuanya di atas buku.



Ima sendiri jatuh hati dengan design ni, sebab ceria & melahirkan energi kebahagiaan. Macam 2 orang bercinta di taman bunga gitew.. Ecceehh .. He he he..

Apa-apapun, jika ada mana-mana yang tercabut, bolehlah tampal semula dengan gam PVA. Atau hantarkan pada Ima untuk servis apa yang patut for Free ( utk customer Ima ). Kalau korang ada nak adjust ..insyaAllah Ima boleh tolong apa yang patut dengan caj yg minimum :)

Okay ! 

Jumpa lagi.. Selamat Berpuasa semua!


Ima Zahra @ KC Gift Shop


Tuesday, July 9, 2013

Mini Hand Paper Shredder untuk dijual


Mini Paper Shredder 
NOW OPEN FOR PRE-ORDER !


Ramai yang tercari-cari mini paper shredder untuk buat quilling. Kat stationary memang berlambak jual yang jenis besar-besar dan kena pakai letrik. No. No ! 

Kami peng'quiller' Malaysia mahu yang boleh pusing-pusing pakai tangan ala-ala buat ABC tu. Just because we LOVE Handmade so much. Besides, the price is much cheaper than the big machine. Rasa macam gedabak sangat kat dalam studio art kan :) Yang kecik macam kat bawah ni senang nak di bawa ke mana-mana.

Mini Paper Shredder : Saiz 17 x 5cm



Ada sesiapa yang mahu shredder begini ?Order dari Ima.

Tinggalkan nama & no telefon pada komen di bawah post ini

atau SMS/Whatsapp Ima < jumlah shredder> < NAMA> ke 013-6010704.

atau tinggalkan komen di Fb KC GIFT SHOP. 

I'll get u back as soon as possible !!

Tq !


Welcome Ramadhan 1434

by Ima Zahra