Friday, September 23, 2011

Karnivor,Herbivor,Omnivor

Teringatkan macarons. Kuih yang tengah "It's like warm butter sliding down hot toast" tu lerr... ( saya rembat status Miss Diba ) . Haha.




Dedulu, kat sekolah kita ada belajar ni :


Karnivor - Haiwan makan daging = MAGING
Herbivor - Haiwan makan tumbuhan/daun - MAUN
Omnivor - Haiwan makan macam-macam, kasi apa pun dia telan ( manusia pun dalam kategori nih )




Saya nak tambah lagi satu..

Sub Omnivor 
----->  Manusia makan macarons = MA-OONS 



Ha haha.
Okey.

Sekian pelajaran bahasa hari ini.

Babai.

Joel Harper's Arms Workout : Utk blogger tegar.. !

Kalau lama sangat depan pc/laptop, bahu penat, jari penat, lengan penat.. berjam-jam tergantung atas meja... eeem... bila dah penat sangat, terus tutup laptop dan buat kerja lain pula.

Apa kata kita buat benda sihat pula. Ini sangat baik utk blogger-blogger tegar / facebook2 tegar macam saya . Nak pergi senaman susah kan ?? Jom buat ni !!

http://www.oprah.com/health/Joel-Harpers-Arms-Workout-Video/topic/health?page=3

Makan-makan at Singapore

Bulan September bulan Singapore. Ewah, macamlah tiap-tiap bulan pergi oversea !!! Oh yeaah.. ada laaa dalam mimpi jek !!

Walaupun Singapura ini kecil dan ramai yang kata 3 hari dah cukuplah kat Singapore ! Saya MENAFIKAN sekeras-kerasnya. Ini kerana terlalu banyak tempat makan-makan yang best di sini, tempat pelancongan, tempat cantik etc yang boleh kita lawat. Sesampainya saya di Budget Terminal Singapore, saya ambil booklet "places to go in Singapore'. Memang memberi info yang berguna untuk pelancong. I like !

Ok, entri kali ini, cerita sikit pasal makan-makan lah. Kitorang ( me & parent ) tak lah pergi makan kat tempat-tempat canggih, cuma sekadar makan mengisi perut yang lapar bila cukup time.

So, let the pictures do the talking !Hooray !~ ( excited tak pasal-pasal )


Kedai mamak memang banyak kat Singapore. Cari je mana-mana corner lot, insyaAllah jumpa ( fuuhh hiperbola betul ). Tempat paling mudah nak dapat makanan halal - kedai mamak lah kan !! Makanan dia pun sedap-sedap, kari-kari pun tak macam kari Malaysia yang 3-4 hari carry forward !!!

Chillis @ Sentosa Resort. Errmm... di atas meja terdapat menu makan & minuman( yang tidak halal itu !! ). Sungguh kurang selesa.

Sedap sangatkah popcorn ini ? 1 gallon ? Mak aiii memang besar dan banyak. Oh,lihatlah harganya $36 .. kira-kira RM 86 ( harga sekarang ).. adududuuuuu.... inilah namanya 'makanan taik gigi'

Bagi penggemar ceklat-ceklat, lollipops, gegula dan sekeluarga dengannya, bolehlah membeli belah di Candylicious, Sentosa Resort.. siap ada trolley comel lagi !!! Meriahlah.

Agar-agar la kot?? Entah. Ternampak kat Food Republic,Ion Shopping Mall.

Cantik signboard Food Republic tu. Saya terpesona. ! Di sini, ada banyak pilihan makanan, pertama kali masuk food court di Singapore, jadi ngeri juga mengenangkan halal / tidak ?? Tukang makannya ramai Cina, tapi kebanyakan gerai di dalam tertulis ' no pork '. Kena buka mata besar-besar dan tengok betul-betul siapa tukang masaknya. Oh, susahlah !

Geylang Road ialah wilayah Melayu. Ya, tempat yang agak mundur. Hello, asalkan sebut Melayu tak kisahlah negara apa pun, memang mundur jek ! haha. Yang penting, kedai makan Labu-labi ni tukang masaknya Melayu. Jadi, senanghatilah nak makan. Saya makan nasi goreng pattaya - sedap & banyak. Makan di kedai-kedai Singapore ni seronok juga sebab tak kedekut bahan macam kat Malaysia.

