Tuesday, February 12, 2013

Books and paper on wall

One of the best deco that catched my eyes..

@ Publika.

Kedai baju sebenarnya.. bukan kedai buku.. Tapi deco kedai ni sangat cantik.



made of papers !


why cant they stop creating amazing thing ? Hu hu. sangat kagum dengan ilham yang Allah bagi pada manusia :)


Positive Emporium di Publika

Malam tadi, ada special review Postive Emporium di Berita TV3. Rasa sungguh berbangga sebab kedai ni milik orang Melayu dan ideanya yang sangat unik.

Kalau lah Ima tak ada kerja dan tak ada bisnes sendiri, Ima rasa mungkin... er..mungkin Ima akan apply kerja kat kedai ni. Sebab sangat jatuh cinta dan memang inilah kedai idaman Ima. Hm.. wish i can have 1 like this shop. ;)

Baiklah, sementara impian Ima jadi kenyataan tu... apa kata korang pergi ke Positive Emporium kat Publica. Area Jalan Duta .


Positive Emporium 

Positive Emporium turns inspirational and motivational quotes into an artful mix of design and concept. These unique merchandise are great gifts for various occasions such as birthdays, weddings, farewells or just to friends and family.

Description :
Positive Emporium has come up with an artful concept design using inspiration motivation quotes and phrases.
This unique gift ideas can be for a personal gift occasion, a wedding gift, farewell or a birthday gift for a special friends, family members, your boss or even to yourself.


Sila datang beramai-ramai dan membeli belah di sana. Bawa duit lebih / credit card ya ! :p
Kalau tak nanti rasa menyesal tak beli barang yg ada kat situ. Sebab sangat best dan unik.









I just fall in love with Positive Emporium
Semoga perniagaannya maju dan terus sukses...

Yang ikhlas menge'share'
Ima Zahra


Buku DIY Quilling

Yeah.. i know. i know. lately no personal post on my blog. he he. waktu terlalu cepat berlalu dan kadang-kadang tak sempat nak digest semua perkara. apatah lagi nak tulis ke blog. 

Sampaikan kat dalam laptop ni, Ima dah buat 1 file khas " to blog ". Dalam tu ada gambar-gambar untuk diblogkan. Ya Allah, apa punya perkataan da.. nampak kat pakcik Ali ni, mampus kene bahan. hikhik..

Okay, Ima baru lepas minum kopi mahkota dewa. Perghhh..sedap dan kaw-kaw. Kepada sesiapa peminat kopi, boleh lah try. Idea menyala-nyala lepas 'mengewa' . Err.. have u ever heard 'mengeteh' to describe minum teh petang-petang ? So, bila minum kopi mahkota dewa...boleh lah sebut 'mengewa' kan. Haha. :p

Ima sangat suka dengan MPH. Kalau nampak MPH mesti masuk sebab suka buku. Bila masuk biasanya mesti ada hasil sebuku dua yang dibeli. Selain rak Self Help , Stationary, dan Health... Ima akan menyinggah ke ruangan Art. Kat situ ada buku-buku DIY kraftangan yang biasanya dalam Bahasa Inggeris. Buku-bukunya tebal mak nenek, gambar dalamnya cantik-cantik...dan Harganya pun mahal mak datok. Hu hu. 

Sebelum meriahnya  PTS, Karangkraf, dan beberapa syarikat penerbitan buku yang lain, buku-buku DIY dalam Bahasa Melayu sangatlah sedikit. Biasanya kita akan terselak DIY Kraf ni dalam majalah-majalah sahaja. Jarang dibukukan. Namun sekarang, perkembangan dunia penerbitan buku semakin meriah. Implikasi kepada masyarakat semakin baik. ( Kejap, kenapa ayat Ima ni dah macam tulis karangan..? Aiyooo )..


