Friday, May 27, 2011

Mata Hati berkata-kata bila perlu..




ADA MASA MASA
BUKAN DENGAN MATA
NAK MENILAI RUPA
MANA CANTIK, MOLEK DAN MANIS
TETAPI ITU KERJA HATI
MELIHAT DARI PEKERTI


ADA MASA MASA
DARI SISI SAMA
MASIH TETAP JUA
PANDANGAN BOLEH BERBEZA
ASALKAN SAJA DI HATI
SUDI CUBA MEMAHAMI

ADA MASA MATA
ADA SAHAJA
ADA YANG TIDAKLAH KENA
CEREWET MENCARI SEMPURNA
TERLUPA APA BERHARGA

ADA MASA MATA
ADA KETIKA
TAK TERLIHAT CELA
KERANA HATI SUDAH SUKA
SEPERTI JUGA AKU
BILA MENGENALI DIRIMU

JANGAN KUNCI
PINTU HATI
LEPAS PANDANG
SEBALIK DIRI
BILA INDAH TELAH PUDAR
ATAS APA KITA BERDIRI

Siti Nurhaliza

Monday, May 23, 2011

if only i can just fly away....


bila langit tak lagi indah untuk dipandang
tapi aku hanya kaku di sini.
orang melihat - dan tersenyum.
aku memandang - dan hambar.


************************
aku mahu begini
selalu.

Wednesday, May 18, 2011

Dari Bekas Kek ke Sangkar Burung ke Taman Merak

Dulu-dulu mak jual kek coklat,jadi kek itu diletakkan dalam bekas plastik. Masih ada stok banyak lagi di rumah. Sebelum dibuang, saya ambil beberapa - manalah tau kot-kot boleh buat something dari bahan terbuang. :)

Masuk bilik, capai kertas, gam dan gunting !

Ok ! Mari kita buat sangkar burung.
Dan 2 ekor burung sedang bercanda :)

 


Kak Lin - jadi inspirasi untuk saya buat burung ni. TQ kak..

Ingat tak , masa saya ke Dumai naik feri...saya sempat berquilling (tutorial) Dan inilah jadinya.
Letakkan bunga-bunga itu di dalam pasu bunga yang diperbuat dari kotak.
 

Eh, Burung Pink dah bosan bercanda di dalam sangkar, jom kita ke Taman Merak.


Ha...kan seronok macam ni..Aha,nampaknya burung pink tersalah pilih taman. Burung Merak itu sangat tak mesra, buat hal sendiri je kan ? Say hi lah sikit, merak. :)


Laptop ku berguna sepenuhnya !

Alhamdulillah, rasa nak lompat-lompat kegembiraan di atas tilam Dreamland saja bila semalam Abang Man telah berjaya membantu saya menyempurnakan Laptop saya ini. Hampir setahun beli laptop, tapi tak sempurna. Cuma jadi tempat layan internet , transfer dan resize gambar sahaja. Ape lah.

Bila Abang Man dah masukkan Microsoft Office, Photoshop, melengkapkan video maker, dan beberapa cekadak yang lain -- saya baru rasa seperti pejabat saya baru siap renovation ! Syukur Alhamdulillah. Bolehlah saya memulakan menulis buku, mengemaskini blog bisnes dan menyibuk-nyibuk di dunia maya pada bila-bila masa. Ups ! Tak boleh terlalu lama, nanti elektromagnet merosakkan aura saya yang cantik ini.

Ohya, jomlah ke kedai Real Shoppe saya dan jadi followers ya ! Saya ada banyak hadiah untuk diberikan, memandangkan saya ni tauke kedai kan... ;) suka hati lah nak kasi apa pun. Tapi yang pastinya semua produk yang bagus-baguslah. Free. Free. Anda like ? Saya Like ! :)


Sila cari perbezaan 2 promosi di atas :)

Beberapa hari yang lalu kita menyambut Hari Guru. Bagi saya, guru yang paling agung ialah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda mengajar dan mendidik hati kita untuk buat kebaikan tanpa henti sehingga akhir hayat.

