Thursday, September 27, 2012

Quilling : Interpretation Of Life



Salam, sekarang pukul 4.55 pagi - saya mula menulis tentang kad berwarna merah yang tak seberapa hasilnya. Siang semalam saya melakukan Terapi Yang & Reiki di Maple Care,Bangsar Utama. Terapi itu bertujuan untuk mengharmonikan aura dan tenaga, di samping melegakan stress dan menambah keseronokan ;) Sangat mahu recommend semua pembaca blog ini untuk cuba terapi yang ada di sana . Best sangat ! Tak ada kat mana-mana spa canggih di Malaysia ni.

Kembali kepada tujuan asal menulis - Semasa mendapat konsultasi dari Kak Maizun, saya dapat satu idea untuk Quilling. Katanya, saya perlu 'luahkan' apa yang terlalu penuh dalam diri saya, sesuatu yang boleh bermanfaat, meletakkan energi ke dalam sesuatu yg saya buat, dan fokus pada seseorang / perkara untuk chanel out the overloaded thing in myself. 

Wah ~ Kemain lagi alkisah kad ni kan . Itulah perkara penting yang saya amalkan ketika buat kad sejak di bangku sekolah dulu. Saya melihat perkara yang berlaku di sekeliling saya -dan luahkan ke dalam kad. Ia sedikit sebanyak membantu saya 'connect' dengan  innerself dan sangat menjadi salah satu cara terapi diri. Saya fikir semua quillers akan faham apa yg saya cuba sampaikan ;)

Ketika buat kad ini, saya hanya teringat Effy. Mula-mula nak buat kad sesuatu yang berkaitan dengan Best Friend. (1) Jadi 2 bunga itu kononnya saya dan Effy lah ^____^ . Pemilihan warna krim dan hitam adalah sebagai tanda peristiwa-peristiwa yang pernah kami lalui. Phewwww ~ Dan juga menunjukkan dalam diri seseorang , ada sifat positif & ada negatif. Bunga putih (berlatar belakang corak berwarna warni ) itu adalah impian - bahawa mahukan sesuatu yang terbaik, suci , bersih dan cantik di dalam diri dan juga pada pandangan manusia / Allah.


(2) Walaubagaimanapun, orang di sekeliling tampil dalam hidup kita dengan membawa perangai yang tersendiri yang belum tentu baik, ada yang bermuka-muka, ada yang kelihatan baik di luar tapi busuk hati. Ada yang nampak jahat tapi rupanya berhati murni. (3) Ada yang memang betul-betul syaitan perangainya. We have all these people in our life,right ? Lalu saya terjemahkan perangai manusia / ( dugaan hidup ) dengan kombinasi bunga hitam & putih itu. Mereka hadir dalam satu pakej yang "nampak cantik dan real "--> Bunga Hitam.. Tapi ..nampak saja cantik, but poisonous Jika kita tak guna akal dan membenteng dengan iman , pasti mudah terjebak dengan kesilapan.


Ada sesiapa yang masih mengikuti tulisan saya ? Its okay kalau tak baca. Saya menulis untuk diri saya - supaya tak lupa kenapa saya buat kad ini suatu hari nanti.


Kertas merah terang dan bertekstur kasar (4) itu menunjukkan kehidupan secara keseluruhan. Ia memerlukan tenaga ( merah )  untuk kita teruskan. Kehidupan ini seolahnya menjanjikan keseronokan, kemegahan, kekuatan. Tanpa stamina yang Allah pinjamkan, hidup ini pasti hambar dan tak bermakna.  

Akhir sekali, kertas berkedut pink (5) itu melambangkan rahsia-rahsia yang tersembunyi yang wujud pada manusia dan alam. Ada sesetengah perkara kita simpan sebagai rahsia diri sahaja. Ada sesetengah rahsia yang tersimpan antara kawan baik. Ada sesetengah rahsia Allah simpan untuk hambaNya cari dan bongkar.

Coraknya seperti layar di panggung. Begitulah kita di pentas dunia. We are the people. And it's always about choosing the right one, right path & right destination.

Diba, faham tak apa akak tulis ni ? Ha ha. Terima kasih kerana 'ada' untuk akak di setiap waktu susah dan senang. This card is dedicated to you too. Suatu hari nanti Ummi & Angah pun akan lebih faham tentang Kehidupan .

