Friday, May 31, 2013

Wedding Guest Book Ninie, soft pink is so lovely !

Ninie ialah kawan baik ima sejak Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sek Men Puteri Wilayah. Alhamdulillah, dapat berita gembira dari Ninie tentang majlis nya sejak awal Januari lagi. Ninie si cekmek molek Kelate yang sangat lemah lembut dan sopan orangnya. Sangat senang berkawan dengan Ninie, pernah jadi teman yg setia dan tak banyak songeh. :)

Disebabkan Ima kenal karakter Ninie, mudah sekali membuat buku tamu perkahwinannya. Gabungan warna pink lembut menghiasi hampir 90% design dan sedikit orange sebagai penyegar. Suka tengok Ninie yang sangat happy bila terima guest book. 

Thanks Ninie sebab percaya dengan kerja tangan Ima. Ni adalah antara guest book favourite di Facebook Ima. :)




Selamat Pengantin Baru Ninie !
Majlis Resepsi di Bora Ombak, Ampang


Love You Sooo Much !
Nanti datang kedai Ima kita lepak-lepak minum ya. Boleh Ima belanja pengantin baru :)



Untuk lebih banyak design wedding guest book yang cantik, jemput ke album ini :-



Whatsapp 013-6010704 utk order.

Quilling Wedding Guest Book for Ayed & Nurul

Tema pink / purple. Rasanya, memang semua guest book ima ada warna pink. :)

Ini adalah design yang kerap Ima buat untuk pengantin. Practise make perfect. Oh ya.. basic design sama, cuma tak dapat lah nak buat sama sebijik macam yang sedia ada sebab kerja tangan berbeza, kertas kadang-kadang out of stock sebab ada yg very limited. Tapi Ima akan cuba buat sehabis baik untuk jadikan design guest book yang anda tempah cuma milik anda seorang. Tak ada duanya di dunia. He he. 

Kepada yang nak tempah, Ima cadang hantarkan gambar pengantin sebelum Ima start buat. Bila nampak rupa pengantin, Ima akan dapat instinct dan lenggok untuk menggayakan guestbook dengan mudah. Hee..I'm a Reiki Healer,having great instinct is my speciality. :)


Guest Book pertama untuk Izwan ( Adik Eha )




Kedua untuk Ninie,



Ketiga untuk Ayed, tapi Ima sendiri pun tak berapa puas hati dengan hasilnya...so i'll just keep for myself :)



Keempat untuk Ayed. Alhamdulillah, he liked it ! And i loved it soo much :)


Selamat Pengantin Baru, Ayed & Nurul. 

Datang pickup dekat area kedai ima @ Jalan Pahang.

Terima Kasih banyak-banyak. Senang bekerja dengan Ayed. Keep posted !


Join Us!
Fb : KC Gift Shop

Sunday, May 26, 2013

Hantaran Fresh Flowers for Farah Diba

Ini adalah kali pertama ima buat hantaran pakai fresh flower. Tak, sebenarnya kali pertama buat hantaran. Rasa sangat terharu bila Farah bagi kepercayaan untuk selesaikan 9 dulang hantaran ni. Terima kasih Eni sebab kekal di sisi meneman Ima memotong bunga dan menyiapkan span basah sampai 3 pagi. 

Macam siapkan assignment nak kena hantar pagi-pagi kat lecturer pulak rasanya. Apa pun, ia adalah pengalaman yang sangat berharga untuk kami bertiga. To be apart of the wedding, I feel so honoured. Alhamdulillah.





Sayangnya gambar-gambar ni Ima snap dari handphone je.Kualiti tak berapa bagus sangat. Ima harap boleh gantikan gambar-gambar ni dengan gambar dari photographer Farah. Photographer dia memang sangat happening. I would love to hire him one day. Very energetic and cheerful person.












Bila semua hantaran ni dah siap.. Farah cakap.." Ima...cantik sangattt !! Nanti masuk gambar hantaran dalam blog Ima..orang boleh order .." Oh, tingginya bayangan best friend ku ! 

Kalau within area KL boleh la kot. Jenuh nak bersengkang mata siapkan malam akad nikah. Fresh flower kan tak panjang umur. But, seriously.. Ima sangat enjoy menggubah semua dulang. So much loves to put on them. 

Oh, Ima buatkan hand bouquet untuk Farah jugak.



Semoga berbahagia selalu Farah & Bad !

Love u both .

Ima Zahra. 

U're the KLIA Birthday Girl

Bila ada adik-adik tersayang, yang memang kita selalu kasi hadiah bila birthday.. memang ada sedikit payah nak memikir " nak kasi hadiah apa birthday dia kali ni ?". Ha ha. Lagi pulak dah lama tak keluar shopping, memanglah lagi tak de idea dan masa pun sgt terhad.

