Thursday, February 26, 2015

Tempah Wedding Guestbook 2015

Alhamdulillah, awal tahun 2015 dimulakan dengan order guestbook yang bertalu-talu. Seronok bila ramai juga yang menghargai keunikan seni kertas ni. 

Guestbook adalah trend terkini yang hampir wajib ada di setiap pintu masuk majlis perkahwinan. Bila tetamu tak sempat bertemu dengan pengantin, mungkin kerana pengantin sibuk dikerumuni 'peminat', atau mungkin kerana terpaksa bergegas ke kenduri yang lain..maka mencoretkan ucapan istimewa di guestbook adalah tindakan paling tepat pada waktu itu.

Ramai pasangan pengantin yang enjoy baca guestbook selepas habis majlis perkahwinan. Macam-macam ucapan dan cuit cuit yang ditulis. Sebuah guestbook akan disimpan baik sampai ke anak cucu dan sesekali masa anniversary bolehlah baca semula guestbook dengan pasangan anda. Sweet sangat ! :D

Siapa cakap guestbook tak penting ? Ia berfungsi sebagai alat komunikasi antara pengantin dan tetamu yang hadir. Tetamu berasa kehadirannya dialu-alukan oleh tuan rumah. Ima berharap, tuan rumah berilah tugas kepada saudara-mara / anak buah yang ringan mulut untuk jaga meja guestbook. Ajak tetamu untuk tulis di buku tersebut. Bukan apa, orang Malaysia ni pemalu orangnya. Kena berjemput baru nak buat. Hehe. Jadi, tak lah buku tu terbiar kosong tanpa diisi sehingga habis majlis.


Ima nak kongsikan beberapa gambar guestbook / buku tetamu baru tahun 2015. Selamat cuci mata !


Quilling Guestbook Pink Pastel

Quilling Guestbook Pastel Color

Quilling Guestbook Blue / Biru



Yang ini pula, produk baru KC Gift Shop by Ima Zahra . Wedding frame untuk meja Guestbook.

Quilling Frame by Ima Zahra





Kenapa anak lelaki dimanjakan ?

Wau !

Tajuk blog ini sungguh berat sebelah kan ? Sungguh ! Ima benar-benar nak tahu..kenapa anak lelaki zaman sekarang selalu dimanjakan ?

Umumnya, kenapa anak-anak zaman sekarang terlalu menjadi " tuan " dalam rumah ?

Arwah atok dulu seorang yang garang, tegas dan boleh jadi mengerikan. Ha ha. Tapi anak-anak atok menjadi. Faham tak maksud menjadi ? Bukan menjadi-jadi .

Ia menjadi manusia. Ia menjadi seorang anak yang tahu berdikari. Yang tahu berfikir. Walaupun tak sekolah tinggi, tapi boleh survive.

Kadang-kadang rasa nak balun je mak-mak yang sibuk memanjakan anak lelaki ( umur 4 tahun - 30 tahun ) berlebih-lebihan . Bukan apa, anak lelaki yg terover dose manja ni bakal menyusahkan bini sebab tak reti buat kerja / gagal merancang keluarga  dan gedik mengalahkan perempuan.

Lelaki dicipta untuk jadi pemimpin. Sifatnya imam, strong, berdikari, akal tinggi, kawal emosi, rasional, bijak , berusaha cari ilmu & rezeki.

Tak ada maknanya manusia tu tiba-tiba nak jadi pandai bila dah tua. Semuanya hasil didikan dari rumah. Dari kecil.


Tak faham kenapa anak perempuan dididik untuk bijak semua perkara. Dari belajar di sekolah hingga ke pandai mengurus rumah .

Anak lelaki ? Dibiar tak payah basuh pinggan lepas makan atau tak perlu kemas halaman rumah yang dah berlalang ? Dibiar sibuk main game tanpa beri penekanan untuk hafal doa dan surah ?


Berat sebelah parent zaman sekarang.


Ah. muak lah.


Sunday, February 15, 2015

Uniqueness of Krabi , souveniers & food

Gambar-gambar dibawah ialah perkara / benda yang mencuri hati Ima untuk berhenti lihat & belek beberapa minit.


Mangoteen paste. Suka tengok packaging dia.
- Airport Krabi -

Thailand mmg kaya dengan produk spa yang comel & menarik.
- Airport Krabi - 

Packaging dia menggiurkan.
- Airport Krabi -

Smart idea for gift.
- Airport Krabi -

comey gilaaaaaaa !!!!
- Airport Krabi -

Syurga makanan Muslim. Gerai-gerai di sini mewah dengan makanan suka-suka utk dimakan. Malam sahaja.
- Depan masjid Krabi -

Jam tu menarik.
- Airport Krabi -

Twist potato. Tak sedap. kbai.
- depan masjid Krabi -

Ima berulang-ulang pegang menatang ni. Selagi tak beli, selagi tu pegang n geram. Maka, suruh Ae beli. Hehehe :p
- Kedai tepi pantai Krabi -

Packaging menarik.

Saja nak post pic poyo. Kbai.

Kali ni tak mau tulis panjang-panjang. Tengok gambar je sudah lah. Hehehe