Little-India ialah wilayah India. Phewwww...meriah. ! I like ! Semua bisnes ada, dari kedai makan, ke masjid, ke kuil, ke jual kereta, ke pasaraya Mustafa, ke jual gadget.. semua ada. Saya singgah makan di ABM Restaurant. Abah cakap " restoran nama abah " = Ali Bin Maidin. He he... Kedainya ada aircond dan bersih. Saya suka konsep yang simple begini.

Kedai coklat dalam Ion Mall.

Ini Nescafe Cino. Tengok yang bawah sekali tu susu. Tak berani saya nak kacau habis.. MANISSS !!~

Entri tengah lapar

Inilah gedik namanya. Kalau sudah lapar, pergilah makan ! Buat apa bertepek depan laptop lagi ? Membaca blog si perempuan blogger terkenal yang post makan sedap-sedap tu boleh kenyang ke ?

Inilah namanya cari pasal. Dah lapar, pergilah makan.

Ups, entri ini mugkin tiada faedahnya,jadi pesanan untuk semua jika tidak mahu masa terbuang - jangan teruskan pembacaan.

Istilah-istilah makan:
( laaaarr !! kenapa baca lagi ni ? oouuh memang nak buang masa ler tuuu )
  • buat taik gigi - ini namanya makan benda remeh temeh.yang tak kenyang langsung. Tapi mungkin makan benda-benda gini harganya lebih mahal dari sepinggan nasi. Cth : keropok / ais krim / coklat mahal-mahal, macaroon, cupcakes.. dll.. haaaa betul tak ? tak kenyang, tapi duit habis, dan tambah taik gigi. Ha ha ha.

    • hiasan perut - makan buat hiasan perut. Lebih kurang macam taik gigi juga,tapi makanannya lebih berat. Macam roti croissant, roti rangup-rangup, atau apa je yang macam berat / tinggi kalori tapi kenyangnye 5 saat je. Lepas tu lapar balik, dan otak pun sibuklah mencari benda lain utk dimakan lagi. Ha ha ha.

      Okaylah, memandangkan perut saya sudah keroncong-keroncong , saya babai dulu lah. Mungkin ada lagi istilah yang ada di kepala ni, tapi tak boleh terkeluar idea sebab kebulur. Ha ha.

      Aura : Energi Solar Plexus ( Perut) dan Crown Chakra ( otak) ada link. so kalau bateri low kat perut, kat otak pun low jugeeek...

      Sunday, September 11, 2011

      How to organize your dressing table ?

      Hari ini saya peruntukkan waktu untuk mengemas almari solek saya yang penuh dengan skin care, make up, kerongsang, gelang, cincin, perfume, bedak dll. Cekadaknya jadi perempuan !

      Saya sempat google " how to organize dressing table", dan hasil cariannya tidak memuaskan. Sedikit kecewa, jadi terpaksalah saya hentam saja asalkan aktiviti mengemas ini diteruskan juga.

      ada sesetengah kerongsang memang saya takkan pakai lagi, tapi simpan buat kenangan. Hakhakhak.. punca !

      Inilah yang saya lakukan selama 2 jam ! Sebenarnya almari saya tak lah kronik sangat, mungkin anda punya lagi dahsyat. hahaha.. Tapi sambil kemas sambil belek-belek sambil terkenangkan ' aku beli ni bila ?' atau ' siapa kasi gelang ni eh ?' atau ' eh, sape punye kerongsang aku curik nih ?'. Ha ha ha. Biasa. biasa. biasa. ! Memanglah meleret sehingga berjam-jam.

      9 STEPS : 

      Pertama : Buang barang yang tidak diperlukan. Jangan simpan kotak-kotak perfume/losyen/makeup walaupun ia berjenama terkenal. ( Ok, kalau nak simpan jugak, asingkan dan pastikan anda letak kotak-kotak tersebut di tempat lain, bukan di almari solek ! )


      Kedua : Pastikan barang apa yang paling kronik perlu dikemaskan. Saya ada banyak gelang tangan, jadi saya kemaskan itu dahulu. Saya gulung kain yang tidak digunakan sebagai tempat meletak gelang. Anda boleh menyusun gelang/ rantai tangan mengikut prioriti, seperti - gelang mana yang selalu di pakai ? gelang ala Bollywood , rantai tangan, gelang kristal dan lain-lain. Terpulanglah pada keperluan sendiri ya !