At last, Ima order something dari Krisshop Singapore Airlines.1 Untuk hadiah birthday Diba dan 1 hadiah Ummi sempena birthday & result SPM yang sangat maveless tu. 

Beli barang-barang inflight ni okay jugak, sebab ada yang tak de kat market atas tanah. Err, i mean kat shopping mall. So, ima fikir this is one kind of special experience jugak for my lovely sisters. Bangga tak dapat hadiah dari atas awan ? Ha ha .. 

( Sapa yang over-excited sekarang ? Kahkah )

Kesian Ummi dapat hadiah togel je.. sebab tak sempat nak wrap. Diba dapat hadiah berbalut cantik siap ada ladybird lagi. Auwww..  ~  


Masa bagi hadiah Diba kat KLIA ( hantar bebudak kecik ni gi Umrah) , memang LUPA habis that last year birthday present pun hang dapat kat KLIA jugak. Memang kau lah gadis KLIA. Bulan Mei memang bulan airport kot? So, next May hantar akak gi London pulak eh ? :p

Hope u love the gift. See the world thru ur beautiful eyes.  Fewwwiiittt... 

And yeaah, macam best tengok muka Muadz blurr dengan sisterly bond tu kan. " Yang...mmmmm... u know what i mean " ha h a..


Love u dik !
Kak Timot.

I have to stop shop

Obses.

Baca betul-betul. Obses. Not obes. Errgh, harap-harap kegemukan ima sekarang tidak sampai ke tahap obes. Ha ha.

Back to Obses ( korang mesti dah fenin .. ), ya.. fasa pertama 2013 memang Ima sangat pulun menggulung kertas. Bila selalu menggulung, maka otak akan meliar dan meliar meneroka ke alam fantasi. Maka dengan itu, setiap kali ima keluar ke kedai , tak kiralah ke kedai art atau kedai stationary..ima akan rasa nak terkam semua kertas yang ada. Dan membeli tali, riben, ladybird,bunga,manik, pin, pembalut dan entah apa-apa yang kononnya akan digunakan in future. Even mold buat kek pun ima beli ! Ya Allah..nazak sangat dah perangai tak terkawal ima ni.

Akibatnya, meja ima dah semak samun dengan macam-macam barang yang Ima tak tahu bila nak pakai. Semuanya KIV project. Kedai Daiso, DIY, Kedai 5 ringgit, semua pun mengundang ima membuang duit. Sekarang baru ima perasan, patutlah Ima tak ada kasut baru, or even purse & handbag yang kena curi tu pun tak berganti lagi. Redha je dengan apa yang ada. Tapi kalau beli barang2 kraf ni, laju je membayarnye.

Dua hari lepas, ima rasa meja kerja ima dah terlalu sarat. Oh, takkan nak beli meja semata nak letak barang yang bakal dishopping kan ? Nehi. Nehi. Mak Ima akan membebel panjang sambil bersyarah tentang " modal perniagaan dan untung hasil dari jualan.." Dan Ima menjawab dengan rasa kurang bersalah ( which is so not good )..."tak pe...barang2 ni mesti akan pakai punya. Selagi timah hidup, selagi tu lah barang ni tak membazir".

Err.. what if i die tomorrow ?

( Krriik..kriikk..krriiikk...)

So, moral of the story... I have to stop shop. No more. Sampai 30% dari barang-barang yang sedia ada ni dipakai, baru kita boleh shopping lagi. La la la la... :p

Apapun, Ima sangat happy bila dapat beli cutting mat dekat kedai stationary Low Yat. Haaa ! Hamek kau. Beli cutting mat kat low yat ... ha ha... Sebenarnya datang untuk beli handphone baru..tapi si Wai penjual handphone masuk kerja lambat, maka...babai laaaah hp baru.



Cutting mat dah menyejukkan hati. Hp baru nanti-nanti boleh beli. :D
I know m kind of gayat a bit, sebenarnya cutting mat ni diperbuat dari apa? apesal kita toreh pakai pisau dia rilex je tak de kesan pun ? hu hu hu...


Yang insaf,
Ima Zahra

Quilling : Positive Quotes on Believe in your decision


I made this quilling egg just to kill my boredom on Sunday. Err...sebenarnya ada lebih-lebih kertas yang dah digulung, terasa sungguh semak di mata dan sedikit menyesakkan storage space. Maka Ima ambil masa yang tak sampai 30 minit untuk menampal di atas telur bertuah ini. He he. Oh ya ! Telur ini dibuat dari polysterin. Ima beli berkurun yang lalu di Art Friend, The Garden.

Masa mula-mula tampal tak berapa yakin camana hasilnya cantik ke tak. Tapi Ima buat keputusan untuk ada satu telur quilling.