Pernah baca buku " Berguru dengan Allah " ? Saya fikir ia adalah buku yang bagus. Bacalah. Allah adalah tempat kita mengadu, bertanya, memohon pertolongan. Dialah segalanya. Malahan, Allah selalu bagi jawapan dengan cepat dan tepat berbanding manusia.

Jumpa lagi !

Saturday, May 14, 2011

A Beautiful & Memorable Trip to Dumai - LakeToba - Medan (11)

Sesi penjelajahan Danau Toba akhirnya berakhir pada petang hari. Alhamdulillah. Pak Saregar membawa kami minum petang di tepi bukit dan menghadap keseluruhan Danau Toba. Subhanallah, cantik pemandangannya walaupun tidak kelihatan matahari terbenam.

** AIR BASUH TANGAN **

Hari hujan - cuaca sangat sejuk. Agak pening juga nak pilih menu petang sebab di sini tiada roti canai, roti bakar atau roti jala. Masa ni lah baru nak rasa bangga jadi anak Malaysia. :) Yang ada cumalah telur itik rebus, dan keropok-keropok. Kira oklah untuk buang masa sementara nak tunggu malam.

pemandangan Danau Toba dari tepi gunung



Nampak botol-botol di atas meja tu? Ya ! botol arak tu. Ish ish.. sebenarnya ia cuma berisi air gunung untuk buat basuh tangan. Alahai, tak berkenan betul.

Lebih kurang 1 jam kami disini, bersembang-sembang tentang apa yang dilihat semasa pusing-pusing tadi. Sambil mengomen Pak Saregar bawa kereta laju masa perjalanan datang ke Danau Toba. Superb ! Memang laju dan ngeri.

********************************************

SARAPAN - PEMANDANGAN YANG SANGAT CANTIK

Malam tadi tidur lena di atas tilam. Terasa lega dapat tidur malam dengan sempurna. Saya sempat buat quilling sebelum tidur.

Keesokan paginya, kami bersarapan di hotel dan bersiap-siap untuk check out hotel. Subhanallah.. Pemandangan dari kafe hotel ini sangat sangat sangat cantik. Kedudukannya yang tinggi di atas bukit, menghadap Danau dan berdinding kaca.


Di belakang saya ialah swimming pool. Belakang swimming pool ialah seluas-luas tasik. Sangat cantik.
Saya rasa sangat seronok dapat makan roti di waktu pagi. Rasa nak pengsan asyik makan nasi padang. Fuh !



Nantikan perjalanan ke Brastagi yang menyeronokkan. Terima kasih sudi baca ! :)

Tuesday, May 10, 2011

A Beautiful & Memorable Trip to Dumai - LakeToba - Medan (10)

Anda boleh mengikuti Travelog Dumai-Danau Toba-Medan yang sungguh mengancam kesabaran dan memberi pengalaman pada saya di sini.


** TIGA TEMPAT MENARIK DI LAKE TOBA **
Hari sudah semakin menghampiri senja ketika feri kami yang kosong dan besar itu tiba di perhentian terakhir, Tomok. Tomok oh Tomok, adakah kau berasal dari sini ? He he.

Hati saya kurang senang bila tiba di tanah Tomok, terasa energinya semacam saja. Abah dan Mak dikejar oleh penjual kacang rebus di tepi jeti. Ha ha. Biasalah, typical Indonesian.




Disebabkan percutian kami tidak diiringi tour guide, maka saya pun konon-konon berlakon minat sejarah dan geografi dengan mengambil gambar peta Danau Toba. Nanti jangan kata tak tengok peta pulak kan. He he.