We're still struggling ,indeed.

Dah habis sekolah nanti, kita akan masuk ke sekolah yang lebih besar - iaitu Sekolah Kehidupan. Waktu itu takkan ada lagi cikgu yang beri markah. Tapi kita sendirilah yang menilai dan memberi markah terhadap apa saja yang kita buat dan akan sentiasa ada tips-tips dari Allah bila kita rapat & ikhlas denganNya.

Sekian .


5.35am 
memerah otak di waktu pagi
Ima.



p/s :macam stress pulak tulis skema-skema nih . he he..

Quilling card for Best Friend , Quilling (Life)


Effy my dear friend... ;)

Sempena final exam.. dan keserabutan yang melanda..( oh..hanya kita yang tahu... haha )
 i dedicate this card for you. 

It has a lot of meaning... about us.. about life that we've been thru..

Wish you very good luck , Dr Effy !.

Ignore all the negative marking..hehe... just be sweet & positive.. as you always do.




The people. Its always about choosing the right one, right path, right destination. 



Lots of love.
Ima.

Monday, September 24, 2012

Quilling Lavendar FLower

Salam ~

Ima kembali Quilling sebagai hobi. Menyedari diri sendiri yang poyo - idea melangit, nak buat projek itu dan ini, tapi akhirnya kecundang. Buat kerja separuh jalan. Oh ~  saya perlu buang perangai itu. Lets Resq56 ! :p
Eh, lari tajuk. Kan ? Kan saya dah cakap..... memang tak leh cayo budak ni.

Bercinta di USS
Kawan sampai syurga. InsyaAllah :)
Lavendar. Dulu saya pernah buat, antara hasil favourite saya. Bunga purple ini telah pun beralih tangan ke Dr Mariam sebagai cenderahati (lah konon) masa kitorang ber Sweet Escape ke Universal Studio Singapore dulu.




Beberapa hari lalu, setelah berbulan meninggalkan quilling - saya kembali menggulung dengan hasil yang kurang cantik. Something is wrong somewhere with the design. Saya rasa, butterfly tu buat jadi cacat. Entah lah. Skill dah hancus kot. Hak hak. Color combination kot yg tak kena kan.. Bunga tu pun lentok semacam.. Aiiih.. u tell me lah !~



Sudah bertekad untuk tidak akan bersimpuh bersila berbaring berdiri dan bersusah payah melebihi 2jam untuk setiap sesi quilling. Lebih dari tempoh tu, dah rasa tak macam hobi dah. :p 

Sebenarnya...bersepah bila buat kerja. Orang selalu nampak yg elok jee..Haha.

Kerja lain menimbun utk diselesaikan. Please support my business @ RealShoppe.Com

Many thanks.


with love,
Ima

Tuesday, September 18, 2012

Interesting & Creative Designs - Cair tengok ni weeehhh ~


1. Dekor unik katil dan meja studi. Kononnya bangun tidur terus boleh buat kerja kat sebelah. Kalau ima ada design begini, memang TIDUR pun tak, Study pun tak. ! Ha ha. Sudahnya nanti, ambik toto bentang kat lantai. Tak kuasa nak bersusah payah naik tangga . :p



2.Unik juga buat ruang tamu macam ni. Cuba imagine sikit.... Ima sedang main badminton di keliling sofa tu... dan orang2 yang duduk kat sofa tu jadi 'monyet' kutip shuttle. Muahaha.




3. Cantik buat tempat posing je kot !!? Ha ha. Macam tak selesa je baca buku atas kayu keras tu.. Atas tilam kan best.... baca 1 muka surat,,,boleh terus hanyut dengan buku-buku tu sekali.. :p



4. Buku yang letak paling atas tu confirm takkan baca dah. Buat tadah habuk . Hikhikhik..


 5. Sangat comel boot-boot itu. Colourful. :) Kalau ima tanam pokok dalam boot, 2 hari pertama je ada pokok. Hari ketiga cuma tinggal boot je. Pokok semua dah mati. Ke ke ke.




6. Ini sofa tandas KHAS buat peminat-peminat drama Korea utk menghabiskan DVD. Kalau sayang sangat nak tinggalkan hero berkulit licin halus mulus berlipglos pink ( apesal detail sgt niiih ?? ) , tapi tak tahan nak mem'buang' sila lah pakai sofa ni. Ha ha ha !



