Friday, November 11, 2016

Daybed Decoration

Memandangkan hari hujan dan mood dalam rumah pun tak berapa best, saya keluar mencari angin. Tengok-tengok beberapa staff Warisan Baiduri, Kak Zah & Makcik Nah sedang setting Dewan Perdana Indera untuk function esok.
Saya pun menyinggah dan menyibuk konon-konon menyumbang tulang. Entah kan, mungkin sebab suka dengan kerja-kerja kahwin, setting, dan dekorasi.. tak payah suruh pun automatik macam ada magnet je nak buat.

Is sedang pasang kain putih di daybed. Daybed kayu tu memang ayah mertua buat  untuk dijadikan tempat para tetamu berehat-rehat dan bergambar. Memandangkan semalam dah shopping bunga, maka saya pun mengajak Is untuk letak terus bunga di daybed. 

Kerja dengan Is memang senang, boleh bawak bincang dan senang bekerjasama. Disebabkan bunga & peralatan yg ada agak limited ini sajalah yang boleh dibuat. Ala-ala sakura Korea gitu. 

Saya harap nanti boleh ditambah baik dekorasinya supaya nampak lebih debom. Saya membayangkan lebih cantik dari ini. Tapi buat masa ini, kita bersyukur dgn apa yg ada dulu lah. :)

Lagipun, ini sentuhan dekorasi pertama saya untuk daybed. Memang dari dulu rasa nak buat something dgn daybed ni. 

Overall, saya happy lepas tengok hasilnya.




Thursday, November 10, 2016

Sedap bila menulis ketika sedang emosi

Hakikatnya, kita makhluk beremosi. Dan seringkali emosi sedih, marah, kecewa, geram lebih mudah dihambur dengan kata atau tulisan ke pelbagai saluran.


Jujur, waktu ini saya sedang kecewa, marah dan sedih.

Maka saya menulis. Menambah satu lagi post pada bulan emosi ( November = 11 = 2 = air ).

Apabila mendengar berita baik dari orang lain, dan seterusnya menjadi tekanan buat kita kerana kita tidak dapat jadi seperti mereka adalah satu disaster sementara. Jika minda dan sikap tak berubah, maka ia mungkin menjadi disaster besar-besaran yang bakal membentuk trauma pada diri.


Kekecewaan itu mungkin berasal dari kesalahan sendiri. 
Dan diprovoke dengan kekecewaan orang lain. Lalu tercetuslah perbalahan sehingga melantunnya ayat-ayat yang kurang enak didengar.


Dari pagi tadi lagi, ketika dalam perjalanan ke ofis, saya terdengar-dengan ayat ini dalam kepala saya.

" Selagi kita mempunyai minda yg sihat, kita akan memberi reaksi yang baik pada apa sahaja yg berlaku disekeliling kita."

Minda yang sihat termasuklah ;

- tidak iri hati melihat kejayaan orang lain
- tidak membanding-bandingkan ujian diri dan orang lain
- menerima masalah adalah peluang memperbaiki diri.
- menerima secara terbuka teguran dari pihak lain
- hanya menulis ketika waras.
- tidak menghasut orang lain untuk berfikiran seperti kita.

dan banyak lagi.

Saya menulis untuk mengingatkan diri saya sekarang dan suatu hari nanti.

Berita kesenangan orang lain mungkin boleh jadi disaster untuk kita. Dan orang lain tak kan mungkin dapat membaca isi hati kita, kerana kita memilih untuk tidak meluahkan.

Tapi bagaimana mengawal emosi dan meletakkan Tuhan di hadapan semuanya.
Itu yang penting.

Ya, seharusnya .. jika salah itu datang dari diri sendiri - ubah segera. 

Saya mohon Allah kuatkan hati saya, pulihkan kerosakan dan trauma yang ada dalam diri saya sekarang. Dan bersihkan minda yg tak sihat yg mungkin ada pada orang sekeliling saya.