Rupanya di Tomok ni banyak kedai-kedai menjual cenderamata, baju, kain, ikan tilapia masin, dan barangan kraf Indonesia. Sejenak kaki saya melangkah masuk ke kawasan kedai, signal Dup dup dup dup di Heart Chakra pun menyala-nyala. Itu tandanya " ini kawasan keras". Cepat-cepat saya perkukuhkan aura dan kunci rapat-rapat supaya tidak terjangkit elemen-elemen yang tidak baik pada tubuh. Saya juga buatkan protection untuk mak dan abah.


Saya agak gembira bila puak-puak pekedai ni bukan jenis yang tarik tangan sampai kita beli barang dia. Eh, percaya atau tidak - saya tidak  terpikat langsung dengan satu barang pun di sini. Konon nak beli T-Shirt Danau Toba, tapi rasa tak sedap hati betul nak keluarkan duit, so tak payahlah.

Ada 2 tempat tarikan Orang Batak di sini ; yang pertama - Patung Si Gale-Gale & Rumah tradisional Orang Batak, dan yang kedua - Kubur Raja Sidabutar ( org pertama jumpa Danau Toba ). Abah cakap, sejarah Nabi pun tak hafal, tak payahlah nak ambil tahu sangat sejarah Orang Batak.



Saya memang tak suka ke sini. Sangat tidak suka. Menyeramkan. Suram. Tapi, bila dah sampai - jangan ketinggalan. Sekurang-kurangnya mesti menjengah. Eh tidak ! Saya tak pergi langsung ke kubur tu....eeeewwww..takut. Hanya ambil gambar papan tanda sajalah.


Penduduk di Tomok lebih ramai dan aktiviti mereka juga macam-macam. Jadi kebersihan di situ kurang memuaskan ( gaya report pengawas sekolah ). Saya juga terjumpa kedai yang menjual -----. Oh, tidak mahu saya menulisnya. Anda tengoklah gambar ini sendiri.

makanan favourite dorang - sila klik utk lebih jelas. aarrrrgghh !
Orang-orang di jeti Tomok melihat kami pulang dengan muka yang terpinga-pinga. Satu feri kosong !!!! Hanya 4 orang ja penumpang. Gila.

Sunday, May 8, 2011

Barang Arts sangat mahal

Petang tadi saya melepak-lepak dengan Diba & Farah di The Curve. Ramai sungguh manusia di situ - memandangkan hari ini ialah Mother's Day. Jadi ramailah yang berusaha seboleh-bolehnya untuk meraikan ibu mereka. Di kesempatan itu juga, kedai-kedai pun membuat promosi Hari Ibu, diskaun itu dan ini.

Malangnya, kedai jual kertas dan segala tok nek scrapping yang saya pergi tadi tak pula buat diskaun gila-gila. Yang gilanya itu adalah saya- mata naik juling sebab semua benda nak tengok dan sungguh mengujakan. Tapi malang seribu kali malang, hanya 10% dari barang-barang di kedai itu saya faham ape fungsinya.

Hah ! Baru 10% faham - tapi berhabis duit sudah lebih RM100. Saya fikir saya tak mahulah nak tahu details product di kedai itu. Mesti lagi habis rabak duit saya. Tidak ! Ima Zahra - harus berwaspada dan tahu asal usul ya - pesan saya kepada diri saya yang sudah tidak terkawal.

Tujuan utama ke Kedai Kertas bernama " Papier" itu ialah untuk membeli Stamp ala-ala bunga @ berbentuk border. Oh, tinggal harapan sajalah . Apa yang saya cari tu tak ada, makanya hati menjadi sangat tidak gembira. Saya tercari-cari apa yang boleh dibeli.

- kertas2 yang sungguh adorable
- wrapping paper kempen recycle
- reben
- ink stamp
- stamp
-quilling paper

Nasihat saya, janganlah menterjebakkan diri dalam dunia seni yang menghabiskan wang ini. Pheeww !~

Apapun, melepak bersama Diba dan Farah di Papa Rich memanglah sangat menyeronokkan. Love you both !!!

"OMG! ima, kita dah besarlah ! ", says Farah
( selepas Diba memberi kenyataan meletop )

thanks for e nice lighting ,Papa Rich.