Semua gambar-gambar ini berpusat sumberkan FB Intresting & Creative Designs

Friday, September 14, 2012

Otak Celik baru boleh update blog RealShoppe

Berbulan-bulan saya meredhakan diri dengan blog Real Shoppe saya yang sungguh tak mengghairahkan. Hu hu. Entah kenapa boleh buat 'dek' je.. Bukak setting blog . Tengok atas tengok bawah. Scroll atas bawah 88 kali... Lepastu logout.

Tak ada idea.

Kering.

Sehingga hari ini. Tiba-tiba terkeluar dari hati " hari ini tak nak pergi ofis sebab nak update blog." Godek itu ini punyalah semangat menelek photoshop. Dah dekat setengah jam laptop 'hang'. Ha ha. Memang sangat padan muka sebab terlupa nak Save ! Terpaksalah terjun tingkap, dan buat lagi sekali.

Hari ini cuma fokus untuk menseragamkan design. Walaupun belum siap sepenuhnya, tapi kira okay lah. Tutup mata dulu, sebab kejap lagi nak pergi Open House rumah Ummi Zafirah. Hah !? Sejak bila kau beli rumah ni ? Ha ha.

Nak sebut rumah Pak Usu cam tak kena pulak.Sebab yang membelog tu Zafirah Ishak. Kan ada link  blog kat tepi kiri tuuuuuu.. Haaaa... Klik. Jgn tak klik. Budak tu pun dah ala-ala pemalas update blog dah. Kakak yang exam SPM, dia plak yg malas update blog. :p

Eh, ni ape cerita ni . Back to the story.

Saya menukar Gambar kepada HTML guna Photobucket. Dulu photobucket tu sengal juga sebab lambat & banyak songeh. Sekarang dah macam ada kemajuan sikit. ( Err..atau saya yang tak berapa pandai dulu ? Haha )

Mengedit gadget HTML adalah sangat menyampah berbanding Text. Tapi demi RealShoppe, ku gagahkan juaaaaa......

Bila dah berjam-jam duduk depan laptop, otak pun naik sewel. Mula lah cakap sorang-sorang. Nyai sampai naik risau dah tengok cucu dia membebel, menjerit, mengeluh, " me-yes!yes!", dan meraban sorang-sorang. Hua hua.







Tuesday, September 11, 2012

Genes & DNA



Kelmarin atom. Sekarang DNA pulak. Ape kena dengan saya ni ? Berada dalam keserabutan menghadapi dugaan seharian buat saya kembali mencari diri. Kata orang, kalau nak tenang - carilah alam dalam diri.  Choooyyy ~




Maka dengan itu, saya pun menelek-nelek perkara kecil lagi halus seperti Atom & DNA - asas kejadian diri. Rasa macam bahagia sangat bila dapat baca sains dan bercinta dengan bahasanya. Well.. saya suka bio sebab saya suka. Macam hobi lah. ;)

Saya percaya, bila kita mengenal biologi diri - kita akan mudah memahami dan mencari kekuatan diri. Setiap yang bernyawa sifatnya berubah-ubah. Seperti juga DNA. Ada kajian membuktikan bahawa DNA boleh di'reprogram' melalui healing, mind suggestion, etc tanpa merubah struktur DNAnya.

Kalau nak tahu lanjut, boleh baca kat sini  -->  Scientists Prove DNA Can Be Reprogrammed by Words and Frequencies

Ini intro nya :- 
 
THE HUMAN DNA IS A BIOLOGICAL INTERNET and superior in many aspects to the artificial one. Russian scientific research directly or indirectly explains phenomena such as clairvoyance, intuition, spontaneous and remote acts of healing, self healing, affirmation techniques, unusual light/auras around people (namely spiritual masters), mind’s influence on weather patterns and much more. In addition, there is evidence for a whole new type of medicine in which DNA can be influenced and reprogrammed by words and frequencies WITHOUT cutting out and replacing single genes.



Alkisahnya, saya pinjam buku Human Genetics - The Basic daripada Hasnah. Maka saya baca sambil tebuk-tebuk. Ini antara isi penting yang saya suka dan mahu salin semula.


