Sunday, March 27, 2011

Day 26 - What you think about your friends?

Kawan-kawan saya semuanya baik-baik. Kehidupan yang masing-masing lalui menyebabkan pemikiran dan perangai berbeza-beza., maka kawan-kawan saya memanglah mempunyai perangai yg unik-unik, macam saya. He he. ( Ima bloomwood perasantan, biasalah kan ? )

Mereka mempunyai kerjaya yang bagus-bagus, gaji besar-besar.. tak macam saya, yang masih terkontang kanting. Kadang-kadang jeles juga melihat kejayaan mereka. Hakhak. Ima bloomwood jeles ? Woow! Aneh sekali. Ya ! Saya selalu 'mengetuk' kepala saya... ' ko tengok kawan-kawan ko, semua ada halatuju, dah beli rumah, dah kahwin, ada anak... ko tu masih terkontang kanting '.

Alahai nasib badan.

Ha, ada kempen "Tunggang, jangan tunggang langgang ". Saya tengok kat Melodi tadi.

Saya harus terima bahawa kadang-kadang sungguh memeritkan bila kawan tak contact saya, tak sms, tak call ( samalah kan .? ) Saya sahajalah yang selalu habis topup telefon mereka ( walaupun mereka pakai bil ). Adakah saya ni kelihatan seperti Perdana Menteri Malaysia ? Sibuk sampai kawan takut nak call ? Haiisshh..

Dah berpuluh tahun begini, jadi saya sudah pun membiasakan diri saya. Tapi saya selalu mendoakan keselamatan, kesihatan  dan kejayaan mereka. Sesekali saya scroll down phone book di handphone.. dan lihat nama satu persatu.. sambil teringat kenangan antara saya dan mereka.

Hey ima ! Apesal sadis sangat ni ? Aiyoyo....

Saya sangat bersyukur mempunyai SAHABAT yang sangat-sangat rapat dengan saya hari ini. Terima kasih. Ehem, ehem.. confirm dia mesti tahu bahawa saya sangat memaksudkan dia(s) - ada 'S' sebab lebih dari seorang. Ha ha.

I love all my friends..termasuk kawan-kawan baru di dunia blog Kertas & Cinta ini. 

Thursday, March 24, 2011

Day 25 - What I would find in your bag?

Kan saya ada tulis sebelum ini, MAHU itu keputusannya dari HATI. Tak sangka ya, sudah sampai Challenge yang ke 25 hari ini. Meskipun ada suatu hari itu saya terkantoi dek autopublish yang tak betul. he he.. Tapi, gagal sehari tak bererti gagal selama-lamanya. Untuk perkara yang baik-baik, boleh lah nasihat itu diaplikasikan.

( Alhamdulillah, gusi sudah tidak berdarah lagi )

Ini soalan inspection ni. Daripada agensi blogger kah ? he he.. Sebelum ini, saya pernah di TAG untuk soalan ini oleh Effy di blog little-ima. Saya masih mentah lagi ketika itu, lalu mengambil gambar handbag saya dan tayang kat semua orang apa barang ada di dalam beg itu.

Oh, tidak. Sekarang tidak lagi. Dasar tertutup negara ima.bloomwood sedang dilaksanakan. Kita perlu berhati-hati dalam setiap gerak langkah untuk mengelakkan kecurian yang tidak disangka-sangka. Zaman sekarang, perompak pun ada facebook, rajin tengok blog, main twitter, pandai emel. Betul ! berapa banyak orang mengaku dia tu Maybank untuk curi duit orang ? berapa banyak orang mengaku dia agen itu dan ini untuk menipu wang di zaman siber ni ?

( dah . dah . ima. jangan melalut )

Dalam beg saya ada :
Purse
Getah gelang
Bedak
Lipglos
Buku nota kecil

Itu je lah. Beg sudah semakin kecil, maka tak banyak barang boleh disumbatkan. Choowwww!~


Giveaway zalin onceitalk.com

Okay. Ima.bloomwood telah pun di TAG oleh Prof Ique untuk Giveaway zalin onceitalk.com

Memandangkan saya telah berazam untuk mesra pembaca dan lebih bersosial melalui blog Kertas dan Cinta ini, maka... saya pun meluangkan beberapa masa mengikut Giveaway ni sambil mendengar zikir dari Astro Oasis.


Oh, nasib baik Prof tak TAG Eha & Hasnah dalam entri beliau. Maka, wahai Makcik Eha dan Makcik Hasnah, dengan ini aku mengumumkan bahawa kome berdua adalah wajib untuk membuat kerja rumah tambahan ini yeaaaaa...

Sekian,
Kertas kerja adalah untuk dibuat dengan rasa cinta.

Pandangan mata selalu menipu

Sumber gambar : http://increations.blogspot.com/
Bila melihat terlalu dekat, kita asyik ternampak kurang dan cacatnya sesuatu hasil..