Apa yang susah sangat ni... ? Sebenarnya Ima nak bagitau sekarang ni dah makin banyak buku-buku kraf quilling, quilting, sulaman, buat kad, origami dan macam-macam lagi dalam Bahasa Melayu. So, pada sesiapa yang suka dengan kerja seni, boleh rajin-rajin ke kedai buku untuk dapatkan idea yea !

Tak dinafikan, kalau kita Google... hasil carian image dan website lebih menyeronokkan berbanding buku. Cumanya, kalau korang beli buku.. ia boleh menggalakkan syarikat penerbitan buku untuk berusaha lebih menghasilkan buku-buku seni yang lebih elegan dan informatif. :)

Kalau Ima ke toko buku di Indonesia , ada ratusan buku-buku art dalam Bahasa Indonesia. Persembahannya menarik dan buat kita rasa nak beli buku tu. InsyaAllah, satu hari nanti Malaysia akan jadi begitu juga. Hmm.. sekarang ni baru bertatih, sebab rakyat Malaysia terlalu seciput... he he he..


Yang rajin menulis hari ini,
Ima Zahra

Sunday, February 10, 2013

7 Kedai jual kertas / art stuff di Kuala Lumpur

Kebanyakan kertas warna mudah dicari di mana-mana kedai buku atau kedai alat tulis. Ima memang pantang tengok kedai yang ada potensi jual kertas. Mesti masuk punya. Dulu Ima pengumpul kertas pembalut hadiah sebab suka sangat bagi hadiah kat orang. Sekarang ni, dah tak kumpul dah. He he. Sebab jarang bagi hadiah la kot ? Tapi kalau terjumpa corak yang cantik-cantik, mesti rembat sehelai dua punya ! Dasar hantu kertas ! Ha ha.


Antara kedai-kedai kertas / barangan art yang Ima pernah pergi di sekitar KL/Selangor :-

1. Jaya Jusco Mid Valley - bahagian stationary. tempat paling mudah nak pergi dan boleh pilih macam-macam art paper kat situ. ada saiz A4, sampul surat, saiz name card, saiz gedabak besar. ha ha. pergi je lah ke sana. mesti jumpa punya.


2. MPH Mid Valey - masa MPH berada di Level G, banyak pilihan kertas kat sini. Tapi sejak dah pindah ke bawah, macam tak berapa best sangat.



3. Paper Boutique Mid Valley - Tingkat 2, berdekatan Jaya Jusco. Business Hours 1000-2200.
Address : S-015 Second Floor: +603 2283 6290  -- THIS SHOP IS CLOSED ( updated 29/12/2016)



4. Papier The Curve - Lot 161, 1st Floor, The Curve, Mutiara Damansara, Malaysia. Contact: 03-7725 4815  . Boleh pengsan seronok gaban masuk kedai ni bila tengok kertas dan aksesori yang macam-macam. Produk Martha Stewart pun ada. Cuma yang tak berapa best, cashier die selalu tak berapa nak mesra alam. But who cares, as long as i can buy.. and bring the paper home...;) 


5. Paper Gallery , Jln Ipoh - Dulu kedai ni ada kat sebelah Central Market. Sekarang dia ada dalam kedai stationary kat tingkat bawah, paper gallery kat atas. 




6. D'Nata Tropicana City Mall - Pernah terjumpa D'Nata di KLCC ? Yap ! Kedai ni dah pindah ke Tropicana. Address : Lot G-28 Ground Floo, No 3, Jln SS20/27, Petaling Jaya, Malaysia. phone 603-7710 0271. we open 10 am - 10 pm



7. Scrapbook Memories Studio, Tropicana City Mall - This place is seriously heaven to all crafters ! Everything is here. Just prepare your cash / credit card.  Address : Lot L2-39A, 2nd Floor, No. 3 Jalan SS20/27 47400 Petaling Jaya. Phone: 03-77250063/77270062.Email: scrapbookmemories@me.com


Happy Shopping dear ! :D


With love,
Ima Zahra