Friday, September 14, 2012

Otak Celik baru boleh update blog RealShoppe

Berbulan-bulan saya meredhakan diri dengan blog Real Shoppe saya yang sungguh tak mengghairahkan. Hu hu. Entah kenapa boleh buat 'dek' je.. Bukak setting blog . Tengok atas tengok bawah. Scroll atas bawah 88 kali... Lepastu logout.

Tak ada idea.

Kering.

Sehingga hari ini. Tiba-tiba terkeluar dari hati " hari ini tak nak pergi ofis sebab nak update blog." Godek itu ini punyalah semangat menelek photoshop. Dah dekat setengah jam laptop 'hang'. Ha ha. Memang sangat padan muka sebab terlupa nak Save ! Terpaksalah terjun tingkap, dan buat lagi sekali.

Hari ini cuma fokus untuk menseragamkan design. Walaupun belum siap sepenuhnya, tapi kira okay lah. Tutup mata dulu, sebab kejap lagi nak pergi Open House rumah Ummi Zafirah. Hah !? Sejak bila kau beli rumah ni ? Ha ha.

Nak sebut rumah Pak Usu cam tak kena pulak.Sebab yang membelog tu Zafirah Ishak. Kan ada link  blog kat tepi kiri tuuuuuu.. Haaaa... Klik. Jgn tak klik. Budak tu pun dah ala-ala pemalas update blog dah. Kakak yang exam SPM, dia plak yg malas update blog. :p

Eh, ni ape cerita ni . Back to the story.

Saya menukar Gambar kepada HTML guna Photobucket. Dulu photobucket tu sengal juga sebab lambat & banyak songeh. Sekarang dah macam ada kemajuan sikit. ( Err..atau saya yang tak berapa pandai dulu ? Haha )

Mengedit gadget HTML adalah sangat menyampah berbanding Text. Tapi demi RealShoppe, ku gagahkan juaaaaa......

Bila dah berjam-jam duduk depan laptop, otak pun naik sewel. Mula lah cakap sorang-sorang. Nyai sampai naik risau dah tengok cucu dia membebel, menjerit, mengeluh, " me-yes!yes!", dan meraban sorang-sorang. Hua hua.







No comments:

Post a Comment