Monday, October 19, 2015

Corotnya prestasiku di Kertas dan Cinta

Huihhh ! Last post adalah pada bulan Ogos. 

Orang lain tulis blog hari-hari, busuk-busuk pun seminggu sekali. Saya tulis setahun dua kali ( hiperbola kan ?! ) 

Media sosial yg pelbagai chanel menghambat diri untuk terus konsisten berblog. Masa saya lebih lama di Fb Ima Zahra , instagram imazahra_kc dan whatsapp ,

Akhir-akhir ini, saya sedikit ter'pukul' apabila bisnes Real Shoppe tak sekencang dulu. Kadang-kadang jaki juga bila melihat bisnes online orang lain meletup jualan juta-juta. Saya pula sebaliknya. Sudah 5 tahun mengimpikan ada staff / secretary/ pengurus perniagaan saya. Tapi entah lah banyak pula dugaannya. 

Bukan sedikit perancangan yg dibuat terkubur separuh jalan. Entah bila waktu 'meninggalnya', saya juga tak perasan kerana terlalu sibuk menghidupkan yang lain.

Orang 'kaya-kaya' selalu berpesan agar fokus dalam setiap yg dibuat. Saya aneh juga bila saya fokus, ia tidak menjadi. Bila saya tak fokus dia menjadi-jadi. Lantas, kerja harian saya berlambak sana sini.
Saya jadi bingung sesekali.

Benarlah kata orang ' orang yg berjaya itu jatuhnya berkali-kali, bangunnya juga berkali-kali '. Kerana mereka tak tahu serik. Masih mahu terus melangkah. Pagi tadi saya berangan, bila sudah letih memikir besar-besar, saya akhirnya mahu tenang dan bekerja di kilang hamper. Yang kerjanya hanya bungkus hamper hari-hari !

Pasti saya gembira, 
Saya pasti  gembira.

Huhu...,

Malam tadi saya terfikir-fikir, kerja penat-penat sampai 5 jam, upahnya hanya RM10-RM15 shj. Padahal sebelum ini saya pernah income RM200 dalam masa 2 jam. Dalam sebulan boleh dapat ribu-ribu untuk kerja yg smart. Adakah saya sedang menurunkan potensi saya ? atau apa ?

Maal Hijrah 1437 baru bermula. Saya sedang revise. Revise hidup saya. Yang kini tidak lagi boleh fikir sendiri-sendiri. Sudah ada suami .

Dot.

Meski begitu besar keserabutan, saya tetap percaya ada jalan keluar.





** 
Salam Maal Hijrah 1437 

No comments:

Post a Comment