* cuba kawal emosi kerana inilah tarikh yg dikaji. redha lah Ima. *
11/11/2016

Tuesday, November 1, 2016

Coffee Addict

Saya adalah kaki kopi. Kalau tak dapat kopi rasa otak tak boleh jalan. Tak de idea. Blurr. Ngantuk.

Bila minum dua tiga teguk..terussss sluuuurrrppp ...kebahagiaan menerjah ke ruang otak.

Tiba-tiba rasa segar. Aroma kopi mempesona jiwa. Haha.

Saya suka white coffee dan seumpamanya. Tapi sesekali dapat Kopi Hitam pun boleyyyy... Tak kisah lah asalkan kopi yang rasanya mampu ditelan.

Siapa sini geng kopi ? Dan kaki kek sedap-sedap design menggiurkan. Elok lah ke satu tempat ni.

My Own Bakes Cafe, Level GF Subang Parade. Buka hari-hari 10 pagi-10 malam sampai ko minumlah kopi sampai lebam . Kek Red Velvet & roti croissant adalah tersangat best. Phewww~~~

Facebook : My Own Bakes Cafe
Ig : Sinfood Cake



Okaylah...Saya nak buat kopi 3 in 1 jap. Pagi ni belum dapat kopi, rasa sengsara jiwa.
Btw, sekarang ni dalam misi mengurangkan gula dalam hidup. Maka buat saya separuh peket saja.

Kemanisan harus ditambah pada senyuman dan wajah nan ayu.

Kah Kah.

Anda wajib datang My Own Bakes tu, promise kay !

I'm thirty and still loss ?

Seriously, masa umur saya 15 tahun..or 16 tahun dulu... memang tak boleh bayang macam mana kehidupan saya bila umur 30 nanti .

Blurr. Bila cikgu suruh letak cita-cita dalam report card, saya hentam saja ikutlah bisnes terkini mak abah. Kalau abah jual emas, tulis nak jadi usahawan emas. Kalau mak tengah pulun jual kain baju..tulislah nak jadi pengusaha kain ke apa. Main bantai je.  Paling tak boleh tahan, saya letak nak jadi astronomers. Kau memang parah, Timah !

Sejak darjah 1 sampai tingkatan 5, setiap tahun akan berbeza-beza cita-cita yg saya letak. Tapi kebanyakannya doktor, usahawan dan guru. Tulis tu sebenarnya lebih kepada angan-angan, bukan cita-cita pun . Haha.

Akibatnya,

Sampai dah tua ganyut ni...tak tahu jadi apa lagi. Tak ada identiti. Bila jumpa 10 kelompok kawan-kawan, pasti mereka akan mengenali saya dgn pelbagai background.

Ima jual ubat.
Ima jual homeopati
Ima jual susu
Ima buat Reiki Healing
Ima buat quilling
Ima FbAds
Ima suka bisnes kawen-kawen
Ima buat design
Ima jual Nachos.
Ima pandai makeup :p

Ima itu ima ini.

Gila! Sebenarnya saya nak jadi apa ni ?

Bidang lompat-lompat. Tahu lah hanky panky bidang2 yg dah pernah terjerumus tu. Cuma tak lah excellent sampai jadi 'trademark' pada diri sendiri.

Macam..sebut je Dato Vida- ingat Qu Puteh
Sebut je Wak Doyok - ingat misai tebal

Entah apa lah yg menghalang diri ini. Kadang-kadang rasa bangga dgn pengalaman yg macam-macam dari pelbagai bidang. Kadang-kadang rasa lost especially bila tengok org yang sebaya atau lagi muda dari saya dah ada 'brand' sendiri.

Sekarang, saya masih tak pasti apa yg nak difokuskan.
Orang kata, kalau nak berjaya ...mesti fokus buat satu benda.

Ima nak fokus apa eh ? Serius !

Yang ada dalam kepala otak sekarang ni, jauh dari apa yg tengah dan pernah buat sebelum ni.

Jadi, emmm emmm....

Buat masa ni..

My brand is ---> MULTITASKER BERJAYA

Haha.

Sekian lah luahan 1 November, 1 Safar.

Tolonglah kurus balik macam ni tahun ni.