Showing posts with label Party Macarons. Show all posts
Showing posts with label Party Macarons. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Party Macarons (2) @ One Utama

Berkurun tok kaduk tak ke One Utama. Dah ketinggalan kedai apa yang baru, kedai apa yang tutup..hidup lagi kah OU ? Wah ! melampau soalan itu, macam tak mungkinlah OU nak tutup kan..

Haziq ( 9thn) sebenarnya teringin sangat-sangat nak ikut kitorang (gadis idaman Korea) berkenduri. Ha ha. Korea lah sangat !

Haziq : Kak,nak gi OU buat apa ? tengok wayang eh ?
Ima Zahra : Tak lah, nak gi makan-makan.
Haziq : Makan apa ?
Ima Zahra : Macarons
Haziq : Halal ke ?

Haaaa !!! Ambik kau setepek ! Inilah yang kita mahukan ya tuan tuan puan puan sekalian.. budak kecik yang concern dengan Halal Haram makanan... bukan main hentam keromo nak glamour semata-semata nak ikut trend aja.

Halal lah...

Apa pun, ibu tak kasi Haziq ikut... terus dia duduk tersodok duduk kat sofa. Merajuk.

Tema Party Macarons kali ni ialah :- PEGHAK. ( reti sebut ?? )
Sebab kitorang semua dah lama sangat tak datang OU.  Ha ha. Ternyata, kitorang memang peghak sebab 10 minit yang pertama masuk mall... masing-masing diam, tak bercakap-cakap, mulut nganga, mata buntang besar-besar - sbb dalam hati memasing " okay,, apa yang aku dah ketinggalan ni ? apa yang latest ? " uwwaaa.. ke Ima Zahra je camtu .., ha ha ha. sorry lah adik-adik !


Gambar !

ini bukti kitorang memang dah lama tak datang OU, okay ! Diba tengah google address..he he..


Silap tarikh lah..10/12/2011. malas nak edit balik.

angah : kenapa macarons dalam gambar kat atas tu buruk ?


YES ! gigitan-gigitan cinta Gadis Idaman Korea telah bermula  (padahal JAWA ! )

Entah kenapa, bila dah selalu-selalu makan benda ni, saya rasa semuanya sama je rasa !!! tapi ada walnut, ada strawbery,ada vanila, ada green tea, sesame ( hah ! yang ni rasa BIJAN seehh ). Eh kejap, ada macarons durian  ! belum cukup gigih untuk mencuba. eeerrkrkkk !!

hai cik kak, bolot sorang nampak....?? eh kejap,

alamak ! angah ke yang makan semua macarons ni ???

Eh, lupa pulak nak bagitau kedai macarons ni. Sila cari LG - New Wing, depan Cold Storage, One Utama.

Rasa macarons die tak lah manis sangat berbanding kat The Curve hari tu. But, still...no way to diabetic patients.

Happy ! Thanks semua ! Harap-harap lepas ni ada lagi yang join . Abang Miji dah terliur,kot ! haha.

Sunday, November 20, 2011

Kenduri Macarons

Macaron


** A macaron (French pronunciation: [makaˈʁɔ̃])[1][2] is a sweet confectionery made with egg whites, icing sugar, granulated sugar, almond powder or ground almond, and food coloring.

** sama dengan (=) Cekodok Omputeh ( itali,french)


Motif : Bergumbira dengan sepupu-sepupu yang sedang bergumbira. Ummi tengah syiok cuti, Angah tengah gumbira bebas dari PMR, Diba tengah bergumbira dengan result sem lepas. Ima Zahra ? Emm... bergumbira sebab dah sambung belajar kat UM kot ? Boleh ??

Ustaz Don sungguh menawan.Bertuah betul tunangnya. ( Hoi, ape motif tetibe masuk ustaz Don ni ?? )

Lokasi : The Curve, Mutiara Damansara


Sampai hari ni masih tak faham kenapa makanan pembuat taik gigi ni begitu mahal harganya. Susah betul kot nak buat ? Hissh..tak apa lah.kita makan setahun sekali saja ya ! Lagipun tak bagus makan banyak-banyak. Kalori tinggi dan MANIS yang amat. Haissh...

Penghidap diabetis, dilarang MENCUBA. Akan menyebabkan ketagihan gula.

Jom terus bergambar gayat - oh, memang tema jalan-jalan kali ini sungguh teruk bunyinya --> Batak.

Okay, dont ask ! Pics please.

Angah ambik gambar ni.

Ima Zahra ambik gambar ni. Lebih besar , lebih tamak.

Macam-macam rasa ada - coffee, red velvet, peanut, sesame , chocolate dan entah apa-apa lagi lah. Saya tak ingat. Yang penting ada warna. Haihh..perempuan kan ?? Sungguh tertarik dengan warna. Sebab lepas tu boleh lah posing-posing dengan cekodok macaron ni. Oh, Ima Zahra merosakkan darjat macaron dengan menambah perkataan cekodok di depannya. Haha. Ni semua gara-gara angah.

Angah : Macaron ni apa sebenarnya ? Biskut ke? Roti ke ?
Diba : Kuih
Ima Zahra : Cekodok.

Berderai-derai gelak. Hentam sajalah labuuuu..

Diba bermata macarons

Angah membayangkan rasa benda berwarna warni ni... posing dekat 15 minit tak makan-makan !


Cukuplah sampai disini. Kenduri macarons lah sangat ! Ima Zahra waktu ini sedang terngiang-ngiang bau Hugo Boss botol bulat warna biru tu.. Wanginya !! Ingat nak beli, rupanya tu utk lelaki. Alahaaaaaiiiiii ~~

Tunggu Ummi & Diba beratur beli MeatBalls kat IKEA.

@ The Street.


Eh jap, lupa nak letak gambar last. Huhu.



Bye bye. :P