Thursday, December 29, 2011

SENTAPan Jiwa





A strong woman works out everyday to keep her body in shape.
BUT a woman with strong Iman prostrates in prayer to keep her SOUL in SHAPE.





< sedang mencuba perbaiki kedua-duanya. >

Tuesday, December 27, 2011

Before 2011 Ends.....,

Yup.
2011 bukanlah tahun yang cemerlang buat saya.
Banyak impian yang masih lagi 'on progress'..
Pengalaman telah dikutip.
Ada yang ambil, ada yang terbuang, ada yang terlalai..
Ima Zahra lemah orangnya..
masih banyak perlu diperbaiki dengan bersungguh-sungguh
tapi saya memang tak tahu malu
tetap mahu berharap
akan ada pakej-pakej istimewa dan menarik
untuk saya di 2012 / 1433
juga untuk kalian semua.
Mudah-mudahan.

dari buku nota yang cute ;)

Saturday, December 24, 2011

Kenapa idea banyak bila tengah pandu kereta ?

Soalan di atas terlalu skema.
Diba tak suka Kak Timahnya yang menulis dengan skema. Haha..  Nak buat macam mana, sesekali ayat dalam kepala ni tersusun sangat. Haks!

Ayat biasa --> " apesal bila drive kete,banyak je idea datang?"

Haa... okay sikit kot?

Betul ! Saya selalu dapat idea hendak menulis blog semasa memandu kereta. Idea berdesup-desup masuk siap jadi boleh buat ayat intro, letak gambar, selit-selit lawak etc.. Waduh ! Kalaulah idea di kepala ni boleh terus load masuk dalam blog, confirm dah beribu post yang Ima Zahra buat. Tak terlarat kome nak membacenye.

Satu lagi, idea bisnes - merancang buat marketing, design iklan, edit blog bisnes semuanya boleh datang sederap masa bawa kereta. Apa boleh buat, cuma SAVE je lah dalam ingatan...dengan harapan bila sampai ofis nanti nak buat kerja / nak tulis blog seperti yang dirancang..

Malang sekali, bila dah sampai ofis, duduk depat PC,... menghadap FB...langsung terbang melayang semua idea-idea itu. Ha ha. Cuba ingat-ingat balik, pun tak dapat juga. Alahaaaaii....

Jadi apa perlu saya buat ? Sentiasa 24jam bawa laptop - dan bila ada idea terus berhenti tepi jalan ? Hissh...macam melampau pulak kan. Nanti mak cakap ' timah, mana kau? tak sampai-sampai ofis ni haa..'

Jadi, salahkan FB eh, haha.. ( tak nak mengaku salah sendiri )

Haaa.sekali kena gantung gaji sebulan baru tau. Tak nak. Tak nak.
;)

Oh, gambar di bawah cuma hiasan. Fairies yang terbaru saya buat tu kecil je sebenarnya.. tapi dalam gambar kat blog ni macam besaaar lah sangat :p



Friday, December 23, 2011

My Notebook collections



Sebahagian koleksi buku nota yang sudah diguna dan belum diguna. :)
 I love them all..
Sesetengahnya menyimpan suka dan duka...


my passion


Thursday, December 22, 2011

Impianku...

Doakan saya ! Mudah-mudahan suatu hari nanti tercapai juga...

Best Friend Till Jannah




Mengalir air mata ...
Remind me of you, Effy & Diba ...
dan kawan-kawan yang pernah rapat dengan saya dulu
dan rapat dengan saya sekarang...

Love you. Love You !

Day 10: In 10 ways, describe yourself in the next 10 years

Yahooo !!! Last Day of 10 Days Challenge,,

Ya bedabedoooo...
Eh kejap, tiba-tiba Ima Zahra teringat perangai masa kecik-kecik umur 7-8tahun..

Cara-cara untuk tidur dengan gembira. Mahu tau ? Sila tingkatkan daya imaginasi anda :-


Alolo..comeynyee..tapi bukan begini caranya

  1. Bentang tilam di atas lantai
  2. Letakkan bantal di atas tilam
  3. Berdiri dan hadapkan muka setentang dengan bantal
  4. Kedua-dua tangan di sisi.
  5. Bersedia....tarik nafas...
  6. Jatuhkan badan kedepan (dan bawah), dengan badan yang kejung keras seperti berdiri, tangan masih disisi !
Hey ! bukan macam ni jugaaak !

Pooook !! Nangka 20kg berbentuk orang jatuh dengan muka tersembam di atas bantal. Kelassss nyaahh. ( 20kg la sebab budak lagi )

Yes ! Macam ni. Tapi bila dah tertangkup -kedua dua tangan mesti kat sisi badan jugak.


Eh, apesal Ima Zahra beriya-iya cerita pasal ni ? Aiyooo. Apapun sila cuba buat balik nanti ya .. ha ha.. 

Sekarang ni, tak mampu nak buat begitu lagi...entah ke mana keberanian menjatuhkan badan itu menghilang...Hehehe...

Okay ! Sekarang jom jawab soalan terakhir ini. 

In 10 ways, describe yourself in the next 10 years ( jap, ape maksud in 10ways ? uh..lantaklah )
  1. Umur 36 - hooi ! tuanya ???
  2. Ada rumah
  3. Ada anak - saya sedang mengejar anak yang masih belum hafal sifir. Kahakaha... imaginasiku OVER !
  4. Well known - Aku mahu fofuler. ngerti ?
  5. Maintain cute - Haha. perasan ! Biasa saja kalau orang tegur " eh, iye ke ? Saya ingat baru 26 tahun ! "
  6. Kaya dan berkongsi kekayaan dengan orang lain.
  7. Sihat - bertenaga dan bersemangat
  8. Dikelilingi oleh kawan yang baik dan budaya Islam 
  9. Tidak menetap di Malaysia - Yes !! 
  10. Masih mempunyai mak & abah.


Hasnah, aku berjaya ! Walaupun lewat sehari dua. Tak kisah laaaa... Hehe