Monday, March 9, 2015

Harga Wedding Guestbook

Untuk menyiapkan 1 handmade guestbook, biasanya akan memakan masa 6-10 jam. Dari proses pemilihan kertas, beli stok, gulung bunga, pemilihan aksesori hinggalah ke binding. Setakat hari ini, Ima buat guestbook secara part time. Di siang hari perlu bekerja mencari nafkah dan tertakluk kepada hukum-hakam orang biasa makan gaji. Di sebelah malam barulah dapat buat guestbook. Tapi sebab seronok punya hal, siang malam kerja pun tak apa. Asalkan sihat dan customer happy dengan hasilnya.




Di pasaraya atau stationary memang ada guestbook siap untuk dibeli. Harga dari RM 30- RM 50. Jika anda ada bajet sebanyak itu, silalah beli yang readymade. Sebab ima memang tak mampu nak custommade, gulung kertas dan design cantik-cantik kemudian jual dengan bajet kurang dari RM 100. 


Maafkan dakuuu..huwaaaaa ( nanges guling guling )... Walaupun cuma kertas sebagai material asas, tapi kertas-kertas yang ku guna tidak lah murah.. Ditambah dengan printing di bahagian dalam setiap page, dan decor-decor yang penuh kasih sayang, juga lenguh pinggang dan tengkuk .. phewwww...


Apa pun, Ima cuba sedaya upaya nak tolong bakal-bakal pengantin ada guestbook yang cantiks. Jadi setiap bulan-bulan tertentu, Ima akan buat offer istimewa utk pelanggan KC Gift Shop. Jadi, kalau nak tahu... check out dekat Instagram IMAZAHRA_KC atau FB KC GIFT SHOP. 


Okay ! 

Semoga impian hari perkahwinan kalian menjadi sesweeeeettt yang diimpikan.. InsyaAllah :D :D



Take Care !


Ima Zahra 
XOXO