Tuesday, December 2, 2014

Sembuhkanlah..

Demi dia yang selalu mengutamakan kegembiraan orang lain,
demi dia yang selalu mahu memberi walau dia sendiri pun tak cukup,
demi dia yang selalu mahu memudahkan walau dia sanggup bersusah,
demi dia yang selalu jujur dalam katanya,
demi dia yang terlalu ikhlas dalam persahabatan,

demi dia yang tak jemu mencari ilmu
yang cintanya pada sang buku
yang sering ke seminar kerana dahagakan perkongsian

demi dia yang cintakan alam dan keajaiban ciptaan Allah
demi dia yang suka mengembara
Ya Allah...

Sembuhkanlah penglihatan abah.
Tak terdaya hatiku bila dia tak mampu melihat jelas isteri & anaknya
Tak tertahan hatiku bila
dari membaca dengan Zoom In beratus peratus di komputer
membaca Sms di handphone dengan kanta
Tak sanggup melihat
dia perlahan-lahan semakin sukar membaca Al Quran..

Hatiku rapuh.
Kami gundah Ya Allah. Gundah sungguh.

Demi kebaikan hatinya
Ampunilah abah , sembuhkanlah penglihatannya.


Amin.

3/12/14

No comments:

Post a Comment