Friday, July 22, 2011

Ikhlas


Berguni mana pun buku agama yang dibaca,
ikhlas mungkin masih belum dapat terbit.
Tapi,ia mampu mendorong.

Segalanya tergantung niat.
Jika mahu itu dari hati dan untuk Allah..
itu pastinya ikhlas.

Keajaiban tawakal menuntut ikhlas sebagai syarat
begitu juga percaya, bahawa
Dia pasti akan menunaikan janjiNya.

Tinggal kita yang harus tekun,
memperbetul diri untuk lebih ikhlas dari hari ke hari

Moga cinta yang lahir
Moga rindu yang terbit
Moga kasih yang terjalin
Moga impian yang dibina
Moga harapan yang diukir
Moga kerja yang diurus
Moga langkah yang diatur
Moga setiap detik
ada ikhlas kerana Allah swt.




Thursday, July 14, 2011

Purple Fairies for my lovely Effy

Pari-pari ungu ini dibuat khas untuk best friend saya, Effy. 

I love u so much,dear !!!!


 True friends are very difficult to find, hard to leave, and impossible to forget.

Everyone hears what you say. Friends listen to what you say. Best friends listen to what you don’t say.

A best friend shares the good times and help you out by listening during the bad times.



nothing lasts forever
so live it up
drink it down
laugh it off
avoid the bullshit
take chances
& never have regrets
because at one point
everything you did
was exactly what you
wanted
.

 p/s :    you know what i mean. :P 



coming soon ! full version of this card. 

Friday, July 8, 2011

Upah Signboard sebenarnya upah baring kat tepi bangunan

Pheww... okay. Hari ini saya sangat gembira kerana berjaya memasang signboard Real Shoppe. Yahoooo !!!!!

Eh,bukan saya pasang. Ada 4 orang jejaka bersama sebuah lori yang penuh peralatan memasangnya hampir 3 jam !

Bukan mudah nak pasang signboard rupanya. Nanti saya akan tuliskan cara-cara memasang signboard dan gaya antik baring tepi tingkap bangunan ya.



Nasib baik kedai saya tingkat 1.

Di bawah ini rupa design signboard kedai saya. Hampir satu bulan menyiapkan sekeping design. Oh !
Signage besar pada dinding luar bangunan

Mesti cat dinding bangunan ni !!!

Signage Tepi Tangga



Nampak tak ada pelbagai versi design pada papan tanda di atas ? Ini semua disebabkan proses-proses memilih gambar,design dan tulisan yang sentiasa bertukar-tukar sehingga diisytiharkan FINAL !

Apapun, usah dipandang pada luaran, rupa dalam kedai saya sangat cantik dan selesa :)



Kan ? Kan ? Kan ?
Singgahlah datang shopping-shopping di Real Shoppe.
Kami cuba yang terbaik untuk memberi solusi kepada masalah kesihatan anda. :)

Monday, July 4, 2011

Jika terus memberi, cinta juga akan habis

Jika bergunung-ganang duit yang ada, bila ditarah setiap hari selori demi selori -----> lambat laun habis juga.




Jika tinggi melangit pun cinta yang ada, bila asyik memberi tidak menerima ----> habis pudar kering kontang ke teras bumi juga akhirnya.

Adakah anda memberi dan menerima cinta dengan seimbang ?

Atau sekadar memberi sahaja ? Jarang-jarang sekali menerima. Keletihan akan tiba. Keikhlasan mungkin teruji. Kesabaran bakal tiba dipenghujungnya.

Atau anda hanya sekadar menerima ? Kasihani diri anda yang bertindak seperti pengemis.Lama-lama naik lemak,terlalu mengada-ngada. Mewah dalam miskin.


Hidup ini ada Yin dan Yang. Ada beri, ada terima. Barulah stabil ikatan yang dibina. Fikir-fikirkan sejenak.

**************************************************

INI BACAAN YANG BAIK :)
sesuai untuk lelaki dan perempuan, kondisinya sama saja.

silalah mengkoreksi diri,ya.

(sumber : SINI )

Andai lelaki tahu..apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andai lelaki tahu..apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.  
 
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.  
 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.  
 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.  
 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   

 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   

 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.  


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.  
 
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
 
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


" Renung-renungkan, dan selamat beramal "
:)

Saturday, July 2, 2011

Quilling mengeratkan silaturrahim

Dahulu,saya sangkakan dunia kertas ini sunyi dan tiada penggemar. Sejak saya mengenali quilling, barulah saya tahu bahawa penggemar seni kertas ini sungguh ramai dan tidak terhad kepada satu-satu negara sahaja. Ianya worldwide friendship ( oh,rasanya macam salah saja istilah itu. hentam sajalah )

Seperti ada suatu perasaan teruja yang luar biasa bila melihat hasil seni kawan-kawan kertas (other quiller - i mean, otai quiller ) yang lain. Bila melihat blog mereka, nafas seperti terhenti, mata terlupa untuk berkedip, hati terlalu kagum. Subhanallah, hebat sungguh ciptaan Allah. Idea yang Allah beri kepada hambaNya mampu buat tubuh kita terlupa untuk berfungsi.

Saya maksudkan blog http://miyyahatkertas.blogspot.com/ dan Inna's Creation. Bila saya melihat Mezuzah, jantung saya seperti berhenti berdegup. " Gila ! rajinnya dia gulung kecik-kecik macam ni,aaarrrggghhh... tak masuk dek akal langsung !!! " Ketekunan dan ketelitian menghasilkan Mezuzah sangat saya kagumi. Woww !!!

Begitu juga dengan Royal Wedding ciptaan mailto:http://miyyahatkertas.blogspot.com/ - sangat mengkagumkan. Ia seperti nafas dan pemandangan baru dalam dunia kertas, sehingga mencetus perasaan - ' suatu hari mesti nak order macam ni dengan Miyyah.' Very well done, I'm amazed !

Persahabatan yang terjalin baik antara quiller juga sungguh menyenangkan hati saya. Saya cuma pemerhati, kerana masih baru dalam dunia ini, cuma berjinak-jinak 'like' hasil kerja mereka di Facebook. Bila antara quillers berkomunikasi melalui tutorial dan saling bertukar link, saya sungguh gembira melihat energi yang sangat sihat dan positif. Seperti tutorial dari Simple Rhyme yang diguna oleh Inna's Creation di entri ini.
I just love !

Saya doakan mereka akan dicurahkan idea dan diberi kekuatan untuk meneruskan seni quilling ini. Saya tidak pernah tahu berapa harga minimum sekeping kad quilling, tapi percayalah bahawa kos / modal yang paling mahal dalam pembuatan kad ini bukanlah design,tetapi MASA yang terkorban.