Hujung tahun yang semakin sibuk dengan tempahan guest book. Asyik menggulung bunga kertas je... tetiba datang perasaan mengidam yang teramat sangat nak pegang bunga hidup. Ouh ! Disebabkan masa 24 jam tu terlalu suntuk dengan kerja yang menimbun, maka hasrat nak fresh flower tu asyik tertangguh je.
Sebelum ni ada jugak pegang-pegang bunga sebab buat hantaran fresh flower. Bila lama tak buat, ini lah jadinya..mengidam. Kekeke. Bunga ada kuasa terapi yang sangat hebat. Bunga pelbagai warna menyimpan frekuensi energi yang berbeza-beza dan mampu menghilangkan stress, menghadirkan senyuman malah merawat diri. Betul ! Sebab tu lah ada rawatan mandi bunga. ! :D
Tempat biasa shopping fresh flower ialah di Jalan Hang Lekir , berdekatan Central Market dan Petaling Street. Ramai betul yang menunggu lori sampai dari Cameron Highland. Ima tunggu dari pukul 8.40mlm, tapi lori sampai lambat ..dekat pukul 10mlm baru sampai. Sementara menunggu, jalan kaki pergi cari buah berangan sedap kat Petaling Street. 350gram RM7, 500gram RM100. ( Eh, jadi tokey berangan plak i . kikiki )
Ada 2 kedai bunga terbesar yang masih dibuka pada waktu malam. Lori yang sama akan berhenti di dua kedai tersebut. Makcik-makcik tokey bunga macam nak terkam apa ntah bila stok sampai. Serious ! Memang ngeri tengok dorang berebut bunga. Hu hu. Semua pakat nak bunga fresh segar dari ladang.
Ima tak mengidam ros biasa. Tapi mengidam ros yang ada ton warna. So, beli ros yang diimport. Segar dan tahan lama. Air perlu ditukar setiap hari, dan potong sedikit hujung batang ros setiap kali tukar air. Tips dari kakak India kedai bunga. Terima kasih kak :D
Bunga hydrangea sangat comel dan cantik. Tekstur dia sangat lembut, rasa cam nak sapu-sapu bunga tu kat muka. Wohoo...( over ! ) Tapi bunga ni cepat layu. Kalau tak dapat air dan panas.. layu dia memang tak de segan gilu punya.
Ima beli 1 tangkai orkid, not a fan of orchid sangat..tapi tak dinafikan ..orkid memang mempunyai kecantikan tersendiri. Dan beli daun apa ntah tak tau nama. Daun ni memang tahan lama.. Rupa macam daun sup. Kekeekeke..
Seronok bila bangun tido je terus ternampak fresh flower depan mata. Hish, tetibe rasa nak pindah duduk kat Cameron Highland pulak. Hehehe.
Jujurnya, memegang bunga, bau haruman bunga segar ( bila bunga turun dari lori tu..phewwww semerbak bau bunga macam bau pagi yang sangat super segar..) .. memang sangat natural therapy. Instead of makan ubat kurang stress, lebih baik mandi bunga atau paling tidak pun, pergi kedai bunga/taman bunga dan enjoy pemandangan bunga tu.
Okay..sekarang i dah jadi sangat minah bunga. hahaha.
Ima selalu berpendapat beli fresh flower tak lah membazir kalau nak buat hantaran kahwin. Sebab kalau beli borong, dapat harga rendah. Besides, yang kita nakkan itu ialah 'terapi bunga dan warna' selain dari rupa yang cantik. Kalau nak pakai reben, bunga plastik etc..boleh tu boleh.. tapi kadang-kadang terasa wasted sangat sebab reben2 tu nanti kita tak pakai pun. Bunga segar tu memang lama-lama jadi layu dan kering, tapi selagi dia masih segar.. selagi itu aura bunga itu akan memberi manfaat kepada mata yang memandangnya.
psst ;
pesanan kepada semua lelaki. Semua perempuan suka bunga. Kalau dia cakap dia tak suka bunga, jangan percaya. Bunga memang boleh buat hati perempuan cair. Tak ada perempuan dapat bunga kemudian dia buang sebab dia benci bunga melainkan dia benci pemberi bunga tu. kakaka.
with love,
jadi minah bunga kejap,
Ima Zahra