      Ketiga : Rantai leher diletakkan di dalam satu bekas. Sebaiknya rantai digantung.Tapi saya tidak punya cukup ruang untuk menggantung rantai, tambahan saya tidak punya banyak rantai, jadi saya simpan dalam bekas sahaja.

      ( Nota : Jangan campurkan barang EMAS dengan barang kemas sepuluh ringgit sekali. Anda mesti menyimpan rantai,cincin,anting-anting,atau gelang emas di dalam satu bekas lain, dan simpan di tempat yang selamat )




      Keempat : Simpan semua kerongsang di satu tempat yang sama. Buang kerongsang yang dah tak ada batu berlian tu. Tak yah simpan lagi sebab anda memang tak akan guna lagi sebab buruk ! Kerongsang yang sering dipakai bolehlah diasingkan di satu tempat yang mudah dicapai untuk menjimatkan masa.

      Saja nak tayang facial wipe Simple - sangat berguna jika travelling.

      Kelima : Asingkan set penjagaan muka ( toner, moisturiser,sunblock, serum,losyen,dll skin care) yang digunakan hari-hari dan letakkan di tempat yang lebih mudah dicapai tangan. Sila asingkan barang penjagaan muka/rambut dll yang dipakai seminggu / 2minggu atau 2bulan sekali di tempat yang lain,tapi JANGAN SIMPAN di bawah almari !!! kalau tak, sampai 2 tahun pun memang takkan pakai sebab tak de depan mata ).

      Keenam : Ruang utama meja solek mestilah diisi dengan barang yang diguna setiap hari sahaja. Jika anda tidak sempat mengemas barang yang baru dibeli setiap hari, sila buat setiap hujung minggu atau ketika hari anda bercuti. Elakkan sebarang penundaan.

      Everyday use. Melampau ! S7 Magical Oil adalah wajib untuk mencantikkan aura dan menstabilkan diri ya !


      Ketujuh : Asingkan perfume ! Jangan campurkan perfume dengan barang makeup atau skin care yang lain. Jika perfume tertumpah ke atas bekas eyeshadow/bekas plastik make up akan cair dan langsung tak boleh pakai lagi !!! ( pengalaman niiihh ). 



      Kelapan : Sambil mengemas, sila lap almari yang berhabuk dengan kain basah. Pastikan kain lap diperah kuat-kuat supaya tidak berlebih air di atas almari. Ia boleh melembabkan almari kayu kembang. Oh no no !


      Kesembilan : Kemas sampai puas hati. Lepas tu baru berhenti.

      Kalau anda ada blackheads yang degil, sila gunakan produk b.liv ini, kerana ia ssuuungguuuh berkesan. I LOIKE! Boleh beli di Sasa. RECOMMENDED !


      Okay !! Almari solek sudah kemas dan cantik. Sedapnya mata memandang. Weee weee !~

      Friday, September 9, 2011

      MPH - Ruangan terseksi , Self Help.

      Bertuah punya tajuk kan ? Saya memang ada masalah untuk meletakkan tajuk dalam setiap post saya. Memang ini masalah sejak kecil begitu. Dulu-dulu tulis cerjang (cerita panjang), main sedap je tulis..tak ada tajuk. Sekarang, main sedap je tulis kat blog ni, tajuk ntah apa-apa. Memang susahlah google nak cari blog aku. Hukhuk.


      Membaca buku sangat best.
      Membeli buku satu terapi.
      Mengaplikasi apa yang dibaca - itu perlukan semangat !


      MPH dan Kinokuniya adalah syurga dunia. Tempat bertemunya ilmu-ilmu yang tersusun dengan persembahan yang baik. Oh, saya perlu ada cita-cita untuk membuka sebuah cawangan MPH,kan ??!