 ***

A HUMAN BODY IS A COMPLEX, LIVING MACHINE. It is built of a few types of chemical element : carbon, oxygen, nitrogen, sulfur, and phosphorus. These elements combine into a few types of large molecule : nucleic acids, protein, carbohydrates and lipids.

From these building blocks arise our 260 or so different types of cell, which assort and assemble into four types of tissue, which turn interact to form our organs systems.

The nucleic acids DNA and RNA controls the activities of our bodies through the production of proteins. Some proteins are like building materials, such as the stretchy connective tissue protein elastin or the scaly skin protein keratin.

Very important are the enzymes, which are proteins that controls the rate of the hundreds of chemical reactions THAT KEEP US ALIVE AND WELL.



( eerr...adakah disebabkan itu Allah kurniakan IKAN BERTELUR berjuta-juta ...sebagai bekalan protein kepada manusia ? errk... )

okay. okay. ignore.

next !



 ***
 
The human genome, again like a language, transcends time. It holds not only the information for how we survive & function in the present, but compelling clues to our past, as well as the ability to change ( mutate ) in the future.

While the instructions themselves - the DNA sequences - may directly dictate how we feel look & feel, standing back we can compare them and see how we are related to others and our place in the living world.

In short, our understanding of the DNA molecule has provided POWERFUL NEW WAYS of LOOKING AT OURSELVES through the lens of time.

 
 
** 
Information about our past can be read from how our DNA sequences vary at specific places in the 3.2 billion building blocks of the human genome.




Ape kesimpulan nih ?
 
Errrr....
Yang saya tahu... kalau kita ambil sedikit effort utk faham dan belajar biologi tubuh manusia.. ia akan dapat membantu hidup jadi lebih tenang, bahagia, sihat dan kaya..
 
 
Motif ?!!! ---> Illek !
 
Babai :p
 
 
Mengarut tapi serius with love,
Ima Zahra.


Sunday, September 9, 2012

Atom

Ada sesetengah perkara kita sembunyikan dalam hati seperti kemarahan dan kekecewaan. Bila ia kecil kita abaikan segera supaya org lain tak terasa.

Dan ia berulang lagi. Kita padam lagi. Tanpa sedar,yg dipadam itu cuma 'rasa' marah. Kesan parutnya masih ada.

Org kata ... Benda kecil2 tak payah nak diperbesarkan. Tapi bukan bab ini. Jika ada yg xkena..selesaikan segera. Ambil masa utk rungkai marah dan kecewa yg beraja.

Jika tunggu masa yang sesuai..saya tak fikir masa itu akan dtg. Menanganinya akan ada sakitnya. Seperti meletak ubat pada luka. Ia perit..tapi itulah yang terbaik.

Moga terpadam kemarahan yg berakar.

Bangkitlah dari kekecewaan.

Asas kejadian..dari sekecil atom. Nampak enteng ? Tidak.

Bom atom bukan idea yg baik. Tangani sebelum atom dalam diri..bertukar menjadi bom.

"peace no war"

Bersangka baik dgn manusia.


Tuesday, September 4, 2012

Heal Yourself - Anne Jones ( Translasi Bhs Melayu ) (1)


Saya menulis semula buku Heal Yourself tulisan Anne Jones dalam Bahasa Melayu sebagai nota, ingatan, pengisi kekosongan dan memberi kekuatan untuk saya terus hidup. Semoga ia memberi manfaat kepada anda juga.

Ini adalah antara buku favourite saya yang memberi saya kekuatan bila saya lemah. Yang membantu saya memaafkan , letting go dan mengawal minda, emosi dan soul. 

Akan ada beberapa olahan pada beberapa bahagian buku ini kerana pada saya ia tidak bertepatan dengan prinsip yang dipegang oleh umat Islam. Oh ya ! Saya tidak tafsir bulat-bulat seperti apa yang ditulis...err..tapi saya cuba lah :)


ANNE JONES 
Penterjemah : Ima Zahra


HEAL 
YOURSELF 

LANGKAH-LANGKAH MUDAH UNTUK RAWAT 
EMOSI, MINDA DAN ROHANI (SOUL)


p/s : hingga hari ini saya masih belum ketemu perkataan tepat untuk mendefinasi SOUL. Adakah spiritual / rohani / jiwa  ? Semuanya berkait-kait.





tarikh mula : 4 September 2012
( tak jamin akan siap tulis. ha ha )