Buffet Ramadhan, lebih 120 hidangan ala-kampung + western + steamboat + kuih muih.
Cuma RM 98++ atau RM 55++ seorang / seperut / semulut / se 'tong sampah '? / se ' mangkuk tandas' ( sebab dah termuntah balik sebab makan terlalu banyak ) ???
Subhanallah. Memang gila. Okay, saya belum sekaya itu untuk buang duit RM50 ke atas, dengan kemampuan makan yang sebenarnya hanyalah 3biji kuih berharga RM 1.20 sahaja !( Erm,anda mungkin makan lebih sikit..hehe ) Inilah trend Malaysia yang dicipta oleh restoran & hotel-hotel. Masa untuk menggandakan keuntungan,saya fikir ??
Eh, bukan ke sepatutnya Ramadhan bulan banyak sedekah, ? dan menginsafi orang miskin yang tak makan ? Harga sepatutnya RM 98-- atau RM 60--. Minus- minus. Sedap sikit mata memandang. He he.
Dengan perut yang semakin mengecil dek berpuasa seharian, pasti perut akan 'menjerit melaung-laung' dek makanan berbuka yang berkodi-kodi masuk ke dalam tanpa henti. Dengan air bergelas-gelas, kejap suam, kejap sejuk, kejap panas. Makanan kejap manis, kejap pedas, kejap masam. Yahooo...! Anyone?? Saya ada resepi baru Ramadhan ini. Rojak Perut !! Ha ha.
Duit kita semakin kecil sekarang ini. Sekeping RM 100 boleh hilang berkeping-keping dalam masa sehari. Kita pula semakin perasan kaya ( kalau memang kaya tu tak pe lah jugak ). Maka, atas nama ukhwah, mengeratkan silaturrahim, dan sedikit bangga ( hey, semalam buka puasa kat Hotel Istana,beb ! )... kita pun senang hati berbelanja untuk berbuka puasa sehingga moreh.
Nabi s.aw makan berapa ringgit agaknya ya ???
Orang Malaysia hebat sekali ! Bravo ! I love Malaysia.
Tak lama lagi Merdeka,bila ada survey tanya ' apa yang anda suka tentang Malaysia ?'
" ya, pilihan makanannya yang bermacam-macam dan unik. Kita boleh makan pukul 3 pagi dengan mudah di mana saja.'
Marvelous !
p/s : Wahai hotel-hotel dan restoran pencekik darah, sekarang harga buka puasa dah setinggi RM 100. Agak-agaknya 10 tahun lagi, mungkin boleh letak RM 250 sekepala kot ??? Hooiii ! itu dah kira bahan mentah dapur mak aku setengah bulan!!!
Walaubagaimanapun, jika mahu makan buffet yang harga meletop-letop tu, inilah cara terbaik untuk memaksimakan keuntungan dari wang yang telah dibelanjakan itu. ( Kiranya - kena makan bagi tempat tu rugi, bukan kita. Ha ha )
- jangan makan kuih-kuih yang senang dapat kat bazar ramadhan
- jangan makan kuih / lauk yang hari-hari boleh dapat kat gerai depan ofis.
- makanlah makanan yang mahal-mahal, macam udang galah,ketam, ayam kampung, kambing bakar dll.
- kurangkan minum air ketika makan. sebab kalau dah minum air je kejenya, memang kembung perut lah. air tu buat basah tekak jgn bagi tercekik je . He he.
- pilih makanan yang chef kena masak. tak pe, tunggu pun tak pe..asalkan kasi chef tu keje lebih, baru berbaloi company bayar dia. ha ha ( dasar busuk hati )
- sila pastikan anda fuuuh fuuhh kat tiket buffet ramadhan , supaya dapat penginapan percuma 5 hari 4 malam kat hotel tu. (kuang kuaangggg)..
Chow cin chooowww...!!~~~ :)