Friday, April 4, 2014

Subuh-subuh lagi dah terpacak depan pintu (2)

Di Kashmir, kami menginap di Houseboat selama 2 malam. Ia pengalaman unik kerana kami perlu naik sampan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke rumah. Rumahnya utuh diperbuat dari kayu ukiran 100%, mempunyai ruang tamu, ruang makan dan 3 bilik tidur lengkap dengan bilik air.

Hiasan dalaman di rumah kayu ini benar-benar menangkap emosi saya. Suka sangat !!

Water Taxi. Boleh naik 3 orang 1 boat. Budaya Tipping di sini terlalu dahsyat. Sila masukkan bajet secukupnya dalam bajet percutian anda. When i mention secukupnya, it means " CUKUP BANYAK". 

Pemandangan mennghadap hamparan tasik dikelilingi pemandangan gunung salji begitu indah. Namun, hanya mampu menikmati keindahan itu sesekali kerana percutian disini seringkali diganggu penjual-penjual yang datang ke rumah.

Ada 3000 buah Houseboat yang cantik dikeliling Tasik ini. Subhanallah.
Mereka akan sentiasa bersedia untuk masuk ke rumah, dan menghampar satu persatu barang jualannya. Dimulakan dengan penjual jaket yang tak serik-serik merayu sehingga kami semua beli jaketnya, kemudian datang pula penjual souvenier kayu, kemudian esok pagi subuh subhi datang pula penjual souvenier kayu yang harganya lebih murah, diikuti penjual shawl dan sari yang menjual dgn harga melambung ke langit. Selama 3 hari tu, memang asalkan kita ada je kat rumah, bergilir-gilirlah penjual datang. Fenin.

Penjual jaket yang 2-3 kali masuk rumah untuk menjual. Semakin sakit hati bila tengok muka dia. Aduh !  Jual barang mahal, dan paksa-paksa kita beli sampai timbul rasa bersalah dan kesian. Siapa tak kuat iman, memang goyah berdepan dengan mereka.

Sepatutnya boleh enjoy di beranda rumah, tapi sayangnya hanya dipenuhi orang mereka. :(

3 hari di sini, kami sesak jiwa dengan sistem kedai offline yang datang terus ke pintu rumah. Nak sarapan tak aman, nak dinner pun tak aman. Harga yang diletak terlalu mahal dan tak masuk akal. Kalau malas nak tawar menawar, memang habis lah duit kering kontang di hari pertama.

Ahmad bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan kami di Housboat, menyediakan sarapan dan makan malam. Walaupun sudah bayar pakej kepada tour agent, tetap mereka minta tips selama 3 hari. Katanya, mereka tak dibayar. Entahlah. Perjalanan harus diteruskan, kata abah, kalau nak berkira, masa kat Malaysia tu kita berjimat. Bila dah jalan ni.bayar je lah.. Kalau banyak berkira, keseronokan akan berkurang. Oh yes ! So true ! :D
Subuh di sini pukul 5pagi. Cik Pah & Cik Mas sudah kelaparan kerana jika di Malaysia sudah pukul 7 pagi. Mereka sediakan sarapan agak lewat , jadi Cik Pah mula mengetuk2 pintu cari air panas untuk makan maggi in cup. He he he. Memang kelakar kawan-kawan abah ni. 

" Timah, timah...kau tengok tu...lepas subuh je dorang dah ketuk pintu dah" kata Cik Pah. " Ingatkan si Ahmad, acik nak mintak air panas kat dia.. tengok-tengok dah berkumpul dah dorang ni nak berjual-jual..!"

Ya Allah, dorang ni semangat bebenor pepagi lagi nak meniaga. Aduhai !!!!

Masuk hari terakhir, money changer pulak datang di pelantar sampan depan rumah.Barangkali kawan-kawan peniaga dorang dah cakap " orang Malaysia tu dah habis duit beli barang-barang kitorang, Memang kaw-kaww kena tipu, jual mahal pun dorang bayor. Kau pergilah sana, mesti dorang nak tukar duit lagi. " He he.. " (ayat tu hanya ciptaan minda Ima semata-mata..heehe )

Apa pun, semangat menjual mereka sungguh tinggi. Tengok customer macam harimau kelaparan menerkam orang . Terkam ! Cekau duit dia ! Yeaahh !!  Selagi tak beli, selagi tu tak berganjak. Situasi ini biasa saja jika ke Indonesia atau China. Saya fikir, hanya di Malaysia je salesman kita tak pernah berjual sampai begitu sekali. 

Kadang-kadang terfikir juga nak bawa mereka ni datang Malaysia jadi salesman saya. Mesti barang habis jual, sebab mereka jenis tak putus asa, bersabar dengan karenah, tahan kena maki dan ayat rayuan mereka power ! Atau mungkin ada baiknya mereka ni kita jadikan Coach untuk melatih semua Salesman cap Melayu keluaran Malaysia. Hehe.


Okay !
Jumpa lagi ~~~ 

p/s : yg seronok shopping
Ima Zahra :P