Thursday, September 27, 2012

Quilling : Interpretation Of Life



Salam, sekarang pukul 4.55 pagi - saya mula menulis tentang kad berwarna merah yang tak seberapa hasilnya. Siang semalam saya melakukan Terapi Yang & Reiki di Maple Care,Bangsar Utama. Terapi itu bertujuan untuk mengharmonikan aura dan tenaga, di samping melegakan stress dan menambah keseronokan ;) Sangat mahu recommend semua pembaca blog ini untuk cuba terapi yang ada di sana . Best sangat ! Tak ada kat mana-mana spa canggih di Malaysia ni.

Kembali kepada tujuan asal menulis - Semasa mendapat konsultasi dari Kak Maizun, saya dapat satu idea untuk Quilling. Katanya, saya perlu 'luahkan' apa yang terlalu penuh dalam diri saya, sesuatu yang boleh bermanfaat, meletakkan energi ke dalam sesuatu yg saya buat, dan fokus pada seseorang / perkara untuk chanel out the overloaded thing in myself. 

Wah ~ Kemain lagi alkisah kad ni kan . Itulah perkara penting yang saya amalkan ketika buat kad sejak di bangku sekolah dulu. Saya melihat perkara yang berlaku di sekeliling saya -dan luahkan ke dalam kad. Ia sedikit sebanyak membantu saya 'connect' dengan  innerself dan sangat menjadi salah satu cara terapi diri. Saya fikir semua quillers akan faham apa yg saya cuba sampaikan ;)

Ketika buat kad ini, saya hanya teringat Effy. Mula-mula nak buat kad sesuatu yang berkaitan dengan Best Friend. (1) Jadi 2 bunga itu kononnya saya dan Effy lah ^____^ . Pemilihan warna krim dan hitam adalah sebagai tanda peristiwa-peristiwa yang pernah kami lalui. Phewwww ~ Dan juga menunjukkan dalam diri seseorang , ada sifat positif & ada negatif. Bunga putih (berlatar belakang corak berwarna warni ) itu adalah impian - bahawa mahukan sesuatu yang terbaik, suci , bersih dan cantik di dalam diri dan juga pada pandangan manusia / Allah.


(2) Walaubagaimanapun, orang di sekeliling tampil dalam hidup kita dengan membawa perangai yang tersendiri yang belum tentu baik, ada yang bermuka-muka, ada yang kelihatan baik di luar tapi busuk hati. Ada yang nampak jahat tapi rupanya berhati murni. (3) Ada yang memang betul-betul syaitan perangainya. We have all these people in our life,right ? Lalu saya terjemahkan perangai manusia / ( dugaan hidup ) dengan kombinasi bunga hitam & putih itu. Mereka hadir dalam satu pakej yang "nampak cantik dan real "--> Bunga Hitam.. Tapi ..nampak saja cantik, but poisonous Jika kita tak guna akal dan membenteng dengan iman , pasti mudah terjebak dengan kesilapan.


Ada sesiapa yang masih mengikuti tulisan saya ? Its okay kalau tak baca. Saya menulis untuk diri saya - supaya tak lupa kenapa saya buat kad ini suatu hari nanti.


Kertas merah terang dan bertekstur kasar (4) itu menunjukkan kehidupan secara keseluruhan. Ia memerlukan tenaga ( merah )  untuk kita teruskan. Kehidupan ini seolahnya menjanjikan keseronokan, kemegahan, kekuatan. Tanpa stamina yang Allah pinjamkan, hidup ini pasti hambar dan tak bermakna.  

Akhir sekali, kertas berkedut pink (5) itu melambangkan rahsia-rahsia yang tersembunyi yang wujud pada manusia dan alam. Ada sesetengah perkara kita simpan sebagai rahsia diri sahaja. Ada sesetengah rahsia yang tersimpan antara kawan baik. Ada sesetengah rahsia Allah simpan untuk hambaNya cari dan bongkar.

Coraknya seperti layar di panggung. Begitulah kita di pentas dunia. We are the people. And it's always about choosing the right one, right path & right destination.

Diba, faham tak apa akak tulis ni ? Ha ha. Terima kasih kerana 'ada' untuk akak di setiap waktu susah dan senang. This card is dedicated to you too. Suatu hari nanti Ummi & Angah pun akan lebih faham tentang Kehidupan .

We're still struggling ,indeed.

Dah habis sekolah nanti, kita akan masuk ke sekolah yang lebih besar - iaitu Sekolah Kehidupan. Waktu itu takkan ada lagi cikgu yang beri markah. Tapi kita sendirilah yang menilai dan memberi markah terhadap apa saja yang kita buat dan akan sentiasa ada tips-tips dari Allah bila kita rapat & ikhlas denganNya.

Sekian .


5.35am 
memerah otak di waktu pagi
Ima.



p/s :macam stress pulak tulis skema-skema nih . he he..

No comments:

Post a Comment