      Di Indonesia, Pustaka Gramedia sangat menggiurkan. Boleh pengsan tengok jutaan buku di sana... !!

      Apa yang seksi ? Ya, Rak SELF HELP sangat seksi. Saya suka sangat sangat sangat rak ini. Semua orang perlu tolong diri sendiri, lepas tu tolong orang lain. Mentaliti kena betul. Mesti selalu positif. Kalau korang tak pernah pergi ke rak Self Help ini, apakata lepas ni kalau masuk kedai buku terus saja meluru dan ambil la beberapa buah buku untuk dibelek ya.

      Mungkin ada yang ada niat nak majukan diri, tapi terasa macam kalau pergi kat Rak Pengetahuan Agama tu terasa macam terus jadi alim sangat.. ( tolong buang mentaliti anda itu ke dalam tong sampah ! Tak IN langsung !!! ) Jadi, saya sarankan untuk anda berfoya-foya dengan buku-buku self help untuk mengurangkan buntu dan stress dikepala anda. Selepas itu, berjinak-jinaklah ke Rak Agama pula. Bukan semua buku agama (seram)...ada juga bacaan ringan yang boleh memandu anda dengan baik. InsyaAllah, berat di kepala akan berkurangan bila dah baca buku-buku begini.

      Kalau kurang syiok dengan buku Bahasa Inggeris, silalah ke rak buku Melayu. Banyak buku terbitan PTS, Must Read dll yang bagus-bagus serta mampu menyenangkan jiwa anda. Untuk berjaya, anda perlu menerangkan HATI. Nak terangkan hati mesti ada NUR ( cahaya ). Nak cari NUR, kena cari ILMU.


      Sekian, selamat membaca !

      _ peace_

      Wednesday, September 7, 2011

      Raya 2011 - Melibatkan banyak haiwan :) zoo raya ?

      1. Itik 3 ekor disembelih untuk buat Rendang Maman - Thanks to Mak Teh yang jadi Tauke Itik

      2. Burung Puyuh berekor-ekor dibuat Rendang Maman - Thanks to Mak Teh again !

      3. Ayam telur 8 ekor dibuat untuk dibuat Kari Ayam

      4. Tulang & Daging Lembu untuk dibuat Sup Tulang

      5. Udang - untuk dibuat sambal petai (permintaan Diba sebab dah tak larat nak makan daging !!! )

      6. Ikan Bilis - untuk dijadikan rencah Nasi Goreng Jawa (ikan bilis) !!!

      7. Melawat arnab yang comel di belakang rumah Pak Ngah. Seekor anak arnab yang comel cuma RM 10. Aduuh..murahnya.


      8. Kucing-kucing dirumah nyai bergembira di hari raya sebab dapat banyak sisa makanan, ' setahun sekali !', kata mereka.

      9. Seekor kucing telah terkorban tergilis/digilis ( punca kematian sedang dikaji) di depan rumah nyai.

      10. Kami ( Saya, Diba, Muadz, Hafiz ) melawat A Famosa Resort ( lalu dan bergambar-gambar di perkarangan Safari World ), ada banyak haiwan di dalam, harap maklum. :P



      11. Berekor-ekor lalat cuba mengganggu kebersihan dapur rumah kami. Cesss...jangan harap korang nak beranak pinak di sini ya !

       
      12. Di rumah Mak Long Melaka, kami berpeluang mengambil gambar dengan Belangkas The Predator, serta mencuba telur-telurnya. Rasa macam telur kuning ( telur asin ). Boleh tahan juga sedapnya.


      13. Mak Long ( kroni2nya) juga membela anak kucing di dalam sangkar yang sangat comel dan ready untuk berposing

      14. Tidak ketinggalan, ada Musang (berjanggut?) yang sangat jinak di rumah Mak Long.




      Hah! Macam ZOO, KAN KAN KAN ??? belum di kira semut & kerengga di rambutan yang kitorang makan beriya-iya di kampung. Memang semangat !

      Inilah Raya. Ini cerita yang terpinggir, yang jarang-jarang kita analisa kan. Ini lah haiwan-haiwan ciptaan Allah yang berjasa.. (dan terkorban juga )


      SELAMAT HARI RAYA ! ( boleh wish sebulan )