Kadang-kadang , bila lihat terlalu dekat dan teliti - keburukan saje yg selalu nampak. masa tu, kena gunakan pertimbangan untuk menilai baik dan buruk..undurlah beberapa langkah kebelakang semula, pasti penglihatan adalah lebih luas. Nilailah semula setelah melihat dari jauh dan dekat. Dari situlah bezanya bijak dan bodoh.

Sumber gambar : http://increations.blogspot.com/
Tapi, bila kita lihat secara menyeluruh -
ia sebenarnya terlalu indah dan seni.
Hanya kita sahaja yang terlalai dan tidak menilai dengan betul.



Day 24 - A letter to your parents.

Wow. Challenge hari ini sungguh membuka mata saya besar-besar.

( saya sedang menulis dikala kapas tersumbat dalam gigi saya, baru lepas cabut gigi...oh, ia bukanlah pengalaman manis )

Setiap ibu bapa adalah tepat berpadanan dengan setiap anak-anaknya. Atau, setiap perangai anak-anak adalah bersesuaian dengan ketabahan ibu bapanya.

Pilihlah mana-mana yang anda bersetuju. Atau anda ada ayat yang lebih baik ? ;)

Mak & Abah,

Ucapan terima kasih untuk setiap jasa yang kalian untuk saya. Untuk hari ini sahaja, jasa kalian tidak terhitung, terima kasih banyak-banyak sebab :-
  • tolong belikan neslo ais sedap gile kat Haslam, sebab timah nak makan ubat antibiotik & ponstan.
  • bawa timah pergi Klinik Gigi Rohaya untuk cabut gigi
  • bila mak tak berapa sihat pagi tadi, memberi peluang untuk timah praktis Reiki dan timba pengalaman baru untuk merawat.
  • tak marah timah bangun lambat pagi tadi sebab pinggang ni sakit sangat sangat.
  • terpaksa cancel pergi makan kat Ikan Bakar Sekinchan, sebab timah ada appointment dgn dentist.
Terima kasih juga kerana doa yang tak putus-putus kepada anak yang sungguh nakal dan tak kahwin-kahwin sampai hari ni. Lagu " ape nak jadi..ape nak jadi..sampai sekarang tak kahwin lagi " nyanyian Ramli Sarip yang menjadi ring tone abah sungguh menyentuh otak saraf . Tapi apakan daya, saya sendiri tidak berdaya dengan ujian ini.

InsyaAllah, suatu hari nanti pasti kalian berbangga saya menjadi anakmu. Kerana setiap hari saya mengimpikan akhlak mulia secantik Fatimah a.s puteri Rasulullah. Sesekali saya tersasar jua, namun impian itu tak pernah padam.

Nama Fatimah Az Zahra adalah tanggungjawab yang berat yang sedaya upaya dilaksanakan. Terima kasih mak, terima kasih abah.



Uhuk..uhuk... sekian tugasan hari ini selesai.  :)

Wednesday, March 23, 2011

Day 23 - Something you crave for a lot.

i am craving for a vacation ..aarrrggghhh!~~

masalahnya, sepanjang Januari - Mac ni, belum kerja betul-betul, belum dapat sales yang gempak meletop, belum buat yang terbaik...

haisssh ! semuanya belum. belum. belum.

Jadi, macamana nak reward diri sendiri ??????

Vacation...ooh vacatiooon....


Ok.! chowww...saya perlu bekerja supaya kempunan nak bercuti tidak lagi ditunda-ditunda.

Monday, March 21, 2011

Day 22 - What makes you different from everyone else?

13 kali baca soalan kat atas ni. Lagi soalan mengenal diri. :)

Its my Mind, My Soul, My Emotion. Itu yang membezakan saya dengan orang lain. Pengalaman yang saya tempuh sebelum ini membuka mata dan minda terhadap sesuatu. Pandangan saya terhadap sesuatu adalah berbeza dengan orang lain dan ia tidak mungkin sama.

Analisis minda tidak boleh dikira macam matematik. 1 + 1 = 2. Ia adalah pengalaman rasa yang menjadikan kita adalah berbeza dari orang lain.

Saya pernah ke Jakarta, pergi ke Mangga Dua untuk makan cendol paling sedap di donia. ( ha ha ).
Barangkali, anda juga pernah ke Jakarta, dan makan cendol di Mangga Dua.

Tapi, tidak mungkin pengalaman dan rasa kita sama. Sebab mungkin Cendol yg saya makan lagi sedap dari anda makan, walaupun di kedai yang sama. Kenapa ? mungkin saya makan cendol dalam suasana dan mood yang gembira. Tapi tidak anda.

( eh, contoh saya kasi tu sangat berat sebelah,kan ? )

Sudah lah.. habis cerita pasal cendol. Saya sakit kepala hari ni sebab tak dapat minum Red Coffee. Sebab tu tulis pun macam tak betul je ayat ni.



Oh ya ! saya rasa-rasa...ini juga yang membuatkan saya berbeza dari orang lain.
  • saya ada gigi taring disebelah kiri yang menawan. ha ha ha.
  • saya boleh buat kerja menggunakan tangan kanan dan tangan kiri

Chowww ~