Saturday, July 2, 2011

Quilling mengeratkan silaturrahim

Dahulu,saya sangkakan dunia kertas ini sunyi dan tiada penggemar. Sejak saya mengenali quilling, barulah saya tahu bahawa penggemar seni kertas ini sungguh ramai dan tidak terhad kepada satu-satu negara sahaja. Ianya worldwide friendship ( oh,rasanya macam salah saja istilah itu. hentam sajalah )

Seperti ada suatu perasaan teruja yang luar biasa bila melihat hasil seni kawan-kawan kertas (other quiller - i mean, otai quiller ) yang lain. Bila melihat blog mereka, nafas seperti terhenti, mata terlupa untuk berkedip, hati terlalu kagum. Subhanallah, hebat sungguh ciptaan Allah. Idea yang Allah beri kepada hambaNya mampu buat tubuh kita terlupa untuk berfungsi.

Saya maksudkan blog http://miyyahatkertas.blogspot.com/ dan Inna's Creation. Bila saya melihat Mezuzah, jantung saya seperti berhenti berdegup. " Gila ! rajinnya dia gulung kecik-kecik macam ni,aaarrrggghhh... tak masuk dek akal langsung !!! " Ketekunan dan ketelitian menghasilkan Mezuzah sangat saya kagumi. Woww !!!

Begitu juga dengan Royal Wedding ciptaan mailto:http://miyyahatkertas.blogspot.com/ - sangat mengkagumkan. Ia seperti nafas dan pemandangan baru dalam dunia kertas, sehingga mencetus perasaan - ' suatu hari mesti nak order macam ni dengan Miyyah.' Very well done, I'm amazed !

Persahabatan yang terjalin baik antara quiller juga sungguh menyenangkan hati saya. Saya cuma pemerhati, kerana masih baru dalam dunia ini, cuma berjinak-jinak 'like' hasil kerja mereka di Facebook. Bila antara quillers berkomunikasi melalui tutorial dan saling bertukar link, saya sungguh gembira melihat energi yang sangat sihat dan positif. Seperti tutorial dari Simple Rhyme yang diguna oleh Inna's Creation di entri ini.
I just love !

Saya doakan mereka akan dicurahkan idea dan diberi kekuatan untuk meneruskan seni quilling ini. Saya tidak pernah tahu berapa harga minimum sekeping kad quilling, tapi percayalah bahawa kos / modal yang paling mahal dalam pembuatan kad ini bukanlah design,tetapi MASA yang terkorban.

4 comments:

  1. Ima, terima kasih banyak2 untuk entri ini, sangat terharu! :) Terima kasih untuk doa ima, saya juga doakan Ima diberikan lebih ilham dan idea dariNya! You're one talented quiller, so don't be scared in experimenting something new ok! :)

    ReplyDelete
  2. Apa yg membuatkan sekeping kad quilling 'agak mahal' adalah sebab masa yang dikorbankan...betul disitu :-)

    ReplyDelete
  3. Hasil quilling atau sesuatu hasil seni sebenarnya tidak ternilai jika dinilai..
    semuanya datang dgn cinta & passion..

    ReplyDelete
  4. kak Miyyah, thanks for revisit.

    Siti - kan ? kan ?? bila pikir2 balik banyaknya masa terbazir, tapi bila tengok hasil...kecik punya hal laaa..hehe..sebab suka :)

    CraftyDiva's - ya betul tu...

    ReplyDelete