So, here we go... " Once you make a decision, you've gotta Believe in it with all your Heart".

:)


* iman adalah penentu jalan mana yang kita pilih dalam hidup.


with love,
Ima Zahra


Thursday, May 16, 2013

Happy Teachers Day Quilling Card from recycle box. Arggh..Ima Zahra love recycling thing.

Yes, save the world. 

Cikgu ima ajar recycle masa sekolah dulu. Ima student yang baik. Mak ima pun baik. Maka ima recycle kotak-kotak Susu Biolac yang mak jual tu untuk dijadikan base quilling.

Eh, mak ima pun cikgu dulu. 


Happy Teacher's Day !



with love, 

16th May 2013
Ima Zahra

Wednesday, May 8, 2013

Kulit Gelap 2


GELAP 4 :

I : Agaknya minum kopi banyak kot jadi gelap ni.
M : Haaa.. tu lah cina tak minum kopi,, x makan kicap.. hitam.
I : Hish.. xboleh minum lagi niih.



GELAP 5 : 

Ima makan mihun goreng dan beli air gas.

M : Mak suruh kau beli soya.
I : Alamak, terlupa !
M : Beli air sarsi pun hitam jugak
I : UWAAAA !!!




Cerita gelap pun dah berepisod-episod kan ? Kekeke.

Tuesday, May 7, 2013

Kulit gelap


GELAP 1

I : Mak, muka timah makin itam laah.
M : Ko kan cucu india...ikut atuk kau gelap.
I : Timah rasa muka gelap ni dari hati yg gelap lah. Busuk ati kot.
M : Astaghfirullah, sendiri pun rasa camtu.
I : Kalau sendiri tak rasa , sampai kene tunggu org lain tegur,, tu dah parah tu.



GELAP 2 :

M : Mak dulu pun itam, minum lah soya baru cerah sikit. Kulit tu pigmen die kuar banyak sgt

I : Berkesan ke? Minum susu kambing okay kot ? Lagi putih.
M : Sharipah Aini dulu pun itaaaam. Kang beli lah soya. Minum sebulan. Mesti cerah.

( diam jap )
M : Pastu muka dia banyak naik taik lalat.
I : Errrk..tak nak laaaah....!!



GELAP 3 :

Sambil tunjuk kaki kat mak.

I : Mak, timah rasa kaki timah lagi putih dari muka.
M : Aah . Betul ( Mak tengok atas. bawah. atas. bawah )
I : lagi bersih kan ?
M : Aah.
I : Tarik nafas dalam2. Timah nak pakai furdah lah lepas ni. Tutup muka. Baru putih macam kaki.
M : ( Ha ha ha . Tak terpikir agaknya ayat ima tu )

Monday, May 6, 2013

Allah, make me strong




I know I'm waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day I'll be OK
But we'll never know cause
That's not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day you'll forgive me
But we'll never know cause
That's not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong



Ima Zahra
10.49pm / 6 Mei 2013
Sehari selepas PRU 13

Saturday, May 4, 2013

Peringatan kepada pengundi PRU 13 di Malaysia

Klik untuk besarkan dan baca betul-betul.




Selamat mengundi ! Jangat buat undi rosak. Dan anda tak perlu kreatif utk quilling kertas undi @ melukis doodle. Cuma pangkah.



Semangatnye lah ima buat X quilling. Kehkeh. 

Rayaaaaa...!
mudah-mudahan esok cuaca baik dan urusan pengundian berjalan lancar. amin

Friday, May 3, 2013

Makan pandai, gemok seram pulak. Ha ha.


Ntah camana boleh makan banyak. Suka benda manis. Maka, gemuk lah jadinya. Ha ha. Saya dah mencapai berat yang amat dahsyat beratnya. Adakah faktor usia, rasa tak berapa nak gigih untuk minum shape plus dan eve fiber setiap hari. Oh, dan minum air kosong berliter-liter tu rasa macam bebanan. 

Sebenarnya muak nak minum dah.

Tapi kena jugak laa..sebab kena kurus. Baju dah tak muat nih. Ksri dah tegur banyak kali pipi dah tembam, badan dah bulat. Aiyooo.. 

Saya mesti buang lemak lagi. 

Agaknya sebab dah jarang pergi shopping complex ni, semangat nak pakai baju lawa-lawa dah tak de. Keekeke.. Alasan !

Maybe nak kena duk ngan ummi n angah kot. semangat sikit nak kurus ..sebab dorang yang keding tu pun asyik struggle nak kurus lagi. Mungkin cermin kat rumah dia jenis kanta cembung kot. Lidi pun nampak macam batang pisang. Kahkah.

Okay. misi menguruskan badan bermula sekarang.


( err..malam ni nak makan apa eh... :p )